Pages

Tuesday, December 28, 2010

Khusyuk Solat (2)

Sambungan...

Klu nak mengupas ttg ibadah solat ini, sebenarnya byk perkara yg perlu disampaikan.. Namun begitu, tulisan dan perkongsian ini yang hanya sebahagian sahaja adalah bertujuan agar kita dapat saling ingat-mengingati sesama kita dan mengamalkannya dalam kehidupan,ameen.



KHUSYU' DALAM SOLAT


Rasulullah SAW bersabda :

كم من قائم حظه من صلاته النصب

"Berapa banyak orang mendirikan solat, tetapi yang diperolehi hanya penat dan letih, kerana mereka yang lalai dalam sembahyangnya". (Riwayat An-Nasaie)


Hadith di atas adalah ditujukan kepada orang yang lalai ketika solatnya. Bagaimana boleh terjadi seorang hamba Allah SWT yang sedang bermunajat kepada-NYA tetapi qalbu(hati) dan mindanya tidak menyertai jasadnya?


Dr Yusof Al-Qaradhawi menyatakan di dalam kitab Fatawa Mu'asirah bahawa khusyu' terbahagi kepada dua :

1) Khusyu' Hati :

Khusyu' hati adalah merasai pengawasan Allah SWT serta kehebatanNYA dengan memahami ayat-ayat Al-Quran yang dibaca dan zikir-zikir yang dilafazkan. Melahirkan keyakinan bahawa dia berada di hadapan ALLAH SWT.

Islam menegah kesibukan pemikiran dan kelalaian hati (ketika solat) dengan perkara dunia.


2) Khusyu' Anggota :

Khusyu' anggota pula merupakan kesempurnaan dari kekhusyu'kan hati. Yakni apabila hati khusyu' maka pergerakan rukun perbuatan dan bacaan solat (rukun fi'li dan qauli) akan menjadi lebih sempurna.

Seorang tabiin iaitu Said bin Musayyib berkata :

لو خشع قلب هذا لخشعت جوارحه

"Jika khusyu' hati ini, maka khusyu' anggotanya".


Fadhilat Khusyu' Dalam Solat :


"Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (yaitu) orang-orang yang khusyu' dalam sembahyangnya" (Surah Al-Mukminun, ayat 1-2)

"Dan orang-orang yang memelihara (khusyu') sembahyangnya. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi, (yakni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. mereka kekal di dalamnya"
(Surah Al-Mukminun, ayat 9-11)



Kepentingan Khusyu' Dalam Solat :


1) Firman Allah dalam surah Toha, ayat 14 :

"Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingat Aku"


#Solat itu didirikan adalah untuk mengingati Allah SWT

Justeru, ingatan kepada Allah SWT adalah puncak tujuan solat itu didirikan, maka solat yang tiada "ingatan" kepada Allah SWT adalah kosong seperti jasad tanpa ruh yang tidak sekali-kali mampu membuahkan kemanisan iman dan kenikmatan solat.

Firman Allah dalam surah Al-A'raf, ayat 205 :

"Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai"


#Solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu di akhirat oleh Allah SWT berbanding dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna, maka barulah dihitung pula amalan yang lain.

Firman Allah lagi dalam surah Al-Ma'un, ayat 4-5 :

"Maka celakalah bagi orang-orang yang solat, (yaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya"


#Solat yang dikerjakan dengan penuh khusyu' dapat menjauhkan kemungkaran.

"Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al-Quran) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. dan Sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadah-ibadah yang lain). dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan". (Surah Al-'Ankabut, ayat 45)



KAEDAH MENCAPAI KHUSYU'


A. Kaedah Zahir

1) Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari sumber yang halal tanpa syubhah.
2) Menggunakan sejadah yang tiada gambar dan corak yang boleh mengganggu pemikiran.
3) Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan tumpukan mata ke tempat sujud.
4) Ditegah bersolat dengan pakaian yang ada gambar, berwarna-warni, bertulis, lukisan dan lain-lain yang mampu membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.
5) Berwudhu' dengan sempurna.
6) Membaca istia'zah (أعوذ بالله من الشّيطان الرّجيم ) dalam hati ketika terasa minda rasa terganggu.
7) Jangan solat dalam keadaan terlalu lapar, ingin membuang air kecil atau besar.
8) Meletakkan "sutrah" (penghadang) di hadapan ketika solat.
9) Solat di awal waktu.
10) Solat berjemaah (bagi lelaki).
11) Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun sembahyang bersendirian atau pun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.
12) Jauhi solat di tempat yang bising dan sibuk.
13) Menjaga mata dari melihat perkara yang haram.


B. Kaedah Batin.

1) Istiqamah memohon keampunan dan taubat kepada Allah.
2) Selalu ingatkan kematian dan mempersiapkan diri menghadapinya.
3) Membaca dengan baik, berusaha untuk memahami bacaan dalam solat agar dapat menyentuh hati.
4) Mempelajari sifat solat Nabi SAW, agar dapat merasakan hampirnya kita dengan Nabi SAW.
5) Menghadirkan rasa bahawa Allah sentiasa mengawasi gerak-geri kita.
6) Timbulkan perasaan malu dan takut kepada Allah SWT dengan azabnya yang amat pedih.
7) Mengingati segala dosa-dosa kita terdahulu dan merasakan kita insan yang hina di sisi Allah.
8) Meletakkan keyakinan dan pengharapan bahawa Allah akan menerima solat dan amalan kita.
9) Menjauhkan fikiran dari kesibukan dunia dan perkara yang merunsingkan.



Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang tidak khusyu' solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar.

# Saidina Ali K.W boleh khusyu' dalam sembahyang hingga waktu orang mencabut panah di betisnya, beliau tidak terasa apa-apa.

# Saidina Umar Al-Khattab pernah berkata :

"Khusyu' itu bukan tundukkan kepala, tapi khusyu' itu dalam hati"

# Firman Allah :

"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. dan Sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu', (yaitu) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahawa mereka akan kembali kepada-NYA".
(Surah Al-Baqarah, ayat 45-46)



Rujukan :



0 comments :