Pages

Monday, March 31, 2014

Ciri-ciri Generasi Yang Menang

Bismillahi walhamdulillah
Selawat serta salam buat junjungan baginda Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam,ahli bait baginda,para sahabat dan para salafussoleh.

Pembaca yang saya kasihi kerana Allah sekalian,

Sebelum tirai bulan Mac berlabuh pada malam ini,sebelum ianya kian pekat kelam..sukalah saya berkongsi mengenai ciri-ciri Generasi yang Menang.

Sifat Jil Nasr ini merupakan bab kedua di dalam kitab Falnabda' Bianfusina.

Penulis Dr Majdi Hilali ada menyebut 38 sifat2 generasi yang menang.Secara ringkasnya,di dalam entri kali ini saya akan menyatakan separuh darinya.

1.Mutajarrid (Mengosongkan diri dari fikrah selain Islam)

2.Mengagungkan syiar Allah

3.Bertawakkal kepada Allah dan redha dengan qadha'NYA

4.Pendek angan (angan2 tanpa usaha ala2 mat jenin gitu)

5.Kaya jiwa dan qanaah (merasa cukup dengan apa yg ada)

6.Sopan

7.Tawadhu'

8.Kasih terhadap orang beriman

9.Keras terhadap orang kafir

10.Baik akhlaknya

11.Bersaudara kerana Allah

12.Memaafkan orang yang menzaliminya,memberi kepada orang yang menghalanginya,menyambung silaturrahim kepada mereka yang memutuskannya

13.Menahan marah

14.Sabar

15.Lemah lembut dan dzu anah (yang mempunyai kesabaran yang teguh)

16.Menjaharkan kebenaran

17.Amar Makruf Nahi Mungkar

18.Sentiasa menghitung diri (muhasabah) dan bersangka buruk terhadap diri

19.Menganggap pujian dan celaan itu sama sahaja
-Bila dipuji tidak bangga
-Bila dicela tidak berduka

20.Memelihara kehormatan diri

Berikut hanyalah sebahagian..18 lagi akan saya tuliskan pada catatan akan datang.

Sukarnya melatih diri untuk mempunyai seperti sifat2 di atas.Tidak apa..kita cuba.Kita bukan manusia sempurna,hanya baginda sahaja yang sempurna.

Allah menilai usaha kita semua.Islam tidak pernah kalah,hanya umat Islam kini belum maju gemilang.Alhamdulillah ALLAH memberi kita kehidupan dalam biah solehah dan bersahabat dengan persekitaran orang-orang yang soleh,maka apakah yang masih menghalangi diri kita melentur diri menjadi generasi yang menang?Persoalan buat diri saya

Kitab ini harus dimiliki,Alhamdulillah baru2 ini menjejaki maktabah bersama ahli bait,saya mengesyorkan mereka untuk mendapatkan seorang satu.Hehe dan akhirnya mereka beli.Le7 genih sahaja.

Siapa nak boleh pm,saya akan hadiahkan InsyaAllah :))
Kalau Malaysia tunggu akhir tahunlah ya.

Penulisan Dr Majdi Hilali ini masih boleh didapati di rak2 kedai buku,jangan tunggu sehingga ianya tidak lagi boleh dibeli.

Hari tu,cari satu kitab ni..sampai terpaksa berbisik dengan ammu.Cakap siang pandang-pandang.Mujahadahnya hendak mendapatkan senaskhah penulisan agung seorang tokoh gerakan.

Selamat beramal
Salam perjuangan

April bakal tiba,kuliah banat al-Azhar semakin rancak dan lajunya syarahan dukturah sehingga melangkaui berbab-bab.Man jadda wajad.Terus thabat..tawazunkan semua gerak kerja.

ITQAN CAIRO

Read more...

Thursday, March 20, 2014

Life Is A Test 2: Falnabda' Bianfusina

Bismillahi walhamdulillah

Menemani seorang sahabat (Hanis) meeting di Asrama Johor Rabaah,sementara menunggu beliau menyelesaikan meetingnya.Rugilah saya duduk diam2 dalam bilik mesyuarat ini tanpa berbuat apa-apa.

InsyaAllah akan menyambung entri sebelum ini yang membicarakan mengenai bab pertama di dalam kitab Falnabda' Bianfusina.

Setelah mengetahui mengenai

1)Hati
2)Hawa
3)Nafsu

Dr Majdi menulis pada helaian yang seterusnya mengenai 'Bahaya mengikuti hawa nafsu'

FirmanNya di dalam Al-Quran telah dahulu menyebut tentang akibat menuruti hawa nafsu.

Disebabkan saya menaip menggunakan handfon.Jadi saya hanya akan sertakan nama surah dan ayat ke berapa sebagai rujukan pembaca.

1)Surah al-Furqan ayat 43
2)Surah al-Kahfi ayat 28
3)Surah al-Qosos ayat 50
4)Surah al-A'raf ayat 175&176

Hawa dan nafsu ini adalah mizan hati untuk cenderung ke arah kemaksiatan.

Contoh kisah anak adam (Habil & Qabil) yang telah dirakamkan dalam surah al-Maidah ayat 30

*Hakikat Menzalimi Diri Sendiri

Penulis kitab ini meletakkan satu point khusus sirah-sirah berkaitan sifat nafsu yang JAHIL

Nafsu ini biasanya akan menuntut keinginan dan dia tidak akan melihat pada akibatnya.

Sedikit contoh yang saya fikir,pembaca dapat relasikan dengan kehidupan.Bagaimana sekumpulan anak muda terbunuh dalam sebuah konsert liar.

Apalagi yang boleh kita kaitkan kalau bukan mereka mengikuti kehendak Hawa Nafsu yang sedang kita bicarakan sekarang ini

Bagi saya mati dalam keadaan begitu cukup tragis dan sangat memberi pengajaran kepada kita semua.Saya selalu berdoa agar Allah jauhkan kita dari kematian yang tiba-tiba sedang kita dalam kelalaian..nauzubillah min dzalik.

-Kisah Nabi Adam a.s ketika memakan buah larangan dalam syurga
-Kisah Nabi Musa a.s ketika meninju dalam peristiwa meleraikan dua kaum yang bergaduh

Dua kisah ini disebut oleh penulis mengenai sirah yang berkaitan "Hakikat menzalimi diri sendiri"

Cuma,apabila saya membaca bahagian ini,saya teringat madah tauhid yang dipelajari di dalam.kuliah.Syubah yang sering ditimbulkan oleh orientalis barat mengenai ketidak maksuman nabi Allah.

Sebenarnya dua kisah yang disebut di atas tidak lah menafikan kerasulan mereka,hakikatnya apabila timbul syubhah maka amat perlu kita merodd (menolak) kembali keraguan yang sengaja dicipta oleh barat.

*Peranan Syaitan

Syaitan sentiasa berperanan dalam menyesatkan anak adam.Itulah azam dia..

Allah sudah mengingatkan kita di dalam surah an-Nur ayat 21 supaya menjauhi langkah2 syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu sentiasa menyeru ke arah fahsya' (kerosakan) dan kemungkaran.

Lagi dalil mengenai kejahatan syaitan
-Surah Al-Ankabut ayat 38
-Surah An-Nisa' ayat 12
-Surah Al-A'raf ayat 20

Halusnya syaitan ini adalah pada bisikan dan godaannya.Syaitan tidak akan menyuruh manusia terjebak ala tuul dalam kemaksiatan tetapi dia akan membisikkan sedikit demi sedikit.

Contoh:

Jam 4 pagi..alarm berbunyi..

"Eh..Qiam..Nantilah sekejap.Lagi 5 minit"

Saratoga ditarik..sejuk tidak terasa.

Si fulan terus tidur lena sehingga azan berkumandang.

"Alamak.sudah azan.."

Biasalah..itula yang kita namakan bisikan syaitan.Dan yang lebih teruk lagi jika..ia berjaya melajakkan kita dari solat subuh.Nauzubilla min dzalik

Asalnya hendak QIAM alih2 tertinggal SUBUH !! Parah lah jika begitu.Mohonlah pertolongan dari.Allah dalam menghadapi masalah begini.

Wajjbkan dalam diri untuk bangun sebelum azan subuh.Jangan sampai Allah tarik nikmat untuk tidak mendengar azan lagi.(Kecuali lah qodhiah khassah bagi akhawat yang haidh)

Ok..seterusnya

*Jentera HATI

Janganlah kita menganggap Allah ini zalim.Maha suci Allah dari semua sifat kekurangan.

Allah menciptakan kita Hawa dan Nafsu dan dalam masa yang sama Allah juga menciptakan Iman yang mampu mengimbangkan semula tuntutan hawa dan keinginan nafsu.

Allah juga menciptakan akal untuk sama2 bekerjasama dengan hati yang mempunyai Iman dalam menandingi kehendak hawa nafsu ini.

Dan akhir sekali didalam bab ini,Dr Majdi menyebut mengenai hati antara ketaatan dan kemaksiatan.

Pernah tak kita dalam kehidupan seharian,terasa ingin melakukan maksiat tetapi ada bisikan yang kata jangan.

Ia segera tersedar dan beristighfat.Itulah hati kita..Cantik ciptaanNya..Subhanallah

Jual lah hati ini kepada Allah seperti mana firmanNya di dalam surah al-Baqarah ayat 207

Ayat yang diturunkan kepada seorang sahabat yang bernama  Suhaib Arrumi.Agungnya pengorbanan beliau di dalam lipatan sejarah.

Sekali lagi saya sarankan untuk pembaca membeli kitab ini.Agar sama-sama dapat kita menghayati perjuangan kehidupan ini.

Baiklah..meeting sahabat saya juga nampak gaya macam dah nak habis.Saya akhiri penulisan ini dengan allahu a'la wa a'lam

Saya ini Faqir Allah yang Kaya
Saya ini Dhaif Allah yang Qawiy

Fasta'in Billah

Itqan Cairo
20032014
1541
Rumah Johor
Rabaah El-Adaweya

(Maaf x dapat menulis dalil kerana tiada application jawi dalam fon.Boleh semak semula al-Quran)

Read more...

Monday, March 17, 2014

Anda sokong siapa??PRESIDEN PMRAM 2014

Jam terus berputar seiring dengan masa yang semakin pantas mendahului kita.

Berbaki sejam sahaja lagi tempoh untuk berkempen untuk Pilihanraya Presiden PMRAM 2014.Dua orang calon yang tidak asing lagi di perlembahan Nil ini.Mereka adalah:

Ustaz Ahmad Bin Jaafar
Ustaz Hanifulfuad Bin Husin

Siapakah pilihan saya sebagai presiden ?? Sila baca sehingga habis.. 

---------------------------------------------------------------------------------

PERLUKAH MENGUNDI??
Pertamanya,kita harus memahami mengapakah pilihanraya diadakan.Majoriti ulama’ mengharuskan pilihanraya kerana ia merupakan medan untuk menasihati pimpinan dan perjuangan mendaulatkan Islam dengan mendirikan negara berdasarkan kepimpinan yang dilantik.

Justeru,mengundi pula adalah salah satu medan bagi rakyat untuk menyalurkan suara dan pandangan mereka.Ia juga meruapakan salah satu wasilah kepada perjuangan gerak kerja Islam.Maka seharusnya pemahaman yang perlu ditanam dalam diri kita adalah mengundi dalam pilihanraya adalah salah satu medan jihad.

Perkara ini berdasarkan kaedah Fiqhiah

ما لا يتمّ الواجب إلا به فهو واجب

“Sesuatu kewajipan yang tidak akan sempurna melainkan dengan sesuatu perkara maka ia menunjukkan bahawa perkara tersebut adalah wajib”

HUKUM MENGUNDI

Ulama’ berbahas panjang dalam meletakkan apakah hukum bagi mengundi.Terdapat perselisihan ulama’ dalam menentukan hukumnya.Namun begitu,kebanyakan ulama’ meletakkan hukum mengundi sebagai penyaksian iaitu memberikan saksi bahawa calon yang undi tersebut mestilha baik dan layak memegang amanah sebagai pemerintah.

Pendapat ini digunakan oleh Asy-Syahid Imam Hassan al-Banna,kesatuan ulama sedunia yang dipengerusikan oleh Dr Yusuf al-Qaradhawi,Syeikhul Azhar Syeikh Ahmad Tayyib,Mufti Mesir Syeikh Ali Jumaah dan lain-lainnya

Justeru kita yang layak mengundi (dah ada no PMRAM) WAJIB mengundi atas dasar memberikan penyaksian.Jika calon tersebut buruk sikapnya dan tidak amanah kita boleh mempertikaikan,tetapi jika calon itu baik dan sangat amanah,kita mestilah mengundinya.

Imam Hassan al-Banna berkata:
“Memberikan undian adalah suatu penyaksian,manusia akan ditanya (calon mana yang akan dipilih dan kenapa),maka putuslah untuk memberikan undian berdasarkan hati-hati kamu dan akal kamu,dan jadilah orang yang membantu akan kebenaran dan berani dalam memilih calon yang baik (serta amanah)”1

TUGAS KITA

Beberapa perkara yang mesti kita ambil perhatian kepada pihak mana atau siapakah calon yang mesti diberikan undian?Pilihan di tangan kita.Apabila kita letakkan mengundi adalah salah satu jihad maka,kita perlu bertanggungjawab atas pilihan kita.Jangan hanya sekadar melepaskan tanggungjawab memangkah asalkan pangkah tanpa melihat natijah dan kesan selepas itu.

1)Kita mesti mengundi kerana ALLAH.Istihdhar niat..Niat undi hanya untuk perjuangan Islam bukan kroni atau kepentingan dunia
2)Memenangkan pihak Islam yang membawa perjuangan Islam.Memastikan Islam dapat ditegakkan dan syariat terlaksana.
3)Saling bekerjasama dalam memenangkan Islam.
4)Memilih calon yang beramanah
5)Memilih calon yang ada kemahiran dan berkebolehan dalam mentadbir
6)Tidak mengundi pihak yang berbuat kezaliman
7)Tidak undi pihak yang menentang perjuangan Islam
8)Tidak mengundi pihak yang bekerjasama dengan pihak zalim atau pihak yang menentang Islam

Azhari/ah perlu masyi akan hal ini.Jom sama-sama kita turun mengundi!Libatkan diri dalam menentukan siapakah presiden yang bakal menerajui kepimpinan PMRAM sesi 2014.

Tercatat di dalam al-Quran sejarah kepimpinan antaranya kita boleh semak kembali :

-Kisah Talut dilantik menjadi pemimpin (Surah al-Baqarah ayat 247)
-Kisah Nabi Sulaiman memimpin rakyatnya yang terdiri dari manusia,jin dan haiwan (Surah an-Naml)
-Kisah Nabi Yusof alaihissalam  (Surah Yusuf ayat 56)

Boleh juga kita membaca kitab Bidayah wannihayah karangan Imam Ibnu kathir yang menceritakan banyak kisah para sahabat,khulafa’ ar-Rasyidin ketika mereka menjadi khalifah.Sifat kepemimpinan yang jelas terserlah.Boleh juga membaca kitab Qiadah Muathirah

Setelah meneliti mengamati mendengar pandangan dan berbincang dengan pihak2 yang lebih mengenali mereka ana cenderung untuk memilih salah seorang dari dua.Kedua-dua sama hebat..namun sebagai manusia,lebih dan kurang di sudut-sudut yang lain juga adalah normal.Kita sebagai pengundi laksanakan amanah sebaiknya.

Yang penting,bagaimana selepas kenaikan salah seorang dari mereka,bagaimana komitmen kita untuk membantu dan mendukung kepimpinan PMRAM.

Akhir kalam..

VOTE FOR USTAZ AHMAD BIN JAAFAR.

Terjawab sudah siapakah presiden pilihan saya.

1 undi menentukan siapakah presiden pilihan anda.


ITQAN,CAIRO

Nota kaki

Rujukan utama: Al-Quranul karim 

1.Dr Akram Kassab,al-intikhabat Ahkam Wa Dhawabit,cetakan Darussalam m/s 38
2.FIQH POLITIK ISLAM,terbitan PMRAM yang dikarang oleh Ustaz Muhamad Zuhaili Bin Saiman dan Ustazah Izzati Farhana Mahadzir





Sumber gambar:


Terus berkempen !
Read more...

Thursday, March 13, 2014

Pemahaman Fiqh Khamsah

Sebentar tadi baru sahaja menerima panggilan dari seorang ukhti yang bertanyakan mengenai Fiqh Khomsah.

Sejujurnya diri ni pun masih belum memahami secara mapan,cuma sekadar pengenalan ataupun refreshment kembali.

5 Fiqh tersebut adalah

1)Fiqh al-Maqasid
2)Fiqh al-Waqi'
3)Fiqh al-Muwazanat
4)Fiqh al-Awlawiyat
5)Fiqh at-Taghyir

Antara sumber rujukan yang saya dapatkan adalah melalui penulisan kertas kerja ilmiah yang telah ditulis oleh tokoh2 hebat mahasiswa Mesir antaranya:

*al-Fadhil Ust Shahrizan Mohd Hazime (Mantan Presiden PMRAM 2010)
*al-Fadhil Ust Mohammad Mujahid Ir Muhammad Fadzil
*al-Fadhil Ust Hairul Nizam Mat Husain
*al-Fadhil Ust Muhammad Zuhaili Bin Saiman

Mereka adalah figure2 besar dalam menerajui kepimpinan Induk seluruh mahasiswa/wi Mesir iaitu PMRAM.Baik,bicara mengenai Fiqh Khomsah

Secara umumnya ia merupakan siasah syar'iyyah yang bukan sengaja direka namun ia merupakan satu guideline yang mana meruapakan gabungan mafhum syar'i dalam mentadbir urusan umat Islam.

Manhaj Fiqh Siasi semasa mestilah diasaskan kepada perkara usul dan mengambil hukum dari sumbernya yang sebenar.

Bila sebut mengenai hukum perkara yang pertama terlintas di dalam akal fikiran kita adalah dalil.

Dalil syara' dinamakan sbg usul ahkam atau masadir ahkam atau adillah ahkam.

Hukum-hukum yang terdapat di dalam Islam tidak terbatas kepada perkara-perkara yang berkait dengan amalan dan pensyariatan sahaja atau nazori atau aqaidi atau ruhiy atau khuluqi tetapi merangkumi semuanya.

Menurut Abdul Karim Zaidan,sandaran pensyariatan ini terbahagi kepada 3:

1)Masadir Ittifaq seluruh ulama' (al-Quran dan as-Sunnah)
2)Masadir Ittifaq jumhur ulama' (Ijma' Qias)
3)Masadir khilaf di kalangan ulama'
(Uruf,Istishab,Istihsan,Masalih Mursalah,Syara' Min Qoblina,Qoul Sahabi)

Ini hanya gambaran secara kasar.

Adapaun kefahaman Fiqh Khomsah ini memerlukan kepada seminar atau wacana khas yang berfokuskan kepada setiap satu fiqh.Itu pandangan kerdil saya lah.

Untuk meneliti setiap fiqh khomsah ini,kita mesti mencari sumber rujukan dan bahan bacan luar sebagai teori.Namun melalui arus kehidupan ini adalah medan sebenar praktikal Fiqh Khomsah ini terutamanya sebagai seorang pemimpin masyarakat tak kisahlah dalam kelompok yang besar mahupun kecil.

Ini sangat penting dalam menentukan keputusan seorang pemimpin.Bagaimana ia melihat satu masalah dari perspektif syara'.Bagaimana apabila bertembung maslahah dan dalil.Bagaimana membaca keadaan semasa yang org selalu sebut wa'yu siasi.Semua itu berkait rapat dengan Fiqh Khomsah.

Akhirnya saya tinggalkan dngan pesanan kepada sahabat2 pembaca dan diri ini juga untk sama-sama lebih mendalami mengenai  Fiqh Khomsah theory and practically

ITQAN
NASR CITY
130314
1124

P/S:Maaflah update blog menggunakan handfon..jadi x dpt la nak tulih bahasa jawi,xde font Jawi.Maaf salah silap

Read more...

Tuesday, March 11, 2014

Life is a test:Falnabda' Bianfusina


Ujian
Tanda ALLAH kasih pada  hambaNYA
Bukan sengaja DIA membuatmu menderita
Namun DIA merindukan syahdunya luahan hatimu
Tulusnya doamu
Ikhlasnya linangan air matamu

Ujian
Tidak mampu bergerak tangkas
Disekat Bebas
Tertangguh beban tugas
Saat kau merindu dahi mencecah ke sejadah,
 DIA memberimu rukhsah
Saat kau merindu hadiri liqo’ dan usrah seperti orang biasa,
DIA memberimu istimewa
Saat kau merindu ke kelas ilmiah,DIA memberimu ibrah dan hikmah
Saat kau merindu menghirup nyamannya udara luar,
DIA memberimu kasih ziarah dan doa manusia
Saat kau merindu dirimu yang biasanya bergerak pantas,
DIA memberi ketenangan bersunyian
Saat kau tidak bisa berwudhu’ melainkan tayammum pelengkapnya,
DIA memberimu ruang ilmu untuk praktikal

Bukan DIA sengaja merencana itu semua
Kerana DIA ingin meninggikan darjatmu
Kerana DIA ingin memupuk kesabaranmu
Kerana DIA ingin menilai ketaqwaanmu

Berbahagialah mereka yang diuji
Dan bersabar dengan ujian itu

ITQAN,Cairo


110314
2106

------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah ala kulli hal

Segala pujian-pujian dirafa’kan buat ALLAH penyelia seluruh alam,selawat serta salam buat junjungan mulia Rasullullah SAW ,keluarga baginda,seluruh para sahabat,tabi’in,tabi’ut tabi’in dan orang-orang yang saleh lagi muslih serta sidang pembaca yang saya kasihi kerana ALLAH.

Penulis di sini ingin mengajak kita semua untuk sentiasa mensyukuri nikmatNYA yang tidak terhingga.Nikmat yang tidak mampu dibilang dengan apa jua pembilang yang ada di atas muka bumi ini dek kerana terlalu banyaknya.Tiada rasa duka apabila ditarik salah satu nikmatnya kerana sebenarnya DIA telah memberi segalanya.

Semoga kita digolongkan dalam kalangan hamba-hambaNYA yang bersyukur.

Entri kali ini adalah mengenai sedikit khulasah yang saya ingin kongsikan mengenai bab pertama di dalam kitab “Falnabda’ Bianfusina” (Maka mulakanlah dengan diri kita).

Sebuah karya agung penulisan Dr Majdi al-Hilali.Terkandung di dalamnya 6 fasal yang dibahagikan dengan cermat.Sejujurnya apabila kita membaca kitab ini,ibarat satu tembakan tepat mengenai kepala.Kitab haraki yang bagi saya tidak terlalu ringan dan tidak terlalu berat (sederhana) dari segi gaya bahasa dan secara umumnya sesuai kepada semua sasaran pembaca.

Bab pertama menceritakan tentang syarat kemenangan.

Firman ALLAH swt di dalam surah Muhammad ayat ke 7

إن تنصروا الله ينصركم ويثبت أقدامكم

“Wahai orang-orang yang beriman,Jika kamu menolong (agama) ALLAH ,niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.”

Dr Majdi al-Hilali menjadikan ayat ini sebagai kayu ukur syarat kemenangan yang telah ALLAH sebutkan di dalam al-Quran dengan uslub yang sangat cantik iaitu adat syarat pada perkataan إن yang membawa maksud sekiranya.

Mudah saja formulanya 

Kita bantu agama ALLAH = ALLAH bantu kita semula.

Di dalam bab pertama ini 3 aspek penting yang ditekankan sebagai syarat untuk umat Islam menang dalam meniti arus globalisasi iaitu:

1)HATI
2)NAFSU
3)HAWA

Saat saya membaca kitab ini,terpegun sebentar bagaimana seorang tokoh gerakan ini meletakkan penyucian hati dan jiwa sebagai syarat untuk menang.Bukan kekuatan fizikal,senjata mahupun ekonomi nombor satu tetapi kekuatan ruhaniah.Inilah tokoh sufi haraki



HATI

Firman ALLAH swt di dalam surah ar-Ra’d ayat 28

ألا بذكر الله تطمئن القلوب

“Hanya dengan mengingati ALLAH hati akan menjadi tenang”

Banyak lagi ayat al-Quran berkisar tentang hati yang disebut di dalam kitab ini namun yang akan saya senaraikan hanya beberapa sahaja

Surah az-Zumar ayat 45
Surah al-Hadid ayat 27
Surah ali-Imran ayat 156
Surah at-Taubah ayat 15
Surah al-Hajj ayat 35
Surah al-Ahzab ayat 26

Hadis yang kita semua maklum mengenai hati yang diriwayatkan oleh Muttafaq ‘alaih daripada hadis Nu’man bin Basyar sabda Rasulullah SAW:

ألا وإن في الجسد مضغة إذا صلحت صلح الجسد كله ألا وهي القلب….

“Ketahuilah di dalam jasad manusia ini ada seketul daging yang apabila baik daging itu maka baiklah seluruh tubuh badan iaitulah HATI”

Hati yang tidak membenci seseorang melainkan kerana ALLAH telah membencinya
Hati yang tidak sedih melainkan kerana ia jauh dari ALLAH
Hati yang tidak mengharap selain kepada ALLAH
Hati yang tidak takut selain kepada ALLAH
Hati yang tidak khusyu’ melainkan untuk ALLAH
Hati yang bertawakkal hanya kepada ALLAH

Sesempurna manusia dari segi ubudiahnya adalah apabila  seluruh perasaan dan jiwanya kulluha lillah (semua untuk ALLAH)

Subhanallah,cantik susunan bahasa Dr Majdi ini.

Hati yang buta akan menatijahkan kemaksiatan berterusan..Wana’uzubillah min dzalik

2)NAFSU

Allah telah menciptakan nafsu dalam diri setiap manusia namun untuk apakah ia diciptakan??Untuk menguji sejauh mana bukti kebenaran ubudiah kita kepada rabbul izzati.

Nafsu ‘ammarah bissu’ akan cenderung kepada kejahatan,ia tidak suka masyaqqah (benda yang susah) dan ia amat benci kepada taklif (satu tanggungjawab)

Contoh sikap yang lahir dari nafsu ini ialah

-Zalim
-Jahil
-Kedekut/bakhil

Dalam sebuah hadith diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Imam Ahmad dari Jabir Bin Abdillah,bahawa Rasulullah mengingatkan kita supaya berhati-hati terhadap kezaliman kerana kezaliman adalah salah satu kegelapan pada hari kiamat,dan takutlah kita semua akan penyakit bakhil kerana ianya telah memusnahkan manusia sebelum zaman ini,kerana sifat itu juga mereka saling menumpahkan darah dan menghalalkan apa yang haram.

3)HAWA

Pernah terfikir atau tidak,apakah beza hawa dan nafsu.?Itulah juga apa yang terlintas dalam fikiran saya.Hawa dan nafsu sebenarnya hampir sama.Hawa akan mendorong nafsu ke mana nafsu itu akan pergi

Ok.Mungkin sukar difahami.Contoh:

Hawa memujuk nafsu agar bermalasan.Maka natijah nafsu yang lahir darinya adalah malas

*Hawa berbentuk hissiah (tersurat)
-Suka makan dan minum
-Suka kerehatan dan syahwat
-Suka mengumpul harta

*Hawa berbentuk maknawi (tersirat)
-Suka kan kedudukan dan pangkat
-Suka apabila manusia melihat kelebihannya
-Tidak suka apabila manusia melihat keburukannya

 Bilangan perkataan sudah menunjukkan 824 perkataan,dan saya juga sudah semakin perlahan menaip.Namun ada perkara lagi yang ingin disampaikan oleh Dr Majdi al-Hilali yang akan saya kongsikan di dalam entri seterusnya.InsyaALLAH mudah-mudahan


Terima kasih lah kepada siapa yang membaca sehingga penghujungnya(kalau ada)..hehe mungkin hanya seorang dua kerana panjang sangat entri kali ini.. dan kerana saya juga mengambil masa yang lama untuk menaip entri ini.Maafkan kedhaifan diri ini dalam menyampaikan.Semoga kita mendapat manfaat dari kitab ini.Hanyalah khulasah ringkas dari diri yg serba kekurangan.Semoga kita diberi kekuatan untuk beramal dengannya.

Doakan diri ini,insyaALLAH menghitung hari untuk membuka balutan simen di kaki yang diusung ke sana kemari dengan tongkat yang setia menanti.Tidak sabar untuk aktif semula.ALLAH..terima kasih untuk pengalaman berharga ini.Dalam sedar tidak sedar  sudah 8 hari disimen dan tidak keluar rumah.Berbondong-bondong orang menziarahi,macam-macam jenis buah-buahan  diberikan.Segan pun ada.

Kata ahli bet “Orang sakit ni murah rezeki..”Alhamdulillah.Terima kasih kepada semua yang mendoakan,yang membantu memudahkan urusan,yang membantu saya mengambil wudhu’ dan mengutip debu tayammum (bersih dah balkoni rumah..hehe),yang mengambil giliran memasak.

Bila semua orang x ada di rumah,misi bersiar-siar dengan tongkat..turun dur bawah,naik dur atas,membasuh baju,menyeterika (walaupun dilarang),kerana hakikatnya siapalah yang boleh tahan terperap dalam bilik menghadap laptop selang seli buka buku.Sebab itulah digelar degil..hehe ok kerana saya tahu tiada yang membaca sampai habis..Jadi saya sudah mula menulis yang bukan2 di hujung entri ini.ala kulli hal..puas dapat menulis.

J

Sehingga bertemu lagi..insyaALLAH

Jazakumullah khair jaza’

-ITQAN-
Read more...