Pages

Monday, June 25, 2012

KEMENANGAN 24 JUN 2012!!

Sujud syukur di kaki jalan.
Tahmid dan takbir bergema di segenap ruang..
Kanak2 juga riuh rendah keliling kampung membawa poster smbil mengibar bendera 
Jelas riak wajah rakyat bumi ini bergembira atas kemenangan itu
Ada air mata yang bergenang,ada jiwa yang meruntun pilu..
Kemenangan ini terlalu besar buat umat islam
Sekian lama tertekan,terpenjara
Akhirnya ALLAH membuka ruang
Dakwah albanna harum mekar..
Mesir!tanah arab..
Sungguh kemenangan ini telah dijanjikan di dalam hadith..
Umat islam akan bangkit bermulanya dari semenanjung tanah arab
Kebangkitan islam petanda dekatnya akhir zaman

-itqan zawwini-

Jom tengok gambar sekitar kemenangan semalam =)


jutaan rakyat di tahrir menunggu keputusan diumumkan.jam 3 petang waktu mesir..


dengan penuh debaran,doa dan terus berdoa


rakyat melaksanakan solat zohor berjemaah..masih menanti keputusan


Inilah seorang pemimpin yang dipilih dari kalangan rakyat biasa,


Barisan majlis tertinggi pilihanraya mesir,faruq sultan (tgh) ingin mengumumkan siapakah yang bakal menjadi presiden mesir yang baru,..dup dap dup dap


:) dR Muhammad Mursi ..pengumuman akan dibuat


Saat diumumkan..ahli2 kuat ikhwan muslimin bersorak kegembiraan


Keadaan di tahrir..mereka sujud syukur!!kalau dilihat di dalam surat khabar..mereka sujud di atas kaki dan badan org depan krn terlmpau ramai,smpi xada tempt sujud..


ada yang keluar dari kereta..sujud syukur di kaki jalan..selepas mendengar dari radio


meraikan kemenangan ini..


di kawasan kasr el-ainy..:) masing bunyikan hon..meriah sungguh,begitu juga di kawasan yg ana tinggal hayyu 'asyir..kereta lori bas motor bunyikan hon smbil kibarkan bendera mesir..


wajah gembira..terlalu gembira sudah lebih 30 tahun mereka diperintah oleh rejim kezaliman.


perkataan allahuakbar sahaja yg mampu diucap :)) allaah..


Ulama mesir Syeikh Sofwat Hijazi Hafizohullah
menitiskan air mata selepas pengumuman
kemenangan Ikhwanul Muslimin.



 Bersalaman dengan rakyat :)




Malam tadi pertama kali berucap sebagai PRESIDEN MESIR :)




Inilah seorang pemimpin yang bertaqwa..beliau dan keluarganya menghafaz alqur'an.bukan calang2 orang..juga sgt profesional,pernah belajar di US dan mnjdi lecturer disana.yang paling penting beliau Takutkan ALLAH dan memimpin mesir ke arah sebuah negara ISLAM..




Unit pengawal Republik memulakan tugas untuk menjaga dan mengiringi presiden Mesir.




Dalam ucapan sulungnya,,beliau ada mengatakan kata2 yg cukup menggetarkan seolah-olah ana melihat Khalifah Umar abdul aziz di hadapan
"kalau bukan kerana syuhada' thaurah,aku tidak akan menjadi presiden..Taatlah aku selama mana aku mentaati ALLAH,dan janganlah mentaati aku jika sebaliknya,aku bukanlah yang terbaik dari kalangan kamu,aku akan menjadi presiden bagi org2 mesir,org2 islam dan org2 masihi"




Percaya atau tidak..dr muhammad mursi pernah dipenjarakan..alah lbih kurang mcm kena tahan isa di malaysia..:) sungguh bagi org beriman,penjara itu lebih baik bg mereka.




Dr Muhammad Mursi memasuki istana jam 10 pagi tadi waktu mesir..




Sempat ana mengambil gmbr 2 org kanak2 ni smlm..di suq sayyarat.




Kami rakyat Malaysia mengucapkan tahniah atas kemenangan ini






Semalam..bnyk air mata yg mengalir..aku juga x terlepas..melihatkan penindasan pada ikhwan muslimin setelah sekian lama.Perjuangan ikhwan selalu disabotaj,albanna dibunuh..syed qutb digantung,zainab alghazali pernah dilepaskan padanya anjing buruan..ya Robb sungguh kemenangan ini sengaja ALLAH tangguhkan..:))


Malaysia next..PAS kan memenangi...:))pasti...pasti..aminn


lepasni..sempadan gaza dan mesir akan dibuka.bergembiralah rakyat palestin..amerika dan israel kecut lutut..huhuh



Read more...

Monday, June 18, 2012

Terasa bertuah..^^

Malam itu..

"Anti nak pergi daurah kitab x esok?Kalau nak,bagi nama,untuk inform dekat kak Aisyah(AJKT Lajnah pendidikan)"

Memandangkan hari cuti sempena pilihanraya presiden Mesir..rasa malas menguasai diri nak ke luar.Cuaca panas terik,bahang dan haba tahap maksimum membuatkan sesiapa sahaja nk berkurung dalam bilik.

"X apalah.."meluncur laju ana menjawab tanpa bertanya kitab apa,siapa pembentangnya..

....................................................................................................................................................

Esoknya..
Jam 7pagi..siap2 untuk sarapan..

"Enti ada tanya ana kan smlm??apa ye?"heee minta diulang soalan malam tadi

Ana kalau x fokus mmg begitu..saja berbasa basi pagi2..:D

"Petang ni ada daurah kitab Al-hikam.."jawab shbt ana.Mata ana terus dibulatkan!!wah biar betul!!berita ni lebih menarik dari nasi lemak yg dimasak pagi tu.

"Pengisinya syeikh yusri.." wah..lagilah teruja..masih smpat bagi nama sebelum jam 9 pagi!!
pantas mendail no ukhti Aisyah

Kitab alhikam,siapa ingat..babak yg 'mas azam KCB' kena gantikan pak kiyai syarahkan kitab ni secara mufajaah (mngejut)??lepastu imam muda hassan sangat sgt suka mggunakan kata hikmah dari kitab itu sewaktu di medan Imam Muda..Itu yang menarik-narik diri ini untk memiliki kitab tersebut sejak dari Malaysia lagi

Ni versi terjemah

Ma'radh kitab Kaherah (pesta buku) bulan jan dulu dah cari tapi x jumpa..

Alhmdulillah...
dimudahkan..

Jam 10 pagi..misi pencarian kitab

Mula2 naik bas 926  ke maktabah darussalam..TUTUP! kerana tgh pilihanraya..
Kemudian nak ke raba'ah..tapi bila fikir situlah maktabah ikhwan muslimin,cnfirm2 tutup..
Akhirnya terus memacu naik 80/ ke masjid Al-Azhar..

dari satu maktabah beralih ke satu maktabah bersama beberapa orang sahabat.^^ sempat bermunaqoshah (brbincang) dalam maktabah kitab mana yg sesuai jadi rujukan.Orang arab tn punya kedai dah tanya..
"maza tasyawarun...??" (apa yang kamu semua bincangkan?) heeee

Sempat pulak dia tnya "tantakhibun mien?mursi au syafiq?" (kamu undi sapa?mursi atau syafiq?)
haha..itulah soalan lazim ditanya kepada student al-Azhar..

Akhirnya satu kitab dipilih,melihat pada pentahqiq yang thiqah.:) pulang dengan hati yg puas dan gembira.

..............................................................................................................................................

 Masa kejadian..

Satu bas ditempah..
Wallahi,dalam fikiran ana,kami akan ke jabal muqottam..
Kerana disitulah masjid asyraf,tmpat biasa kelas syeikh yusri....
Dalam hati...ya ALLAH x sabar nya,berkongsi rasa dgn shbt...
hampir 2 bulan x ke mana2 kelas luar

Jam 5 petang,bas meluncur laju membelah jalan
Jalan yang dilalui sama..tapi sampai di selekoh syari' syahid bas tak buat u-turn..dalam hati

'eh..nak kemana..?patutnye u-turn..hmm' ana dah bisik2 dgn sahabt ana ulfah

Bas terus membelah jalan..melintasi autostrad road,markaz tmpat ana belajar :) hmm ke mana ni?
Bila jalan macam ke hussin..x kan ke masjid AZHAR!
ok..lepas hadiqoh azhar,,dah blur...x tahu ke mana sebenarnya..

Menanti dan menanti,bas masuk ke kawasan kampung,lecak2,budak2 arab kampung main tepi2 jalan,babai macam x pernah nampak maliziyyin (org2 malaysia)..Semakin dalam jalan,mmg dah x cam kat mana..

3O minit perjalanan,akhirnya kami berhenti di depan masjib IBNU ATAILLAH ASSAKANDARI...:'))

Ya robbi..ana dgn ulfah riang ria gembira,hamdalah x henti.ulama' sufi yang sgt alim ini dapat kami tadah kitabnya,bersama masyaikh azhar,di masjidnya di sebelah makamnya :'))


Sampai2 memang dah penuh,tapi selit-selit hingga ana dapat tmpat depan sekali bhg akhawat..:)
tiga orang syeikh masyhur sudah berada di depan Syeikh Yusri , Syeikh Jamal Farouq, Syeikh Usamah ^^

Muqaddimah dari syeikh usamah menusuk.Beliau memperkenalkan susuk org alim  yg hebat itu

Beliau seorang ahli sufi..sgt pakar dan mendalam dalam ilmu tasawwuf.Sejak kecil,mmg terserlah kebijaksanaannya sehinggalah ke peringkat remajanya,beliau tidak jemu mendalami ilmu.Beliau bermazhab maliki dan sgt alim dalam fiqh mazhab tersebut.

Gurunya ramai,begitu juga anak muridnya..^^ sanad bersambung sehinggalah kepada syeikh yang ada pada hari ini..

Beliau menetap di iskandariyah sebelum berpindah ke kaherah.Tempat yg ana berada sekarang,mudah2an dimana setapak ana melangkah disitu juga telapak kakinya pernah pijak..aminnnn

Daurah selama sejam setengah membaca semua matan kata2 hikmah oleh ketiga syeikh..sehingga azan maghrib berkumandang..Sebelum habis,munajat beliau dibaca..mmg sgt tinggi bahasanya..berpuisi dengan ALLAH..merintih dan terus merintih.
Itulah beliau Syeikh Ibn ataillah

Sebelum balik,sempat menziarahi makamnya di bhgian depan masjid..:') terasa ingin mnangis,x sgka...!awalnya yg tiada hati ke daurah.Akhirnya ALLAH pilih jua,sudahla malam itu malam 27 Rejab

Kesemuanya hikam (kata2 hikmah) yg dikarang beliau lebih 300 tetapi ana paling suka yg ke 75..tentang istidraj

"TAKUTLAH KAMU TERHADAP KURNIAAN ALLAH S.W.T YANG SELALU KAMU PEROLEHI SEDANGKAN KAMU MELANGGAR PERINTAH-NYA, JANGAN SAMPAI KURNIAAN ITU SEMATA-MATA ISTIDRAJ. 

(FIRMAN ALLAH S.W.T DALAM SURAH AL-A’RAF, AYAT 182): KAMI AKAN BINASAKAN MEREKA PERLAHAN-LAHAN DENGAN JALAN YANG MEREKA TIDAK SEDAR".

Allahu robbi..

Sedikit perkongsian perasaan bertuah ini dgn kalian,jangan jemu menuntut ilmu,kdg2 kemalasan diri itu dtgnya dari syaitan.^^

Mode:-DR MURSI calon ikhwan muslimin memenangi pilihanraya presiden mesir..dakwah albanna mmg harum segar hingga zaman berzaman

Semalam eid milad seorg sahabat nor ellyna aqilah ^^ mudah2an kemesraan kami kerana ALLAH ini kekal hingga ke syurga..tautan hati yg tiada penghujung



Read more...

Saturday, June 2, 2012

Anda mampu menilai ^^ peace!







Inilah peringatan
Buat diriku yang sering lupa

Dunia tak seindah di mata
Dunia bukan yang disangka
Dunia negara beda
Penuh dengan tipu daya

Dunia penuh gundah gulana
Dunia memang fana
Dunia penuh alpa
Dunia penuh gundah gulana
Dunia pura-pura
Dunia

Yang kecil mahu yang besar
Yang besar makan si kecil
Yang miskin nak jadi kaya
Yang kaya miskin jiwa

Yang muda hilang malunya
Yang tua lupa usia
Yang lemah malas usaha
Yang kuat tindas sahaja

Dunia tak seindah di mata
Dunia bukan di sangka
 
(Petikan lirik lagu Rihan-dunia)
Itqan Zawwini
~Cairo,Egypt~






Cantik kan..Inilah Malaysia,tanah tumpah darah aku..dan darah kamu..kamu dan kamu..20 tahun memijak bumi Malaysia,bermain pasir Malaysia,menghirup udara Malaysia,memandang langit Malaysia..sume2 lah..<3 Tapi sedihnya bila dapat tahu tanah air yang tercinta ini di dlmnya ada maksiat,di sana ada hak yang tak tertunai,ada yang tertindas dan ada yang ditipu.Selama ini hati 'kecut' seolah meredhoi apa yg berlaku..tetapi kini tidak lagi..Cintakan negara adalah sebahagian dari Iman..siapa yang ingin lihat negaranya diturunkan azab dan bala dari ALLAH..disebbkn tiadanya yg mnjalankan amar makruf nahi mungkar.Kita harus meneliti baik2..

Imam Al-Ghazali menyebut di dalam kitab Ihya' Ulumuddin:
Dunia ini tempat bercucuk tanam bagi bekalan akhirat. Dan tidak sempurna agama melainkan seiring dunia. Kekuasaan politik dan agama adalah pasangan berkembar. Agama itu tiang utama, sementara kekuasaan itu adalah penjagaannya. Sesuatu yang tiada tiang, maka ia akan runtuh dan sesuatu yang tiada penjaga akan musnah dan hilang”.
 
POLITIK & AGAMA tidak boleh dipisahkan..sama sekali TIDAK!!Tapi amat mendukacitakan pimpinan tertinggi negara kita bukanlah org yang benar2 faham agama..iya,beliau bijak mentadbir..tapi bila tiada AGAMA..!yang bijak tadi sudah mnjadi kurang bijak.Andai hukum ALLAH pun x takut,apatah lagi ia hendak mggubal undang2 sendiri.
 
Sempit dan sebak dada..melihat situasi Malaysia kini.Walaupun jasad tercampak jauh,hati meronta-ronta nak pulang krn merasakan kewujudan diri dan shbt2 azhariyyah sgt diperlukan.Segolongan pemuda Malaysia kritikal akhlak nya,pemikirannya..minatnya..terlampau meminati dunia hiburan,hampir2 tergelincir iman atau pun mmg sudah diketepikan iman itu.Hiburan x salah..ana pun sukakan hiburan,sabda Nabi.. basyyiru wala tunaffiru,yassiru wala tu'assiru tetapi hiburan yg mereka suka ini mgundang murka ALLAH.


Baru2 ini..satu program telah dianjurkan..Kononnya..


Matlamat awal sudah bagus..tapi bila bercampur dgn ini.
 

Rasa marah! amat2 marah dan malu..dgn perbuatan ini.Ini tidak sepatutnya berlaku di sebuah Negara Islam.Bayangkan peritnya peringkat dakwah baginda S.A.W demi membina sebuah daulah (negara) pertama yg berlandaskan AL-QUR'AN dan ASSUNNAH,kemudian ia mekar harum dan tersebar ke seluruh pelusuk dunia.Tapi bila sampai di generasi ini..hancur lebur dan rosak asas baldatun toyyibatun wa robbun ghofur (negara yg baik lagi diampuni Tuhan).

Tapi hati digembirakan semula dgn khabaran usaha2 sbhgian org yang cintakan Negara kerana ALLAH.Bai'ah (janji setia) kepada kepimpinan ulama' seperti mana sahabt terdahulu berbai'ah kepada Rasulullah S.A.W.


'Kita (pas) x mustahil untuk menang (mentadbir negara)..tetapi syaratnya adalah menjaga hubungan dgn ALLAH..'~Tn Guru Haji Abdul Hadi Awang~ Nak baca cni.

Kemenangan tidak akan dtg percuma..ia akan terus diuji dan diuji.Hampir tergelak melihat helaian paper new strait times yg mngatakan TGNA 'father of kafir'.Hee sedikit pun TGNA  x terkesan,apatah lagi nak menyerang.
 
 
 
Sedih x dpt mnjadi sbhgian dari mereka pada hari yg cukup bersejarah ini.Seluruh stadium Darul Aman penuh,dari seat penonton,padang,track larian..yang dari luar juga ramai lagi x dapat masuk tambah dgn yg x dpt hadir..
 
Subhanallah..jntera2 agen pengubah.Meremang melihat video bai'ah (janji setia) takbir pujian pada ALLAH bergema di segenap ruang..masing2 berjanji ingin menegakkan kalimah ALLAH di Malaysia.Jangan takut..bila islam memerintah,anda akan jalani hidup yg lebih tenang.Doakn di Mesir begitu juga..moga2 Dr Mursi calon ikhwn Muslimin memenangi pilihanraya presiden di sini amin.Dunia berhajatkan kepada pimpinan yang TAKUTKAN ALLAH.

~Kami bangga mnjadi MUSLIM..penyokong  dan pendokong PARTI ISLAM MALAYSIA~
sgt jels..sume shbt nisa' turun!!!!! dari nisa' pusat hingga ke nisa' kawasan.nak ikut kalian.

Read more...