Pages

Sunday, May 18, 2014

MURABBI

Perwatakannya tenang
Beliau masuk penuh bergaya..
Usai mengambil tempat di hadapan,niqabnya disingkap
Dari wajah yang kulihat,seolah arab campuran melayu
Berusia awal 40-an
Tegas dan tangkas
Ada rasa nyaman melihat wajahnya
Suasana yang mulanya hingar bingar
Menjadi reda.
Masing2 menumpukan sepenuh perhatian padanya  
Madah Usul Fiqh
Dukturah Amal




Situasi 1

Penerangan mafhum dan mantuq memerlukan fokus yang sangat tinggi di dalam muhadharah (kuliah).Terkerut-kerut wafidat (pelajar asing) cuba hendak memahaminya.

Mafhum mukhalafah dan mafhum muwafaqah perlu dikeluarkan dari sebaris nas al-Quran.Seperti formula matematik,sama ada ianya pembahagian mafhum mukhalafah yang mana satu.Mafhum ghayah kah,mafhum sifat kah,ataupun mafhum 'adad ataupun syarat??Kipas yang berpusing tidak terasa anginnya.The killer subjek lah orang kata dalam jabatan Syariah Islamiah.

Seorang misriyyah (student mesir) masuk ke kelas,angka menunjukkan jam 9.40pagi,sudah lewat 40 minit kalau diikutkan.Misriyyah tersebut memakai niqob tetapi jilbabnya pendek.Syarahan dukturah terhenti,mata dukturah menghala ke arah gadis tersebut

"Ya binti,ta'ali" baru setapak dua menaiki tangga kelas kami yang berbentuk mudarraj (tingkat-tingkat) dia dipanggil dukturah.

Dari jauh saya dan sahabat-sahabat memerhatikan sahaja.Dari gaya yang ditunjukkan,dukturah sedang memegang jilbabnya.

'Agaknya ditegur sebab jilbab pendek kot' masing2 meneka.

Lima minit berlalu si gadis mesir itu seolah tidak dapat menerima kenyataan,mulutnya membidas kembali apa yang ditegur,tangannya naik turun mempertahankan diri.

Esoknya dan hari-hari seterusnya..

Saya taajub..
Gadis yang kami lihat ditegur itu,sudah memakai jilbab yang labuh.
Saat itu saya hanya teringat dukturah Amal...Allahu akbar.Di dalam sebuah hadith riwayat Muslim ada menyebut,Rasulullah SAW bersabda:

“Barang siapa mengajak kepada suatu kebaikan, maka ia mendapat pahala seperti orang yang mengikutinya, dengan tidak mengurangi sedikitpun pahala-pahala mereka. Dan barang siapa yang mengajak kepada kesesatan maka ia akan mendapat dosa seperti orang yang mengikutinya, dengan tidak mengurangi sedikitpun dosa-dosa mereka.”

Semoga ALLAH merahmatinya

-----------------------------------------------------------------------------------------


Situasi 2

Kitab Nihayatussul syarahan Imam al-Baidhowi r.a daripada matan asalnya Minhajulwusul yang dikarang oleh Imam Isnawi r.a merupakan sillabus Usul Fiqh di Universiti al-Azhar.
Faqih di dalam madah Usul Fiqh merupakan satu impian yang berselangi cabaran.

Pastinya wafidat seperti kami memang merasakan inilah madah yang benar-benar melatih kesabaran dalam menuntut ilmu.Tulisannya kecil-kecil,rapat,pointnya bersambung antara satu sama lain.Barangsiapa yang rajin menelaah kitab ini,insyaALLAH dia menguasai cara bacaan kitab turath yang betul.Saya pun tidak mampu.

Kagum dengan Ust Hairulnizam Hussain (Mantan Presiden PMRAM) yang mampu menterjemah kitab ini ke dalam bahasa Melayu yang sehingga kini menjadi rujukan kami.

Ketika sedang pengajian nassi ini,dukturah Amal sengaja menguji kefahaman wafidat.

"Man minkunna minal wafidat,turidna tasyrah??" tanyanya setelah seorang misriyyah bernama Sarah membaca matan di dalam kitab.

Terkebil-kebil mata kami.Tunduk menekur lantai la jawabnya.Usul Fiqh,gila lah kalau mampu syarah (itulah self esteem yang lemah).Biasanya hanya seorang wafidat sahaja yang akan mengangkat tangan,Aminah dari Thailand.Dahulunya merupakan teman seperkuliahan di Markaz Bahasa Arab Hayyu Sadis.Keberaniannya luar biasa.
Walaupun ada naqis (kekurangan) pada penerangannya,Dukturah tetap menghargai dan memujinya.

"Saya tidak mahu kamu datang jauh-jauh untuk diam."ujar Dukturah Amal
"Saya mahu akal kamu syaghal (sibuk berfikir) apabila mendengar syarahan,jangan biarkan tidak faham menguasai kamu sehingga kamu tidak peroleh sebarang faedah pun.

Wafidat,
seringkali dan seringkali cantiik tulisannya di dalam imtihan,tetapi isinya tidak tepat."sentap.Sehingga hari ini saya benar-benar ingat akan waisatnya.

Bukanlah banyak mana hafazan mu itu yang membantu kamu najah dalam imtihan,tetapi sejauh mana kefahamanmu dalam sesuatu subjek.


Seorang guru itu adalah seorang murabbi
Di dalam pengajiannya mestilah ada nasihat dan pedoman buat pelajarnya.
Semoga ALLAH merahmati Dukturah Amal dan semua duktur dan dukturah di Universiti Al-Azhar

1 Jun akan berjumpa kertas Usul Fiqh,semoga ALLAH memberi kefahaman kepada kami untuk menguasai ilmu ini kerana ALLAH.
Selesai 4 madah untuk fasa 2 ini,berbaki 5 lagi mencukupkan 9 madah.
Robbuna ma'ana

ITQAN,CAIRO
18052014


Read more...

Saturday, May 3, 2014

KOLEKSI GAMBAR LAMA SAMER

2005-2009
5 Tahun bukan satu tempoh yang singkat
Gen 22 SAMERIAN
Masih segar segala memori
Bertatih,jatuh dan bangun
Baru nak kenal usrah,naqibah dan erti tarbiah
Baru mula nak hafaz muwasofat tarbiah 
Baru nak hadam Maza Yakni Fi Intimail Islam 
Baru nak rasa kem kepimpinan tu macam mana
 Semua disana
Mungkin tak sehebat sekolah orang lain
Tapi aku bermula di SAMER

Harini ramai kawan2 Mesir & orang sekeliling tanya kenapa tukar DP lencana sekolah ??
Kerana aku juga pernah menjadi sebahagian darinya ^^

Gambar2 yang masih kemas simpan dalam harddisk 
SAMER in my DU'A

 *Landmark*

*Musolla*

*Pintu masuk utama*

 
* Bukit yang ada tanda SAMER*


*Perarakan maulidurrasul dalam sekolah *

*Dapat adiah dari pengetua*

*Form 5 aspuri 2009*
(Malam perpisahan asrama)

*Musolla bawah*




*Form5 Aspura*

Pejabat & blok A
 
Kem kepimpinan 2009
 

Program AM I TRULY MUSLIMAH2



 SAMER
Paling banyak tangga
Atas bukit

Hari khamis..semua orang tahu duty us hidir jadi warden bertugas,semua orang x akan mula solat subuh selagi masih ada yang di asrama.
Ma'thurat wajib x leh lari
Solat lambat kena solat dekat dataran
Mata psp akan diambil
Jumaat mesti qiam,lelaki mesti tidur di Musolla
 Rabu meeting exco Asrama dekat blok A (Pengisian us hidir)
Kod tarbiah SAMER (KTS)
Nak jumpa dengan pelajar lelaki atas sesuatu urusan x boleh berdua kena libatkan cikgu..
Tak kisahla siapa pun dia..BADAR ke apa ke..kena ikut etika KTS
Siapa tertangkap dating kena kahwinkan dia secara umum dekat perhimpunan sekolah (public wedding) 
*Nampak macam memalukan tapi us Rizal (guru disiplin) mesti basuh dengan muhasabah & inzar beliau
Nama2 yang melanggar KTS akan disebut ketika perhimpunan.

Itulah antara tarbiahnya..Nampak syadidkah?Semoga biah ini masih terus dijaga.Biasalah dulu ramai nakal2 sekarang semua dah besar belaka..nakal bukan bererti jahat.

**Banyak lagi gambar,tapi ambil yang umum sahaja **

Sesekali dengar balik lagu sekolah.
Serius tak ada lagu yang paling ada rentak sedih macam lagu sekolah ni;;hehe x caya cubalah dengar :p

Klik untuk dengar 

p/s:Banyaknya masa  sy nak update blog..buku dah habis baca ??? terhantuk sekejap kepala = ='

Semoga ALLAH merahmati bumi tarbiah SAMER,para guru dan pelajar di sana khususnya dan semua sekolah yang menekankan aspek pentarbiahan seperti sekolah kalian juga SAM2 seluruh selangor.


Read more...

Friday, May 2, 2014

Umar al-Mukhtar abad inikah???

Sudah tepu menghadap kitab,sempat menukilkan sebuah jalan cerita pendek,watak yang direka,tiada kaitan dengan sesiapapun.Namun sengaja meletakkan Umar Mukhtar sebagai nama watak utama dek penangan usrah AJKT baru2 ini yang menonton filem Jihad Umar Mukhtar.

Seronok menulis ni sebab kita yang cipta watak,tak usahlah cipta watak yang terlalu sempurna,kerana ia hanya sempurna dalam cerita.Hakikatnya tiada manusia sempurna melainkan Rasulullah SAW.

Umar Mukhtar abad ini?Siapa mahu jadi???angkat tangan..hehe (bukannya saya nampak pun).Baiklah selamat membaca dan bolehla komen..kritik membina itu perlu :)

------------------------------------------------------------------------------


Jalannya pantas memintas semua yang ada disekeliling.Fokusnya satu,tiada lagi yang boleh jadi penghalang.Menjadikan Rasulullah sebagai qudwah,jalannya laju dengan sedikit membongkok seperti menuruni curam.Disapa orang sekeliling dengan lafaz salam seperti yang dilazimi di bumi tempatnya menuntut ilmu,Mesir

“Assalamualaikum” tanpa mengenal siapa pun dilantunkan,asalkan muslim.

Dia berpegang dengan hadith dari Abdullah bin Amr bin ‘As Radhiallahu ‘anhuma,salah seorang sahabat Rasulullah SAW memberitakan,

 “Ada seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah. “Sifat orang islam manakah yang paling baik? Baginda SAW menjawab,”Engkau memberi makan (kepada orang yang memerlukan) serta mengucapkan salam kepada orang yang engkau kenal dan tidak engkau kenal” (HR al-Bukhari no 6236 dan Muslim no 159)

Dialah seorang pemuda yang baru sahaja menamatkan pengajian di  Mesir.Satu-satunya pemuda keluaran al-Azhar di kawasannya itu.Pada hari itu dia berjubah putih antara warna kesukaan Rasulullah SAW.Selepas maghrib kuliahnya akan bermula.Menjadi pengganti kepada Ustaz Rahman yang kebetulan bekerja di luar kawasan.

Kenapa entah hatinya sedikit berdebar,bukan baru sekali dua dia menyampaikan kuliah,mungkin kerana hari ini lokasinya sedikit berbeza iaitu di tanah tempatnya membesar.Al-Quran tersemat kemas di tangan,peluh di dahi sedikit kelihatan,tetapi hatinya masih tenang.

‘Allah mudahkan urusanku,kerana aku telah memudahkan urusan Ustaz Rahman.’bisik hatinya
Dari jauh kubah hijau masjid Nur kampungnya jelas kelihatan,jarak masjid utama kampungnya dengan rumahnya hanyalah 250 meter lebih kurang.Dia lebih selesa berjalan kaki,lebih banyak pahala yang akan diperolehi.

“Assalamualaikum,Umar”sapa satu suara lelaki berumur 40-an.

“Waalaikumussalam”balasnya sambil menoleh

“Eh Wak Kasran,nak ke masjid?”tekanya melihat wak memakai baju melayu lengkap dengan kopiah.

“Ya lah,nak kemana lagi?”balasnya sambil tergelak kecil

“Jomlah saing sekali dengan saya..”Umar sempat menyalami tangan kasar wak dihadapannya sebagai tanda hormat.

Di dalam hati Wak sempat bermonolog sendirian‘Bagusnya anak ini..’

Sambil berjalan mereka berkongsi cerita melihat batas-batas subur orang kampung yang rajin bercucuk tanam di sepanjang jalan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Azan akan berkumandang dalam masa 5 minit lagi,seperti biasa Umar akan mengambil tempat di saff hadapan sudut hujung untuk mengulang hafazan al-Qurannya.Dia bukanlah seorang yang hafiz 30 juzu’ tetapi dia sentiasa mulazamah dan komited untuk mengulang dan menambah hafazannya.

Di satu sudut,Wak Kasran terus memandang Umar dengan hati yang sejuk ‘Alangkah baiknya anakku juga sepertinya’

Anaknya Amin sebaya dengan Umar yang juga sahabat baik Umar ketika zaman kanak-kanak dahulu.Selepas mendapat keputusan UPSR dan PSRA,Umar ditakdirkan menuntut ilmu di bumi Kelantan untuk mendalami perihal agama.Tidak disangka Umar menjadi seorang yang ‘alim dan melanjutkan pelajaran di Universiti al-Azhar sehingga menjadi seorang yang disegani apabila pulang ke tanahair.

Fikirannya melayang bagaimana sikap Amin yang dingin terhadap orang tua.Liat hendak melaksanakan perintah ALLAH serta tidak mahu bekerja.Usia yang sudah menginjak 24 tahun menyebabkan Amin sudah keras untuk menerima nasihat.

“Ayah tak payah nak tegur saya lah.Saya dah besar..saya tahu lah bawa diri!!”melenting dan meninggi kan suara apabila ditegur Wak Kasran kenapa tidak solat.

“Kamu ingat kamu ini hidup lama!!”Wak Kasran juga tidak mampu bersabar dengan sikap anaknya.Kalaulah boleh,ingin sahaja dilibas dengan rotan sepertimana yang dilakukan ketika mereka kecil.Istighfar panjang di dalam hati.

“Solat itu sekejap saja,kecil-kecil dahulu kenapa boleh buat sekarang tak boleh??”Tanya Wak

“Ahh…bebel saja orang tua ni!!”dia segera mencapai kunci motor ingin melarikan diri dari pertanyaan.

‘Selagi aku tak solat,selagi itulah dibebelnya.Baik aku lari’dengusnya dalam hati.Enjin dihidupkan,terus dipecut laju entah kemana hala tuju.

Wak Kasran memandang dengan tajam ada hiba bertandang,hatinya sakit..Doa tidak putus-putus dilantunkan buat anaknya.Doa yang diyakini tiada hijab

Azan maghrib berkumandang segera mematikan lamunannya.Bingkas dia bangun menuju ke saff hadapan.Suara anak muda itu terus bergema menyeru manusia menyembah ALLAH yang satu.
Usai solat dan wirid,seperti biasa pengerusi majlis akan mengambil tempat di hadapan.

“Pada hari ini Ustaz Rahman memohon jutaan maaf tidak dapat menyampaikan kuliahnya seperti biasa,maka tempat beliau akan digantikan oleh bilal kita sebentar tadi.Sebelum itu,saya akan memperkenalkan beliau

Diberi nama Umar al-Mukhtar Bin Muhammad,berusia 24 tahun,berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab Universiti al-Azhar,Kaherah.Saya mempersilakan al-Fadhil Ustaz muda ini ke hadapan.”
Aircond yang dipasang hingga tidak terasa oleh dia,’Moga ALLAH tuntun langkahku’desir hati kecilnya.Sebelum dia memulakan pengisian,dilihat dahulu sekeliling.Ma Sya Allah 90% golongan orang tua,berbakinya kanak-kanak dan remaja.

“Segala puji bagi ALLAH Sang Penguasa Alam,Selawat serta salam buat junjungan mulia baginda Rasulullah SAW,para keluarga baginda,para sahabat,tabi’ in,tabi’ tabiin dan para Salafussoleh.Alhamdulillah,dengan kesempatan yang ada,bersyukurlah kita dengan nikmat Iman dan Islam yang dikurniakan.Nikmat hidup dan nafas ini sendiri.Bayangkan jika kita tidak bernafas,maka kita tidak mampu berada disini.Syukurlah hadirin sekalian.Sebutlah Alhamdulillah.

 Saya yang berasa rendah diri berada di hadapan menggantikan Ustaz Rahman ini,sekadar ingin berkongsi ilmu dengan hadirin hadirat sekalian.Saya ini sama sahaja dengan hadirin,tidak ada yang lebihnya saya dan kurangnya kalian.Kita semua adalah sama disisi ALLAH”Umar memulakan bicara

Semua mata tertumpu,baik pakcik-pakcik,makcik-makcik dan seluruh ahli jemaah di masjid Nur kampung tersebut.Susah juga ingin menyesuaikan kata-katanya di hadapan audien yang lebih tua.Mungkin terasa kekok kerana selama ini dia hanya biasa berceramah di hadapan mahasiswa.

“Sebuah hadis yang ingin saya kongsikan daripada matan arba’in yang dikarang oleh Imam Nawawi rahimahullah.Sebelum saya meneruskan pembacaan hadis marilah sama-sama kita mengenali susuk tubuh yang agung ini.Siapa kah beliau ??

Beliau diberi nama Abu Zakaria Yahya Bin Syaraf al-Nawawi al-Dimasyqi (Imam Nawawi).Beliau dilahirkan pada bulan Muharram,631 Hijrah.Beliau telah meninggal dunia dan dikebumikan di kampung asalnya,Nawa selepas menziarahi al-Quds dan al-Khalil pada bulan Rejab 676H.

Beliau ni untuk makluman hadirin sekalian, dikenali sebagai salah seorang tokoh ilmuan yang sangat ulung dalam mazhab Imam Syafii rahimahullah.Pendapat-pendapat Imam Nawawi ini diiktiraf sebagai mewakili kelompok mazhab Syafii yang kita berpegang pada hari ini.Karya beliau ini,tak usah kita kira lah..ma sya Allah terlalu banyak antaranya Tahzib al-Asma’ wa al-Lughoh yang saya pernah bertalaqqi di Mesir suatu ketika dulu.

Baiklah,hadis yang akan saya bacakan daripada Anas bin Malik r.a berkata,bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda,bahawa ALLAH swt berfirman:
يا ابن آدم ! إنّك ما دعوتني ورجوتني , غفرت لك على ما كان منك,ولا أبالي . يا ابن آدم ! لو بلغتْ ذنوبك عنان السماء , ثم استغفرتني , غفرت لك. يا ابن آدم ! إنك لو أتيتني بقراب الأرض خطايا , ثم لقيتني لا تشرك بي شيئا , لأتيتك بقرابها مغفرة

Allah..tuan-tuan..maksud hadis ini sangat mendalam.Allah sebut “Wahai anak Adam,selagi engkau meminta dan berharap kepadaKU maka Aku mengampuni segala dosamu yang telah lalu,dan Aku tidak akan mempedulikannya.  Wahai anak adam,jika dosamu sampai setinggi langit lalu engkau minta ampun kepada-Ku nescaya Kuampuni.Wahai anak Adam,jika engkau datang kepada-KU dengan kesalahan seluas permukaan bumi lalu engkau menemui-Ku tanpa menyetkutukan sesuatu pun dengan –Ku ,nescaya Aku datang padamu dengan ampunan seluas bumi pula.”
(Riwayat at-Tarmizi no:3534 dan al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah)

Inilah sebuah hadis qudsi yang memberi pengharapan besar kepada semua hamba-hambaNYA yang mengharapkan keampunan dari Allah..”

Terkedu Wak Kasran,hatinya tersentuh,bagai disimbah air.Masih belum terlewat buat Amin untuk pulang ke pangkal jalan.Amin bukannya murtad,dia hanya degil.

45 minit berlalu,semakin ramai yang hadir ke kuliah yang disampaikan Umar.Gayanya tersendiri,sesekali ada juga selitan senda gurau yang tidak berlebihan untuk menarik mad’u berusia di hadapannya.

Usai kuliah dan solat Isya’.

“Umar,Wak ada hajat nak beritahu kamu ni“beritahu Wak sambil membantu Umar melipat sejadah .

“Silakan Wak.InsyaALLAH kalau saya boleh tunaikan dengan semampunya.”bercahaya mata Umar

“Kamu ni..sungguh mengagumkan Wak.Graduan al-Azhar,tetapi tak pernah kisah sekadar memberi kuliah di masjid,baik budi bahasa pulak tu..”Wak ingin menyambung pujiannya,namun segera dicantas Umar bagi  menghalang riya’ dari menapak

“Allah..saya ni biasa saja Wak.Ramai lagi yang lebih baik.Apa hajat Wak tadi?”sengaja diubah topic.

Wak Kasran mula membetulkan duduk silanya,Umar yang tekun melipat sejadah juga memposisikan tubuhnya menghadap Wak.Serius gayanya

“Kamu masih ingat Amin?”Tanya Wak

“Amin.?Oh ya..ingat.Kawan sekolah rendah saya.Kenapa Wak?”tanyanya kembali penuh kehairanan.Lama dia tidak berjumpa dengan kawannya itu.Hampir tidak terbayang bagaimana wajahnya.

“Dia itu anak Wak.”

“Ma Sya ALLAH..Kecilnya dunia..baguslah tu.Saya lama tidak jumpa dengan dia?”senyum Umar melebar.

Wak Kasran menunduk.Malu untuk ceritakan namun digagahkan juga bibir untuk menutur yang benar.Umar perasan perubahan riak wajah jernih orangtua budiman itu.

“Ceritakanlah Wak.Apa yang boleh saya bantu?”

“Begini..Amin yang kamu kenal itu sudah lain.Lain benar.Dia tidak sama dengan kamu.Orangnya degil,tidak mahu sembahyang.Kenalannya semua liar-liar belaka.Suka keluar malam,pulang subuh,tidur sehingga tengahhari dan tidak mahu bekerja,”ada suara yang tertahan.

Umar beristighfar di dalam hati.Kalau dahulu kursus intensif duat dialah pengarah,kini bukan teori malah dia harus terjun ke dalam praktikal.Panjang nafasnya ditarik kemudian dihela keluar perlahan seolah dapat menangkap maksud hajat Wak.

“Wak ingin saya berjumpa dengan diakah?Bersemuka secara berdua dan menasihatinya?”Tanya Umar

Wak Kasran mengangguk.

Malam itu Umar tidak dapat melelapkan mata

‘Masih ingatkah dia pada aku?Mampukah aku?InsyaALLAH aku takkan biarkan kau lebih jauh dariNYA..’itu azamnya..

Umar al-Mukhtar….strategi dakwah dan usaha menarik mad'u bakal bersambung


ITQAN ZAWWINI,CAIRO
Teratak 202
0205
0312AM
Read more...