Pages

Saturday, February 25, 2012

Hitung jomT_T


Sabtu yang indah..
Mentari mengintai penuh cerah
Namun ada bumi sedang berdarah..
Menanti pejuang yang semakin tiada terarah..

~Itqan Zawwini~
egypt


Seminggu ana dapat cuti...^^ kelmarin- hingga ahad depan..
Cuti setelah 3 bulan di markaz bahasa Arab
hayyu sadis,Universiti Al-azhar..
Tiada pengalaman yang paling berharga,melainkan menuntut ilmu di Universiti Tertua yang julung-julung dan disanjung kemasyhurannya :) AL-AZHAR

22 sept 2011,tarikh keramat jejaknya kaki ini di bumi mesir..
Jika dihitung lebih kurang 5 bulan sudah jasad dan ruh ini tercampak di sini.
Selalu sahaja tersilap langkah..selalu sahaja melatah ..

Terinspirasi hanya dengan ujian,gembira hanya bila dpt ketenangan
Itulah perantau musafir perjuangan..
Tabah dan cekal perlu teribat di hati..
Jika x,susah benar hati ini untuk subur

Dalam seharian...
cuba listkan apa tugas kita

-Hamba ALLAH dan KhalifahNYA
*Solat on time -
*Ibadah sunnat
*Qur'an n tadabbur
*Zikr
*Makrifatullah (Tadabbur diri dan alam)
*Qiam

-Umat Muhammad s.a.w
*Selawat ke atas baginda
*Amalkan sunnah
*Dalami sirah dan ambil ibrah
*Sebarkan wasiat baginda

-Anak kpd ibu dan ayah
*Doakan mereka
*Berbuat baik(patuhi arahan,bantu urusan rumah,senyum,dan bertutur dgn tutur yg menyenangkan)
*Telefon (bagi yang duduk jauh) dan tanya khabar

-Sahabat
*Penuhi hak sahabat (senyum,sapa,salam,bantu)
*Doakan mereka
*Nasihat sekiranya ada perkara yg x betul
*Berkongsi duka dan gembira
*Tidak memutuskan silah rahim

-Masyarakat
*Ziarah
*Simple touch
*Infaq
*Cakna Isu semasa (palestin,syria dan malaysia)
sebarkan yang benar..bangkitkan ruh jihad sesama muslim

-Diri
*Bersihkan diri (Mandi,wudhu',potong kuku,berwangian)
*Tambah zat badan (Makan yg halal secara berpada,exercise)
*Tambah zat ruhani (Muhasabah diri,dgr tazkirah,terima nasihat)
*Tambah zat akal (Ke kuliah,online dgn bermanfaat,membaca,mengkaji)
*usahalah ke arah 10 muwasofat tarbiyyah


Sebenarnya banyak lagi...sekadar talkhis (ringkasan) cuba kita lakukan mcm ni,dan erapa bnyk tugas yang masih belum kita laksanakan.Suka ana untuk mengingatkan 3 hak yang penting perlu kita tunaikan

1.Jaga Hak ALLAH dan Rasul
2.Jaga Hak manusia
3.Jaga Hak diri

Mafhum hadith 19 imam Nawawi rahimahullah
اِحْفَظِ الله یَحْفَظْكَ
Jagalah ALLAH nescaya ALLAH menjagamu..

Maksudnya,jagalah hak kita pada NYA..


p/s:Pesanan buat diri...dan shbt2..
Kurangkan tidur...ianya mematikan hati,merugikan umur..Penuhi 24 jam dengan tugas yang melambak tadi tu..mugkin kalau dulu kita tidur 7 jam di malaysia,kini kita kurangkan jadi 5 jam..Mungkin kalau dulu kita punya tabiat tidur lepas subuh..apakata,kita keluar lepas subuh...badan juga punya hak.bila keluar tundukkanlah pula pandangan ^^

kurangkan tidur
kurangkan gelak
kurangkan makan
ok ^^
Read more...

Saturday, February 4, 2012

Kitalah sebenarnya yang terlupa....



Mentari di ufuk timur mula menjengah..
Pada hari yang bersinar indah
Menanti kelahiran seseorang yang tersangat istimewa
Seluruh alam buana meraikannya...

Dan setelah abad berlalu
Mentari yang sama terbit..
Tetapi dengan perasaan yang kecewa...sedih
Kerana dunia tidak lagi berseri tanpa cahaya MUHAMMAD S.A.W
malah tida lagi wakil-wakil yang seperti sahabat2...tabi'in dan tabi'in
yang menegakkan syiar ISLAM secara hakiki

11 Rabi'ul awwal 1433H..
4 Januari 2012

Pagi tadi di bkan selangor,kami baru selesai mengkhatamkan kitab 'syamail muhammadiah' penulisan Ibn Taimiyyah.Alhamdulillah,peluang yang sgt besar..tetapi diri ini yang kadang-kadang sukar membahagikan masa dengan baik.Hanya dapat mengikuti 3 hari saja...ALLAH
kena muhasabah balik ni..

Sekitar maulidurrasul ini...suka ana untuk mengingatkan sahabat2 semua tentang perjuangan baginda S.A.W

Mungkin sedikit cerita yang boleh ana kongsikan bersama sahabat2


Perang Uhud melakarkan sejarah yang cukup pahit dalam episod kehidupan Rasulullah S.A.W..tetapi ana nak bawa sahabat2 semua untuk tidak memandang bahawa tewasnya tentera Islam di perang UHUD sbg satu KEKALAHAN..tapi ianya satu teguran..

Angin sahara bertiup kencang...pepasir dan debu berterbangan.Tentera musyrikin lari bertempiaran kerana tentera ISLAM sudah menguasai medan,dan sebahagiannya mula mengutip harta perang.Pasukan memanah menyangka peperangan sudah selesai..Masing2 ikut turun dari bukit untuk turut mengutip.

Abdullah B.Jubair (ketua pemanah) menahan mereka
"Muhammad arahkan kita jangan bergerak dari sini!!"

jawab salah seorang "Itu ketika peperangan berlangsung,sekarang peperangan sudah selesai dan tentera bukan Islam sudah lari"

Pesanan Rasulullah diabaikan....

Sementara pasukan musyrikin yang diketuai Khalid al-walid yang ebagai pasukan memerhati,melihat medan sudah mulai berterabur,dia pun mengambil ruang untuk menyerang semula tentera muslimin..dan mereka pula yang berjaya menguasai bukit Rummah.Abdullah dan sahabat2 yang berbaki di atas bukit syahid dibunuh Khalid.

Apabila Muhammad melihat keadaan ini,baginda memanggil tentera Islam berkumpul dekat-dekat dgnnya.
"Ke sini semua wahai hamba-hamba ALLAH.Ke sini semua wahai hamba-hamba ALLAH.Sesungguhnya aku pesuruh ALLAH"

Baginda mengorbankan diri baginda di saat2 yang cemas ini,hal ini menyebabkan tentera musyrik tahu di mana kedudukan baginda.Memang itu yang ditunggu-tunggu kerana mereka ingin membunuh insan mulia itu.Berpusu-pusu mereka mengejar Muhammad...baginda terundur ke belakang,sehingga terjatuh ke dalam lubang yg sengaja digali oleh Amir(org yg benci nabi).

Beberapa org shbt berkumpul mempertahankan nabi antaranya Abu Bakr,Abu Dujanah,Talhah b. Ubaidillah dan 7 pahlawan ansar.Namun kerana ramainya bilangan mereka yg berasa di situ,ada juga yg berjaya sampai kpd Muhammad.Mereka menetak bahu Muhammad..walaupun baginda memakai baju besi,hentakan itu terlalu kuat dan menyebabkan baginda yang sudah keluar dari lubang terjatuh semula ke dalam lubang tersebut.

Mereka menetak pula kepala baginda,dan serpihan topi besinya terkena pada kepala baginda S.A.W..Muhammad masih dpt bertahan.Namun jumlah mereka yang ramai,mereka menyerang Nabi bertubi-tubi dari semua penjuru,kali ini mereka berjaya memukul muka baginda lalu giginya patah dan berdarah di kepala dan mukanya...demi umatnya untuk hidup sesenang hari ini



Saat diri ini tidak lagi gagah...bila mengenangkan kembali sirah Baginda Rasulullah S.A.W..disakiti kerana menegakkan ISLAM..kita ini yang sudah hidup senang lenang dgn nikmat ISLAM..terlupa akan hal ini.Sesekali kita perlu menoleh...melihat lakaran sirah..semoga cinta kita kepada baginda semakin mekar....allahuma solli 'ala saidina Muhammad..

Sebenarnya kita yang terlupa......
Read more...

Wednesday, February 1, 2012

Aku dan 3 GENIH!!



Selalu kita kata 'nak cari keredhaan ALLAH' 'nak bergantung pada ALLAH'
IN'ALLAH moga apa yang kita selalu sebut ini lurus dan selari denga
n perbuatan kita..

Hidup di luar negara ni memang banyak cabarannya,terutamanya di mesir..al-maklumla,sudahla x berapa nak faham lagi bahasa amminye,dengan zahmah (jem) sana sini,kena marah dgn ammu sebb blur2 kat kedai,tapi ana pasti itulah yang akan dirindui bila pulang ke malaysia
nanti (ceh..padahal baru je smpai).Masih lagi merebut gelaran tolibul 'ilm..mujahadah dengan mehnah dan minhah..dan keduanya nikmat bagi diri ini.


Apa yang ana nak cite dengan 3genih ni
kalau dinisbahkan dengan duit rm..3genih ni macam rm1.50
Pernah x anda keluar ke mana2 dgn hanya bawa duit berjumlah tu.??Agak2 rasa selamat x?

Ana pernah!!teruk kan...?
Tapi...Alhamdulillah3,segalanya kerana nikmatNYA..waktu tu ana x rasa sesuatu yang merisaukan pun..

Ana tunggu bas di suq sayyarat jam 7 pagi,naik bas 80 palang ke sadis,markaz Lughoh,baru kena bayar le1..ada baki le2..

Dalam kelas,ana bagitahu la kat sorg sahabat ni..'aku bawak 3genih je harini,moga2 cukup'
Terkejut dia! 'cukup ke??' hehe,yang pastinya ana xkan minx duit kat sapa2..itu janji dalam hati...'ALLAH kan ada...'ana usik dia balik..padahal dalam hati 'Ya ALLAH cukupkanlah..'

Habis kelas pukul 12 tghhari,sekali lagi tnggu bas depan al-Azhar,destinasi yang ditujui hayyu sabi',nak pergi teman sahabt ana cari hadiah bufday ahli baitnya.Dapatla naik bas panjang hijau,sekali lagi le1 dihulur..ada tinggal lagi...segenih!!

sahabat ana tanya 'mcm mana ni,tinggal bpe genih lagi..cukup ke nak balik?kalau penat naik teksi.Xpelah ana bawa duit lebih..'

Selamba ana buat muka..'ALLAH kan ada'...'iye..ALLAH kan ada..' tersengih.
Nak tercabut kaki jalan dari awal sabi'..nak katanya yakin dengan ALLAH,pasti ada ganjarannya,semua bas yang lalu..ana x hirau,sbb harganya genih rubu'..ada yang genih nus..mana cukup.TIBA-TIBA...ada tremco(nama sejenis van pengangkutan awam) kosong,sudi hantar ke hayyu 'asyir..terus ke imarah selangor.

'ammu kem si'r bawabat talatah?' (pakcik,berapa harga gi bawabah 3 ??')
'illa rubu' ' masya ALLAH!! le0.75... hehe,sukenye hati ni
Sahabat ana tu dah siap senyum simpul...okey..betullah 'ALLAH kan ada..'

bukan sahaja cukup,malah ada baki lagi..rubu'..hehehehe apa lagi..kalau jumpa mutasawwil(pengemis)..hulurlah le0.25 tu.


bilamana kita kekurangan,dan ada yang lebih kekurangan dari kita maka hulurlah.Sebut dan bisik dalam hati 'duit yang aku miliki ini bukan hak aku seorang...ini juga hak dia,dan mungkin kerana syiling tua berkarat yg bernama rubu' tu akan menjadi saksi di akhirat..' dengan syarat IKHLAS..

Itulah citenye..mmg x gempak..tapi hati ini sgt bersyukur pada waktu itu.ALLAH sentiasa ada..dan berGANTUNGlah pada NYA...

P/S:Detik semakin mghampiri,rindu semakin memuncak...allahumma solli 'ala muhammad.12 rabi'ul awwal..Baru sahaja pulang dari markaz hayyu sadis dengan berjalan kaki..5-6 km kot..bersama sahabat yang sama...dia yang sudi menemani..UMMU ALEENA..hehehe.harini duit x melayang..
Read more...