Pages

Tuesday, December 28, 2010

Khusyuk Solat (2)

Sambungan...

Klu nak mengupas ttg ibadah solat ini, sebenarnya byk perkara yg perlu disampaikan.. Namun begitu, tulisan dan perkongsian ini yang hanya sebahagian sahaja adalah bertujuan agar kita dapat saling ingat-mengingati sesama kita dan mengamalkannya dalam kehidupan,ameen.



KHUSYU' DALAM SOLAT


Rasulullah SAW bersabda :

كم من قائم حظه من صلاته النصب

"Berapa banyak orang mendirikan solat, tetapi yang diperolehi hanya penat dan letih, kerana mereka yang lalai dalam sembahyangnya". (Riwayat An-Nasaie)


Hadith di atas adalah ditujukan kepada orang yang lalai ketika solatnya. Bagaimana boleh terjadi seorang hamba Allah SWT yang sedang bermunajat kepada-NYA tetapi qalbu(hati) dan mindanya tidak menyertai jasadnya?


Dr Yusof Al-Qaradhawi menyatakan di dalam kitab Fatawa Mu'asirah bahawa khusyu' terbahagi kepada dua :

1) Khusyu' Hati :

Khusyu' hati adalah merasai pengawasan Allah SWT serta kehebatanNYA dengan memahami ayat-ayat Al-Quran yang dibaca dan zikir-zikir yang dilafazkan. Melahirkan keyakinan bahawa dia berada di hadapan ALLAH SWT.

Islam menegah kesibukan pemikiran dan kelalaian hati (ketika solat) dengan perkara dunia.


2) Khusyu' Anggota :

Khusyu' anggota pula merupakan kesempurnaan dari kekhusyu'kan hati. Yakni apabila hati khusyu' maka pergerakan rukun perbuatan dan bacaan solat (rukun fi'li dan qauli) akan menjadi lebih sempurna.

Seorang tabiin iaitu Said bin Musayyib berkata :

لو خشع قلب هذا لخشعت جوارحه

"Jika khusyu' hati ini, maka khusyu' anggotanya".


Fadhilat Khusyu' Dalam Solat :


"Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (yaitu) orang-orang yang khusyu' dalam sembahyangnya" (Surah Al-Mukminun, ayat 1-2)

"Dan orang-orang yang memelihara (khusyu') sembahyangnya. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi, (yakni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. mereka kekal di dalamnya"
(Surah Al-Mukminun, ayat 9-11)



Kepentingan Khusyu' Dalam Solat :


1) Firman Allah dalam surah Toha, ayat 14 :

"Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingat Aku"


#Solat itu didirikan adalah untuk mengingati Allah SWT

Justeru, ingatan kepada Allah SWT adalah puncak tujuan solat itu didirikan, maka solat yang tiada "ingatan" kepada Allah SWT adalah kosong seperti jasad tanpa ruh yang tidak sekali-kali mampu membuahkan kemanisan iman dan kenikmatan solat.

Firman Allah dalam surah Al-A'raf, ayat 205 :

"Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai"


#Solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu di akhirat oleh Allah SWT berbanding dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna, maka barulah dihitung pula amalan yang lain.

Firman Allah lagi dalam surah Al-Ma'un, ayat 4-5 :

"Maka celakalah bagi orang-orang yang solat, (yaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya"


#Solat yang dikerjakan dengan penuh khusyu' dapat menjauhkan kemungkaran.

"Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al-Quran) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. dan Sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadah-ibadah yang lain). dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan". (Surah Al-'Ankabut, ayat 45)



KAEDAH MENCAPAI KHUSYU'


A. Kaedah Zahir

1) Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari sumber yang halal tanpa syubhah.
2) Menggunakan sejadah yang tiada gambar dan corak yang boleh mengganggu pemikiran.
3) Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan tumpukan mata ke tempat sujud.
4) Ditegah bersolat dengan pakaian yang ada gambar, berwarna-warni, bertulis, lukisan dan lain-lain yang mampu membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.
5) Berwudhu' dengan sempurna.
6) Membaca istia'zah (أعوذ بالله من الشّيطان الرّجيم ) dalam hati ketika terasa minda rasa terganggu.
7) Jangan solat dalam keadaan terlalu lapar, ingin membuang air kecil atau besar.
8) Meletakkan "sutrah" (penghadang) di hadapan ketika solat.
9) Solat di awal waktu.
10) Solat berjemaah (bagi lelaki).
11) Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun sembahyang bersendirian atau pun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.
12) Jauhi solat di tempat yang bising dan sibuk.
13) Menjaga mata dari melihat perkara yang haram.


B. Kaedah Batin.

1) Istiqamah memohon keampunan dan taubat kepada Allah.
2) Selalu ingatkan kematian dan mempersiapkan diri menghadapinya.
3) Membaca dengan baik, berusaha untuk memahami bacaan dalam solat agar dapat menyentuh hati.
4) Mempelajari sifat solat Nabi SAW, agar dapat merasakan hampirnya kita dengan Nabi SAW.
5) Menghadirkan rasa bahawa Allah sentiasa mengawasi gerak-geri kita.
6) Timbulkan perasaan malu dan takut kepada Allah SWT dengan azabnya yang amat pedih.
7) Mengingati segala dosa-dosa kita terdahulu dan merasakan kita insan yang hina di sisi Allah.
8) Meletakkan keyakinan dan pengharapan bahawa Allah akan menerima solat dan amalan kita.
9) Menjauhkan fikiran dari kesibukan dunia dan perkara yang merunsingkan.



Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang tidak khusyu' solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar.

# Saidina Ali K.W boleh khusyu' dalam sembahyang hingga waktu orang mencabut panah di betisnya, beliau tidak terasa apa-apa.

# Saidina Umar Al-Khattab pernah berkata :

"Khusyu' itu bukan tundukkan kepala, tapi khusyu' itu dalam hati"

# Firman Allah :

"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. dan Sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu', (yaitu) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahawa mereka akan kembali kepada-NYA".
(Surah Al-Baqarah, ayat 45-46)



Rujukan :



Read more...

Monday, December 27, 2010

~Ibrah di sebalik KBBTP10~

Hari itu hari ahad..hari yang orang nk rehat2.Cewah jadi mcm pantun 2 kerat pulak.Oklah Assalamualaikum semua..straight to the point..ana nak sentuh ckit..pengalamn baru2 ini ana mnjadi wakil nisa' selayang ke Karnival Belia BTP 2010 di bandar tasik puteri,Rawang..Tarikh program 25-26 disember..tapi ana dan bbrapa ukhti nisa' selayang pergi pada 26 dis sbb jadi ajk xplorace bermotor.Seawal lepas subuh ana dan kakak ana(kak syue) bertolak dari rumah.Kak syue drive myvi ..pergi jemput kak sarah dkt dewan siantan..kemudian kak ji(azira) dkt bukit idaman.

Sampai di BTP..ke rumah sumaiyah najihah a.k.a bintuzzain pulak.Berapa kali pusing2 kat situ..walhal rumahnya dkt je dari situ.al-maklumla..bukan org btp.Masuk rumahnya..salm2 dgn umminya..sembang2 jap smntara tggu 'puteri' sorg ni siap2.haish budak ini..x sarapan lagi.sian dye.Kitorg pun pegilah sarapan dulu..Pergi sarapan kat gerai family sahabat ana..dayah hazram.Nampak mak,ayah ,adik,n kakak2nye sdg berniaga..maju kedainye..sedap pulak tu.Lupa nk ckp terima kasih.Hmm xpeke??antum antunna kena baca prjalann cite ni...?hehe terima kasih.


Sorg lagi syifaq mohammad razi namanya.Dia pun antara wakil nisa' yg terlibat.Tyme makan2 kat situ..rupa2nya familynye pun sarapan kat situ.Akhirnye kitorg gerak sekali dgn myvi..berhimpit-himpit 4 org kat blkg.Jam 8.30 pagi..kami berkumpul di dataran masjid BTP yang tersergam indah.Hijau pandangan mata..hehe unit amal semuanya brbaju hijau.Peserta berbaju oren.Program dikelolakn oleh ustaz Farhan..kami dibriefing tntg apa yg perlu dilakukn.Gerun juga..yg pesertanya semua lelaki.


Diorg(peserta) ni main explorace bermotor..di sekitar bandar tasik puteri..sejauh 29 blok.Isk3 jauh tu..ada 8 checkpoint.Mereka kena lepas kesemua checkpoint tu untuk bergelar juara.Kesemuanya ada 11 pasukan..satu pasukan 4 org.Ini bermakna 1 pasukan naik 2 motor.Mostly bukan org BTP..ada yg datang dari sg buloh..kundang dan macam2 lagi.Peringkat umur..ana rasa dlm lingkungan belasan tahun..tapi ada jugak yg dah habis spm.Ana..sumaiyah dan syifaq menjaga checkpoint yang pertama iaitu di surau al-kauthar.Tugas mereka disitu kena melakonkan peribahasa atau simpulan bahasa yg diberi..sorg berlakon..3 org teka.Klako tyme ni.Bila dah settle..diorg kena jawab teka silang kata yg trdapat dalam akhbar selangorkini.Isk susah2 soklannya..tntg isu semasa dan pengetahuan am.Kitorg bagi la klu ckit2.

Lastly..majlis penutup di rasmikan oleh YB ZAIDI..ketua pemuda pas,selayang.Unit amal bermain street soccer..dan nisa' pula me'nyelotape' makanan2 untuk dijadikan hamper cabutan bertuah(tnpa pembalut)..kira kreativiti la tu.Then bergambar ramai2..katanya masuk paper(ntah la).Makan2..pukul 7 baru habis program.Bertolak ke rumah..dan singgah di masjid amaniah untuk meng'usha' adik2 kepimpinan samer bentangkn krtas kerja mereka untuk orientasi adik2 form1 2011.Smpai tgh malam jugak.baru smpi di baiti jannati.mabruk!!kerja2 islam itu bukanlah sesuatu yg boleh diambil mudah..jangankan untuk bersenang-senang..untuk tidur lena atas tilam empuk hanya memikirkn masalah ummah.





























Jadi apa ibrah yang ana nak dpt dari program ini.

1)Anak2 remaja muslim kita harus didekati dgn pendekatan yg sebegini.Nampaknya semua peserta suka dgn aktiviti mcm ni..sambil2 itu mrka ditarbiyyah scr tidak langsung.Tapi ana agak sedih juga..sbb ada di antara mereka yg 'smoke' sewaktu di checkpoint kami.

2)Hidup kita pun ada checkpoint2 nye..bg ana..checkpoint2 itu ibarat ujian.Kita kena tempuh dgn jayanya untuk berjaya mndpt hadiah hidup (syurga)..

3)Kerjasama itu penting.Kita boleh berjaya kalo seorg tetapi ketinggalan,Oleh itu..perlunya kita dalam jemaah islamiyyah.Saling bantu..saling menguatkan..saling nasihatkn.

4)Senyuman ini mungkin sementara..kerana perjuangan lebih besar menanti kita.~ayat yg tersirat~ tapi ada kaitan la..heheh

wallahua'lam..sedikit pengalaman dikongsi bersama..

Read more...

Sunday, December 26, 2010

Khusyuk Solat

Bismillahirrahmanirrahim.
Salam 'alaikum saudara2 seislamku sekalian,
Antum lah permata2 islam..maka bangkitlah kita demi-NYA!

Sebelum ana menyentuh tajuk Khusyuk Solat ini, ana nak kupas secara ringkas ttg perintah menunaikan solat.. Emm,bagaimana kita nak membicarakan ttg khusyuk dalam solat jika kita mengabaikan perintah ALLAH (solat) yang satu ini,setuju?


PERINTAH MENUNAIKAN SOLAT


Allah S.W.T telah mensyariatkan ibadah solat dan ia wajib dikerjakan oleh setiap muslim. Justeru itu, tiada perintah ALLAH S.W.T yang paling mulia melainkan solat fardhu.

"Dan dirikanlah solat, tunaikan zakat dan ruku'lah beserta orang-orang yang ruku' " (Surah Al-Baqarah ,ayat 43)

"Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula solat) subuh. Sesungguhnya solat subuh itu disaksikan (oleh malaikat)." (Surah Al-Isra' ,ayat 78)

  • Surah Ibrahim ,ayat 31
  • Surah Al-An'am ,ayat 72
  • Surah Al-A'raf ,ayat 29
  • Surah Al-Anbiya' ,ayat 73
  • Surah Ar-Rum ,ayat 31

  • Rasulullah S.A.W bersabda :

اِنّ أوّل ما يحاسب به العبْد يوم القيامة منْ عمله : صلاته

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi S.A.W bersabda : "Sesungguhnya amalan yang pertama seseorang hamba yang dihisab oleh ALLAH pada hari kiamat ialah solatnya."

(Riwayat Abu Daud & At-Tirmizi)


TAKRIF SOLAT


Dari segi bahasa, solat bermaksud 'doa untuk kebaikan' sebagaimana firman ALLAH S.W.T dalam surah At-Taubah ,ayat 103 :

"Dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka".

Maksud solat mengikut istilah syara' ialah :

أقوال وأفعال مفتتحة بالتّكبير ومختتمة بالتّسليم بشرائط -ini bukan dalil/nas,tp bahasa arab

"Beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulakan dengan takbiratul ihram dan disudahi dengan salam berdasarkan syarat-syarat yang tertentu".

Rujukan : Menuju Kearah Kemantapan Solat oleh Ustaz Amran Yusoff.


KHUSYUK

Erti khusyuk ialah menghadirkan hati dan ingatan di dalam melaksanakan perintah ALLAH.


Dalil Al-Quran dan Hadis :

"Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman iaitu orang yang khusyuk dalam solat mereka". (Surah Al-Mukminun ,ayat 1-2)

"Sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan mungkar". (Surah Al-Ankabut ,ayat 45)

عن عمر رضى الله قال...قال فاخْبرني. عن الاٍحسان - قال أنْ تعْبد الله كأنّك تراه, فاٍنْ لمْ تكنْ تراه فاٍنّه يراك...الحديث

Ertinya : Dari Umar RA berkata malaikat Jibrail : Beritahu kepada aku tentang ihsan. Nabi Muhammad S.A.W menerangkan : Ihsan ini ialah engkau mengerjakan ibadah kepada ALLAH seolah-olah engkau melihat-NYA, sekiranya engkau tidak melihat-NYA maka ingatlah bahawa ALLAH tetap memerhatikan keadaanmu.

Ciri-Ciri Khusyuk

    1. Bersungguh-sungguh dalam melakukan ibadah kepada ALLAH.
    2. Menumpukan perhatian dalam mengerjakan ibadah.
    3. Menetapkan hati.
    4. Menenangkan jiwa.
    5. Berasa diperhati oleh ALLAH.

    Rujukan : Buku Teks Pelajaran Asas Akhlak Islami Darjah 5, Sekolah Rendah Agama Islam Selangor, cetakan keempat tahun 2001 (buku teks time ana darjah 5, thn 2003)

    p/s : Dalil hadis untuk khusyuk di atas, bukan bermakna kita memikirkan ttg zat ALLAH, tetapi kita merasakan diri kita ini diperhati oleh ALLAH.. Ana x mengetahui utk menerangkan ia secara ilmiah atau terperinci, sesiapa yang lebih mengetahui atau ahluz zikr bolehlah menitipkan dan berkongsi ilmunya di sini.. syukran kathir, hanya ALLAH yg bisa membalasnya.

    Bersambung... insyaALLAH.

    Wallahua'alam.

    Read more...

    Friday, December 24, 2010

    Bangga??boleh ke?

    Entry kali ni..ana nk share dgn sume..apa yg ana dpt di JNS10.


    Pada 18hb 2010,pukul 10.00 pagi..bertmpat di dewan PULAPES ...cewah..mcm saspen je hehe..kami semua peserta JNS team A dan B menunggu kedtgn penceramah'Manelah pnceramah ni'rungut hatiku..ewah2 suka hati je.Xdelah..tmbhn je tu.

    Sebenarnye pnceramah yg ditunggu-tggu tu adalah...IMAM MUDA ASYRAF!!
    isk3 knp excited pulak..Teruja sbb beliau prnh masuk tv kot.Hakikatnye semua sama..x ada apa yg prlu dibnggakan.Beliau juga manusia biasa sprti kita..yg punya iman dan levelnya yazid wa yanqus..Ana prcaya..kita semua juga tergolong dlm imam dan imamah muda..kn3??bagus3.cuma x terpilih masuk tv je.Tapi aura luaran beliau sgt hebat..peribadinya...cara ckpnya..cara menympaiknnya.Tiptop gitu.So,mmg layak dpt gelaran juara Imam Muda kat astro tu.Segala puji bg ALLAH yg mncipta manusia sehebat itu.




    Beliau mengendalikn slot ceramah yg brtajuk 'I'M PROUD TO BE MUSLIM!'..Apa yg tercatat dlm buku nota ana..akan ana sampaikn dlm bntuk kefahamn ana sendiri.Bak kata akh hilal 'no copy n paste'..cuba interprate dlm kefahaman kita melalui pnduan AL-QUR'AN dan ASSUNNAH..jgn lari dari landasan itu!!nnt jadi sesat fahaman.


    I'M PROUD TO BE MUSLIM..mksudnye saya bangga menjadi seorg ISLAM.


    Boleh ke bangga??bukan 'ujub tu brdosa ke??adik beradik riya'..takabbur..sume tu.Hmm..kalau antum antunna diajukn soalan begini..apa agak2nya jawapn dan huraian yg akn antum antunna berikan.







    Kita rujuk firman ALLAH yang ada sebut tntg bangga..angkuh ini


    "Dan janganlah kamu seperti org2 yang keluar dari kampung halamannya dgn rasa angkuh dan ingin dipuji org (riya') serta menghalangi-halangi (org) dari jalan ALLAH.ALLAH meliputi segala yang mereka kerjakan" (al-anfal:47)


    PROUD TE BE MUSLIM..tidaklah trmasuk dlm sasaran ayat ini.Walaupun berasa bangga..namun kebanggaannya adalah dgn menunjukkan ISLAM yang sempurna.Bukanlah niat dihati dirinya ingin dipuji..tetapi dirinya terpilih untuk membawa ISLAM yg syumul di khalayak ramai.Bangga kerana terpilih menjadi khalifah ALLAH.Dan TIDAK sama sekali org2 muslim mukmin yg bangga dgn islamnya akan menghalangi org dari jalan ALLAH,malah mereka lah yang akan menarik sbrp ramai muslim lain untuk sama2 menuju ALLAH.Boleh faham kn??Jadi memg x salah kita berasa bangga dgn ISLAM..iaitu rasa 'I'tizaz' dgn pegangan yg kita bawa.Kerana ISLAM itu selamat..ISLAM itu indah..ISLAM itu penyelamat...subhanallah.. hakikat itu trlampau indah bagi sesiapa yg berfikir.




    X percaya ke kita boleh bangga mnjadi ISLAM??hehe..ye2 ana prcaya yg pmbaca semua percaya.


    Ingat x sirah sahabat iaitu saidina Umar Al-khattab pernah berkata sewaktu beliau hendak berhijrah.Beliau telah tawaf sebanyak 7 kali kemudian bersolat di maqam ibrahim a.s.Bila melihatkan kafir quraisy yang memandangnya dgn cerun,beliau berkata"Barangsiapa yg mahu isterinya menjadi janda dan anak2nya menjadi yatim..marilah kita adu senjata di balik bukit ini!".Mantap sungguh kebanggaannya sebagai seorg islam.Kalau kita..berani x cakap mcmtu pada israel?Ukur keimanan masing2 lah..ana sendiri pun tidak yakin di tahap mana kebanggaan diri yg bnyk khilaf ini dgn ISLAM.Tersangat nyata bahawa cabaran saidina Umar itu menimbulkn kegerunan di hati pihak Quraisy..subhanallah.baca disini untuk lanjut



    5 perkara yg Imam Muda Asyraf nyatakan..kenapa kita perlu berbangga dgn ISLAM (dihuraikn ikut kefahaman ana)


    1)Specialnya ISLAM krn RABB yang satu


    Firman ALLAH:"Itulah ALLAH,Tuhan kamu;tidak ada tuhan selain DIA;Pencipta segala sesuatu,maka sembahlah DIA;DIA-lah Pemelihara segala sesuatu" (al-an'am:102)


    Tgok!!special kan muslim.Kita beriman yg ALLAH itu 'AHAD' ESA..Tidak seperti agama lain.Tuhan mereka(kononnya) ada banyak..dewa angin lah..dewa hujan lah..Bagi muslim,ALLAH adalah tuhan sekalian alam..99 nama dan segala sifatNYA diimani oleh org mukmin muttaqin.Tiada konsep trinity macam org kristian.ALLAH itu meliputi segala sesuatu.



    2)ISLAM itu sempurna..agama yg penuh dgn bukti kebenaran


    Al-qur'an merupakan perlembagaan umat islam.Allah mencabar org2 bukan islam yg meragui akan kebenaran AL-QUR'AN di dalm satu ayat



    FirmanNYA:"Maka tidakkah mereka menghayati (mendlalami) AL-QUR'AN?Sekiranya (al-qur'an) itu bukan dari ALLAH,pastilah mereka menemukn banyak hal yang bertentangan di dlmnya" (an-nisa':82)


    Ana prnh terbaca dlm buku yg ditulis oleh DR gary miller tntg 'the miracles of al-qur'an'..nama beliau setelah memeluk islam ialah Abdul Ahad Omar.Sebelum kembali pada ISLAM..beliau sndiri pernah mmbca trjemahan ayat ini dlm bhs inggeris,beliau berasa seolah-olah al-Qur'an ini ada aura yang sgt kuat.Iyelah..dlm bnyk2 kitab yg beliau baca..hanya AL-QUR'AN ada ayat sebegini.Iaitu ayat yang mncabar org2 yg x percayakn AL-QUR'AN agar mencari kesalahan yg ada di dlm AL-QUR'AN..sudah tentu mereka x jumpa sbrg kesalahn melainkn semuanya benar belaka.Kajian saintifik mmbuktikn kebenarn kebanyakn ayat2 al-qur'an.Namun ada juga kesalahn yg sgaja direka.Itupun akhirnya kesalahn itu akan terbenam dgn kebenaran yang lebih jelas.


    3)Islam tiada 'kabel'


    pernah dgr x prkataan kabel??La..kan yang slalu ada org senang dpt keje atau masuk u sbb diorg ada kabel.Ha..yg tulah.Lebih kurg mcm org tgh la.Jadi islam tidak begitu..kita dgn ALLAH..direct.No kabel kabel.Itu sbb kita perlu bangga mnjadi muslim.ALLAH Maha Pengampun dan DIA sangat dekat dgn kita..lebih dekat dari hablul warid (urat leher).Tidak sprt di gereja,kalau nk masuk gereja kena buat penyucian dulu dgn paderi..biar paderi yang smbungkn dgn tuhan diorg.Ada ke patut???


    Firman ALLAH:وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
    Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran (al-Baqarah 2:186).


    4)Bangga kerana ISLAM ada ibadah


    contohnya solat.Dan solat itu ada kaitan dgn fakta kesihatan.Kajian mngatakan kalau kita bersolat ibaratnya kita bersenam..malah ianya lebih baik dari bersenam.Solat adalah wasilah kita dgn ALLAH..solat connecting us with ALLAH.Kalau x solat,itu bukanlah tandanya dia org islam.Lagi,tentang Ibadah..misalnya puasa.Kajian kata..puasa itu umpama diet..malah ia lebih baik dari diet.Ia dpt mengekang brmacam-macam nafsu dan mendidik jiwa untuk lebih bersabar.hmm indah kn ibadah kita??belum sebut tntg zikir..allah..bnyk nya keistimewaan IBADAH dlm islam.Dengan wudhu'..wajahnya akan bercahaya.Dengan sujud mukanya berseri-seri..darah akan mengalir dgn lancar.Adakah itu semua pada agama lain???oh ..tidak 100%.






    FIRMAN ALLAH:تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِّنَ اللَّهِ وَرِضْوَانًا سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِم مِّنْ أَثَرِ السُّجُودِ

    Ertinya "..kamu lihat mereka rukuk dan sujud mencari karunia Allah dan keredaan-Nya, tanda-tanda mereka ternampak pada muka mereka dari bekas sujud. (Al-Fath : 29)

    5)Bangga kerana akhlak ISLAM

    ISLAM adalah agama yang paling indah.Lihat saja org yg benar2 menghayati dan mengamalkn cara hidup islam..kita akan terpesona.Kn?Kalau org yang mengabaikn syariat islam..kita seolah-olah rasa biasa je..tgok muka dia.X hadir ketenangan.Akhlak yang ditunjukkn pula compang-camping..bagaimana nk bangga dgn islam.X payah kita cari contoh lain..Rasulullah adalah sebaik-baik teladan

    Firman ALLAH:"Sungguh,telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu(iaitu) bagi org2 yang berharap (rahmat) ALLAH,dan kedatangan hari kiamat dan yang banyak mengingat ALLAH" (al-ahzab:21)

    Kalau nak cerita akhlak Rasulullah..sungguh banyak.Antum antunna mesti dah thu..tapi kesemua 5 point itulah..antara sbb kenapa kita perlu bangga mnjadi seorg muslim.Kalau nk dihurai panjang2 kn lagi..ada lebih 10000000 sbb knp kita perlu bangga mnjadi org islam..kn3?

    Wallahua'lam.sekarang ana yakin dan ana sangat bangga menjadi seorg MUSLIMAH...hamlatul syariatullah..!!antum antunna????
    Read more...

    Tuesday, December 21, 2010

    JNS~10


    Tak seperti bintang di langit
    Tak seperti indah pelangi
    Karena diriku bukanlah mereka
    Ku apa adanya

    Dan wajahku memang begini
    Sikapku jelas tak sempurna
    Ku akui ku bukanlah mereka
    Ku apa adanya

    Menjadi diriku
    Dengan segala kekurangan
    Menjadi diriku
    Atas kelebihanku.......

    Terimalah aku
    Seperti apa adanya
    Aku hanya insan biasa
    Ku pun tak sempurna

    Tetap ku bangga
    Atas apa yang ku punya
    Setiap waktu ku nikmati
    Anugerah hidup yang ku miliki

    Subhanallah...indah lagu ni..indah juga liriknya..seindah kemnya.Ya!!inilah lagu tema kami..

    Ini penyertaan ke-2 ana di JNS a.k.a Jambori nisa' selangor yang julung2 kalinya dibuat setiap tahun brmula 2010.Oklah tu..umur ana untuk thun ni pun cukup2 je untuk had umur kem ni.Thun dpn dah x boleh join JNS lagi..dah lebih had umur.Alhamdulillah...ALLAH pilih ana untuk menyertai mereka yg seramai 350 org.Blum campur fasilitator..urusetia dari semua nisa' kawasan.Ya ALLAH..meriah saaaangt.

    Paling x disangka..shbt ana yg satu group thun lepas...yg mandi sma2 (kantoi) xde lah..mkn sama2..share sume prkara sama2..thun ni beliau jadi fasi untuk team A.maju!!!sorg lagi shbt satu skola..lama jugak x jumpa dgn dye sbb cuti lepas stam..tup2 masa pndftaran,dye dtg peluk ana...allah..rindu terlerai..beliau juga pakai jaket fasi.Rupanya perkenalan kami agenda ALLAH.Waktu stam..ana x thu pun dye join nisa'.Ana masih di tempt peserta team B..tapi sungguh2 ilmu yang terlampau baaaanyk yg dpt ana kutip.Mabruk sume fesi n sume yg terlibat.Of cozla..kpd pengarah jambori nisa',penasihat2 terunggul(ukhti ashidah johari)..ketua nisa' Selangor(Kak masyitah)..tentu brganda ganda pahala buat mereka.Siang malam memikirkn masalah ummat shingga tercetuslah jambori ini sbg penyelesaiannya.In'ALLAH

    Bertemakn 'I'M PROUD TO BE MUSLIM'..ana rasa 99.9% aktiviti..LDKnya yg mnjurus kpd tema ini.Terutamanya slot brsama Imam Muda,slot muhasabah brsama Kak Anis (uiam) dan yg mengujakan ana..majlis penutup yg sgt menginsafkn.Dr Rosni Adam ketua nisa' Malaysia mmbuatkn ana rasa penutup itulah penutup majlis yang TERRRbaik spnjang semua program yg prh ana lalui.Apa lagi kalau bukan majlis yang penuh redha illah..muhasabah agar kmbali pada ALLAH.Bukan majlis yg penuh sorakan dgn tepukn dan jeritan mahupun belon2 yg memenuhi segenap ruang dewan.Hari terakhir itu..penuh dgn keinsafan..tangisan cinta pada ALLAH bergema di seluruh pelosok hati2 peserta In'ALLAH.Ana bg A+ untuk semua aktiviti JNS.




    Kalau nak cerita tntg isi program..smpi esok pun x habs menaip n antum antunna x habis2 baca.Bnyk sangat inputnye.Sedikit perkongsian yg ana xkan lupa shingga hari ini..kata2 seorg fasi team B..kak fairus a.k.a kak yus."kalau nak masuk syurga..kita x boleh jadi org yg biasa2..kerana syurga hanya menerima org yang luar biasa"..terngiang-ngiang smpi harini.SO!!ana nk jadi an extraordinary mu'minah ..huhu btol ke??in'ALLAH.Sematkn azam dalam hati sejak dgr ayat itu.Syukran ukhti yus.

    Di JNS..ramai pulak yg ana jumpa...

    3 org fasi adalah kenalan ana...
    kak syaheera(yarmouk jordan)-kitorg sama2 fasi di kkb bulan 10 lalu..untk prgram adik2 di SMKKKB
    ukhti fatin(apiumnp)-sama2 peserta JNS09,satu group...adik kak syida rupanya
    ukhti farahin (stam)-satu kelas..satu skola..satu matlamat!!agogo mesir!!hhe

    peserta JNS 09 mjoriti jumpa balik thun ni
    Adik2 samer pun ada (anisatul,anis izreen,aimi n fadhilah khaleel)

    Urusetia(Nisa' Hulu s'gor)
    kak safa-ana masa duk kkb join nisa' Hulu selngor
    kak mariam-ingt tyme taa'ruf..akak paling semangat
    kak nadia-lawyer to be in'ALLAH..

    Dan yang teristimewa...ana jumpa dgn kak nadirah(upm).Beliau kakak naqibah ana masa tamrin nuqaba' di SAMER..indah sangt pertemuan tu.Skrg kak nadirah busy..siapkan thesis beliau..mabruk ya ukhti.Masa salam2 kat atas pentas tu..ana ingt bisikan kata2 beliau di telinga ini..ana akan simpan smpi bila2..dan ana akan tunaikan hajat itu.Shbt2 beliau juga ana ingt..kak izzah,kak fizah.Ukhti nadirah antara org hebat yg ana jumpa..ana kenal..ana bermuraja'ah..berusrah..bersms..apa lagi lah ye..oh berprogram.Ttkala lihat mukanya ana rasa tenang saja...bila brcakap dgnnya rasa terpujuk aje..bila peluk rasa nk nangis.Aura apakah itu???

    Rentetan JNS.'I'm proud to be a muslim'..because i was one of 'MUSLIMAT POWER!!'

    entry seterusnya..ana akan ceritakan semua ilmu yg ana dpt di sana!!in'ALLAH..

    (AL-HUJURAT:10)
    Read more...

    Sunday, December 19, 2010

    Risau...!!

    Setelah bertahun2 belajar di sebuah madrasah,
    akhirnya pada tahun itu tinggal 8 pelajar sahaja yg tinggal...
    Guru mereka memanggil mereka dan berkata...
    Subuh esok hari,sesiapa yg bersolat di belakang saya (jadi makmum) ahli syurga!
    sesiapa yg beritahu kpd org lain, ahli neraka!

    kemudian mereka pun bersurai...
    masing2 ingat pesanan Sheikh...

    sapa taknak masuk syurga???
    sapa lak nak masuk neraka???

    masing2 terus tidur, mengelakkan diri dari memberitahu org lain...
    hanya tinggal seorg murid yg gelisah tak boleh tidur...
    pusing sana sini tak lelap2...

    akhirnya dia bangun dan ketuk pintu setiap rumah yg ada di situ...
    dan beritahu,siapa solat di belakang Sheikh ahli syurga,siapa beritahu org lain, ahli neraka...
    tak ketinggalan satu rumah pun...
    esoknya penuhlah masjid...

    satu kampung solat berjemaah berimamkan Sheikh!!!
    selesai solat semua bersurai...
    legaa...dpt solat belakang sheikh...
    sheikh panggil semua anak muridnya!!!

    siapa yg beritahu org?
    semua menafikan diri masing2...kecuali seorang,
    dia tunduk...
    kemudian mengaku, dia lah yg beritahu mereka!

    sheikh tanya kenapa??
    saya risau, saya nak semua org masuk syurga...
    biarlah saya seorang saja masuk neraka asalkan org lain semua dapat masuk syurga...

    Akhirnya...dia sorang saja yg lulus!!!
    kenapa?
    sheikh nak uji siapa yg byk fikir risau tentang ummat...
    kemudian dia kembali ke kampungnya...
    org miskin, takde kenderaan...jalan kaki merentasi benua india...
    kalau tak silap dari pakistan ke bangladesh...

    musim sejuk, tanpa baju tebal...
    akibatnya...
    beratus ribu org memeluk Islam di tangannya sepanjang perjalanan itu...
    inilah yg sekarang diteruskan jemaah jalan kaki/pedal...
    yg mana dgn pengorbanan yg lebih tentu Allah turunkan hidayat yg lebih...
    insyaAllah...

    ***********************************************************

    jgnlah kita pentingkan diri kite shj..
    sebaliknya..ada kemungkaran di depan mata..
    cegah la...!!
    mungkin ada shbt2 kite terleka...INGATKAN mereka dgn ayat2 suciNYA..

    marilah kita sama2 jadi khalifah ALLAH
    yg sentiasa berani mengajak shbt2 lain...kpd kebaikan..
    AMAR MA'RUF NAHI MUNGKAR...!!

    xyah tunggu org lain..
    Xyah tunding jari kpd org lain tuk berDAKWAH...!!
    krn sentiasalah berfikiran....

    kalau bukan kita SIAPA...???
    kalau bukan sekarang..BILA...????

    jgn tunggu nasi sudah menjadi bubur...sudah terhantuk br terngadah..
    krn..
    sesal dahulu pendapatan sesal kemudian x berguna..
    wallhua'lam........

    akhir kalam....
    semoga blh ambil iktibar dan sampaikan...
    insyaALLAH...

    "SESUNGGUHNYA AKU AMAT MERINDUI SEORANG PEMUDA/i YANG TIDAK TIDUR LENA KRN MEMIKIRKAN MSLH UMMAH."
    ~Al-Imam Hasan Al-Banna~
    Read more...

    Pergantungan hanya pada ALLAH

    Assalamualaikum w.b.t. pejuang2 islam sekalian. Apa khabar iman kita? Bagaimana pula kita isi hidup kita,hari-hari dlm kehidupan kita? Adakah dgn kebaikan atau kejahatan? Inilah antara perkara yg perlu kita fikirkan,yg kita perlu tanyakan kpd diri kita(muhasabah) dalam menjaga dan memelihara iman kita sebaiknya..

    Baiklah,apa yg dekat di hati ana sekarang ini adalah..
    Allah berfirman di dalam Al-Quran,


    "Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk" (Surah Al-Baqarah:ayat 45)


    Apabila ditimpa musibah atau diuji..
    Bersabarlah kita semua..(+ redha)
    x lupa juga bersabar dalam mentaati perintah ALLAH dan dalam menjauhi larangan-NYA
    Ambillah wudhu'..
    dan dirikanlah solat sunat 2 rakaat
    "Sahaja aku solat sunat 2 rakaat krn Allah Taala" -ini apa yg ayah ana ajar dan sampaikan
    Kan Allah kata mohonlah pertolongan dari-NYA dgn SABAR dan SOLAT??
    nescaya kalian beroleh pertolongan-NYA..
    Ada ke siapa2 yg lebih hebat pertolongannya selain daripada ALLAH SWT??
    Yakinlah kita dgn janji2-NYA..


    Ana teringat ayat Al-Quran yg mafhumnya begini ..tiadalah dunia ini melainkan hanya senda gurau sahaja.. Ana x ingat surah n ayat ke berapa,asifah jiddan.. Siapa2 yg sudi mengingatkan,sangatlah dialu2kan.. Namun begitu,apa yg ana ingin kita hayati adalah ibrah drpd ayat ini..


    Dalam ana membelek-belek tafsir al-quran utk mencari ayat al-quran tersebut,ana ditemukan oleh ALLAH Yang Maha Esa dgn sepotong ayat.. "Dan milik Allah lah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi, dan (pengetahuan) Allah meliputi segala sesuatu" (An-Nisa':ayat 126).


    Kata2 manusia itu x semuanya boleh tembus ke hati manusia..akan tetapi,kata-kata ALLAH yakni ayatul quran dan hadis Nabi SAW bisa menembus ke hati manusia..menyentuh kalbu kita agar kembali kepada-NYA Yang Berhak Disembah. Bawalah hatimu kepada Tuhan.. dgn sentiasa mengingati-NYA.. "Ketahuilah bahawa dengan mengingati ALLAH hati akan menjadi tenang" (Surah Ar-Ra'd:ayat 28)


    Sedikit peringatan buat diri ini dan kalian agar tidak terus alpa,insyaALLAH.. Agar kita terus menjadi hamba-NYA yang senantiasa bersyukur atas segala kurniaan-NYA yang x terhingga.. dari kita lahir hinggalah ke saat ini.. Betapa x terkira kan nikmat-NYA ke atas kita? "Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya" (Surah Ibrahim:ayat 34)
    Sebab itu jugalah ada yg mengatakan 'HITUNG KESYUKURANMU BUKAN KESUKARANMU'.


    Sebagai penutup kalimah ana,ingatlah Allah sentiasa.. yakni "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan seluruh alam" (Surah Al-An'am:ayat 162). Segala2nya apa yg kita buat adalah utk Allah semata2 sahabat2ku.. ~CINTA ALLAH DAN RASUL-NYA~





    Tadabbur alam...
    Read more...

    Wednesday, December 15, 2010

    Manisnya QIAMULLAIL..

    BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

    assalamualaikum..w.b.t..
    ana cukup tertarik dgn post khalifatullah sblm ni... ~Universiti of NIGHT~


    jadi post kali ni..sbg tambahan shj....
    bacalah dgn HATI...lapangkan dada..buka seluas-luasnya..HATI kite supaya taufiq dan hidayah,
    cahaya petunjuk dr yg Maha Esa sentiasa singgah di hati kita pada setiap detik..insyaALLAH..
    mungkin juga sbg pembakar semangat untuk kite sama2 ISTIQAMAH setiap amalan kita..terutamanya..TAHAJUD...insyaALLAH...



    Malam itu gelap gelita tetapi ia amat indah.
    Di muka langit bertaburan bintang-bintang yang berkelipan, disisi bulan yang terang benderang. Untuk apakah Allah s.w.t jadikan malam?
    Ada waktu malam yang dihiasi dengan munajat kepada Allah s.w.t
    dan ada malam yang dihiasi dengan derhaka kepada Allah s.w.t.
    Jadi malam itu tidak sentiasa indah dan permai kerana ia bergantung kepada penghuni-penghuninya.


    Bagi orang-orang yang soleh merindui malam ibarat pengantin menanti malam pertama. Kerana pada waktu malam untuk mereka bermesra-mesra dengan Tuhannya. Pada waktu malam tiada kebisingan kecuali mereka mengadu dan bermunajat kepada Tuhannya.

    Kalau sepasang kekasih mencari waktu malam untuk memadu kasih, maka tidak hairan kalau orang-orang yang soleh juga menggunakan waktu malam untuk memadu cinta sejati dengan Allah s.w.t.

    Berkata Al Fudhail bin Iyadh,

    "Apabila terbenam matahari maka saya gembira dengan gelap. Dan apabila terbitnya matahari maka saya berdukacita kerana datangnya manusia kepadaku!"

    Abu Sulaiman pula berkata,

    "Jikalau tidaklah kerana malam nescaya saya tidaklah menyukai tinggal di dunia ini."


    Selain dari keheningan malam yang ada pada waktu malam, Allah juga menurunkan malaikat-malaikat pada malam hari untuk memberi rahmat kepada hamba-hamba-Nya yang sedang beribadah. Malaikat akan turun ke bumi mencari manusia-manusia yang menghidupkan malam dengan ibadah untuk diberi rahmat dan diaminkan doanya.Pada waktu malam juga akan ada satu detik di mana barangsiapa yang berdoa ketika itu akan dikabulkan segala hajatnya. Solat yang didirikan pada waktu malam juga lebih banyak manfaat dan lebih pahalanya.


    Sabda Rasulullah bermaksud:


    "Dua rakaat yang dikerjakan oleh hamba pada waktu tengah malam adalah lebih baik baginya dari dunia dan isinya. Dan kalaulah tidak memberi kesukaran kepada umatku, nescaya saya wajibkan kedua rakaat itu atas mereka."


    Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud:

    "Kerjakan solat dua rakaat dalam kegelapan malam untuk kesuraman kubur."

    Maka sebaik-baik pengisian waktu malam ialah dengan mendirikan ibadah solat. Allah memberi pandangan kepada golongan ini kerana mereka telah sanggup meninggal keenakan dan keselesaan beristirehat untuk bangun mengabdikan diri sebagai seorang hamba.

    Di tengah-tengah kesejukan dan kedinginan malam, maka golongan ini telah membasuh diri dengan wudhuk dan berdiri serta sujud kepada Allah s.w.t.
    Untuk melakukan pekerjaan ini bukannya mudah. Ia memerlukan kegigihan pada hati serta hidup cintanya dengan Tuhan.

    Sebab itu Allah menyediakan sebuah syurga bagi hamba-hamba-Nya yang menghidupkan malam.Meskipun itu adalah janji dari Allah s.w.t. kepada kita namun kepayahan untuk menghidupkan malam lebih ketara lagi kerana syaitan turut memainkan peranan dengan bersungguh-sungguh menghalang manusia melakukannya.


    Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

    "Diikat oleh syaitan di atas seseorang kamu dengan tiga ikatan apabila ia sedang tidur. Maka syaitan memukul tiap-tiap tempat ikatan tersebut sepanjang malam sehingga tertidurlah kamu. Kalau kamu terbangun dan berzikir kepada Allah s.w.t nescaya terbukalah satu ikatan. Kalau berwuduk nescaya terbukalah satu ikatan lagi dan kalau bersolat nescaya terbukalah semuanya. Sehingga kamu menjadi rajin dan baik jiwanya. Kalau tidak yang demikian nescaya menjadi keji jiwa dan malas."


    Bila dilihat dari segi halangan-halangan yang terpaksa ditempuhi oleh seseorang yang mahu menghidupkan malam dengan ibadah, maka tidak salah kalau diletakkan mereka dalam golongan manusia yang berjiwa gigih dan hidup cintanya dengan Allah s.w.t. Golongan ini juga telah mewarisi pekerjaan orang-orang soleh.

    Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
    "Haruslah kamu bangun malam kerana itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu. Sesungguhnya bangun malam adalah mendekatkan diri kepada Allah Azzawajalla, menutup segala dosa, menghilangkan segala penyakit pada tubuh dan mencegah daripada dosa."

    Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

    "Wahai manusia,sebarkanlah salam,berikanlah makanan,sambungkanlah hubungan persaudaraan,solatlah ketika manusia lain tidur (qiamullail),kamu akan masuk ke dalam syurga Tuhanmu dengan selamat." [al-Tirmizi]

    akhir kalam..

    Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam itu, ia sebenarnya satu anugerah dari Allah. Allah kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah.

    Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa-apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah, kemudian tidurlah."

    "Kalau kita sedar, kemudian kita terus sambung tidur tanpa ucapkan apa-apa (contoh beristighfar, bertahmid dan sebagainya), kemudian malam kedua dan malam ketiga pun begitu juga, kita bimbang (kalau) malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita."
    (alangkah ruginya kita)

    sekadar perkongsian..renung2kan..
    dan selamat beramal
    Read more...

    Tuesday, December 14, 2010

    ~Setahun berlalu~


    Alhamdulillah..Ya ALLAH..blog ini masih boleh terus menjadi medan mnympaikan ilmu kpd masyarakat sekeliling.Saling berblog walking..tup tup setahun sudah usianya.Ana start berblog pada disember 2009.Tyme tu baru lepas spm.Masih mengutip ilmu dari sekeliling...jumpa org2 hebat.Keluar bermuzakarah bersama akak2 pimpinan kampus.Apa yg smpt ana ambil dari kata2 mereka..ana catat semua disini.Sbb itulah blog ini dinamakn KHALIFATULLAH...bermatlamatkan "tiada noktah dalam perjuangan mendamba cinta ALLAH"..

    Bila usianya dah setahun..ana melakarkan beberapa transformasi.Antaranya semua dah bertukar baru,template n layoutnya.Namanya juga bertukar NAHNU KHALIFATULLAH bermtlamatkan "bangkitlah wahai pemuda..jgnlah terb
    uaikan oleh dunia" rentetan muda-mudi skrg lebih gemar leka dgn dunia..mereka sama sekali x kisah dgn imej ISLAM mereka.Kerana apa NAHNU?krn di dlm blog ini bukan ana sahaja menyumbang penulisan...tetapi 2 org sahabat ana lagi.Sorang sdg menuntut di APIUMNP dlm pengajian islam dengan sains..semester 2(MUJTAHIDAH),dan seorg lagi lepasan STAM di SAMTTAJ shah alam(MUMTAZAH).Berbeza ckit dgn ana..lepasan STAM dari SAMTKKB.Alhamdulillah ukhwah antara kami bertapak kukuh sehingga ke hari ini..tinta pejuang2 ISLAM..insya'ALLAH


    Dengan usia setahun jagung inilah..kami akan tetap meneruskn usaha menimba ilmu...mencurahkan sebanyak-banyaknya pada ummah..dan salah satunya melalui blog..
    ~a journey of thousand miles begins with a single step~
    ~begins with the end in minds~stephen covey.
    Setting our precious goal from good to better muslim..n from better muslim to the best young calliph!!


    Syukran kpd sume pelawat...sume follower..sume yg mengomen..dan pembaca!!!krn antum antunna barulah blog ini hidup 'live'...dan sudah tentunya kpd sahabt2 ana yg mnjadi contributors di laman NAHNU KHALIFATULLAH
    ...

    Read more...

    Saturday, December 11, 2010

    ~Universiti of NIGHT~

    Salam rindu disulam mahabbah..hehe.Janggal pulak.X salahkan...rindu atas dasar iman..Rindu kpd insan2 yang dahagakn ilmu..rindu pada insan2 yg menyokong diri ini selama blog ni di'ada'kn..rindu juga pada sahabat2 atas satu perjuangan bermatlamatkn 'La ilah illaALLAH'.Assalamualaikum w.b.t...

    Biasanya kalau Ramadhan tiba,kita akan ucapkan selamat dtg madrasah tarbiyyah..university of Ramadhan.Betapa gahnya fadhilat bulan itu krn ganjaran2 yang disediakn di dlmnya x mmpu menandingi bulan2 lain.Tetapi kali ni..ana bawa n3 University of NIGHT.Agak2 apa ye university tu...haa sila3 fikir.


    Yes!!that's absolutely right..hehe QIAMULLAIL.Itulah university of NIGHT yang ana maksudkan.

    QIAMULLAIL itu nikmat,indah,pengalaman ruhiyyah yg x terlupakan.4 sure bg yg pernah melakukannya dgn penuh fokus,akan merasai perkara yg sama.Inilah bukti cinta dan kejujuran hamba kepada RABBnya.Setiap hari bg sesiapa yg mendengar ikim..ingatan untuk berQIAM diputarkn ON AIR selepas pukul 12 malam.Terpanggil bila mendengar seruan itu..tapi hanya hati2 yg kuat je betul2 boleh bangun walaupun dicengkm sejuk smpi tulang belakang..nafsu mngantok yg brjaya dirobohkan.Mabruk!!

    Rasulullah S.A.W menjalankannya ,hingga kedua kaki baginda bengkak..tumitnya pecah2.Sungguh2 luar biasa.Umar al-khattab r.anhu tidak betah hidup di dunia terlalu lama,jika tidak ada QIAMULLAIL.Terdetikkah kita mcm tu..Allah.....hebatnye cinta mereka padaMU.Bahkan,jika disiasat...dikaji..QIAMULLAIL ni amalan org2 shalih sebelum umat ini.Terbukti cinta mereka..kita????Argh..sungguh2 ana juga perlu muhasabah..

    Musim peperiksaan..ramai orang stay up..sedikit yg berQIAMULLAIL.Musim selepas peperiksaan..yg berQIAMULLAIL itu pun sudah x istiqamah lagi..7 hari seminggu kadg2 sekali dua je dpt lakukan..kdg2 xada langsung.YA ALLAH kuatkan kami dalam jalan MUJAHADAH.

    Subhanallah..teringat suasana mabit di musolla.Sedikit memg sedikit..tapi kekuatannya x dpt ditandingi di mana2.Di SAMER...Di SAMTKKB..Di rumah sewa..terwujud suasana tu indah bila bersama.Halaqah..isu2 dibangkit...minggu prtama sdikit..mggu dpnnya adik2 bawah join.Cuma mungkin level of iman yazid wa yanqus.Ada masa terlalai..perlu diingatkn.Ada masa trlampau seronok ketawa jenaka..perlu dikurgkan.Pernah sekali di musolla raudhatul Jannah samtkkb..mcm biasa mabit.Kira2 belasan org je akak2 f6 stam ni tyme tu.musolla agak bising,kitorg punye keje..sampaikn kami ditegur oleh makhluk ALLAH yg lain dgn suara lelaki.Pham2 je la sape makhluk tu.

    "bangun semuaaaaaa!!!"....tersentap.Ada makhluk lain yg sdg beribadah juga.Malu..+ seram..senyap terus.Halaqah tetap terus..mungkin ada lain2 yg join.Hihih.Tapi itulah manisnya..University Of Night.Mahasiswanya adalah mereka2 yg bangun laksanakan ibadah x kiralah sama ada solat sunat,zikir,wirid,baca al-qur'an srta amalan2 lain.Proud to be a student of University of Night.

    Buku ini ana dah baca..ana dpt hadiah dari IIC.Syukran akhawat semua..walaupun usia pertemuan kita singkat.Ana hargai pemberian ini.Ana sertakan nama2 mereka ~ukhti izana ~ukhti aina ~ukhti tim ~ukhti farhana..antara org2 awal yg bawa ana dlm dunia program,dunia halaqah dan dunia musafir.Seawal 15 tahun ana didedahkn..Ana asif sbb trpaksa buat 2 pilihan yg sukar..teruskn perjuangan kalian.Walaupun 2 kelompok berbeza..matlamat kita sama.Rindu akhawat semua.Muttaba'ah masih terjaga in'ALLAH =)

    "Jalan ini terasa semakin indah bila kau menemani.Moga hadirmu terus menguatkn semangat,doamu membuahkan sejahtera..moga niat kita tetap ikhlas keranaNYA" itu yg tertera di depan muka surat buku itu..

    Jadi..pengisian di dalamnya sungguh padat.Ana sarankan beli dan tadabbur.Universitas Malam yg dinamakn kalau dlm buku ni.Ana cuma tukar ckit.Mahu jadi mahasiswa di university ini????mari kita muhasabah sama2.

    "Hai orang yang berselimut (muhammad).Bangunlah (untuk solat) di malam hari kecuali sedikit (darinya).(Yaitu) seperduanya atau kurangilahdari seperdua itu sedikit.Atau lebih dari seperdua itu dan bacalah Al-qur'an dgn tartil(perlhan-lahan)" (muzammil:1-4)

    "Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam" (adz-zariyat:17)

    "Dan di sebagian malam hari,solat tahajudlah engkau sbg ibadah tambahan bagimu,semoga Tuhanmu mengangkatmu ke tempat terpuji" (al-isra':79)

    Ana sangat benci cerita hantu...movie yg entah apa2.Itulah yg org melayu suka tgok.Pecah panggung.Apa yg hebat sangat???dgn cerita2 macm tu lah..org kecut nk bangun tgah malam even nk pi qada' hajat apatah lagi nk mnjdi mahasiswa university terunggul (QIAM).Oleh itu..ana sgt benci cerita hantu.X kan nk admire pada hantu pulak.isk2 masy masy..

    AKHIRNYA...MUHASABAH DAN TERUSLAH BERMUHASABAH.MUNGKIN DI MATA MANUSIA KITA INI SUDAH HEBAT..TIADA SALAHNYA CACAT CELA TINDAK TANDUK..TAPI DISISI ALLAH????INGATAN YANG KEMBALI PADA DIRI...ana mahu kedudukan disisiNYA...ana mahu jadi hamba terbaik.!!aminn
    Read more...

    Tuesday, December 7, 2010

    Muhasabah Cinta

    Bismillahirrahmanirrahim.
    Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang =)

    "Ingatlah,hanya dengan mengingati ALLAH hati akan menjadi tenang" (Surah Ar-Ra'd:ayat 28)

    Adakah kita benar2 mengambil pengajaran drpd ayat ini? dan diamalkan di dalam kehidupan seharian kita.. Fikir2kan..

    MELALAIKAN BERZIKIR LEBIH BURUK DRPD ZIKIR DALAM KELALAIAN.


    Hidupkan hati kita..



    ini antara caranya..

    Jagai solat kita..ia sepenting2 urusan;
    Khusyuk cuba diraih sebaik mungkin
    InsyaALLAH yg terbaik lillahi taala!


    Wallahua'lam.

    DI MANA BUMI DIPIJAK,DI SITU ISLAM DIJUNJUNG!

    Read more...

    Thursday, December 2, 2010

    ~Syadid sangat ke??~



    Alhamdulillah..Ya ALLAH,diri ini masih diberi peluang bernafas di hari2 yang sukar apatah lagi sbg seorg yg daya 'curiosity'nya memg nak tahu mcm2.Sebulan genap ana bercuti duduk di rumah...dgn 1001 perancangan yg ntah boleh disettlekn or tidak.Hehe bercmpur baur bahasa..maaf ye.Masih menunggu lesen L disiapkn baru lah boleh start blaja memandu scr sah brsama cikgu..Entah esok atau lusa blaja menjahit plak dgn kwn mak..bukan x reti jahit,cuma stakat jahit koyak sume org reti,tapi nk cuba blaja buat baju kurung.In'allah..

    Tajuk kali ni..agak lain bunyinya.Istilah syadid ni slalu dilontrkn kpd sesiapa yg berubah baik secara mendadak..x pun fikirannya..dan cara cakpnya berubah mnjadi ber'falsafah'.Terus terang ana katakn ana sgt suka mmbaca buku berfakta..Sekarang ana sedaya upaya m'habiskn buku 'Ancaman Bahaya Sekularisme' waktu siang dan malamnya pula berganti buku 'Respons Intelektual Muslim dan Isu2 Semasa'.Ada org tgok ana pegang buku tu..spontan dia ckp 'syadidnye..' x kisahlah asalkan rasa curiosity ana terubat bila dh tahu sume2 tu.Selalu dgr prkataan sekularisme..tapi x prnh nk tnye org apakebendenye tu.Sekarang biar ana tahu melalui pmbacaan dan apa yg ana faham..akan ana kongsi sedikit disini.So..syadid sangat ke mcm tu??





    Semalam dgr ikim..slot duniaku buku yg mana tetamu jemputannya adalah Dr Ridhuan Tee yg merupakan pengarah kanan UPNM.Beliau menulis buku yg bertajuk 'Nasib Melayu di Bumi Melayu'..Kalau ikutkn manusia yg x suka baca..x suka kaji tentu akan kata 'syadidnye..'.Pendapat beliau mmbuatkn ana terfikir..merenung panjang smpi tertidur..lupa nk turn off radio.Hehe..smpat ana catat nota,Melayu mundur dari segi Ekonomi..buktinya antara org2 yg terkaya di Malaysia..majoriti bukan melayu..melayu hanya sedikit shj..itupun x thulah kekayaannya mmbntu nasib melayu atau tidak.Ke-2 Melayu mundur dari segi politik.Melayu mundur dari segi sosial tetapi sgt aktif dlm gejala sosial dgn buang anaknya..dadahnya..rogolnya dn mcm2.Ana pun melayu..ana lngsung x sensitif dgr itu.Bagi ana mmg betul skali pndpt beliau.



    100% org melayu adalah muslim,jadi setiap tindak tanduk org melayu sama ada boleh mencemarkn imej Islam atau boleh menaikkan Islam pd pandangan org lain.Itu shj..mmg adat melayu perlu diperthankan tapi Islam perlu ditonjolkn.Jgn hanya Islam pada nama tapi seluruh aspek kehidupan menolak cara hidup Islam..bercakap mengalahkan org putih..cara pemikiran mengalahkan barat sdgkn ISLAM lebih hebat dari BARAT.cuma kita x nampak itu kerana Muslim sendiri mengagungkan barat..Muslim sndiri tidak menunjukkn kehebatan ISLAM itu.Di kubur esok..kita x ditanya apa bangsa kamu...tetapi yg ditanya adalah agama kamu.

    Diri kita adalah apa yg ada didasarnya.Kalau dasar dan asas diri kita..bukan kembali pada ISLAM..maka seluruhnya tidak akan menonjolkan sifat2 muslim.Akar adalah elemen terpenting.Serupa jugak dlm negara kita,ia mggunakan dasar sekularisme..jadi seluruh perlembagaan negara turut ikut sekularisme.Sayangnya kita x nampak islam sbg agama rasmi..kerana seolah-olah 'Islam yang diperintah' bukan 'Islam yang memerintah'.Sepatutnya kalo kata islam sbg agama rasmi..kita perlu ikut 'divine sovereignty' iaitu kedaulatan rabbani bukanlah 'people sovereignty' iaitu kedaulatan rakyat.Masalah ni xkan pernah selesai melainkan kembali pada AL-QUR'AN dan ASSUNNAH.Masalah murtad akan tiada..sekolah harapan untuk anak2 mengandung x dibina,malah akan hidup aman seperti di madinah al-munawwarah.Kegemilangan ISLAM..sirna ISLAM terpancar krn AL-QUR'AN dan ASSUNNAH.

    Sekali lagi..alhamdulillah dgn adanya buku2 berfakta itulah..ana boleh bukak fikiran ini.Ana boleh memberitahu apa2 yg org belum tahu..ana boleh fikir demi ummah dgn lebih mndlam.Apa pula nasib kita melayu islam ini di mahkamah mahsyar nanti.Janganlah di dunia miskin..di akhirat sana jadi papa kedana..na'uzubillah min zalik.Syadid sangt ke post kali ni??hehe x kisahla..satu hari nnt berharap nk jadik seorg philosophist.Wallahua'lam...mga tiada yg salah dlm pemikiran ini.
    Read more...