Saturday, August 28, 2010
Friday, August 27, 2010
~Generasi celik AL-QUR'AN~
Sabda Nabi Muhammad s.a.w:"Aku tinggalkan kamu dua perkara,selagi kamu berpegang dgn keduanya,kamu tidak akan sesat selamanya,ia itulah AL-QUR'AN dan SUNNAH"
Allahuakbar..sungguh hadith ini menjadi jaminan kpd kita yang sudah mencapai zaman 1431H..Namun sebaliknya yang berlaku,umat kini lebih cenderung kpd hiburan dan lagha duniawi.Majoritinya..masy di MALAYSIA yang 'buta AL-QUR'AN'adalah mereka2 yang tidak didedahkan dgn ayat2 AL-QUR'AN oleh ibu bapa di awal usia apatah lagi mengingatkan untuk membaca AL-QUR'AN..
Ana 100% langsung tidak menyokong rancangan kanak2 yang hanya membentuk peribadi yang terumbang-ambing seperti idola kecil,tom tom bak dan sbgnya.Realiti ataupun tidak,rancangan TV yang sebeginilah banyak mempengaruhi fikiran kanak2 yang masih belum memikirkan baik buruk sesuatu perkara.Sepatutnya kita sbg ibu bapa,mahupun masy yang punyai kesedaran mengenai bi'ah AL-QUR'AN,perlu menerapkan nilai dan budaya pembacaan AL-QUR'AN di awal usia permata2 ISLAM.Oleh itu,bila sudah besar..akan fasihlah anak itu membaca AL-QUR'AN dan baginya 10 pahala bg setiap huruf hija'i yg disebut.Di bawah ini ada video seorang budak perempuan yang dlm lingkungan 5 tahun,fasih dgn makhraj huruf2 hija'i..membaca al-fatihah dan surah al-ikhlas..MASYA ALLAH..!
MENGAPA PERLU MEMBACA AL-QUR'AN??
Di dalam AL-QUR'AN mengandungi banyak hukum2 ALLAH..seperti hukum orang yang mencuri,berzina,qazaf,li'an,memakan harta anak yatim,pembahagian fara'id,iddah bg org yang ditalakkan,puasa,solat,wudhu' dan tayammum,haji,zakat,riba',makanan haram dan yang halal dan sbgnya.Kalau disebut satu persatu terlampau banyak garis panduan yang ALLAH sudah tetapkan untuk kita..Namun,hukum2 ini atau hudud2 ini langsung tidak dipedulikan lagi oleh umat jahiliah moden yang kononnya mereka ada peraturan yang lebih hebat dari AL-QUR'AN..Beranikah kita melawan hukum ALLAH??
Di dalam AL-QUR'AN juga,ALLAH menceritakan tentang balasan trhadap umat2 terdahulu disebbkn kekufuran dan kesombongan mereka terhadap ALLAH walaupun mereka sgt hebat dalam sektor binaan, dan pembuatan besi.Bagaimana Fir'aun laknatullah dan pengikut2nya ditenggelamkan dalam laut,bgmana kisah kaum Nabi Nuh juga ditenggelamkan dalam banjir besar,kisah kaum Nabi Lut yang mengadakan homoseks dan akhirnya di turunkan bala' kepada mereka begitu juga dgn kaum Tsamud,kaum 'Ad,penduduk Madyan dan kaum Nabi Shalih yang membunuh unta Nabi Allah Shalil a.s.Kisah2 ini boleh dibaca dalam surah al-qamar dlm keseluruhan ayat.
Al-qur'an adalah Sumber perundangan ISLAM...dilengkapi dgn SUNNAH yang menjelaskan lagi ayat2NYA yang cantik lagi indah uslubnya..Al-qur'an adalah petunjuk,peringatan,pemisah haq dan bathil,cahaya dan rahmat dalam kegelapan.Kembali pada ALLAH dan AL-QUR'AN serta SUNNAH..selesai semua masalah..Umar al-khattab yang sgt keras hatinya jua kembali fitrah dgn Islam pabila terdengar ayat AL-QUR'AN..ALLAH mmbuka hatinya,memilih Umar berbanding Abu Jahal ..SUBHANALLAH!
Orang yang menghafal AL-QUR'AN..mudah baginya untuk cemerlang dalam akademik ataupun subjek2 yang lain misalnya biologi yang juga memerlukan ingatan yang sgt kuat untuk menghafal struktur jantung,tulang belulang dalam badan,jenis darah,struktur bunga,organ2 dalam tubuh dan sbgnya.Cantik sungguh didikan ibu bapa yang memberi anak2 sekolah di tahfiz kemudian berjaya pula dalam akademik sehingga boleh menjadi seorang doktor al-hafiz,engineer al-hafiz,lecturer al-hafiz..masyaALLAH..inilah generasi yang CELIK AL-QUR'AN.Mereka tahu syariatullah mereka hafal ayatullah..
Peranan kita terhadap AL-QUR'AN
#Beriman dgnnya..(sgl hukum yg ada x boleh dipertikaikan) #Tilawah(baca setiap habis solat sekurgnya 2 muka)
#Tadabbur(hayati maknanya)
#Mengamalkan isi kandungannya
#Menyebarkan kpd org lain
WALLAHU'ALAM..SEMOGA KITA SEMUA ADALAH GENERASI YANG CELIK AL-QUR'AN..AMINN
Firman ALLAH:"Dan sungguh,telah kami mudahkan al-Qur'an untuk peringatan,maka adakah orang yang mau mengambil pelajaran?" (AL-QAMAR:22)
Firman ALLAH:"Dan org2 yang kafir,maka celakalah mereka,dan ALLAH menghapus segala amalnya.Yang demikian itu kerana mereka membenci(al-Qur'an) yang diturunkan ALLAH,maka ALLAH menghapus amalan mereka" (Muhammad:8&9)
Firman ALLAH:"Maka tidakkah mereka menghayati(mendalami) AL-QUR'AN?Sekiranya (al-Qur'an)itu bukan dari ALLAH,pastilah mereka menemukan banyak hal yang bertentangan di dalamnya"(AN-NISA:82)
SELAMAT BERTILAWAH,SELAMAT BERTADARUS,SELAMAT MENTADABBUR DAN SELAMAT BERAMAL!=)
Saturday, August 21, 2010
~syukran SAHABAT~
Hadiah IMAN dan ukhwahFILLAH masih berpanjangan
Friday, August 20, 2010
Saturday, August 14, 2010
Thursday, August 12, 2010
~TRIAL STAM~
Bermula 16 ogos-27 ogos..perjuanganku bersama-sama teman akan diuji..hehe
ujian TRIAL je..percubaan untuk SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA
bak kata us Harnain ni baru nazak kali pertama..nnt bile exam yg sebenar adalah nazak yg ke-2 pulak..
JADUAL
16ogos(Isnin):Al-qur'an&Tajwid
17ogos(Selasa):Fiqh&Mirath
18ogos(Rabu):Tauhid&Mantiq
19ogos(Khamis):Tafsir wa'ulumuhu
20ogos(Jumaat):MUET test (writing,reading,listening)
23ogos(Isnin):Nahu&sorf
24ogos(Selasa):Balaghah&Adab Nusus
25ogos(Rabu):Arudh&Qafiah
26ogos(Khamis):Hadith&Mustalah,Insya'&Mutola'ah
Tolong doakan ye..terutama shbt2 dan adik2 samer..doakan kami terus menerima natijah imtiyaz di sana..mnyebarkan dakwah islamiah ke mana shj kami berada..Moga2 berkat dan kemuliaan ramadhan serta bantuanNYA memudahkan sgl soalan yg dirasakn sukar krn tentu tidak ada yg susah setelah dipermudahkanNYA
Ana syg guru2 SAMER dan SAMTKKB..doakan ana mampu mengukir kejayaan yg lebih cemerlang dari PPT..perjuangan ini adalah wadah dakwah..AL-azhar seolah melambai menantikan pejuang yang baru..pejuang2 dari klngn syabab dan fatayat yg rindukan ilmu..cintakan ulama'..mncari ruang peluang untuk memburu SYAHID fisabilillah..membuka mata pd insan diluar sana..umat ini gersang dan kurg yg mengerti ilmu agama apatah lg mngamalkannya..
MA'ATTAFAWWUQ WANNAJAH buat candidate STAM seluruh negara khusus untuk yusra(samttaj) shbt2 di kkb dan KISAS..ana menunggu kalian untuk berjaya bersama..
Tuesday, August 10, 2010
~Ahlan wasahlan ya RAMADHAN~
Firman ALLAH(maksudNYA)
"Wahai org2 yang beriman!Diwajibkan atas kamu berpuasa sbgmana diwajibkan atas org2 sebelum kamu agar kamu bertaqwa"
(al-baqarah:183)
Puasa sbgmana yang kita maklum merupakan salah satu rukun ISLAM..maka WAJIBlah kita menunaikannya tanpa bnyak soal..ALHAMDULILLAH sampai juga kita pd bulan yang mulia ni..satu bulan bonus untuk menggarap redhaNYA,menadah pahala berlipat ganda berbanding bulan biasa.
Ana dan shbt2 serumah sudahpun mula memikirkan juadah berbuka setiap hari,nak masak apa ye??..hehe harap2nya ada jiran2 yang bersedekah,atau paling tidak pihak masjid yg sedekah jugak..kalau xade pun,xpe..sekurgnya bolehlah bertukar tukar kepakaran.Yang ana x sabarnya..tentu nikmat sewaktu berbuka sbb kami makan dlm 2 dulang..alamatnye berebut-rebut la nak hbskn lauk.
Berbicara soal RAMADHAN..
Takrif yg semua sedia maklum..puasa adalah menahan diri dari lapar dan dahaga serta perkara2 yang boleh membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari..(waktu maghrib)
Jadi perkara2 yang boleh mmbtlkan puasa:
1)Makan dgn sengaja
2)Minum dgn sengaja
3)Haidh dan nifas
4)Memasukkan sesuatu ke dlm rongga badan(bnyak pendpt ulama')
5)Bersetubuh pada siang hari puasa
6)Muntah dgn sengaja
7)Pengsan,mabuk atau gila
8)Murtad
3 PERINGKAT ORG YG BERPUASA
# Puasa umum
-puasa org awam..sekadar menahan lapar dan dahaga..ttp masih lakukan maksiat yg lain spt mengumpat,tidak menahan pndgn,mendengar lagha dn sebgnya
# Khawwas
-puasa org yg shalih ttp masih blum cukup sempurna
# Khawwasul khawwas
-puasa para nabi dan wali
-puasa hati..ibadah hnya tertumpu pd ALLAH
ikhlas di tahap yg tertinggi
Amalan2 yang boleh kita lakukan sewaktu berpuasa
-Berzikir (istighfar dan kalimah la ilaha illa ALLAH)
-Tadarus al-qurán srta tadabbur mknanya
-Berselawat atas nabi
-Hidupkan sunnah nabi:bersiwak,tahajjud
-Solat sunat tarawih
-Sedekah(wang,kata2 yang baik,mmbuang bhy dari jalan)
-Solat dhuha dan solat sunat witir
-Sahur(membezakan puasa muslim dgn puasa kafir)
10 hari pertama:RAHMAT
10 hari kedua:MAGHFIRAH
10 terakhir:PELEPASAN DARI API NERAKA dan LAILATULQADR
Puasa melatih kita mnjadi org yg bersabar..
sbg bukti kita maklum bhw peperngan BADAR al-kubra berlaku pada bulan RAMADHAN dan tentera ISLAM memenangi perang tersebut,sdgkan mereka semua dlm keadaan berpuasa lebih2 lagi bulan Ramadh(panas) cuacanya..Tujuan puasa tidak lain tidak bukan hnylah ALLAH mahukan kita 'laállakum tattaqun'..mga2/mudah-mudahan kamu BERTAQWA..mmg sukar mencapai tahap taqwa kpdnya jikalau IMAN dan yg asas masih blum di teguhkan..berdoalah pd DIA agar diberi kekuatan untuk mencapai tahap TAQWA pdNYA..in sya ALLAH..
Ana akan menghadapi trial STAM pd minggu hdpn..moga2 keberkatan bulan RAMADHAN ini mampu memberi ketenangan serta kemudahan pd sahabat2 seperjuangan ana di samtkkbdlm menghadapinya.Akhir kalam..SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK buat pembaca blog ana..mak ayah..kak long..kak syue..guru2 samer dan samtkkb..mga rahmatNYA mengiringi kita daiman abadan..
Saturday, August 7, 2010
Nurul Munirah Munir ~ SANAH HELWAH!!
Ingatlah Sahabat..
Bunga itu menguntum indah,
Menyeri dan mekar memerah,
Dipuji dengan berbagai-bagai madah,
Esoknya bunga itu gugur ke tanah,
Serpih demi serpih ia punah,
Tanpa daun dan kelopaknya musnah.
Sahabatku…
Engkau dan aku bukan layu seperti bunga,
Lambang bunga lambang sementara cuma,
Tetapi perjuangan kita tiada penghujungnya,
Daerah kita bukan daerah cinta,
Bukan masanya untuk memujuk kasih asmara,
Tiada senda gurau memanjang yang meleka,
Kerana kita dalam memperjuangkan agama.
Sahabatku..
Disini remaja-remaja Islam telah berkubur,
Kita perlu bangkit atas jihad yang subur.
Ingatlah sahabat…
Bumi kita bumi yang payah,
Penuh peluh, air mata dan mungkin darah,
Bila kita jejak tapaknya perlu punyai wadah,
Ikuti dibelakang ulama’ supaya tak goyah,
Bila dikatakan pada mu: Perjuangan itu amat susah,
Kau katakanlah kembali: Aku mengharap hanya
keredhaan dari Allah.
Sahabatku…
Semalam telah layu sekuntum bunga,
Telah gugur dari jambangannya,
Tetapi itu bukan perjuangan kita,
Bukanlah itu sebagai lambangnya,
Mulut telah kaku untuk bertanya,
Hati malu untuk memikirkannya,
Tidak seperti dahulunya,
Kita kuat berhujah dan bersuara.
Ingatlah sahabatku..
Kerana dulu dan kini kita tetap seorang mujahidah,
Yang merindukan dan memburu syahid,
Maaf kiranya tuturku yang pahit.
Senyumlah sahabat..
Senyumlah dan serilah wajah,
Walau pudar dan hambar datang tak sudah,
Belajarlah menjadi seorang mujahidah yang tabah,
Doaku agar kita berani seperti Hamzah,
Malah punyai semangat seperti Sumaiyah
syukran ya ukhti munirah selama ana bersahabat dgn anti..saling bertukar pendapat..saling menasihati..saling menguatkan tatkala dilanda keresahan.. mungkin ada kata2 yang mengguris..perbuatan yang menjengkelkan
Syukran krn brsama-sama ana dlm memantapkn tarbiyyah adik2..madú2..mga mndpt nilaian drNYA..
Telah bersabda Rasulullah SAW yang diriwayatkn oleh Al-Bukhari & Muslim: Maksudnya perumpamaan teman yg baik & teman yang tidak baik ialah umpama wangi-wangian dan tukang besi. Adapun pembawa wangi-wangian, sama ada dia memberinya sedikit ataupun anda membeli daripadanya sedikit ataupun kamu dapat mencium dprdnya bau yang wangi. Manakala tukang besi, sama ada dia membakar bajunya ataupun kamu akan mencium dairpadanya bau-bauan yang busuk
Anti cukup syarat sbg sahabat yg baik..ana yg akan mnjadi saksi di akhirat kelak..
Sahabat yang menunjukkn kebaikan kepada kamu, adalah sahabat yg baik. Dan sahabat yang menunjukkn kesalahan kamu, adalah sahabat yg paling baik ~ hukama'~
Ingatlah ya munirah..antara 7 golongan yang akan mndapat naungan di akhirat..antaranya adalah 2 org yg berukhwah pd jln ALLAH..ana dan anti daíman abadan..Asiah Yusra dan Elya khadijah..ibarat Mujahidah dan Khalifatullah..