Pages

Thursday, September 8, 2011

Sahabat itu temanku ke syurga ^^

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah wa syukur lillah
Hari ini yaumul jumu'ah sayyidul ayyam,pagi 9 syawal,mentari terbit memancarkan sinar,setia dgn tugasnya menerangi bumi ALLAH ini.Dan hatiku juga begitu..terbit satu sinar bahagia menerima kamu sebagai sahabatku..@_@ Kamu...??iyalah..kamu yang tgh baca ni la.. ^^
Apa khabar??moganya sihat iman dan jasmani.Pagi yang cerah ini,termenung ana mmrhatikan kesesakan lalu lintas dlm bilik ni,brg2 yg masih belum siap dipacking.Berbaki dua minggu sebelum tarikh berangkat ke sana..buntu2..hehe tapi sambil2 online dan mndgr nasyid.Lagu apa??sebuah pertemuan..lagu faveret masa album cudipt keluar.x pernah jemu nk dgar,lagi2 lirik dye sgt2 tacing..:D kan3?

Tibe2 hati jadi sayu,teringt pula pada si dia yg sedang jihad menuntut ilmu..
dulu dialah bersama-sama ana di dalam satu medan ilmu..dia yang sentiasa bersemangat belajar krn ALLAH,dialah yang mngajar ana hakikat belajar ini suatu ibadah..ibadah x boleh buat sambil lewa,maka belajar juga msti betul2.Dipinjamkan pada ana kekuatan.Kejayaannya sumber inspirasi ana..:D sejak kecil,dia x pernah meninggalkan solat, kerana itulah wajahnya sentiasa bersalut ketenangan.Dan,kini..ana melihatnya smakin matang meniti usia,mendaki anak tangga kejayaan,dia tawazunkan akademik,agama dan organisasi pers islam.Moga dirimu semakin bersinar dan bersinar,menyinari insan2 disekelilingmu ukhtiku..kerana kamulah cahaya yang bersinar itu.^^



' sungguh syukur di hati ini
di kurniakan teman sejati
menunjuk jalan dekatiNYA
tika diri dalam kebuntuan
betapa ku hargai
kejujuran yang kau beri
mengajarku mgnal erti
cinta hakiki yang abadi....'

subhanallah...benar2.Bagi ana,sahabat itulah yg membawa kita semakin dekat dgnNYA.Baik perilakunya,taat orgtuanya,menjaga maruah diri dan shbtnya,sentiasa beralah demi mnjaga hati kita..dan dia yg selalu menyebut nama kita dalam doanya.Wah beruntungnya...^^ kalau kita nk dpt sahabat begitu..kita dulu yg kena jadi mcm tu..betulx??man uwaffiq kalami,irfa' yadaik!!hehe tetibe je ana ni.=p


Ayat al-qur'an yg sesuai kita muhasabah kembali,persahabatn antara kita dan dia..adalah pada surah az-zukhruf ayat 67.



Allah berfirman yg mana maksudnya 'Pada hari itu sahabat2 karib; sesetengahnya akan menjadi musuh kepada sesetengah yang lain kecuali mereka yang bertaqwa'.. dalam ayat ni ada perkataan al-akhilla' (teman karib).Jadi,kalau kita bukak tafsir ibn kathir atau tafsir munir dan sbgnya,disana ada penjelasan yang lebih pnjang lebar.Cuma kita bold kan dkat cni,shbt2 yg dahulunya bersahabat baik di dunia boleh jadi musuh pada akhirat kelak illal muttaqin yakni mereka yang bersahabat atas dasar taqwa.Mngertilah wahai sahabat2ku...erti taqwa ini.




Ok,ana nak kongsi ckit,kisah pada zaman nabi Muhammad s.a.w.Kisah tentang sahabat,dan kisah ini ada kait mengait dengan ayat di atas tadi.Kisah ini ana dapat dari buku BIOGRAFI MUHAMMAD BIN ABDULLAH..dah setahun lebih ana belum khatam2 lagi buku ni,Isk3...boleh dapatkan ye di pasaran.Ok smbung2..



Kisah nya begini...


Seorng pemimpin quraisy yang bernama Uqbah Bin Mu'ayyit telah mnjemput nabi makan di rumahnya.Setelah nabi Muhammad s.a.w sudah berada di depan hidangan,baginda x nak makan.Puas Uqbah pujuk.


Nabi berkata 'Aku x akan makan kecuali setelah engkau mengucap 2 kalimah syahadah'


Uqbah mengelak..sebolehnya dye x nak mengucap kalimah syahadah.Tetapi nabi mengharap uqbah ucapkan sepertimana Hamzah mengucapkan walaupun kerana semangat nak membela anak saudaranya.AKhirnya...Uqbah x dapat mengelak lagi.Bagi Uqbah,tetamu ini suatu yang besar.Amat memalukan bagi kaum mereka kalau x menunaikan hajat tetamu (ini yg bagus org arab ni,sgt2 memuliakan tetamu)


Bila Uqbah dah ucap kalimah syahadah barulah nabi mahu makan hidangan tadi.Dan tersebarlah berita Uqbah mengucap dua kalimah syahadah.Org bukan islam dari kalangan quraisy semakin geram n bengkek.Yang paling bengkek sekali adalah Ubay Bin Khalaf sebab uqbah tu bestfren dye..ha nilah yg ana nak cite ni..


Ubay b. khalaf ni dtg jumpa Uqbah.Dia pun cakap mcm ni kat Uqbah


'Wahai Uqbah!!jgn kau tgok muka aku lagi lepas ni!!!.Engkau bukan bestfren aku lagi sampai lah kau ludah ke muka Muhammad.Macam mana kau pergi mengucap depan Muhammad,macam tu jugalah kau kena ludah dekat mukanya!'


Uqbah pun suda'..(pening).Antara dua pilihan..sama ada bestfren dye (pembesar2 quraisy) ataupun Muhammad.Akhirnya dia buat keputusan memilih shbt2 Quraisy.Tanpa rasa apa2 dia pun pergi meludah ke muka Muhammad,namun Nabi Muhammad tetap bersabar.Maka turun ayat al-qur'an yang berkaitan Uqbah dan Ubayy dalam surah al-furqan ayat 28 dan 29..ha ce bukak tafsir cepat hehe


Maksud FirmanNYA:'Wahai celakanya aku,alangkah baiknya kalau aku x mengambil si dia itu menjadi sahabat karib!!!Sesungguhnya dia menyesatkan daku dari jalan peringatan AL-QUR'AN,selepas ia disampaikan padaku.Dan adalah syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia yang menjadikan dia sahabat karibnya'


hakaza...cerita ini.Mula2 Uqbah hampir2 islam,tetapi sahabatnya ubay bin khalaf merosakkannya.Di akhirat nnti Uqbah menyesal dan menggigit jari,menderita xde kesudahan kerana menolak islam yang sudah berada di tangannya waktu itu.Dan ini berkaitan dgn surah zukhruf ayat 67 tadi,sahabat2 karib akan menjadi musuh sesama mereka..seperti uqbah dan ubay di akhirat nnt.Panjang ke cerita ni??hehe xpe,sama2 kita ambil iktibar..sungguh benarlah al-qur'an ini peringatan yang jelas buat kita.Masa kat ildas dulu,ana cerita kisah ni kat shbt ana aqilah..tapi dalam bhs arab..sampai ke sudah x habis2..hehe sbb dalam bahasa arab..dan dye pun xpaham..asif ya ukht..moga anti dapat recall balik kisah ni dalam version bahasa melayu =)




Di sisi ana ada sahabat2...Yang istimewa dalam hati ini ukhti munirah dan ukhti yusra.:D


Shbt yang sedia menasihati,sedia membantu..Sahabt2 masa ana sekolah rendah dulu,sksj dan saruq,Shbt2 suka dan duka masa samer selama 5 tahun,adik ana yg sorg tu nabilah mursyidah,adik2 usrah,adik2 badar,adik2 tanzim dan ramai kalau nak sebut nama sorg,Shbt2 stam selama setahun,perjuangan yg seringkali dilanda ujian..shbt2 rumah sewa darul mumtazah seramai 7 org..rindu!!! kdg2 semangat turun naik,kita lalui bersama.Shbt2 ILDAS,sebulan perkenalan yang terindah..dan 4 tahun kita akan bersama..tanpa ibu dan ayah disisi..shbt2 blog!shbt2 dunia dan akhirat


kamulah..sahabat dan temanku hingga ke syurga..aminnnn laslty senyumlah @_@


Kamu ada shbt??pergilah padanya dan nyatakan kecintaanmu pdnya..betul x??ada hadith kan?x ingatla matannya. ^^ salam ukhuwwah fillah..

4 comments :

MUJTAHIDAH SOLEHAH said...

assalamualaikum liana ^_^
uhibbuki fillah =)
klu awak atau sesiapa yg baca ebtri ini, nak baca hadis ttg 'ucapkanlah saya sayang awak kpd kwn', anda boleh baca di sini..

http://mujtahidahsolehah.blogspot.com/2011/07/saya-sayang-awak.html

wallahua'lam,mudah2an perkongsian ini bermanfaat buat semua,amin =)

jazakillah liana,wa asifah 'ala kulli hal^^,

cumaseorangfaarihah said...

jaiyyid bal mumtaz, ya ukhti..
uhibbuki fillah!!

:::KHALIFATULLAH::: said...

mujtahidah ~ ukhti!!hehe syukran laki..wa ana aidhon uhibbuki fillah
..wah,awk ada post entry tntg ini??asif kita belum baca...in'ALLAH mubasayarah kita nk gi baca..hehe ^^ syukran jiddan

qolbun jadid ~ antiii!!anifan,qod laqituki lakin,ana astahyi la..hehe..uhibbuki fillah aidhooon! in'ALLAH anti sawa' tarikh ma'i fil mathor soh??sauqobiluki hunak ..

MUMTAZAH said...

salam a'laiki liana..
uhibbuki fillah..!!
wa asif aidhon a'la kulli hal..!
syukron kathir..jazakillah khairan jzk ya ukhti...!!!