Pages

Sunday, November 30, 2014

Berjalan seiring dengan SYARIAT


Islam adalah agama rahmat kepada seluruh manusia,namun manusia hari ini semakin jauh dari Islam.Bagaimana hidup kita selaku seorang umat Islam dengan syariat ALLAH?Bukanlah hakikat kesufian seseorang dinilai dengan kehebatannya terbang di atas awan,mahupun berjalan di atas air akan tetapi bagaimana dia hidup dengan syariat Allah swt.



Syariat ALLAH menjaga manusia 5 perkara,ataupun dalam erti kata yang lain MAQASID SYARI’AH
1)Menjaga agama
2)Menjaga nyawa
3)Menjaga akal
4)Menjaga keturunan
5)Menjaga harta

Kelima-lima tujuan pensyariatan ini termasuklah dalam perkara ibadat,munakahat,muamalat,jinayat dan lain-lain.Menjadi penuntut ilmu syariah Islamiah Universiti al-Azhar di tahun yang ketiga adalah satu perkara yang amat mencabar apabila membicarakan tentang Fiqh Jinayat dari sisi pandang mazhab syafi’I dan juga mazhab-mazhab lain.Namun,menariknya semakin mendalami ilmu ini,semakin mencambahkan rasa cinta pada Allah dan syariatnya.Betapa Allah swt amat menyanyangi hambaNYA lalu dimanualkan segala panduan di dalam al-Quran dan ditabyinkan di dalam as-Sunnah.

Pelaksanaan hudud dan qisas diperlekeh oleh golongan-golongan penentang Islam,mereka mendakwa islam itu zalim dan menyekat kebebasan hamba.Pemikiran yang salah ini harus ditentang,dengan penerangan secara hikmah dan bijaksana.Siapakah berperanan untuk menerangkan?Semestinya orang-orang yang faham akan pelaksanaan syariat Allah swt

Dukturah Futnah seorang pensyarah di Universiti al-Azhar kampus banat bagi pelajar-pelajar yang berada di tahun 3 di dalam subjek perbezaan Fiqh Mazhab (Fiqh Muqoron) khas membincangkan tentang Fiqh Jinayat .Perbahasan yang sangat kemas dan pandangan-pandangan,dalil2 dan sebab khilaf antara semua mazhab dalam permasalahan jenayah menimbulkan minat kami untuk lebih mendalaminya.

Kita perlu sedar,barang siapa yang membunuh dengan sengaja mahupun menyerupai sengaja maka dia akan dibalas bunuh.Sekiranya wali darah (Wali Dam) si mati pembunuh tidak mahu qisas dijalankan namun pembunuh masih tidak terlepas dari membayar diat.Islam tersangat menjaga dari sudut nyawa seseorang.

Dalam sebuah hadis yang masyhur:

عَنِ ابْنِ مَسْعُوْدٍ قَال َ: قَالَ رَسُوْلُ الله : ((لَا يَحِلُّ دَمُ امْرِئٍ مُسْلِمٍ إِلَّا بِإِحْدَى ثَلَاثٍ : الثَّيِّبُ الـزَّانِيْ ، وَالنَّفْسُ بِالنَّفْسِ ، وَالتَّارِكُ لِدِيْنِهِ الْـمُـفَارِقُ لِلْجـَمَاعَةِ)). رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ.

Dari Ibnu Mas’ud Radhiyallahu 'anhu, ia berkata: “Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, ‘Tidak halal darah seorang muslim, kecuali kerana salah satu dari tiga perkara: orang yang berzina sedangkan ia sudah menikah, membunuh jiwa, dan orang yang meninggalkan agamanya dan memisahkan diri dari jema’ah (kaum muslimin)’.” [HR al-Bukhâri dan Muslim]


Firman ALLAH swt:

 وَكَتَبْنَا عَلَيْهِمْ فِيهَا أَنَّ النَّفْسَ بِالنَّفْسِ وَالْعَيْنَ بِالْعَيْنِ وَالْأَنْفَ بِالْأَنْفِ وَالْأُذُنَ بِالْأُذُنِ وَالسِّنَّ بِالسِّنِّ وَالْجُرُوحَ قِصَاصٌ ۚ فَمَنْ تَصَدَّقَ بِهِ فَهُوَ
  كَفَّارَةٌ لَهُ ۚ وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

Dan Kami telah tetapkan terhadap mereka di dalamnya (At Taurat) bahwasanya jiwa (dibalas) dengan jiwa, mata dengan mata, hidung dengan hidung, telinga dengan telinga, gigi dengan gigi, dan luka luka (pun) ada qishaashnya. Barangsiapa yang melepaskan (hak qishaash)nya, maka melepaskan hak itu (menjadi) penebus dosa baginya. Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim (Surah al-Maidah : 45)

Kadar diat adalah dikira mengikut bilangan  unta iaitu harta yang paling bernilai ketika itu.Kadar penuh diat ialah 100 ekor unta. Walau bagaimanapun, para ulama' berpendapat boleh mengantikan 100 ekor unta dengan harta yang senilai dengannya pada masa tersebut. Di antaranya ialah;

                     a) wang emas  = 1000 dinar
                     b) wang perak =
10,000 - 12,000 dirham
                     c) lembu            = 200 ekor
                     d) kambing      =
2000 ekor
                     e) Persalinan   =
200 persalinan lengkap


Ma sya Allah,Bila mana kadar diat ini dibahaskan,terfikir dek akal bagaimanalah sekiranya seorang penguasa yang zalim yang membunuh rakyatnya,bila dikumpulkan kadar diat untuk setiap individu yang dibunuh yang perlu dibayar oleh nya..pasti mengumpul jumlah yang amat besar.

Diyat terbahagi kepada 2 jenis:
  1. Diyat Mughallazah ( ganti kerugian yang berat )
  2. Diyat Mukhaffafah ( ganti kerugian yang ringan )
Diyat Mughallazah adalah satu diyat penuh iaitu 100 ekor unta yang dibayar secara terus (tanpa tangguh) sebagaimana yang berikut:
  1. 30 ekor  unta berumur 4 tahun
  2. 30 ekor unta berumur 3 tahun
  3. 40 ekor unta yang sedang bunting
Diyat Mughallazah juga boleh dibayar dengan bayaran-bayaran berikut:
  1. 33 ekor unta berumur 4 tahun
  2. 33 ekor unta berumur 3 tahun
  3. 34 ekor unta yang sedang bunting.
Diyat Mukhaffafh juga adalah satu diyat penuh iaitu 100 ekor unta yang dibayar secara beransur-ansur (tangguh)selama 3 tahun dan setiap tempoh masa satu tahun dibayar 1/3 diyat  sebagaimana yang berikut:
  1.  20 ekor unta umur 4 tahun
  2. 20 ekor unta umur 3 tahun
  3. 20 ekor unta betina umur 2 tahun
  4. 20 ekor unta jantan umur 2 tahun
  5. 20 ekor unta betina umur 1 tahun
Satu ayat dukturah yang benar-benar membuatkan ana tersedar dalam tegasnya pelaksanaan qisas ini,Allah swt juga  mengajarkan kita tentang sifat memaafkan

 العفو أفضل من استيفاء القصاص
Pengampunan itu lebih afdhal dari pelaksanaan Qisas

Apabila seseorang telah membunuh 4 orang,setiap wali orang yg dibunuh berhak menentukan nasib pembunuh sama ada dilaksanakan qisas atau diberi kemaafan.Jika salah seorang dari wali memberi kemaafan ,gugurlah qisas ke atas pembunuh walaupun baki wali tidak mempersetujuinya.Allah..lihatlah indahnya Islam,indahnya syariat.Perkara ini boleh menyangkal dakwaan2 golongan penentang bahawa islam itu zalim.


Berjalanlah di atas syariat Allah.Mudah-mudahan kita dipandu Allah swt.Tangan yang berbuat pasti akan menjadi saksi,lidah yang berkata juga menjadi saksi,mata yang melihat juga menjadi saksi,telinga yang mendengar juga menjadi saksi,kaki yang bergerak menjadi saksi berbaki dua anggota yang pasti menjadi saksi atas apa yang kita perbuatkan adalah perut dan kemaluan.Cukuplah 7 anggota yang akan mewakili diri kita di akhirat kelak,kemaksiatan yang dilakukan tidak dapat disembunyikan lagi.

Imtihan hampir tiba,tekunlah dalam setiap urusan,urusan belajar,urusan gerak kerja amal islami,urusan ibadah dan urusan kemasyarakatan.Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang tekun,dan libatkanlah diri untuk menjadi hamba yang disukai Allah swt.

Siru ala barakatillah
ITQAN,CAIRO
30/11/2014
Read more...

Monday, November 10, 2014

Kemuliaan bagaimana yang dicari?



Allah berfirman di dalam surah Fatir :

من كان يريد العزة فلله العزة جميعا

إليه يصعد الكلم الطيب والعمل الصالح يرفعه

Maksudnya:”Barangsiapa menghendaki kemuliaan ,maka (ketahuilah) kemuliaan itu semuanya milik Allah .KepadaNya lah akan naik perkataan –perkataan yang baik dan amal kebajikan DIA akan mengangkatnya.” (35:10)
Mulia seseorang kerana Allah telah memuliakannya
Hina seseorang kerana ia telah dihinakan oleh Allah.



Di dalam tafsir Munir karangan Dr Wahbah Az-Zuhaili ayat ini mengatakan kemuliaan sebenar seorang muslim mukmin adalah pada ketaatannya kepada Allah Sang Khaliq Alam.Perkataan-perkataan yang baik pula adalah kalimah “La ilaha illaLLAH” dan dikatakan juga semua zikir yang mendekatkan diri kepada Allah.Manakala amal kebajikan adalah amar makruf nahi munkar ataupun kita istilahkan dalam bahasa yang lain adalah gerak kerja amal Islami

Dengan dua perkara ini,Allah akan memuliakan kita serta akan diangkat disisiNYA.

Amalan hati lebih utama berbanding amalan anggota namun keduanya  mestilah seiring.Tidak akan berjaya seorang pejuang agama Allah yang hebat bertempur di medan Jihad jika tiada “connection” dengan Allah,dan tidak akan diredhai seorang abid yang menangis berterusan di malam hari hanya beribadah kepada Allah namun meninggalkan gerak kerja amal Islami.

Satu syair yang masyhur oleh ‘Abdullah bin Mubarak kepada Fudhail Bin Iyadh mengenai Jihad yang sebenar ketikamana beliau diajak agar menikmati kelazatan beribadah kepada Allah untuk meninggalkan jihad.

Abdullah bin Mubarak menghantar satu surat berisi syair kepada Fudhail Bin Iyadh

يا عابد الحرمين لو أبصرتنا 

 لعلمت أنك في العبادة تلعب

من كان يخضب خده بدموعه

فنحورنا يوم الصبيحة تتعب

ريح العبير لكم ونحن عبيرنا

 رهج السنابك والغبار أطيب

Wahai Abid dua tanah suci (gelaran bagi Fudhail Bin Iyadh),jika kau melihat kami

Nescaya kau mengerti bahawa kau hanya bermain-main dalam ibadah

Kalau pipi saudara dibasahi air mata,sedangkan leher-leher kami pula bermandi darah

Jika kudamu lelah dalam kebatilan,kuda kami kepenatan di medan juang

Kamu dibelai haruman bunga-bungaan,haruman kami debu-debu suci hentakan kaki kuda

Debu itulah yang baik

Allah..setelah Fudhail Bin Iyadh membaca syair ini,deraslah air mata yang mengalir lalu diinsafi atas segala ibadahnya sedangkan di sana ada insan2 yang lebih menderita berjuang menegakkan agama Allah.

Hadith ada menyatakan:

 من مات ولم يغز ولم يحدث به نفسه مات على شعبة من نفاق

Sesiapa yang mati sedang beliau tidak pernah berperang di jalan Allah dan tidak penah berniat untuk berperang,maka ia mati dalam keadaan salah satu cabang nifaq (HR Muslim)

Berbalik dalam surah Fatir di atas,kemuliaan di sisi Allah adalah apabila kita bersama Islam dan kita yang membantu menyebarkan Islam sehingga ke segenap muka bumi ini di samping menjaga kalimah tayyib (La ilaha illaLLAH) dan melaksanakan amal kebajikan (amal Islami)

Berusaha memperbaiki amalan hati di samping amalan anggota.Mudah2an kita memperolehi kemuliaan disisi ALLAH 

Bilamana kita menyenaraikan taklifan yang kita ada,betapa banyaknya amanah yang perlu dilunaskan.Selain seorang pekerja di medan amal Islami ini,kita juga adalah seorang dai yang ada mad’u.Kadang2 kita mungkin berjaya menjadi pekerja amal islami dengan baik tetapi Allah uji aspek dakwah,apabila mad’u kita lari dari seruan yang dibawa.Di manakah silapnya?

Di dalam sebuah kitab “SIFAT SEORANG DAIE” karangan Abdullah Nasih Ulwan beliau menggariskan 5 sifat utama :
1)Keimanan
2)Keikhlasan
3)Keberanian
4)Kesabaran
5)Positif

Jadikan baginda Rasulullah saw qudwah dalam kita berjihad,berdakwah,menyucikan hati dan diri.Semoga mata kita memandang dengan pandangan yang diredhai Allah,mulut kita mulut yang bicara dengan bicara yang diredhai Allah,pergerakan yang mendapat naungan Allah,serta membuat keputusan dengan ilham dari Allah.

ITQAN
11/11/2014
7 am
Read more...