Pages

Tuesday, December 13, 2016

IMTIHAN IS JUST AROUND THE CORNER : BITTAUFIQ AZHARIYYUN!

Bismillahi walhamdulillah

Lama tidak menukil sesuatu di dalam blog.
Pejam celik pejam celik rupa-rupanya sudah 5 tahun berhempas pulas di kota seribu Menara bumi Mesir.September 2011 - Disember 2016

Cannot move on dengan perubahan yang berlaku..
Masih teringat suasana di sana,teman2 di sana..mungkin akan berlanjutan sehingga bila wallahua'lam
Terlalu banyak kenangan jika nak diulang kembali..

Baru lepas kan rindu mesej seorang adik di sana...risau imtihan katanya,beliau meminta saya konsgikan cara belajar.

Dari 2011 Pre-Egypt Daurah Bahasa Arab sehingga officially graduated

Daurah mukathafah batch 2011/2012

acah2 debat bahasa arab ,masa ni berterabur bahasa kelaut 

2016..konvo mg BKAN




FIRST *MESTI LETAKKAN CITA-CITA YANG TINGGI..

Misalnya "in sha Allah,aku boleh capai mumtaz !"

"in sha Allah,aku boleh!"

Tuliskan dan tampal di meja study@dinding@letak dalam wallet@selitkan dalam buku yang selalu dibaca.

Psikologi seseorang apabila melihat sesuatu yang berulang,akan menjadi motivasi pada diri sendiri..



SECOND *MESTI HABISKAN BACA KITAB

Kebiasaannya kita akan dapat muqorror 2 atau 3 minggu sebelum exam.
The best adalah kita mampu habiskan kitab
ala aqoll (at least) habiskan muqoror..
Rasa nak muntah baca buku ulang2?ok itulah yang terbaik untuk dapatkan kefahaman..

Bawa buku kemana-mana..sebelum meeting boleh baca,sementara tunggu bas boleh baca,dalam bas otw ke kuliah boleh baca.There are no reason tidak ada masa untuk habiskan baca buku.

(jangan tiru deme nilah ye..ikhtilat..stadi asing2 ikhwah2 akhawat2)

THIRD * STUDY GROUP

Inilah barakah apabila buat semua secara berjemaah.Selain solat jemaah,study pun berjemaah.Bukan berjemah ye akhawat2.. (gurau2)

Kadang2 ada sahabat2 kita yang kefahaman membaca kitabnya lebih cepat dan baik,maka kita akan saling tabadul pendapat dan kefahaman,especially madah2 shariah yang killer seperti usul fiqh dan qodhoya,begitu juga dengan syukbah lain.

Study group sampai habis semua bab ,and then take time untuk menghafaz secara personal beberapa hari sebelum imtihan.sampai tamam.



FOURTH * JAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH,JAGA HUBUNGAN DENGAN MANUSIA

Jaga hubungan dengan Allah bukan bermaksud kena solat dengan baca quran shj
Jaga dosa pahala..hati2 supaya tidak terbuat dosa
Jaga hak2 Allah,solat pada awal waktu,berusaha mencapai tahap khusyuk

Jaga hubungan dengan manusia bermaksud menjaga hak2nya
Langsaikan hutang
Beri nasihat dan teguran
Ziarah dan sebagainya

Menjaga amanah sekiranya diberi taklifan..
Bantu pimpinan buat kerja,jangan nafsi2 ..jangan nak najah sorang2

Aulakan maslahah umum berbanding khusus apabila bertembung...
Contoh ahli nak bersalin vs study..In sha Allah barakah masa akan diberi..




FIFTH *CONNECTING WITH FAMILY 

Minta restu dari kedua orang tua.
Video call..smartvoip..atau apa2 sahajalah yang boleh menghubungkan
Minta doa

SIXTH *AZAM & TAWAKKAL

Setelah usaha,maka berazamlah dan bertawakkallah


Faidza azamta fatawakkal 'alaLLAH..
ALLAH suka orang2 yang bertawakkal.

Sebelum masuk dewan exam,biasanya kita akan buat speed revise dengan sahabat2 ..
Teringat masa exam Mei lepas,buat speed revise dengan nas..Selagi belum dapat kertas jawapan dan soalan selagi itu masih ada masa..


TIPS KETIKA MENJAWAB

1)Peralatan cukup,kerneh jangan cari pasal tinggal2

2)Pilih seat exam yang selesa (konsep azhar,siapa cepat dia dapat)
Takdir exam final year,dapat seat sebelah tingkap...sebelah tu tengah bina bangunan..memang bising dan x fokus.Yang pastinya ,boleh buat bahan termenung kalau blur x ingat jawapan..

3)Mulakan dengan selawat dan doa (tulis atas paper)

4)Baca soalan betul2 dan asingkan anak2 soalan .Kadang2 kalau x perasan boleh miss soalan,sebab x perasan dalam satu ibu soalan dia mnta anak2 sekali.Sayang markah..

Contoh : Takrif dan lain2...

5)Tulis dengan jelas...no 2 dan 3 dalam arab kadang2 hampir sama.Huruf ,titik tolong ihtimam

6)Jangan tinggal jawapan kosong,sekalipun x ingat.Tulis apa yang dah dibaca..

7)Sebelum keluar,semak jawapan sampai rasa puas..jangan kedekut dengan masa..manfaatkan 2 jam sebaiknya.Jadi orang terakhir keluar pun x apa

8)Akhirkan dengan selawat,hamdalah,dan selitkan doa2 termasuklah doakan duktur yang menanda (kalau x nak tulis pun xapa,ini yg biasa diamalkan)


SEMOGA DIPERMUDAHKAN TEMAN2 DI SANA MENGHADAPI IMTIHAN :)
HANYA BERKONGSI

"Tidak ada istilah TERLAMBAT dalam mencapai kejayaan"

Biar LAMBAT tapi jangan BERHENTI berusaha.
Ya ,saya akui kadang2 kita bukan jenis study awal...kerana lambakan tugas dan sebagainya.Tetapi ALLAH memberi masa sesuai pada setiap orang dengan kadar tugasnya .

Ada orang tanya "buat nota x?"
Saya bukan jenis buat nota yang cantik2 ,siap ada colour2...tapi lepas menghafaz saya akan tulis semula..apa yang dihafaz dan difahami

Siapa berusaha dia pasti akan DAPAT!Yakin denganNYA
Setiap orang ada cara belajarnya tersendiri..

Read more...