Pages

Monday, January 6, 2014

Muslimah Solehah vs Bidadari Syurga

Bagaimana menurutmu??

Masihkah kau mahu menjadi bidadari syurga ALLAH
Wahai diri,tahukah engkau seperti apakah susuk bidadari itu?

Di saat wanita bumi asyik dan sibuk mempercantikkan diri atau memperindah susuk tubuh
Sedangkan bidadari lebih menyibukkan diri untuk mempercantikkan iman dalam hati dan memperindah akhlaknya sebagai muslimah sejati

Di saat wanita bumi sibuk mencari cela dan sering membicarakannya
Bidadari pula sedang sibuk mencari cela dirinya dan memperbaiki apa yang harus diperbaiki

Di saat wanita bumi lebih mudah menangis kerana ditinggalkan kekaksihnya
Bidadari pula akan menangis ketika mencemburui hamba lain yang lebih baik darinya

Di saat wanita bumi sering mengeluh ketika menghadapi masalah
Bidadari akan terus kuat seiring kepasrahannya kepada ALLAH

Di saat wanita bumi terus meratapi kekurangan diri
Bidadari tidak akan diam dan akan bergerak ..bergerak,bahkan melebihi orang yang punyai kelebihan ke atas dirinya

Di saat wanita bumi banyak menangis kesiaan
Bidadari pula akan banyak menghabiskan air matanya kepada Rabbnya hingga kelak air mata itu menjadi telaga di syurga

 Di saat wanita bumi memilih jalan pintas memenuhi hajat diri
Bidadari akan sabar menanti dalam ketaatan serta usaha dan mengisinya dengan kesabaran

Wahai ukhti,hanya kekuatan diri dan mereka yang sabar dalam ketaatan kepada NYA sanggup melewati ini dan menjadi bidadari

Mungkin kamu lupa,Muslimah yang solehah yang menjaga ketaatan dan kehormatan dirinya itu adalah bayangan bidadari di Syurga.

Kerana itulah diciptakan wanita seperti Asiah isteri Firaun,Mashitah tukang sikat rambut Firaun,Ummahatul Mukminin,Saidatina Fatimah puteri Rasulullah,Saidatina Asma' Binti Abu Bakr,Sumayyah,Zinnirah,Khaulah al-Azwar (yang makamnya berada di Bahnasa),Nusaibah (yang mempertahankan baginda ketika diserang di medan uhud)

Mereka itu srikandi agung,bak bayangan bidadari di Syurga.Hatta mereka yang bergelar wanita solehah itu akan menjadi ketua bidadari yang lain di syurga kelak.Wanita solehah di dunia yang taat kepadaNYA,mereka bergerak di medan yang serba mencabar ini sebagai sufiah harakiah lebih dicemburui oleh bidadari di  Syurga kerana mereka tidak berpeluang ke dunia untuk merasai cabaran.

Dari Ummu Salamah r.a, ia berkata: Saya bertanya, “Wahai Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli?” Baginda s.a.w menjawab, “Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari yang bermata jeli, seperti kelebihan apa yang tampak daripada apa yang tidak tampak.” Saya bertanya, “Kerana apa wanita dunia lebih utama daripada mereka?” 

Baginda s.a.w menjawab, “Kerana solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuning-kuningan, sanggulnya mutiara dan sisirnya terbuat dari emas. Mereka berkata, ‘Kami hidup abadi dan tidak mati, kami lemah-lembut dan tidak jahat sama sekali, kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali, kami redha dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya’.” (H.R. Ath-Thabrani)

Dalam sebuah hadith riwayat Ibnu Mas’ud r.a, Rasulullah SAW bersabda :” Sesungguhnya  apabila Allah SWT selesai menciptakan Jannatu Adnin (syurga Adnin), lalu telah dipanggil Malaikat Jibrail a.s. dan berfirman kepadanya :” Pergilah engkau dan lihatlah apa yang telah Aku ciptakan untuk para hambaKu dan para kekasihKu (para waliKu)”.
Jibrail AS pun pergi dan mengelilingi syurga Adnin itu, lalu ada seorang bidadari yang cantik jelita keluar dari sebuah istana megah datang mendekati Jibrail AS serta tersenyum simpul kepadanya. Serta merta syurga itu menjadi terang benderang dari sebab pengaruh sinar dua gigi serinya. Maka Malaikat Jibrail a.s bersujud kerana dia menganggap bahawa sinar itu dari cahaya Allah Tabaraka wa Taala yang Maha Perkasa.
Bidadari itu berseru :” Hai Jibrail AS, malaikat kepercayaan Allah, angkatlah kepalamu”. Ketika itu Malaikat Jibrail pun mengangkat kepalanya dan melihat kepada bidadari itu serta berkata dengan kekaguman:” Maha suci Allah yang telah menciptakan engkau (bidadari)”.
Kata bidadari itu:” Hai Jibrail, malaikat kepercayaan Allah, tahukah engkau untuk siapakah saya diciptakan?”
Kata Jibrail AS:” Untuk siapakah engkau diciptakan?”
Bidadari itu menjawab : ” Saya telah diciptakan untuk orang yang lebih mengutamakan keridhaan Allah Taala daripada hawa nafsunya”.(Mukaasyafatul Quluubi).
Allahu a'lam
Itqan,Cairo

3 comments :

Anonymous said...

lelaki soleh dambaan wanita solehah,begitulah sebaliknya namun sudahkah kita berusaha untuk mendapatkannya dengan mempersiapkan diri menjadi lebih baik dari sebelumnya,tapi jangan kita lupa anjakan paradigma haruslah betul niatnya bukan kerana nafsu duniawi semata-

R.A A.Z said...

Terbaik!

:::KHALIFATULLAH::: said...

To anonymous:Benar katamu.Namun andai kematian menjemput sebelum berjumpa yg soleh atau solehah itu kita sebenarnya mempersiapkan diri hanya untuk DIA.InsyaALLAH semoga menjadi lelaki soleh/wanita solehah disisiNYA

To R.A A.Z:Jazakumullah kher.