Pages

Wednesday, January 22, 2014

Mimpi rupa-rupanya..

السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Aku berjalan memasuki rumahku. Aku berbangga dengan rumahku, Kerana apa? Kerana rumahku besar. Melambangkan aku ini kaya. Ku lihat di luar rumahku, beberapa buah kereta sedang dicuci oleh pekerjaku. Aku berasa senang dengan keadaan diriku sekarang.

Kerjaku, gajinya mencecah puluhan ribu. Dengan itu, aku bisa mendapat hampir semua yang ku ingini. Aku juga sihat. Jadi, aku bisa berhibur mengikut kehendakku. Ah, nikmatnya rasa ini!

Kringgg!!!

Terkejut aku dibuatnya.

Laah, rupa-rupanya tadi hanyalah mimpi!

Hakikatnya, aku dalam keadaan jaga ini lah realiti atau kehidupan sebenarku.

---------------------------------------

Ini adalah analogi. Analogi yang ana ubahsuai daripada apa yang ana faham daripada tazkirah dalam program Cinta Ilmu, TV Al-Hijrah.

Dunia ibarat mimpi. Akhirat ibarat ketika kita jaga (bangun dari tidur). Bayangkan, seperti cerita di atas, kesenangan yang dikecapi hanyalah sebuah mimpi! Bangun tidur, tiada apa-apa. Mimpi itu tiada makna, ia hanyalah tipu daya atau mainan tidur.

Begitulah kita. Yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Akhirat adalah kehidupan sebenar. Tetapi apa yang kita buat sekarang? Memuhasabah diri. Ini bukan melemahkan semangatmu tetapi menambahkan lagi rasa takut kita kepada Allah!

29:64

And this worldly life is not but diversion and amusement. And indeed, the home of the Hereafter - that is the [eternal] life, if only they knew.


Dunia jambatan akhirat (",)

Dunia sebagai persinggahan, tempat menanam anak benih. Di akhiratlah kehidupan sebenar, tempat menuai hasil. Nak tuai hasil yang baik atau buruk, lihatlah apa yang kita tanam di dunia. La haula wa la quwwata illa billah. Mengharap rahmat Allah.

Cuba selak terjemahan al-Quran/ melalui internet, (6: 162) dan (39: 53). Smile ^_^

Allahua'lam. Sama-sama kita saling mengingati. Orang-orang beriman itu kan bersaudara =)
Ilal liqa', wabillahi taufiq walhidayah~

0 comments :