Pages

Friday, January 3, 2014

Ilmu + Amal

Selepas subuh yang hening bertarikh 4 Jan 2014 (cantik nombor),bingkas membuka laptop,terasa laju jemari menukilkan sesuatu.Alhamdulillah,selesai 2 paper untuk fasa ini.Berbaki dua lagi,fasta'in billah.

Usia blog yang kalian sedang tatap ini sudah melangkaui 5 tahun (tertubuh selepas tingkatan 5) terkandung di dalamnya 215 artikel-artikel yang lalu.Sudah besar rupanya,kalaulah ia manusia,pasti sudah boleh berjalan dan mungkin juga berlari..pandai juga berbicara walau x sepetah mana.

Ala kulli hal,penulis sahaja yang masih bertatih dalam menyusun apa jua ilmu yang diperolehi luar dari maya ini.Masih dhaif,masih dan masih qillah dari pelbagai sudut.Menuju kesempurnaan itu memang payah tanpa ada yang membantu dari belakang,kiri dan kanan kerana hakikatnya manusia itu tidak sempurna melainkan kekasihNYA baginda SAW

Firman ALLAH swt:
"Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna" (az-Zumar:18)

Medan imtihan tidak akan bermakna jika apa yang kita curahkan di atas kertas tidak dicurahkan dalam kehidupan.Terutamanya,mereka yang berada di dalam bidang pengajian agama.Hakikatnya kita adalah rujukan masyarakat,dan ana sendiri menerima pelbagai soalan pelik2 dari mesej fb,yang berbentuk far'iyah,yang kadang-kadang perlukan kehalusan dan penelitian dari kitab.Bukan itu sahaja malah perbincangan dengan mereka yang lebih faqih.Barulah ana berani untuk menjawab segala persoalan.Ana yakin,kalian juga seringkali berhadapan dengan situasi begitu apatah lagi bila pulang ke Malaysia.Persoalannya amanahkah kita dengan ilmu?



Title ustaz,ustazah,mufti,ulama'  dan sebagainya hanya akan selamanya bergelar title jika tidak disalurkan pada amanahnya yang sebenar.Tertarik dengan satu status ini..seorang siswa al-azhar

Zaman dulu : 
Ulama Mengajak Manusia Mengenal Kebenaran, Menolak Kezaliman, Menentang Musuh Islam.

Zaman sekarang :
Ulama Diajak Untuk Kenal Kebenaran, Diajak Menolak Kezaliman, Diajak Menentang Musuh Islam. 

Na'uzu billah

Via:Facebook (Copy n paste) 

Semoga kita tidak tergolong dalam kalangan yang dimaksudkan.Semoga ALLAH memelihara kita semua dari fitnah hidup,fitnah mati dan segala fitnah yang ada.Amin.

Bagi sesiapa yang masih belum baca isu ini silakan berbuat demikian di WEB PMRAM (Klik Sini)

Kadang-kadang bila direnung nasib umat kini,sedih terasa.Mesir,Syria,Palestin dizalimi tiada berpenghujung.Di Asia pula,masalah begini berlaku..kerakusan kuasa sesetengah pihak,menolak hukum ALLAH dan sbgnya.Lau Kana Rasulullah Bainana..

Sekiranya ada Rasulullah pada saat ini..pasti luluh hancur hatinya.Dakwah yang diseru bertahun lamanya diabaikan pada ini.Sedangkan ada aku,kamu,kamu,dan kamu yang belajar agama.Bukankah ulama' warathatul anbiya?Maka apakah benar2 kita mewarisi tugas dan amanah menyampaikan ilmu kepada masyarakat?

Panjang angan hanya memusnahkan masa depan..Apa perlu lakukan saat ini?Ya berubahlah.Majulah kehadapan,tambahkan thaqafah dan amalan.Pintalah nusrah dariNYA agar kita tetap dalam landasan Iman.Tinggikan himmah sebagai tolibul ilm,jadikanlah Rasulullah dan para sahabat sebagai ikutan,masyaikh yang muktabar sebagai tempat rujukan.Al-qur'an dan sunnah sebagai pegangan.Bersuhbah lah dengan sahabat2 yang soleh dan solehah kelak kita juga akan terkena tempiasnya.Membiaskan rasa cinta dan kasih kepada sahabat2 yang melabuhkan taat dan cintanya kepada ALLAH.



Satu hikmah yang sentiasa ana ulangi jika dibimbangi jauh dariNYA.

من وجد الله , وجد كل شيء
ومن فقد الله , فقد كل شيء


Sesiapa yang mempunyai ALLAH (dalam hati),dia akan punyai segalanya
Sesiapa yang keciciran ALLAH (dalam hatinya) dia akan keciciran segala-galanya.

ALLAH..

-Itqan,Cairo-

040114
0700 AM




0 comments :