Pages

Friday, February 26, 2010

~Biar muka buruk,asal hati cantik~

Siapa yang tidak inginkan kecantikan?Sesiapa pun suka memiliki wajah,pakaian,handphone dan brg perhiasan yang cantik.Malangnya tidak ramai yang cantik.Pemenang pertandingan ratu cantik pun cuma seorang sahaja,yang selebihnya itu..kurang kadar kecantikan mereka.Yang bukan ratu cantik lebih-lebih lg la..Kadangkala apabila kita melihat wajah2 org2 yang cantik di dalam majalah,filem,iklan dan sebagainya..tnpa disedari kita akan ada suatu perasaan rendah diri..mengapa aku x secantik mereka?Ana teringat perbualan ana dan sahabat2 berkaitan dgn perkara ni..lucu pun ada.Persoalan yg timbul waktu tu..kenapa lelaki memilih perempuan yg cntik nk dijadikan isteri?habis tu..siapa yg nak kahwin dgn yg x cntik?..aduhai..manusia..tergelak ana.

Jadi,kecantikan ini memg suatu keperluan bg seorg yg bernama wanita..betul ke?hmm..kalo x betul,kenapa bnyak produk2 kecantikan yg sdg hangat dipromosikan di dlm tv?cuba kita bygkan..produk2 pencuci muka yg mengaburi mata2 kita(wanita)..yg berlumba2 nak tarik pelanggan.Teringat pd kata2 sorg sahabat ana..kalo kulit dah gelap..sentallah dgn clorox skali pun,ia tetap gelap..Dan ada yg sarankan minum air soya setong..pki bedak sejuk tebal2..semuanya gara2 KECANTIKAN.

Tidak salah untuk menjadi cantik..kerana ia adalah fitrah manusia.Allah tuhan kita juga sangat cantik tetapi xkan tergambar dan x boleh di capai oleh akal kita.Rasulullah s.a.w menegaskan ,Allah itu indah dan suka pada keindahan.Keindahan Allah terletak pada sifat2 kesempurnaanNYA.Bila sesuatu itu sempurna,itulah yang dikatakan indah.Allah juga cinta pd keindahan,sebab itulah Islam yg diturunkan oleh Allah untuk dianuti oleh hamba2Nya sgt indah.Contohnya..Allah mencipta wanita.Setiap ciptaanNYA tentulah cantik..justeru setiap wanita itu cantik



Soalnya dimanakah letaknya kecantikan seorang wanita?Kalau kita tanyakan pada manusia..sudah pasti bermacam-macam jawapan yg akan kita temui..antaranya tubuh,kebijaksanaan,perhiasan @ tingkah lakunya.Namun..Islam juga mempunyai kayu ukurnya yg tersendiri yang menggariskan nilai kecantikan seorang wanita.Dan sudah tentulah pndgan kecantikan dlm Islam ini lebih hakiki dan abadi lg.
Kecantikan yg dimaksudkan sudah tentulah pd akhlak dan pekerti seseorg itu.Sekalipun wajahnya cantik.lambt laun tetap akan pudar kecantikannya..tetapi akhlak yg indah itu akan kekal indah sehingga seseorang itu menemui ajalnya.Tidak guna cantik pd wajah tetapi buruk akhlak pekertinya.Org seperti ini pasti sgt dibenci oleh masyarakat.Dan kita sbg hamba perlu ingat,Allah tidak melebihkan seseorg yg cantik berbanding org yang kurang cantik drpdnya.Allah itu maha adil,malah dijelaskan dlm suatu surah iaitu surah at-tin ayat ke 4 yg maksudnya
"Sungguh,KAMI telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya."
Jadi..kita sepatutnya bangga dgn jaminan Allah ini..kita x seperti haiwan,tidak juga seperti jin.Mungkin ada sedikit persamaan tetapi manusia lebih indah rupanya dari jin.


X perlulah wanita2 di luar sana risau..addunia kal mata'..wa khairul mata' almar'ah solihah..jadilah produk solehah yg mempunyai akhlak yang baik..kecantikan akhlak lebih hakiki dan abadi.Soal kahwin x perlu runsing2..Allah sudah menetapkan sejak azali lg..namun kita sbg wanita islam yg menyandang gelaran mar'ah solehah ada misi yg lebih penting dari mencantikkan wajah,iaitu menjadi sayap kiri perjuangan mujahid2 di luar sana.Aktiviti da'wah perlu diteruskan di samping kita mmperdalam ilmu dunia dan ilmu akhirat.Saudara seakidah kita di gaza sana masih terus-terusan dizalimi yahudi la'natullah.Jika kita diserang melalui teknologi oleh orientalis..kita balas balik dgn perkara yg sama,malah kita lebih hebat dgn taqwa pd ALLAH.Kita disini jangan leka dgn tipuan nafsu dan dunia..
Ana tulis post tentang ini,bukan saja2..ana tahu bbrp org shbt ana yg mengalami masalh kurg keyakinan diri.Antunna lah generasi rabbani..penyambung rantai2 dakwah Rasulullah.Bgmana mendapat kecantikn sejati?
1)Tanamkn dlm hati kita iman yg benar2 kuat berdasarkn ilmu
2)Perbaiki akhlak
3)Jadilah anak yg solehah..
Beruntung bg sesiapa yg memiliki wanita2 solehah dlm hidup mereka..suami beruntung m'dpt isteri yg solehah..anak2 beruntung mempunyai ibu yg solehah..ibu dan ayah beruntung mendapat anak2 yg solehah..guru2 beruntung mendapat pelajar2 yg solehah..Islam itu indah dgn adanya wanita solehah.

Kadang2 wanita yg cantik ini lebih bnyak dugaannya..mereka perlu m'jg diri dari fitnah diri mereka s'diri,kerana wanita ini punca fitnah bg lelaki.Wanita cantik m'jadi buruan sang durjana yg tiada agama(rogol,liwat)..wanita cantik diperjudikan dan dijadikan sumber pelacuran.Wanita cantik m'jadi pasangan2 yg diumpan oleh lelaki untuk dijadikn couple mereka.Setakat ni ana x pnh jumpa awek2 yg bercouple dlm klgn org2 yg x cntik..huhu.Antum fikir2 sendiri.
Kita beruntung kerana hidup dlm syariat Islam..tp mengapa masih ada yg mengeluh krn x cantik..krn manusia jarang2 bersyukur dgn apa yg dimilikinya.SIAPA YG X BERSYUKUR DGN PERKARA YG SEDIKIT,NESCAYA DIA X AKAN BERSYUKUR DGN PERKARA YG BANYAK..
wallahua'lam..
Read more...

Mencari Syurga Dalam Senang..


Diceritakan pada suatu malam,seorang raja bernama Ibrahim Adham,sedang berehat dan bersenang-senang di tilam empuk dalam istananya,sementara menunggu melelapkan mata.Tiba2 dia terdengar bunyi menunjukkan sesuatu sedang bergerak-gerak di atas siling istananya.Makin lama,makin jelas bunyi itu.

"siapa kat atas tu?!"bentak Ibrahim Adham

"saya,pengembala kambing,"sahut satu suara dari atas siling

"Apa yang kau buat kat atas atap istanaku?"tnye raja itu lg

"Aku mencari kambing ku yang hilang.."jawab suara itu

"Cis,pelik sungguh!masuk akalkah bahawa kau mencari kambing di atas atap istanaku?"

Dengan tegas suara itu menjawab,"Begitulah wahai Ibrahim..adalah pelik kalau kau inginkan keredhaan Allah hanya dengan bersenang-senang di atas tilammu yang empuk itu?Sama sahaja dgn mencari kambing yang hilang di atas atap!"

Selepas insiden itu Raja Ibrahim Adham tersedar drpd kelalaiannya.Suara itu telah menyentak dalam buaian nikmat sbg seorang raja,tnpa memikirkan kesusahan rakyat.

Tidak lama selepas itu,baginda menyerahkan takhta kerajaannya kpd org kepercayaannya manakala baginda sendiri mula mengembara mencari ilmu dan bermujahadah sbg seorang sufi.Bertahun-tahun baginda berjuang mendidik diri,darjat ketaqwaan semakin meningkat,hingga terkenallah baginda sbg waliullah yg tersohor.

Rujukn:majalah solusi isu 2

Jadi berdasarkan kisah kat ats..tidak ada jalan mudah untuk mencari keredhaanNYA.
Sesungguhnya syurga sentiasa dipagari oleh kesusahan manakala neraka sentiasa dihiasi dgn kesenangan.Justeru,hadapilah kesusahan yg sementara di dunia demi kesenangan yg abadi di syurga.

Perkara ni ana nk ambil contoh spt org yg akan menghadapi peperiksaan besar di sekolah..contohnya PMR,SPM,STPM @STAM..kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dalm peperiksaan tersebut.Tuition,kelas tambahan,study group,stay up..bgn pg awal dan sbgnya..memg susah,penat,letih tetapi penghujungnya sesuatu yg manis yg kadang2 kita x jgka.Betul @ x?Begitu juga dgn syurga..amalan dan keredhaan Allah akn hidup kita di dunia ini yg menentukan ke mana hala kita di akhirat sana.

Namun dlm contoh peperiksaan td,sebelum mndapat kejayaan(keputusan)kita akan melalui detik2 kegagalan..kesedihan,lemah semangat dan hampir berputus asa..jika keazaman kita kuat untuk menangkis segala ujian,kita akan smpai di landasan yg betul spt kata pepatah arab
'man sara 'ala darbi,wasola'..brgsiapa yg berjalan atas landasan,nescaya dia akn smpi..

Sepnjang hidup kita,kita mesti diuji..iman kita berkurang bertambah,kesabaran kita kekadang di thp yg paling rendah,dan akidah kita kekadang bagai tali yg hmpir terputus..semua kerana nafsu,dan syaitan la'natullah.Jadi,kita perlu recheck hati kita..adakah iman kita di gred yg paling minimum..adakah amalan kita semakin sedikit..hati kurg rasa keagungan Allah..adakah kurang menangis pabila b'doa @ b'zikir..semua itu necessary bg m'capai bahagia di akhirat..Tiada istilah sambil lewa dlm mencapai syurga.

Ana sarankan pd antum semua,jgnlah antum mengasingkan diri dari sbrg program2 yg baik..usrah dn sebagainya.Semua itu penghubung hati kita kpd Allah..sahabat2 antum semua,yg antum rapat,adakah mereka sering menasihati antum pd jalan kebaikan..@ sebaliknya.Jgn kita mnjadi hamba2 yg rugi..yg saling x mengingatkan pd jalan kebenaran dan jalan kesabaran.Dan jgn pula kita tergolong seperti org yg dimaksudkn dalam ayat ini

Firman Allah maksudnya:"Dan sungguh,akan kami isi neraka jahannam bnyak dr kalangan jin dan manusia.Mereka memiliki hati,tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat2 Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat (tnda2 kekuasaan Allah),dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakan untuk mendengar (ayat2 Allah).Mereka seperti haiwan ternak,bahkan lebih sesat lagi.Mereka itulah org2 yang lengah"
(surah al-a'raf:179)
Wan'iyazubillah min zalik..
Read more...

Sunday, February 14, 2010

Program Terkini Nisa' w.persekutuan


Mari kita beramai-ramai meng'imarahkan masjid as-syakirin KLCC pada 21 Februari ini.Rugilah bg sesiapa yg melepaskan peluang demi mendapatkan ilmu yg tiada tandingan..serta mengislahkan diri kita yg sering sahaja melakukan dosa samaada secara terangan ataupun sembunyi.Ana juga mengajak sahabat2 di luar sana..top up ilmu dan reload iman dan amal.Moga2 perbaikan ini dpt kita aplikasi dlm kehidupan.IN SYA ALLAH

Sebelum ni ana dah join banyak program nisa'..memang bnyk manfaat drpdnya.Awal bulan 1 lg nisa' w.persekutuan dah m'hidangkan santapan rohani talkshow yg bertajuk 'agar bidadari cemburu padamu'.Alhamdulillah..ana dah tahu dah tips2 nya..hehe.Antum semua tahu ke?Bukan nisa' w.persekutuan je..malah seluruh nisa' kawasan dalam negeri masing2 aktif dalam m'giatkan usaha2 da'wah.

ops..sebelum terlupa..program ni hanya untuk muslimat ye...boleh menghubungi kak azi (s/u nisa' w.p)(0132009426)/raihan(0192135220)..

Ni adalah antara..panel2 tyme talkshow 'agar bidadari cemburu pdmu'..DR ROSNI ADAM(Ketua.NISA' M'SIA),moderator,ustazah Nurhafizah Musa..

Ana duduk kat bhgian kanan..tgh2 ckit.Tyme ni khusyu' mendengar dan menyalin..diselitkn pulak dgn joke ustzh nurhafizah dgn dr rosni..=)

JOM JOIN NISA!
Read more...

Friday, February 12, 2010

VALENTINE'S DAY...cerita di sebaliknya

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah,setelah 2 minggu ana di kampus(hostel) hehe..berhempas pulas dgn 20 maddah..akhirnya slmt juga smpi di rumah.Dan kali ini,ana dah tekad untuk menulis tentang post kat atas tu sejak masuk awal februari lg.Bagi sesiapa yg m'punyai couple sudah tentu sdg menghitung tarikh keramat 14 februari untuk membuat surprise untuk pasangan masing2.Betul bukan?
Bagi golongan yg berada,sudah tentu mereka sudah menempah restoran yang mahal2,ataupun merancang untuk m'beri cincin yg diletak dlm gelas.Sejambak ros merah dgn coklat berbentuk love yg dihias.Wah!macam dlm filem pulak..tapi bg yg kurang berada sudah pasti menyambutnya di warung2,taman @ whatever la..
Semua itu sudah sekian lama,diraikan oleh pasangan2 di malaysia termasuk mereka yang ISLAM.Namun hakikatnya,hari tersebut tidak termaktub dlm mana2 kalendar hijri.

Mengapa?kerana jelas Islam mengHARAMkan umatnya menyambut valentine's day.Hari yg dianggap istimewa oleh sbhgian masy ini,m'punyai kisah disebaliknya yg tersendiri.Mungkin ada yg sudah tahu..dan mungkin juga ada yg belum tahu..n for sure ada yg buat2 tak tahu dan x nak ambil tahu pun.X kisah la..pendirian ana hnya menyampaikan..seruan ini adalah tnda ana sayang pd ukhti2 n ikhwan2 yg ada di luar sana..syg bukan brmaksud cinta,tp syg kerana kta seagama,seiman dan seakidah.

Ana bukanlah jenis suka 'menjaga tepi kain org' tp ana suka 'm'jaga sehingga dalam kain org' terutamanya ahwal kerosakan akhlak dan akidah umat islam di luar sana.

Setiap tahun pd tarikh 14 februari kita dpt lihat di seluruh kota metropolitan,bandar2 utama @ di pusat membeli belah terkemuka..pasangan muda-mudi..teruna dan dara akan berpeleseran smbil berpegangan tangan,kerana pd hari masing2 akan mengisytiharkan ketulusan cinta mereka.Pasangan2 ini juga akan bercanda sehinggalah terjadi maksiat yang bertentangan dengan syara' demi membuktikan kasih mereka yg tiada tandingannya.Si dara pula dengan rela hati menyerahkan mahkotanya kpd sang teruna(yg just nak test n try je).

Saban tahun ulama' akn mengingatkan umat islam agar menghindrkan diri dari meraikan 'valentine's day'..namun usaha itu ibarat m'curah ke daun keladi lantaran hati umat islam yg sudah kering,jiwa kacau,tuli telinganya dan buta mata hatinya.Hari valentine ini,lagsung tidak ada kaitan dgn islam.Ia adalah sambutan yg berkaitan dengan agama Rom kuno dan Kristian.

PENDAPAT2 MENGENAI SAMBUTAN INI


PERTAMA:mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata.

Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalamSebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun.

Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu.

Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ia akan menambahkan kesuburan mereka.

KEDUA: mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat dua versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.

Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II.

Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.

Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.

Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan From your Valentine (Daripada Valentinemu).

Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.

Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin.

Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.

KETIGA:Ia dirayakan sempena kejatuhan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. Tanggal 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.



KEEMPAT:Sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.

Jadi sudah jelas bahawa hukum menyambutnya bg org islam adalah Haram..cukuplah cinta Allah bg kita..kita x kn kecewa selamanya,Carilah pasangan yg baik agamanya,elok akhlaknya yg meneladani Rasulullah,baik tutur katanya,serta yg membimbing kita ke syurga.

Bercintalah dgn pasangan setelah berkahwin..kerana cinta kita yg hakiki dulu,kini dan selamanya hanya milikNYA.Bahkan sepatutnya setiap hari kita perlu meraikan cinta kita khas untuk ALLAH..Wallahua'lam....

Read more...