Pages

Thursday, June 18, 2015

TAZKIYATUNNAFS : PRA SYARAT KEMENANGAN

Bismillahi walhamdulillah

Tinta kembali rancak menukilkan sesuatu,setelah selesai imtihan sebulan.Lambakan tugasan yang belum selesai merencatkan agenda penulisan yang sekian lama terpuruk di dalam folder document.

Harini,secebis ruang dimanfaatkan untuk dikongsi bersama.

Tinta 2 Ramadan 1436H

Jumaat yang mulia di bulan yang mulia.Limpahkanlah keberkatan kepada para pembacanya aminn..

Firman Allah swt:
Maksudnya : “Maka katakanlah (kepada Firaun), “Adakah keinginanmu untuk membersihkan diri (dari kesesatan?” dan engkau akan kupimpin ke jalan Tuhanmu agar engkau takut kepada Nya.”
(An-Nazi’at : 18&19)



Berikut adalah dialog Nabi Allah Musa alaihissalam kepada Firaun.Namun apa jawapan balasnya?Boleh semak pada ayat seterusnya,Firaun berpaling lalu mendustakan kemudian berusaha untuk menentang dakwah Nabi Musa alaihissalam.

Firman Allah swt di dalam ayat yang lain:
Maksudnya : “Yang menginfakkan hartanya  (di jalan Allah) untuk membersihkan dirinya.
(Al-Lail ayat 18)

FirmanNYA lagi :
Maksudnya : “Sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa) dan sungguh rugi orang yang mengotorinya.”

(asy-Syams ayat 9 & 10)

TAZKIYATUN NAFS MISI PARA RASUL

Berdasarkan tiga ayat di atas jelaslah bahawa misi Para Rasul adalah penyucian jiwa dan menjadi sasaran orang bertaqwa kerana dia sentiasa menilai di mana kedudukannya di sisi Allah.

Ramadan hadir hari ini,boleh kita recheck jiwa kita.Adakah ibadah ringan dilaksanakan atau bagaimana? Bagaimana kita mengendalikan tubuh badan kita sesuai dengan perintah Allah swt.Bagaimana hendak menyucikan jiwa,mesti dengan ibadah dan perbuatan tertentu sehingga melahirkan hasilnya pada tindakan anggota badan seperti mata,lisan,telinga serta semakin baik adab dan muamalahnya dengan Allah & manusia

Rata-rata kitab yang disusun oleh ulama’ kita meletakkan penyucian hati dan jiwa sebagai syarat utama dalam kebanyakan hal.Contoh ingin menang dalam peperangan,perkara pertama yang mesti dititikberatkan adalah hati bersih dari dosa,perbuatan jauh dari maksiat.

Nak cemerlang imtihan,nasihat para ulama’ kita adalah taqwa.Tak terbayang dek akal,kalau motivasi sekolah dulu meletakkan pra syarat utama cemerlang dengan mengulangkaji pelajaran,membuat nota dan sebagainya,tapi itu hanya pada zahir.Batinnya tidak dikira cemerlang seorang yang cemerlang keputusannya di atas kertas tetapi hati penuh gumpalan maksiat..allah..

MACAM MANA NAK SUCIKAN JIWA???

Di dalam kitab “TazkiyatunNafs” karangan syeikh Said Hawwa .Beberapa poin yang boleh dikeluarkan

1)SOLAT


Simple dan basic ibadah yang mesti dilaksanakan setiap bergelar individu muslim.Sesungguhnya solat mencegah dari perkara keji dan mungkar.ok..then ada yang bertanya

“Camne ea kalau solat tapi buat maksiat??”

Jawapan dia mudah je,solat tapi macam orang x solat.Mungkin tidak ikhlas dalam taat pada Allah,mungkin kerana solat itu rutin harian baginya bukan sebagai perkara terutama dalam hidupnya,mungkin juga tidak khusyu’ dan tidak berusaha untuk khusyu’.Maka kita akan hanya dapat penat dan lelah,tapi manisnya tiada.Tunduk bangkit beberapa rakaat,fikiran menerawang,mulut terkumat-kamit …last skali bagi salam.hmm

2)AL-Quran



Membaca al-Quran adalah salah satu cara untuk tazkiyatunnafs

Al-Quran adalah sahabat,dialah penawar.Pernah tak dalam sehari kalau tidak baca al-Quran kita akan rasa resah?Kalau ada perasaan itu tahniah,sungguh Allah telah mendekatkan kita dalam kebaikan.

Ramadan ini,cabarlah diri khatam al-Quran.Kalau tahun lepas khatam sekali..mungkin tahun ini,boleh jadi dua kali.Fastabiqul khairat.

3)Zikir



Tagline seorang sahabat fikir zikir.Teman sejoli.Zikrullah,zikrulmaut semua ini menyucikan jiwa.Melihat setiap kejadian Allah ini dengan satu spekmata hikmah,spekmata tadabbur dan taammul.

Mengaku cinta Allah,kenalah ingat Allah.Macam orang yg sedang bercinta,duduk di dapur pun boleh teringat cinta hatinya lalu disedekahkan al-fatihah buatnya,apatah lagi Allah cinta agung.Adakah cinta manusia lebih kita agungkan dari cinta Allah??

Cuba tengok sepinggan nasi,dalam tu ada seketul ayam,ada sayur.Orang yang fikir dengan mendalam terhadap sepinggan itu pasti meluahkan zikir subhanallah..

“Ayam ini mesti dari hasil ternakan seorang peladang,kemudian dihantar ke kedai ayam..
Sayur carrot usaha petani lain,kubis usaha petani lain pula..semua dihantar ke kedai sayur
Nasi ni mesti dari sawah padi..ntah dari negeri mana sawah ni,diproses pula di kilang..diruncitkan
Akhirnya ayah kita beli dan dimasak emak sehingga menjadi sepinggan hidangan lengkap.”

Rezeki Allah beri pada kita ini pun hasil tangan ramai orang..Subhanallah..

Seungkap ayat tazkirah seorang teman “Allah ciptakan semua benda untk manusia ,dan manusia diciptakan untuk Allah.Kalau rasa nak buat maksiat,pergilah buat bumi lain..”

Ya seharusnya begitu..

Cukuplah ana mengeluarkan tiga poin dahulu bagaimana menyucikan hati..dan kita istiqamahkan 3 item ini.SOLAT,QURAN & ZIKIR.

SOLAT wajib itu mesti hiasnya adalah solat sunat
Al-Quran itu mesti baca,hiasnya dengan tadabbur maknanya
Zikir itu mesti diratib,hiasnya pagi dan petang,walaupun duduk,berdiri dan baring

Ya Allah semoga yang menulis ini mampu beramal seperti apa yang ditulis.
Semoga yang membaca juga ringan dalam beramal.

Pra syarat  menang dalam berjuang adalah bermula dengan penyucian hati dan jiwa.

Itqan
19062015


Jumaat jom pi usrah!!
Read more...