Bismillahi
walhamdulillah
Tinta kembali
rancak menukilkan sesuatu,setelah selesai imtihan sebulan.Lambakan tugasan yang
belum selesai merencatkan agenda penulisan yang sekian lama terpuruk di dalam
folder document.
Harini,secebis
ruang dimanfaatkan untuk dikongsi bersama.
Tinta 2
Ramadan 1436H
Jumaat yang
mulia di bulan yang mulia.Limpahkanlah keberkatan kepada para pembacanya
aminn..
Firman
Allah swt:
Maksudnya :
“Maka katakanlah (kepada Firaun), “Adakah keinginanmu untuk membersihkan diri
(dari kesesatan?” dan engkau akan kupimpin ke jalan Tuhanmu agar engkau takut
kepada Nya.”
(An-Nazi’at
: 18&19)
Berikut
adalah dialog Nabi Allah Musa alaihissalam kepada Firaun.Namun apa jawapan
balasnya?Boleh semak pada ayat seterusnya,Firaun berpaling lalu mendustakan
kemudian berusaha untuk menentang dakwah Nabi Musa alaihissalam.
Firman
Allah swt di dalam ayat yang lain:
Maksudnya :
“Yang menginfakkan hartanya (di jalan
Allah) untuk membersihkan dirinya.
(Al-Lail
ayat 18)
FirmanNYA
lagi :
Maksudnya : “Sungguh beruntung orang
yang menyucikannya (jiwa) dan sungguh rugi orang yang mengotorinya.”
(asy-Syams ayat 9 & 10)
TAZKIYATUN NAFS MISI PARA RASUL
Berdasarkan tiga ayat di atas
jelaslah bahawa misi Para Rasul adalah penyucian jiwa dan menjadi sasaran orang
bertaqwa kerana dia sentiasa menilai di mana kedudukannya di sisi Allah.
Ramadan hadir hari ini,boleh kita
recheck jiwa kita.Adakah ibadah ringan dilaksanakan atau bagaimana? Bagaimana
kita mengendalikan tubuh badan kita sesuai dengan perintah Allah swt.Bagaimana
hendak menyucikan jiwa,mesti dengan ibadah dan perbuatan tertentu sehingga
melahirkan hasilnya pada tindakan anggota badan seperti mata,lisan,telinga
serta semakin baik adab dan muamalahnya dengan Allah & manusia
Rata-rata kitab yang disusun oleh
ulama’ kita meletakkan penyucian hati dan jiwa sebagai syarat utama dalam
kebanyakan hal.Contoh ingin menang dalam peperangan,perkara pertama yang mesti
dititikberatkan adalah hati bersih dari dosa,perbuatan jauh dari maksiat.
Nak cemerlang imtihan,nasihat para
ulama’ kita adalah taqwa.Tak terbayang dek akal,kalau motivasi sekolah dulu
meletakkan pra syarat utama cemerlang dengan mengulangkaji pelajaran,membuat
nota dan sebagainya,tapi itu hanya pada zahir.Batinnya tidak dikira cemerlang
seorang yang cemerlang keputusannya di atas kertas tetapi hati penuh gumpalan
maksiat..allah..
MACAM MANA NAK SUCIKAN JIWA???
Di dalam kitab “TazkiyatunNafs”
karangan syeikh Said Hawwa .Beberapa poin yang boleh dikeluarkan
1)SOLAT
Simple dan basic ibadah yang mesti
dilaksanakan setiap bergelar individu muslim.Sesungguhnya solat mencegah dari
perkara keji dan mungkar.ok..then ada yang bertanya
“Camne ea kalau solat tapi buat
maksiat??”
Jawapan dia mudah je,solat tapi
macam orang x solat.Mungkin tidak ikhlas dalam taat pada Allah,mungkin kerana
solat itu rutin harian baginya bukan sebagai perkara terutama dalam
hidupnya,mungkin juga tidak khusyu’ dan tidak berusaha untuk khusyu’.Maka kita
akan hanya dapat penat dan lelah,tapi manisnya tiada.Tunduk bangkit beberapa
rakaat,fikiran menerawang,mulut terkumat-kamit …last skali bagi salam.hmm
2)AL-Quran
Membaca al-Quran adalah salah satu
cara untuk tazkiyatunnafs
Al-Quran adalah sahabat,dialah
penawar.Pernah tak dalam sehari kalau tidak baca al-Quran kita akan rasa
resah?Kalau ada perasaan itu tahniah,sungguh Allah telah mendekatkan kita dalam
kebaikan.
Ramadan ini,cabarlah diri khatam
al-Quran.Kalau tahun lepas khatam sekali..mungkin tahun ini,boleh jadi dua
kali.Fastabiqul khairat.
3)Zikir
Tagline seorang sahabat fikir
zikir.Teman sejoli.Zikrullah,zikrulmaut semua ini menyucikan jiwa.Melihat
setiap kejadian Allah ini dengan satu spekmata hikmah,spekmata tadabbur dan
taammul.
Mengaku cinta Allah,kenalah ingat
Allah.Macam orang yg sedang bercinta,duduk di dapur pun boleh teringat cinta
hatinya lalu disedekahkan al-fatihah buatnya,apatah lagi Allah cinta
agung.Adakah cinta manusia lebih kita agungkan dari cinta Allah??
Cuba tengok sepinggan nasi,dalam tu
ada seketul ayam,ada sayur.Orang yang fikir dengan mendalam terhadap sepinggan
itu pasti meluahkan zikir subhanallah..
“Ayam
ini mesti dari hasil ternakan seorang peladang,kemudian dihantar ke kedai ayam..
Sayur
carrot usaha petani lain,kubis usaha petani lain pula..semua dihantar ke kedai
sayur
Nasi ni
mesti dari sawah padi..ntah dari negeri mana sawah ni,diproses pula di kilang..diruncitkan
Akhirnya
ayah kita beli dan dimasak emak sehingga menjadi sepinggan hidangan lengkap.”
Rezeki
Allah beri pada kita ini pun hasil tangan ramai orang..Subhanallah..
Seungkap
ayat tazkirah seorang teman “Allah ciptakan semua benda untk manusia ,dan
manusia diciptakan untuk Allah.Kalau rasa nak buat maksiat,pergilah buat bumi
lain..”
Ya seharusnya
begitu..
Cukuplah
ana mengeluarkan tiga poin dahulu bagaimana menyucikan hati..dan kita
istiqamahkan 3 item ini.SOLAT,QURAN & ZIKIR.
SOLAT
wajib itu mesti hiasnya adalah solat sunat
Al-Quran
itu mesti baca,hiasnya dengan tadabbur maknanya
Zikir
itu mesti diratib,hiasnya pagi dan petang,walaupun duduk,berdiri dan baring
Ya Allah
semoga yang menulis ini mampu beramal seperti apa yang ditulis.
Semoga
yang membaca juga ringan dalam beramal.
Pra
syarat menang dalam berjuang adalah
bermula dengan penyucian hati dan jiwa.
Itqan
19062015
Jumaat
jom pi usrah!!
0 comments :
Post a Comment