Pages

Tuesday, April 29, 2014

Coret-coret

Jadual imtihan sebenar pun telah ditampal.
Luruh dan gugur sebentar jantung.
Alhamdulillah...
11 Mei - 12 Jun

Lafaz ni saja yang bisa diucap
Ada sahabat yang x sampai seminggu lagi nak exam
Bersyukurlah liana...

Konon nak mumtaz
Usaha x banyak mana

Wahai pemilik jasad ini
Sedarlah...
Silalah sedar dari anganmu

Keluar dari bayang
Pijaklah secara realiti
Korbankan masa mu
Biar kita kurangkan hak kita demi menunaikan hak orang lain.
Daripada melampau batas hak manusia lain demi kepentingan diri

Akhir kalam
Doakan ana!!!

Tengah bayangkan panjat gunung everest sambil menjerit..hehehehe

Kesian lah dekat orang yang baca post mengarut ini.

Ok sambung study....
Maassalamah

Read more...

Thursday, April 24, 2014

Pinjam Kekuatan

Kenapa aku boleh lemah dalam menuntut ilmu?
Kerana tidak faham...
Kenapa aku tidak faham?
Kerana Allah hijab mungkin..
Kenapa ALLAH hijabkan ilmu dari aku?
Kerana hati aku kotor..
Kenapa hati boleh kotor..
Kerana dalamnya ada titik hitam setelah lakukan maksiat..

Akulah yang perlu muhasabah diri...
Kadang ada rasa susah 
Kadang ada yang menghalang  untuk sampai pada ilmu itu
Tapi aku buntu..apa sebenarnya yang menghalang.

Pelbagai alasan aku cipta
Tapi sebenarnya berbalik pada diri aku juga

-ITQAN-




Imtihan makin hampir
Buku bersih lagi
Muqoror x ambil lagi
Tutorial ada dapat pergi kebanyakannya x ada rezeki pergi
Study group kadang ada kadang xde

Apa yang boleh buat
Curi masa untuk diri
Kuliah mesti pergi walau satu madah
Tertinggal tuto dan study group??
Minta sahabat ajar dan dengar semua rakaman
Mohon ALLAH yang beri kefahaman

Sahabat2 mungkin ada yang laju mendahului..ada yang menaiki kuda,ada yang berlari,ada yang berjalan,mungkin merangkak,dan yang masih belum bergerak.Aku dimana ya??

Saat ini hanya mampu pinjam kekuatan ..Sirah Imam Syafie Rahimahullah taala anhu.

Beliau Menghafaz al-Quran ketika berumur 7 tahun
Menghafaz keseluruhan Kitab Muwatta' karangan Imam Malik ketika berumur 10 tahun
Ketika berumur 15 tahun,beliau sudah diiktiraf boleh mengeluarkan fatwa

Beliau mengembara ke serata tempat demi menuntut dan menyebarkan ilmu
Beliau ke Madinah dan menuntut ilmu dari Imam Malik
Beliau ke Iraq sebanyak dua kali
Kemudian dia menetap di Mesir sehinggalah beliau wafat di sini pada tahun 204 Hijri

Salah seorang anak muridnya 'al-Muzni' berkata:
"Aku telah menziarahi Imam Syafi'e ketika beliau sedang sakit sebelum kewafatannya dan bertanya keadaan dirinya"

Beliau menjawab : “Tidak lama lagi aku akan meninggalkan dunia ini, meninggalkan saudara-saudaraku dan akan menjumpai Allah swt. Aku tidak tahu apakah aku masuk surga atau neraka”. Kemudian beliau menangis dan mengucapkan sebuah sya’ir"

(إلـيــك)
KepadaMu

إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي
Kupersembahkan (rintihan) kepadaMu Tuhan sekalian makhluk akan harapanku

وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha Pemberi dan Maha Pemurah

ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي
Bilamana keras hatiku & terasa sempit perjalananku

جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا
Kujadikan rayuan (rintihan) daripadaku sebagai jalan untuk mengharapkan keampunanMu

فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل
Bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini

تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
KaruniaMu & ampunanMu adalah merupakan rahmat & kemuliaan

ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي
Bukankah Engkau yang memberi aku makan serta hidayah kepadaku

ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
Dan janganlah Engkau hapuskan karunia, anugerah & ni'mat itu kepadaku (walaupun aku seorang yang sentiasa berdosa)

عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku

ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
Dan menutup dosa-dosaku serta setiap perkara yang telah lalu

فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kedurhakaan

ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan

و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
Namun jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa

ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
Sekalipun dosa-dosaku itu akan memasukkan diriku ke dalam neraka

فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut & mengingati Rabbnya

وفيما سواه في الورى كان أعجما
Dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu

يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
Dia (Rasulullah SAW) berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta & berharap

كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung & memohon

أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى
Ku pelihara kasihku yang dicemari nafsu

وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
Dan ku jaga janji kasih yang telah tercalar

فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
Di saat ku jaga, aku rindu & di saat ku lelap, aku berharap

تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا
Mengiringi langkahku dengan penuh semangat & berulang-ulang

فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث
Sesungguhnya dosaku adalah besar sejak dulu & kini

وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا
Namun (ku tahu) keampunanmu yang mendatangi hamba adalah lebih besar (agung) & lebih mulia
Read more...

Wednesday, April 16, 2014

Kewajipan Pemuda Hari Ini

Pemuda
Adalah usia yang sangt tepat
Melaksanakan tugas
Menyempurnakan Risalah

Pemuda
Adalah zaman yang bebas
Tidak terikat
Walau disekat

Pemuda
Ibarat mentari terik
Ibarat derasnya air sungai
Semangatnya luar biasa

Namun Pemuda yang diidamkan
Adalah Pemuda yang hidup
Dengan al-Quran dan as-Sunnah
Hidupnya terisi dengan redha Allah

Itqan,Cairo

.........................................

Dalam hidup ini cukup ramai pemuda yang saya kenal dan bergaul.Sifat rujulah atau kepemudaan ini wajar ada pada lelaki dan perempuan.

Katgori pemuda

*Pemuda yang beriman
*Pemuda yang lalai

Saya juga seorang pemuda,dan di kelompok mana harus saya pilij?

Di dalam kitab "Kewajipan Pemuda Hari Ini" yang telah dikarang oleh Dr Yusof al-Qordhowi

Pemuda mempunyai 4 Kewajipan.
Katakan pada diri..

"Aku ada 4 kewajipan!"

1)Wajib memahami Islam dengan benar
2)Wajib beramal dengan cara Islam
3)Wajib berdakwah kepada Islam
4)Wajib berpegang teguh dengan Islam.

Pemuda hari ini lebih banyak tahu berkenaan sejarah eropah berbanding sejarah Islam

Pemuda hari ini lebih banyak kenal napoleon berbanding Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam

Pemuda hari ini lebih banyak tahu tentang kebangkitan perancis berbanding dakwah dan harakah Islamiah.

Itu adalah hakikat yang perlu kita terima.

Usai tamat masa muhadharah Fiqh Mazhab Syafie walaupun dukturah musy hadir (X datang)

"Ayo2 ..belila.Alatulis ini" jerit aisyah Seorang teman sekuliah berasal Indonesia.

Saya tersenyum lalu mendapatkan sebatang pen merah dan biru.

"Berapa?" tanyaku

"Segenih bas"

"Belanja aku.."saja saya mengusik

"Enggak boleh.Untuk ummat ini..Amanah" balasnya Tahi lalat di pipi memaniskan lagi wajah.

Ada sahabatku usik

"Aisyah bila mau kawen??"

"Tunggu..aku muda lagi..nggak bebas gitu.Aku mahu bebas bergerak..untuk ummat"

Pecah ketawa kami.Saya terus berfikir.Agaknya sahabat2  indonesia yang kurang bernasib baik dari segi kewangan,itulah cara mereka mengumpul dana.

Kadang2 dijual tempe di dalam kelas.Saya tanya

"Awak buat sendiri?"

"Ya iyalah..cobalah."

Dah macam Mas Azam dalam cerita ketika cinta bertasbih.Salute

Waktu saya sedang menulis ini pun,aisyah masih berlegar mencari customer alatulisnya.Allah mudahkan urusannya.

Itulah semangat pemuda.Dia tidak takut risiko,dan sentiasa mencari ruang peluang di hadapan.

Sirah anbiya' dan auliya' menunjukkan bahawa fatrah (tempoh) anjakan paradigma dalam diri mereka adalah ketika usia muda.

1)Nabi Ibrahim alaihissalam menyeru ayah dan kaumnya menyembah Allah serta memecahkan berhala ketika usia muda.

2)Nabi Yusuf alaihissalam menolak godaan Zulaikha ketika usia muda

3)Pemuda kahfi melarikan diri dari Raja yang zalim demi menyelamatkan aqidah mereka ketika usia muda.

4)Nabi Ismail alaihissalam rela disembelih ayahnya Nabi Ibrahim alaihissalam ketika usia muda

Lihatlah..Pemuda adalah kekuatan.

Saya menyeru diri saya serta para pemuda Islam di luar sana.Agar sama2 meletakkan 4 perkara yang ditulis Dr Yusof al-Qordhowi ini sebagai kewajipan dalam diri.

Tafaqquh fiddin..
Jadilah pakar di bidang masing2

Saya penuntut di Jabatan Syariah jadi saya mesti lah tanam azam untuk Faqih di dalam:
-Fiqh Ibadat
-Fiqh Muamalat
-Fiqh Munakahat
-Fiqh Jinayat

Kemudian amalkan
Kemudian sebarkan
Dan berpeganglah pada Islam (Tajarrud)

Ada orang masa mudanya dihabiskan untuk hiburan
Dunia di studio

Ada orang masa mudanya
dihabiskan untuk gadget dan teknologi

Ada orang masa mudanya
Membuat perbandingan ideologi
Berwacana dan berdiskusi

Ada orang masa mudanya
Sibuk mencari Jodoh
Sebut berkaitan jodoh,rata2 Arab Mesir yang berjumpa akhawat Malaysia (student Perempuan)..tanpa segan silu meluahkan hasrat hati.

Lantas akhawat Malaysia pun ramai2 pakat pakai cincin sebagai helah supaya x diganggu arab.Hehe cincin emas la konon..20 genih je harga.

Ada orang masa mudanya dihabiskan di Masjid
Ada yang silap,langsung x tahu urusan dunia

Adapun pemuda yang kita harapkan adalah pemuda Rabbani
Dia mampu mengimbangkan dunia untuk akhiratnya

Berhibur dgn cara Islam
Bergadget untuk manfaat Islam
Berwacana dan menghasilkan resolusi ummah
Mencari jodoh untuk bina keluarga sakinah
Hati tertaut di Masjid namun aktif juga bermasyarakat

Itulah pemuda yang Islam mahukan.

Via:Mabna Adim,Kuliah Banat
1152
160414

Read more...

Monday, April 7, 2014

Sayangi Bumi :: Lakonan Sahabat ^^


Satu mesej whatsapp masuk dari seorang sahabat yang saya rindui kerana ALLAH.Sahabat sepersekolahan yang meniti tarbiah peringkat awal usia remaja di bumi SAM RAWANG

"Liana,jemputlah tengok lakonan kumpulan kita."lebih kurang begitulah bunyi mesej tu.

Tahniah cik Nurul Munirah Munir atas lakonan mantap.Sahabatmu dah tengok,tergelak pun ada.X sangka awak pandai berlakon.Hehe.Munirah sinonim dengan buku sebab tu dapat lakonan part baca buku.

Semoga lecturer awak bagi full mark untuk kumpulan ini.Assignment terbaik.

P/s:Nurul Munirah Munir adalah author kedua blog ini :)

Semoga beliau terus thabat di bumi UM.Doakan ana thabat di bumi perlembahan Nil ini.

Ta'liq dari video tu:
1)Sayangi dan syukuri nikmat yang ALLAH ciptakan buat kita
2)Berfikir natijahnya sebelum bertindak
3)Jadilah abdan syakura (hamba yang sentiasa bersyukur)

Allahua'lam

Read more...

Thursday, April 3, 2014

Ciri-ciri Generasi Yang Menang 2

Bismillahi Walhamdulillah
Menyambung entri sebelum ini mengenai bab ke2 di dalam kitab Falnabda' Bianfusina

Dalam entri sebelum ini,saya telah senaraikan 20 sifat.Maka saya akan menyambung sifat ke 21 sehingga ke 38 yang telah dikarang oleh penulis iaitu Dr Majdi al-Hilali

21)Tidak mencela dan menghina muslim yang lain

22)Benar

23)Bersungguh dan mempunyai keazaman yang tinggi

24)Dermawan

25)Bersederhana dan seimbang

26)Wara'

27)Berkorban pada jalan Allah

28)Berjihad pada jalan Allah

29)Berpaksi kebenaran

30)Menjaga diri dari kemuliaan pangkat

31)Tidak meminta jawatan

32)Tidak hasad

33)Tidak tertipu (dengan nikmat dunia)

34)Tidak takabbur

35)Bersegera melakukan kebaikan

36)Menjauhi laranganNya

37)Muhtasib (Orang yang selalu menghitung diri)

38)Sentiasa beristighfar dan bertaubat

Semoga kita dapat mempraktikkan kesemua sifat yang dinyatakan.Tak dapat semua..jangan tinggal semua pulak

InsyaAllah biiznillah akan menyambung bab yang ketiga pada entri seterusnya.

P/s:Menaip dalam henset jauh lebih laju.Siruu ala barakatillah

Sambil meneman ahli bait jahit tudung..Perkongsian manfaat mengenai isi kitab ini.Mudah saja kita cakap atau tulis..mengamalkan memang payah.

ITQAN,Cairo

Read more...