Pages

Sunday, October 31, 2010

~Jaulah@peretak~

ustaz yusof atas batu...

semangat!!

santai2 tepi sungai

cuaca mendung

kat skola sblum prgi

turun curam

air deras jugak

best3

KAMI BANAT STAM tadabbur alam hehe sbenanye...berfuya-fuya(lepak@santai brsama ustazah)...yang banin tgh membakar ayam dan memanggang kambing..hihi terbalik suda..insyaALLAH isnin ini kami akan ke Pulau Pangkor..Doakan selamat perjalann pergi dan balik =) maaf atas segala salah silap..
Inilah keindahan lepas periksa...tapi perlu diingat ada lagi yg perlu kita usahakan "faiza faraghta fanshab"
Read more...

Thursday, October 21, 2010

~Lemahkah wanita itu???~


Ana mulakan post kali ini Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.Rasanya sudah lebih sebulan ana x menghantar apa2 post dek kesibukan exam STAM huhu.Alhamdulillah kerana masih diberi nyawa dalam nikmat iman,islam dan aman..masa yang suntuk ini akan digunakan sebaiknya.6 maddah STAM selamat dijawab dgn baik insya'ALLAH..walaupun rasa mcm x puas hati je dgn jawapn yg ada..masa 2 jam 1/2 tu x cukup langsung..laju je berlalu macam air yang mengalir..apa2 pun ALHAMDULILLAH..tinggal 4 maddah je lagi..nahu sarf,insya' mutola'ah,qur'an dan arudh qafiah..moga2 dimudahkanNYA..amin insya'ALLAH.Ana doakn sahabt2 yang ambil STAM..mumtaz molek2..tawakkallah untuk 6 subjek lepas dan berusahalah hingga ke penghujungnya untuk 4 subjek lagi yg akan disambung selasa depan.

Mengapa ana guna tajuk "lemahkah wanita itu"? sbg entry kali ni.Sbnrnya dah lama dah nk tulis tntg ni,cuma asik2 x sempat aje..ginilah ceritanya..

Suatu hari di kelas durrul fa'izin(Tamhidi1),masing2 sibuk menghafaz hadith krn akan diadakn ujian gempak oleh ustazah fatimah..ana yg duduk di bhgian tgh juga sibuk menelaah soalan2 thun2 lepas.Disebbkn ana btul2 berkedudukan di blkng muslimin,jadi trdengarlah perbualn seseorng dari mereka..hehe bukan curi2 dgr tau. Diorg ni smbil stadi..sembang2 la tentang Hadith ke7 menceritakan tentng bgmana keadaan jenazah yg soleh dan yg tidak soleh diiring ke pengebumiannya..maka berlakulah perbualan spt yg berikut =p

A:"ooh..rupanya perempuan pun boleh angkat jenazah ye?"
B:"hmm..tapi makruh r.kau tahux kenapa??"
A:"Apasal..??"
B:"sebab diorg tu lemah..perempuan itu lemah..leeeemah..." diulangnya perkataan tu beberapa kali..
C:
"shh pelan ckit..nnt diorg dengar.."
B:"xpe..biarje.itu hakikatnya..diorg kena terima..perempuan kan memg lemah."

Ana dgr perkataan tersebut yg keluar dari mulut seorg muslimin..katanya wanita itu lemah.Mungkin dari segi kekuatan tubuh badan dan fizikal,fakta sahabt ana tu ada benarnya...tapi hati ana meronta-ronta tyme tu.Rasa nak je cakap sesuatu..kebetulan ana sgt2 sensitif dgn kes Dr Aafia Siddiqui.Antum semua mst ma'lum dgn kes saudara mukminah kita yg seakidah itu kn??DR AAFIA SIDDIQUI..


DR AAFIA SIDDIQUI(The Prisoner 650) ,seorang muslimah..beliau dilahirkan dlm keluarga muslim di Pakistan.Merupakan ilmuwan biologi..10 tahun menjadi penuntut University of Harvard dlm bidang medic.Sebelum dipenjarakan oleh pihak amerika,beliau merupakan seorang Doktor dlm bidang Neurosains kognitif..Beliau mempunyai 3 org anak.Ditahan dan ditangkap bersama anak2nya kerana dianggap terrorism dan punyai kaitan dgn kes 11 sept(WTC),dituduh membuat bom serta membuat bahan kimia yg disimpan di dlm botol.
Kini beliau ditahan di penjara brooklyn-new york.Lord Nazir Ahmed mengatakn Dr Aafia tahanan 650 house of lord masih di dlm perbicaraan..namun ketidakadilan berlaku,polis penjara melakukan bnyk kekejaman pada muslimah ini.Beliau dirogol berkali-kali,dipatahkan semua gigi,menyiksanya sehingga lumpuh,tidak memberikan toilet khas sehingga nampak tubuhnya ketika mandi.Astaghfrullahal-adzim..sungguh2 ana x mampu bayangkan.Jeritan dan hilaian beliau yg nyaring kerana trlampau fobia seringkali menganggu tahanan lain.Siapa yg boleh membebaskan muslimah ini??dia dituduh terroris!pengganas!logikkah seorg muslimah yg mmpunyai berat 45 kg dikatakan melawan sekumpulan tentera AS dgn menembak dan menendang tentera2 AS??penipuan besar amerika.Sudah tentu kering air matanya...


Dimanakah mereka yg berjiwa mujahid!berjiwa asy-syahid!yg sepatutnya membela wanita islam ini!!!kezaliman trhadap rakyat palestin adalah konspirasi israel..dan kes ini pula adalah konspirasi amerika syarikat!betapa lemahnya kesatuan umat ini..dan khususnya lelaki2 islam sepatutnya mnjadi ketua kami,sehingga kezaliman demi kezaliman diperjudikan trhadap islam dan muslim.

Dahulu di zaman Rasulullah,ada seorg lelaki musyrik telah mengikat hujung kain seorg muslimah pada sesuatu objek(ana x pasti).Tatkala muslimah itu berjalan,tersingkaplah auratnya dan hal ini dpt dilihat oleh seorg muslim lain.Rasa amarah yg teramat sgt sehingga membawa pada pembunuhan muslim itu trhadap lelaki musyrik tadi.Kemudian keluarga musyrik itu menuntut bela atas kematiannya dgn mmbunuh kembali muslim trsebut.Rasulullah yg mengetahui keadaan ini,mengarahkan segerombolan bala tentera memerangi keluarga musyrik itu dan kaumnya.Akhirnya tidak ada seorng pun yang terbunuh melainkan semuanya kembali fitrah iaitu memeluk agama islam dan bertaubat atas segala dosa mereka yg lalu.Masya ALLAH..betapa tingginya martabat wanita.

Jadi wahai sahabat2ku yg berfikiran bahawa wanita itu lemah...kalau kamu kata wanita itu lemah..Siapa yang melahirkan kamu??mengandungkan kamu yang berat itu selama 9 bulan.Bukankah wanita??iaitu ibumu sendiri.. Kalau kamu kata wanita itu lemah..lupakah kamu bahawa Rasulullah juga menjadikan isteri baginda sbg pendorong dlm usaha dakwahnya.. Kalau kamu kata wanita itu lemah...sebenarnya kamu lah yg lemah kerana menafikan hak wanita..
Dulu,
Bila disebut Lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah
Tokoh ramai tak terkira
Kini,
Bila disebut lelaki,
wanitanya menunduk lemah
Tokoh kami sedikit sekali
Ramainya, boneka yahudi
Dulu,
Bila disebut lelaki
wanitanya tenang di hati
Lelaki kami menjaga, melindungi
Kini,
Bila disebut lelaki
Wanitanya mahu cabut lari
Lelaki khianat, perogol bersiri
Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih datang membela
Al-Mu’tassim kebanggaan wanita
Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Aafia diperkosa minta dibela
Lelaki tunduk tak bertenaga
Dulu,
Bila wanita dibawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya
Tiada siapa berani menggoda
Kini,
Bila wanita dibawah jagaannya
Lelaki tak kisah auratnya terbuka
Wanita dibiar bebas binasa
Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa
Unutuk mengangkat kemuliaan agama
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama
Demi nafsu, dunia dan seisinya
Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah
Kental berjihad tekun berda’wah
Kini,
Lelaki hanya menyanjung sejarah
Diri bermalasan,tenaga tak dikerah
Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah
Al-Farouq, Zunurain mati terbunuh
Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya
Hingga sanggup membunuh
Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh
Angkatannya kuat dan teguh
Kini,
Lelaki berpuak dan berpecah
Sesama sendiri saling bertelingkah
Kembalilah lelakiku
Pada kelakianmu
Kami rindukan lelaki dulu
Acuan madrasah rasu
~pada sahabt ana yg ana maksudkan,sekadar teguran dan tiada niat apa2..muslimah kini tandus pada bai'at khilafah yg adil..benar2.Lemah yg dimaksudkan dlm hadith tu..hanyalah lemah untuk angkat keranda yg ada jenazah..hakikatnye bukanlah lemah yg xde harapan dan xde gunanya dijadikan wanita itu~
Read more...

Wednesday, October 13, 2010

Status diri yang istimewa


Assalamualaikum semua..


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,ana mulakan cetusan-motivasi-tazkirah utk post kali ini.. Moga diberkati dan diredhaiNYA,amin..


Status.Diri.Kita.Istimewa. Kenapa gitu ye? Sebelum tu,apa status diri kita? Semestinya.. "Tidak sesekali Kami menciptakan jin dan manusia itu,melainkan untuk beribadah kepada Kami." (Az-Zariyat:56)


Ya..,hamba kepada Rab yang menciptakan kita,dan yang menciptakan segala-galanya..


Betapa besar kasih sayang Allah kepada hamba-hambaNYA.. Tak caya? Mari kita jenguk sebentar tazkirah ini..


Spt mana yg kita tahu,zaman dahulu kan ada sistem hamba..betul tak? Teringat di zaman jahiliyah Arab mahupun setelah kedatangan Islam,adanya sistem ini..cuma yg membezakan dua zaman ini adalah,hamba yg di bwh jagaan orang Islam tidak diperlakukan melangkaui perbatasan akhlak Islam dan sifat kemanusiaan..


Menjadi hamba ni,kena ikut seemua perintah tuannya..kan? Semua.. Semua perintah tuannya wajib dipatuhi..inilah hamba kepada manusia. Tapi,kita sbg hamba kepada Allah yang Maha Esa,tak semua perintahnya yang wajib.. Fahami betul2 apa yg ana nak jelaskan maksud ana di atas-k,bersedia?


Bukankah perintahNYA ada yg sunat,harus..tak semua perintahNYA yg wajib.. Klu hamba kepada manusia,semua kemahuan tuannya wajib dipenuhi tapi,tuan kita yang sebenar yakni ALLAH,x semua perintahNYA yang wajib.. Allah ringankan ada yg sunat,ada yg harus.. Itulah tanda kasih sayangNYA.. Namun,bg perkara yg wajib,tetap wajib kita laksanakan..


Istimewa tak status kita sbg hamba kpd ALLAH? Oleh itu,peranan kita sbg hambaNYA,hendaklah kita melaksanakan apa yg ALLAH suruh dan meninggalkan apa yg ALLAH larang.. Jgn lupa,selain hukum sunat dan harus,ada juga hukum haram dan makruh yg ditetapkanNYA.. Jgn ingkar..sbg tanda kesyukuran kita dan kehambaan kita kepadaNYA..


Pentingnya muhasabah..dan kesan muhasabah itu ke atas diri kita.. Bacalah 'cara efektif meninggalkan dosa' di blog langitilahi.com,tulisan saudara Hilal Asyraf.. Cetusan itu banyak menyedarkan diri ana,dan memberi motivasi dalam memperbaiki diri dan taraf sbg hamba Ilahi..insyaALLAH lillahi taala..


Sama2lah kita saling mengingati,sama ada ke arah kebaikan mahupun mencegah kemungkaran.. Seimbangkan amar makruf dan nahi mungkar..dgn nasihat dan cara yang berhikmah..rujuklah cara2nya dgn panduan Al-Quran dan As-Sunnah,ulama'-ulama' agama,dengan cara Nabi Muhammad SAW.. Singkap kembali sirah Nabi kita..


Alhamdulillah,segala puji kepada ALLAH.. Segala puji-pujian hanya kepadaNYA.. kerna hanya Dia yg berhak menerima puji-pujian atas segala-galanya..^_^ Maaf atas segala salah silap..
Read more...

Thursday, October 7, 2010

Rindu keluarga kerana cintakan Allah..^_^


Assalamualaikum sahabat2 yg disayangi.. Rindu dan cinta ini tertumpah buat kalian,mukminah yg bertaqwa,amin..

Ana ingin meluahkan isi hati ana..blh? Isi hati yg boleh dikongsi la..dan yg insyaALLAH boleh kita ambil ibrahnya,bukan saja2..

Gini ceritanya..ana baru sahaja habis exam subjek agama..bukan sahaja ana,bahkan seluruh penuntut APIUMNP,khususnya pelajar jurusan agama-syariah,usuluddin dan pendidikan islam.. Ana yg ambil course pengajian islam dgn sains ni masih ada exam math-calculus dan algebra.. Kemungkinan exam math seawal 25 okt tapi,x tau lg tarikh sebenarnya..

Habis exam 5 okt lepas..haa..bermulalah waktu utk penuntut bumi tarbiyah pulang ke kediaman masing2..bermula jugalah cuti utk semester 1 ke semester 2 selama 4 minggu.. Tapi sptmana yg ana habaq sebentar tadi,kami(aliran sains) ada exam lagi..jadi,skrg ni kami lah penghuni tetap di kolej masing2.. Ramai yg dah balik..melainkan beberapa pelajar jurusan agama yg masih ada hal lagi,atau ada program spt rehlah,kelab dan lain2..

Maaf jika kenyataan di atas x berapa betul.. Ermm,blh kata 3 minggu la kami di bumi kelantan ni..la ba'sa,jihad tuntut ilmu! InsyaALLAH..tajdidkan niat,ikhlaskan hati,dan tabahkan jiwa..krn ALLAH semata-mata.. Dan..cuti kami nanti sekitar seminggu je la utk akhir sem 1 ni..

Bila tgk bilik2 yg gelap lampunya(time mlm kita blh detect)..suasana yg sunyi sepi..kwn2 yg tak kelihatan..musolla yg semakin berkurangan pengimarahnya.. agak meruntun jiwa n perasaan ana..menyusup rasa rindu pd keluarga di rumah..

Sebenarnya,bila kita mencari,memburu cinta ALLAH..maka,kita akan merasai sayang kepada manusia yg berhak yg berlandaskan cinta ilahi.. Maksud ana dgn 'manusia yg berhak' adalah spt mak ayah kita,adik-beradik kita,sahabat2(muslimat dgn muslimat,muslimin dgn muslimin,masing2) x kira umur.. Rasa kasih dan sayang sesama manusia yg timbul ini akan dirasai manis dan bermakna apabila cinta ini lahir daripada cinta kita kepada ALLAH dan RasulNYA melebihi cinta kepada yg lain..

Boleh tangkap x apa yg ana nak sampaikan? Kiranya,apabila kita berusaha utk meletakkan cinta ALLAH yg teratas dlm hati kita maka,insyaALLAH akan lahirlah cinta sesama manusia yg berhak(yg x melanggar syariat ALLAH dan RasulNYA) tetapi tetap berlandaskan cinta ALLAH..dan cinta ini(sesama manusia berlandaskan cinta ALLAH) terasa amaaaat manis..terasa kasih sayang ini diredhai..

Subhanallah..cinta ALLAH! Cinta yg suci dan fitrah..cinta yg hakiki..
"Adapun orang-orang yang beriman sangat besar cintanya kepada ALLAH" (al-Baqarah:165)
Sedikit kata2 utk dikongsi..
"Berilah cinta kepada Allah,sesungguhnya Allah akan menyuruh seluruh malaikat di langit utk mencintai kita..Setelah itu,Allah akan menyuruh seluruh makhluk di langit utk mencintai kita pula.. Akhirnya,barulah cinta itu jatuh ke hati manusia di bumi(hati manusia lain utk mencintai kita)".
Read more...

Friday, October 1, 2010

PeCuTaN sAaT GeNtInG!

Alhamdulillah,hari ini ana berada di rumah selayang(baiti jannati).Balik untuk jumpa mak ayah,in'ALLAH akan pulng ke home sweet home ke-2 KKB,esok pagi.Rasa macam sdng berlari 400 meter gayanya..hehe.Masa mengejar kita tnpa kita sedari...semua candidate STAM mengehadkn masa2 mereka di laman2 internet FB,TAMHIDI n YAHOO..bagus2.Cewah..ana update ni pun sekejap je..x boleh lama2.Buku2 memanggil meminta untuk dibaca(kalaulah dia ada mulut untk ckp).










18 oktober tarikh keramat K.A.M.I.,Di saat2 genting ni..jgn lupa mengerahkan segala usaha tenaga demi memaham..menghafal 10 kitab dgn baik.Menelaah dgn sepenuh pemahaman..Mohonlah bantuanNYA dlm memudahkan usaha kita menghafal.Tiada yg susah setelah DIA mudahkan.Berniatlah untuk kefahaman...untuk agamaNYA.Peperiksaan hanya wasilah penentu kejayaan atas kefahamn yg kita perolehi.

Baru2 ni,ma'had ana menerima kunjungan dari wakil BKASM(Badan kebajikan anak selangor mesir) yang di bawah pimpinan PMRAM yg mmg x asing lagi bg seluruh pelajar melayu di mesir.Mcm2 tips yg diberi untuk berjaya dlm STAM..merentas kehidupan sbg musafir menuntut ilmu di bumi Mesir.Segala kata2 yg terbit dari diri mereka..pengalaman mereka cukup ana simpan kemas dlm ingatan.Moga2 itu menjadi pendorong in'ALLAH






Jadi sbg penutup..entry ni,ana gmbrkn laluan kami di STAM boleh diibaratkan di atas satu track perlumbaan..perlumbaan telah lama di mulakan..cuma kita belum smpi di garisan penamat.Masing2 keletihan sepanjang perlumbaan,ada yg cramp(fail),ada yg pancit(lulus cukup makn)..dan ada yg masih meneruskan larian.Tanpa menoleh kebelakang..teruskan!Perlumbaan ini bezanya..bukan perlumbaan untuk mendapat siapa juara dan naibnya.Perlumbaan ini..perlumbaan untuk sama2 sampai ke garisan penamat dgn jayanya dan selamat.Kerana ada yg masih punya daya dlm larian tersebut,akan berpatah balik mendptkn shbt mrk yg cramp dan yg pancit untuk dihulurkn tgn,bangun brsama-sama..walaupun terpaksa lari sambil memapah shbt mrk,walaupun trpaksa lari smbil memikul shbt mereka di atas bahu..MASYA-ALLAH!

Indahnya perlumbaan kami ini..YA ALLAH lorongkan kami untuk sama2 berjaya.DIKAU kiralah YA ALLAH betapa titis peluh usaha kami ditmbah dgn air mata kami spnjang perjalann ini..sbg satu ibadah.Kami pohon DIKAU ampunilah dosa guru2 kami..sihatkan mereka dari sbrg penyakit..kami syg mereka keranaMU YA ALLAH.

IKHWAH dan AKHAWAT!~KITALAH GENERASINYA~






Firman ALLAH,maksudnya:"Sungguh beruntung(berjaya)org2 yang beriman" "(yaitu)orng yang khusyu' dlm solatnya," "dan org2 yg jauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yg tidak berguna," "dan org yg menunaikan zakat," "dan org yang memelihara kemaluannya"
(al-mu'minun:1-5)
JOM!top-up iman kita..reload n excess segala potensi2 kebaikn dlm diri.Lazimilah sepertiga mlm,dgn munajat pdNYA..n then study 4 our STAM.Tiada masa untuk menopang dagu,bercekak pinggang dan berpangku tgn.JIHAD..SABAR WASTOBIR!
Read more...