Pages

Wednesday, September 29, 2010

Jihad Tuntut Ilmu


Assalamualaikum pejuang2 islam sekalian.. Bagaimana iman kita di saat ini? Sbntr tadi? Keimanan sebagai paksi.. Jgn lupa utk recheck iman kita stp masa ye^_~ Begitu juga amal kita..

Klu tgk gambar di atas,n baca hadis tersebut,blh agak x apa yg ana nak kongsikan hari ni..? Ermm..nak cerita,ada satu masa tu,ana terfikir..

"Kenapa ye time kuliah math aku asyik ngantuk je??"...
Berfikir2 mencari jawapan.. Muhasabah kondisi diri..
Tiba2,hatiku tersentak,mindaku terbuka..

Teringat ana akan kisah Imam Syafi'e mengadu kepada gurunya..tapi,ana x ingat sgt kisahnya jadi,ana bertanya kpd sahabat baik ana.

Balasnya..
Tentang imam syafi'e tu..gini kisahnya..satu hari imam syafi'e terasa susah sgt nak lekat ilmu yg dia pelajari..dia jumpa dgn gurunya yg bernama Imam Waqi'..cerita ni ada lagunya..

Lagu ni adalah rintihan imam syafi'e dan cerita tatkala dia berjumpa gurunya
"syakautu ila waqi' su' ahifzhi...
fa'arsyadani ila tarkil ma'asi..
fa'akhbarani biannal ilma nur...
wanurullahi la yuhda lil'asi.."

maksudnye..
"aku mengadu kepada waqi'(gurunya)ttg buruknya hafalanku(x lekat di kepala)
maka dia(Imam Waqi')membimbingku utk meninggalkan perkara maksiat
maka dia(Imam Waqi')mengkhabarkan padaku sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya
dan cahaya ALLAH(ilmu)tidak memberi petunjuk pd org yg lakukan maksiat"

Bila Imam Syafi'e teringat balik..apakah maksiat itu..
Sewaktu ketika ada seorang perempuan ingin naik atas kenderaan(x ingat sama ada kuda o unta),tersingkap kainnya lalu terserlah betis perempuan itu.. Imam Syafi'e ternampak..segera ditundukkan pandangan..

Ibrahnya byk sgt..kita kena ghaddul basar(tundukkan pandangan) pada benda2 yg lagha..sekalipun secara x sengaja..

Kisah ini..membuatkan ana terfikir..bahawa antara faktor ana x dpt hadam apa yg dipelajari(klu time bljr ngantuk,maknanya kita x dpt la ilmu yg diajar tu kan?) adalah kondisi hati ana sendiri..diselaputi titik2 hitam yg terbit drpd dosa2..ALLAH..mcm mana la ilmu tu nak masuk ke dlm hati jika keadaan hati itu kotor?

Setiap anak Adam itu berdosa tetapi,sebaik2 org yg berdosa adalah org yg bertaubat.. Mudah2an,mujahadah kita dikira oleh ALLAH.. Allah lihat pada usaha,bukan hasilnya.. Sama2 lah kita berusaha utk memperbaiki diri..buat yg terbaik krn ALLAH..menjadi hambaNYA yg bertaqwa,mukmin yg bertaqwa.. Amin..

Sahabat2 ana sekalian,moga ukhwah kita diberkati dan dirahmati ALLAH,seterusnya berkekalan hingga ke syurga.. Amin Ya Rabbal Alamin.. Bimbinglah diri ini dan sahabat2 lain dlm menCINTAI ALLAH dan RASULNYA melebihi cinta kpd yg lain.. Di mana cinta,kasih dan rindu kita letakkan klu bukan pada ALLAH,Tuhan yg menciptakannya(cipta rasa cinta itu).. pemilik segala apa yg ada di bumi dan di langit..

Singkirkan rasa memiliki dlm diri..kerana hakikatnya hanya ALLAH pemilik segala hal,apa yg ada di bumi dan di langit..Pencipta kita..Tuhan Sekalian Alam..hati kita milik ALLAH,kejayaan kita milik ALLAH,potensi kita milik ALLAH,hembusan nafas kita milik ALLAH,segala apa yg kita ada n apa yg kita dpt adlh milik ALLAH..maka.. bersyukurlah kita di atas nikmatNYA..

"Apa yg Allah beri lebih banyak drpd apa yg kita pinta" dan "Hitunglah kesyukuranmu bukan kesukaranmu". Renungilah firman ALLAH yg bermaksud:"Dan jika kamu menghitung nikmat ALLAH,nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya"(surah Ibrahim:34) Dan kerana ALLAH adalah pemiliknya maka,bila2 saja ALLAH boleh ambilnya semula.. Hargailah nikmat iman dan islam,dan bersyukurlah di atas kurniaanNYA dgn mentaati perintahNYA dan meninggalkan laranganNYA,mengikut cara Nabi Muhammad SAW..

Jazakumullah a'la kulli hal wa afwan a'la kulli syarri..Teruskan menuntut ilmu,lebih2 lagi ilmu agama..dan diniatkan krn ALLAH semata2,insyaALLAH..

"Kelemahanmu sbg manusia adlh ruang utk Allah berbelas ampun t'hadapmu, bukan peluang engkau mengulang dosa terhadapNYA.. Demikian juga kelemahanmu sbg manusia adlh ruang org lain memaafkanmu,bukan peluang utk engkau bersalah laku tanpa malu!"
Read more...

Wednesday, September 22, 2010

Apa Khabar Diri Kita?


Malam ni di Nilam Puri,hujan.. Alhamdulillah,segala puji bagi ALLAH Tuhan Sekalian Alam. Ditemani dgn cahaya lampu dan seorang teman yg masih gigih menelaah,daku berfikir-fikir..

Sebenarnya hatiku tatkala ini tidak tenang..diriku tidak ceria.. Teringat daku akan salah satu punca tidak ceria oleh Dr. Fadzilah Kamsah di dlm mjlh Solusi yg ana x ingat terbitan ke berapa..antara puncanya ialah tidak istiqamah dlm amalan kita..
Ayah ana sering mengingatkan,jaga iman,jaga amal.. Satu pesanan yg ringkas tp mendalam maksudnya,mencabar utk merealisasikannya..betul x? Spt mana yg kita ketahui,iman manusia ini turun dan naik..

Tepuk dada,tanya iman. Kita hendak menjadi mukmin yg bertakwa maka,ayuhlah wahai pejuang2 islam.. Jadilah org yg hebat kerana syurga hanya menerima keahlian yg hebat2 sebagaimana Abu Bakar As-Siddiq,Saidatina Aisyah r.ha dan lain2nya..

Jagailah amal soleh kita,dgn sifat istiqamah.. Peringatan ini buat diri ana khususnya,yg sering alpa dan lalai akan nikmatNYA.. InsyaALLAH,jika kita adalah seorang hamba yg bersyukur,pastinya kita xkan lupa akan nikmatNYA yg tidak terkira..kita akan berusaha utk berlumba2 membuat kebaikan bg menyatakan kesyukuran kita di atas kurniaanNYA..

ربنا لا تزغ قلوبنا بعد اذ هديتنا وهب لنا من لدنك رحمة انّك أنت الوهّاب
(al-Imran:ayat 8)
Maksudnya:"Ya Tuhan kami,janganlah Engkau condongkan hati kami kepada
kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami,dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu,sesungguhnya Engkau Maha Pemberi."

Manfaatkan hari-hari di bulan Syawal ini dgn puasa enam..rugi tau klu kita melepaskannya..atau terlepas..fastabiqul khairat^_^(2:148)
Read more...

Saturday, September 18, 2010

~Hadapi musibah dgn muhasabah~



Cinta menuju jalan illahi

Cinta haqiqi yang amat suci

Tenang terasa..rindu padaNYA

Bila mendapat siraman hidayah


Lisan bertasbih..berzikir dgn ma'rifah

Taubat menyusul memohon maaf padaNYA

Menyesali..menyesal..menyesal..

atas dosa-dosa


Jiwa insani hidup bernadi

Tulus sejernih embun syurgawi

Saat melakar cinta sejati

ALLAH disembah sering diingati

Rela diuji asalkan kasih bersemi

Biarlah derita pengubat kasih sayangNYA

Itulah..tajalli..cintakan ALLAH

Mahabbah..mahabbah...mahabatullah..



Kesunyian jiwa..kegersangan iman..

Kehilangan bahagia..sesat di persimpangan

Pengajaran bayangan seksa dunia

Kembali..kembali..kembalilah..

Pada ALLAH

Carilah..carilah..carilah..

CintaNYA



Rela diuji asalkan kasih bersemi

Biarlah derita pengubat kasih sayangNYA

Itulah..tajalli..cintakan ALLAH

Kembali..kembali..kembalilah..Pada ALLAH

Mahabbah..mahabbah..mahabbatullah..


MasyaALLAH..lirik ni sungguh mengikat hati ana.Selalu juga dgr lagu ni...tapi x terdetik nak hayati.

Semalam henset yg ukhti ana baru belikan tercicir dkt tepi padang rumah kawan ana.X smpi seminggu lagi guna.Bila dah smpi dkt prtghn jalan,barulah ana perasaan.Kelam kabut juga waktu tu..shbt2 yg lain buat miskol..yg ada cuma voicemail.Sahabat ana yg tinggal dkt situ (zahra n farhana) patah balik dari rumah masing2 tolong carikan..xde apa yg dorg jumpe.Waktu tu..dlm kereta balqis,dah jauh kalau nk pusing balik..lagpun jalan jem,bnyk kereta.Nampaknya rezeki org lain..yg x takutkan ALLAH..

Tak tahulah..nk ckp apa bila balik rumah.Senyap je...akhirnya kantoi sendri.Huhu..sedih yg teramat.Tapi nak buat macam mana..ini sume sudah tertulis..tapi jadi pengajaran juga spy lain kali jgn pegang henset,letak dlm beg!Mungkin henset tu boleh mengalpakan ana..sangka baiklah pada ALLAH.Balik rumah..lepas solat,mengaji tadabbur ayat..tenang ckit.Terdetik nak bukak lagu ni..bercucuran air mata..ALLAHUAKBAR!kembalilah..kembalilah..pada ALLAH..Bila diuji..rela asalkan kasih bersemi..

Alhamdulillah YA ALLAH..biarlah henset tu yg hilang..jgn KAU hilangkan nikmat IMAN dan ISLAM ini dariku..

~kenangan gambar henset..tyme ni baru lepas beli~

Read more...

Wednesday, September 15, 2010

~selamat terbang~selamat berjuang~

Kita ini adalah Mujahidah sejati..

Melalui fasa hidup di zaman serba menguji..

Mehnah dan tribulasi mengejar insan..

Yang hidup dihiasi Iman..

Namun berbekalkan semangat kental nur illahi

Ku harap kita terus kan berjuang..

Membawa misi dan visi

Dalam perjalanan yang panjang..

Apakah misi itu???

Memburu syahid dalam sebuah kemenangan..


Puisi yang x seberapa untuk sahabat2ku.Terutama yg akan fly x lama lagi..membawa misi jihad perjuangan dlm medan tempur dunia.

Alhamdulillah..baru2 ni ana dan shbt2 x-samer adakan liqa'.Masing2 dah besar n matured..semuanya menuju ke menara gading..2 orang drpdnya akan flight ke mesir esok 18/9 untuk melanjutkan pelajaran ke bidang perubatan~kuliyyah tib ain syams (nurhidayati a.k.a yatt) dan bidang pergigian~kuliyah asnan al-azhar (nur azka pauzi).Dua2 ni dpt 9A kat samer tyme PMR termasuklah sorg lagi shbt ni dalila amir namanya..tapi dia x g mesir sbb dia choose institusi dlm negara untuk bidang accountancy.

Semua hebat2 belaka..SPM(09) masing2 bnyk A..stret A,10 A..tapi bilangan A x penting untuk ukur kejayaan seseorg disisi ALLAH,yang ana tahu berjayanya masing2 dlm sahsiah dan sudah tentu hubungan dgn ALLAH(QS al-mukminun:1-11)..tapi nilai tambahnya,ALLAH bg mereka kebijaksanaan.Moga2 ALLAH mudahkan langkah ana untuk berusaha ikut jejak mereka..amin
Ain asril pulak skrg penuntut matrik perlis dlm kos accountancy.Fadilla dan maisarah skrg student APIUMNP,akademi pengajian islam um nilampuri kelantan kos syariah.Alhamdulillah..rasa2nya dah lama x berkumpul mcm ni.

















Agak2 ni kat mana?jgn terkejut pulak..
memg benar ni dkt times square.Hehe just snap gambr tapi ana xde la main dlm ni.isk3 takut lah..tapi boleh je nak ada pengalaman..da'ie perlu tahu apa masy kini suka..dakwah bilhal..kalau anak usrah suka main lambung2,naqibah boleh bawa dorg dtg cni..jgn sempitkn usrah hanya di dlm surau.Tapi main seronok2..bukan matlamat,itu cuma strategi biar mad'u dkt dgn dai'e.Sambil2 main2 bagi ibrah dan smpikn mesej..ingat ALLAH dimana saja(QS ali-imran:190-191).Orang beriman tidak terpengaruh dgn suasana malah merekalah yg mmpngaruhi suasana.Teringat pulak dkt kak ayuni zulkepli pro-M..the best pimpinan UM yg ana jumpa..lagi best buat usrah dgnnya..hehe dkt Midvalley,domino pizza..blnje makan2.Bilenye berusrah??tyme makan..dpt pengisisan perut dan pengisian rohani.

































Ana,azka,dan maisarah masuk cni.."ICE AGE EXPLORATION"..masuk rm12 untuk adults.Nak tahu jugak tntg zaman ais dulu..haiwan2 yang dah pupus.Tambah pulak dia letak situ haiwan yang dikawal pergerakannya dgn elektrik machine ngan sound effect kat dalam tu..mmg nampak real!
X ley rakam sbb itu peraturannya.Cuma boleh amik gmbr..

































































































Cukup2lah gambar haiwan ni..ana mmg x menang tgn kalau bab2 snap pic.Bnyk lagi gmbr2nye..tapi nk upload kat cni agak lama..sbb berat.Apa2 pun..rehlah ke sini..mengeratkn silaturrahmi antara kami dan menambah ilmu pengetahuan.Dah lama x keluar ke shopping complex mcm2 gini..semakin lama,hari berganti hari rasa mcm makin sesak pulak.

Tgk anak2 mude yg rambutnye pelbagai kale..yg bertudung boleh kira.Ini menaikkan lagi semangat ana nak amar makruf nahi mungkar!tapi sepanjang ana di sana,ada juga yg dtg dari kalangan mereka yg berpurdah,berkopiah..mereka dtg mungkin bertujuan nak pi rehlah jugak kot,tentu la..lagi rasa terasing..sepatutnye diorg yg x bertudung tu lah y patut rasa kekok x pki tudung di sebuah negara Islam..ini sudah terbalik.Berlambak-lambak pasangan kapel jadikan port dorg nk dating kat situ..ye lah,cuti sekolah la katakn..

Isk2 kita ni perlu bangkit dari lena..mungkin kita semua yg ditarbiyyah elok2 dlm sekolah agama mahupun bi'ah universiti yg baik.mnybbkn kita rasa selesa dgn keadaan itu..tetapi keluar saja dari kelompok suasana yg baik..bnyk lagi suasana tempat2 mahupun insan2 yg x sama dgn tarbiyyah yg kita alami.
Kita x boleh terkejut..kita perlu bersedia dan siapkan strategi untuk tarik mereka..


Dari kiri:yatt(medic,ain syams),dalila amir(accounting,msu),azka(dentistry,al-azhar),ain asril(accounting,perlis matriculation)fadilla(syari'ah,PMIUMNP),maisarah(syari'ah,PMIUNP),
ana(Stam,samtkkb)
Read more...

Tuesday, September 14, 2010

Bangun Malam..


Kali ni,ana nak bercerita satu kisah..
Suatu hari,kami ada kelas bahasa Arab. Seperti biasa,tanpa jemunya ustaz Nor Hazrul mengajar kami bahasa Arab.. Panggilan ustaz dan ustazah adalah sinonim bagi gelaran profesor di APIUMNP,Klntn,mahupun profesor madya(^_^). Bagi pelajar2 yg ingin mendapatkan khidmat nasihat,ustaz Hazrul lah antara pilihan pelajar.. Selain belajar bahasa Arab,ustaz sering menyelitkan kisah2,motivasi di dalam pembelajaran beliau..inilah antara aset yg disenangi pelajar..
Satu perkongsian yg menarik,ustaz Hazrul menyentuh ttg bangun dari tidur.. fokus pada bgn waktu malam..sbb tu tajuk saya 'Bangun Malam'..Nak tau ceritanya? Alkisahnya begini..
"Kita tidur di malam hari,dan kemudian,kita bangun..biasanya kita akan rasa ngantuk lagi..kan? Lagi2 klu kita bgn dlm 3 atau 4 pagi.. dan biasanya,kita ni akan sambung tidur,disebabkan rasa mengantuk tu.. TAPI sebenarnya,kita ni dah ditipu!"
"Ha??",terkejut kami mendengarnya.. Apa maksud ustaz dgn kita ni ditipu?? Adakah sbb kita x bgn tidur,n qiam..??
"Ustaz kata gitu,sbb..ye la,kita kan DAH tidur..kenapa ada rasa mengantuk lagi?? Secara logiknya,kata la kita dah buat sesuatu perkara,cth,kita dah siapkan tugasan kerja kita,xkan la tugasan kerja kita tu x siap lagi..kan2? Begitu juga tidur,klu kita dah tidur,patutnya xda dah rasa ngantuk tu.."
"Hermm..",udah faham..memikir2 akan kebenaran kata2 ustaz..
"Jadi,org yg sambung tidur tu,seolah2 dia menipu dirinya sendiri,x gitu? Sbb dia ditipu dgn rasa ngantuk tu.."
"Betul tu..ada benarnya kata2 ustaz..",monolog hatiku.
Ana paparkan kisah ni sbg motivasi utk kita..sama2 mujahadah nafs dalam bangun malam..dan pastinya,bgn malam ini utk tujuan yg baik la,spt qiam.. dan tujuan2 baik yg lain..
Selain ibadah fardhu,ibadah secara UMUMnya terbahagi kpd 4 jenis(yg kita blh buat tiap2 hari) iaitu:
  1. Sembahyang sunat
  2. Membaca Al-Quran
  3. Doa
  4. Zikir

Jadi,bagi yg ma'zurah,tiada halangan baginya utk qiam dan beribadah..iaitu dgn berdoa dan berzikir.. Keempat2 perkara tersebut blh kita lakukan tiap2 hari,n x perlukan wang pun..betul x? Banyak lagi ibadah2 lain spt sedekah,puasa n lain2..tp keempat2 perkara ini adalah yg umum..yg semua org blh buat..katalah klu sedekah,org miskin x blh nak bersedekah..kan?

Setelah kita dpt bgn malam,n qiam..jgn pula terlepas solat subuh! Ye la,kdg2 tu dah habis qiam,kata la ada masa lagi,kita mungkin tertidur..atau tidur sebentar.. Pastikanlah kita bukan setakat dpt buat yg sunat,malah yg fardhu tetap terjaga! Maksudnya,qiam pun kita dpt buat..solat subuh pun kita dpt laksanakan di awal waktu..klu dpt berjemaah,laaagi bagus..bg muslimin,mereka hendaklah melaksanakan solat di tempat azan diazankan,iaitu berjemaah sama ada di surau mahupun masjid..

Satu lagi perkongsian dari ustaz..sbnrnya banyak yg ustaz dah kongsikan tp,ini antara yg ana ingat.. Amalan sunat yg Nabi hampir2 tak tinggalkan adalah solat sunat witir dan solat sunat sblm subuh!

Ana petik tulisan ustaz Amaluddin Mohd Napiah,di dalam mjlh Anis keluaran jun 2010...

...Daripada (Ummul Mukminin) Aisyah r.ha.,beliau berkata:"...Sesungguhnya Nabi SAW tidak pernah meninggalkan empat rakaat sebelum Zuhur dan dua rakaat sebelum Subuh." (Riwayat al-Bukhari)

Apakah maksud Nabi SAW 'tidak pernah meninggalkan'? Ia membawa pengertian yg solat sunat Subuh telah menjadi kebiasaan baginda SAW,bahkan sentiasa dilakukan oleh baginda dan (hampir) tidak pernah ditinggalkan......

Sabda Nabi,"Dua rakaat Fajar lebih baik daripada dunia dan segala apa yang ada di dalamnya." Dalam riwayat lain:"Lebih aku suka daripada dunia seisinya." (Riwayat Imam Muslim daripada Aisyah r.ha.)

Di sini,ana tidaklah menekankan hanya kpd solat sunat qabliyyah Subuh.. Seorang Muslim itu dianjurkan supaya mengerjakan solat-solat sunat,dan di antara solat-solat yg disunatkan ke atas umat islam ialah solat sunat Rawatib. Ana cuma hendak menyampaikan fadhilat(kelebihan) dan keutamaan solat sunat Fajar ini sehingga dihukumkan Muakad yakni 'sangat dituntut'.

Wahai hati2 yang lunak,dalamilah mutiara kata ini sbg penutup kalamku..,

"Jika ALLAH bersamamu di hatimu,tiada siapa dan apa2 yang patut kau gusarkan. Sesungguhnya segala sesuatu yang menimpamu tatkala berjuang di jalanNYA penebus dosa2mu. Bergembiralah kerana kini dirimu terpilih untukNYA. Ikhlaskan jiwamu.. Selagi hayat dikandung badan,selagi sihat seluruh jasad,selagi ajal belum mengundang,wakafkanlah dirimu,jiwamu serta hayatmu FI SABILILLAH.. Sungguh hidupmu & nyawamu hanya sekali cuma. Jadikan ia ladang pelaburan terbaik buat membeli al-Jannah....(^_^)"

Read more...

Friday, September 10, 2010

~puasa enam~

Hari ini raya kedua..

Ana sekeluarga x kemana.Cuma tunggu maksu yang nak dtg petang ni dan akan bermalam di rumah selayang.Esok abang Hafiz dan isteri dah plan nak pergi ulu yam..mandi mande smbil wat BBQ..kire mcm family day la kot.Huhu ana x merancang nk mandi..maybe bawak homework g sne..Yelah exam dah dekat,oh ye jgn lupe bdak2 stam,ust fatimah nak wat ujian saringan hadith..so,kena hafal satu buku 33 hadith skali dgn mustolahnya..

Raya pertama semalam semua orang berkumpul kat rumah maksu sbb tok ada kat sana..meriah sgt2.Hari raya pertama,mak ayah berbaju purple..kitorg 3 beradik brbaju serba oren..Bersalaman lah sesama sedara(yg pompuan)hehe..x smpi petang lagi duit raya sudah mencecah rm90.Wah masyuk!walaupun bukan itu bukan sebenarnya yang kita rai di bulan syawal ini,kalau dah ada org bagi..amik je la..
alhamdulillah


Harapnya kita semua dpt mera'ikan dgn besederhana.Biarlah kesan Ramadhan terhadap diri kita ini,berterusan sehingga Ramadhan akan dtg.Makan jgn berlebihan dan hari ni dah boleh mula untuk puasa enam..

"Abu ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulullah s.a.w
di dlm menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya:"sesiapa yang puasa Ramadhan,kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun" (Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya,juga dikeluarkan oleh sekelian ramai ulama' hadith seperti Imam Tirmizi,An-nasa'ie dan Ibn Majah).Imam Syafie' menjelaskan hadith ini adalah hadith sahih.

Pendapat Imam Syafi'e..untuk melakukan puasa enam ini,sejurus selepas hari raya pertama dan dilakukan secara berturut-turut.Tetapi bukanlah bermakna puasa yang dilakukan scr terputus(awal,tgh dan akhir) tidak mendapat pahala,ia juga dikira sbg ibadah.

Jadi apa lagi..hayya2!fastabiqul khairat..berlumba-lumba kita ke arah kebaikan.
Read more...

Wednesday, September 8, 2010

~Salam Eidul Fitri~


*Alhamdulillah..kita sudah sampai di penghujung Ramadhan.Pastinya perasaan masing2 bercampur antara sedih kerana Ramadhan akan meninggalkan kita,dan ada juga yang gembira menunggu ketibaan hari kemenangan di bulan Syawal.
Bagaimana kita beramal ibadah di bulan Ramadhan..hendaklah begitu juga di bulan2 yang lain.Ramadhan hanyalah suatu perhentian,untuk kita mencari bekal demi menyambung perjalanan di bulan2 seterusnya..
*Disini ana ingin mengucapkan salam eidul fitri..mga2 kita kembali pada fitrah..dan ingin mohon maaf atas segala khilaf.Khusus buat shbt2 sek rendah SKSJ dan Sar ummul qura,SAM rawang dan SAMtkkb..shbt2 yang kenal diri ini di SAM2 lain..juga buat shbt2 yang akan fly ke mesir untuk bidang medic(amalina,yatt,hani sofea) dan dentistry(azka pauzi)..akak2 STAM yang akan ke mesir dlm bidang syari'ah,lughoh dan usuluddin (kak ama,kak syamin,kak naili,kak azimah,kak afni,kak farhana dan yang lain2).Mga thabit di perantauan menuntut ilmuNYA.
*Buat pengetahuan semua,blog ana kali ini juga menampilkn perkongsian drpd seorg sahabat ana Nurul Munirah Munir yang kini penuntut di UM,Nilam Puri.Beliau sbg author ke-2 di blog ini..Mga2 kita semua mendapat manfaat bersama..
Read more...
MINAL AIDIN WAL FAIZIN!

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum buat pejuang2 islam sekalian.. Alhamdulillah,ana diajak shbt baik ana utk berkongsi ilmu,peringatan,kisah2 dan pengalaman dgn antum antunna sekalian.. Segala puji bagi Allah atas kesempatan dan ruang ini.. Tapi yg pastinya,apa yg ana tulis ini adalah utk peringatan diri ana khususnya. Mungkin gaya penulisan ana berlainan dr sahabat ana,harap antum semua dptlah menerima seadanya..ana hanya mampu utk berusaha bg menegakkan syiar islam di dlm diri kita,individu muslim. Sedikit perkongsian dari ana..


Pada tarikh 9 september ini..30 Ramadhan 1431 H,Ramadhan bakal melabuhkan tirainya sebentar lagi..1 Syawal bakal menjelang tatkala terbenamnya matahari pd hari ini..apakah perasaan kita? Apa yg kita fikirkan? Mungkin ramai yg sedang dalam perjalanan utk balik ke kampung..begitu juga ana..namun,persoalan ini berlegar2 di fikiran,menyelaputi segenap emosi diri ana..


Momentumkan pecutan terakhir Ramadhan! Ana ada terbaca di blog Hilal Asyraf yg tidak asing lagi di pengetahuan kita..Langit Ilahi..lebih kurang begini kata2nya..antum blh merujuk blognya,dia terfikir..adakah aidilfitri ini layak buat dirinya? Bila ana terbaca kata2nya itu..ana baru terfikir..hrmm..sedih kan nak tinggalkan Ramadhan? Entah kita ketemu lagi ke tidak Ramadhan yg akan datang..sama ada kita yg xkan ketemu dgn Ramadhan lagi atau Ramadhan sendiri yg xkan mengunjungi kita..


Namun begitu,sambutlah aidilfitri dgn kesyukuran,kan? Sbb ALLAH yg menghadiahkannya kpd kita..cuma jgn dilupakan Ramadhan yg bakal pergi,dan tetaplah istiqamah dgn amal2 kebaikan,amal soleh yg telah kita perbaiki,yg telah kita pertingkatkan di dlm bln Ramadhan ke bulan2 hijrah yang lain,insyaALLAH.. Mudah2an,kita tidak menjadi org yg rugi..


Tidak salah utk kita bergembira di hari raya..pastikanlah kita isi aidilfitri kita dgn perkara2 yg tidak melanggar syariat ALLAH dan sunnah Nabi.. Islam tu kan cara hidup kita?


Univesity of Ramadhan@Madrasah Ramadhan,Bonus of Lailatul Qadr and Bachelor of Taqwa!

"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" (Al-Baqarah:ayat 183)

Akhir kalam,syukran a'la kulli hal wa afwan a'la kulli syarri..minal aidin wal faizin,selamat hari raya aidilfitri..dan jgn lupa mendoakan saudara seislam kita di palestin..saya rindu sahabat2 saya,APIUMNP..
Read more...

Ust Rizal b. Mokhter AL-hafiz


Sedang bersiap-siap menuju ke madrasah al-ikhwan,Selayang(blkg rumah)..untuk tarawih.Yang istimewanya,selepas solat tarawih akan ada ceramah oleh guru ana semasa menuntut di SAMER (sekolah agama menengah Rawang).X sangka ust jadi penceramah jemputan smpi ke selayang..


Hebat orgnya..di SAMER dulu,ust Rizal merangkap guru BADAR dan guru disiplin.Boleh dikatakan sifar disiplin..senang kerja kami BKP nak bereskan budak2 nakal nih..ust sekali cakap je,budak nakal terus jadi baik.Itulah kekuatan Qudwah Qabla Dakwah..Ustaz ngaja ana Al-qur'an tyme f1-f5..tapi menjadi rapat sejak f4,f5 yang melibatkan organisasi badar,asrama dan Bkp sekolah..Ust is da best!


Ustaz kini terus menjadi pendidik di SAMER sejak zaman kak long ana lagi(yg skang umo 25),selain itu..menjadi imam 1 di masjid Amaniah,batu caves..dulu ust menuntut di Al-azhar kalo x silap dlm bidang qiraat.


X segan untuk ana bicara bhw ust Rizal adalah uswah yang cukup baik dlm masy kini..ana pernah lihat bgmana beliau melayani telatah anak2 beliau sbb ana prnah jadi fasi di masjid Amaniah(kuarter ust dkat situ jugak) dan sudah tentu cara beliau yang sgt berhikmah bersama dgn pelajar bermasalah.Ana yakin bukan semua org dpt mengaplikasi dlm kehidupan mereka cara hidup Rasulullah..ape2 pun ana dah nak g surau..sape2 yg tinggal brdekatan,baru terbaca post ini..hayya ma'iya..!masih belum terlambat..=)ceramah biasa stat kol 10mlm..
Read more...

Tuesday, September 7, 2010

~Beruntung jadi gharib~



Rasanya tidak lengkap dlm kamus seorang da'ie tanpa mengetahui akan hadith ini..Sewaktu ana memegang tampuk pimpinan badar dan asrama,paling ana tidak lupa untuk ingatkan shbt2 dan adik2 tntg hadith ini..tatkala hati dirundung kecewa dan masalah..melihat keadaan muslim di luar yang tidak faham perjuangan kami menegakkan kalimahNYA.Pabila dijamin oleh Rasulullah dan ALLAH..sgt beruntung org2 yang gharib..(asing) maka hati yang kecewa semakin bersemangat meneruskan kerja2 dakwah sama ada dakwah fardiyyah atau jama'ie..


















klik video untuk dgr lagu ghurabaa'(asing)

Abu Hurairah r.a meriwayatkan,Rasulullah s.a.w bersabda:"ISLAM bermula sbg sesuatu yang ASING,dan akan kembali seperti permulaannya iaitu ASING,maka beruntunglah orang2 yang ASING" ~Hadith Muslim no 145~





ISLAM itu asalnya dagang(asing).Lihatlah bgmana RASULULLAH memperjuangkan seruan ISLAM,pada permulaannya hanya segelintir yang benar2 komited dgn dakwah RASULULLAH..masy arab jahiliah di ketika itu memandang serong terhadap RASULULLAH,ISLAM dan MUSLIM dipulaukan.Pengikut yang hanya sedikit..Setelah itu,mukjizat demi mukjizat dan bantuan dari ALLAH,dakwah dan perundangan ISLAM semakin diterima oleh org ramai.

Di zaman kita kini pula muslim nya ramai..namun,mereka hanya muslim pada nama.Sebab itulah ISLAM sekali lagi dianggap ASING..org yang mengamalkan ISLAM adalah pelik,ganjil bahkan dicerca dan dihina..walaupun mereka berada dlm negara ISLAM..



VS




Orang lebih gemar ke konsert Akademi Fantasia..meghabiskan kredit demi artis..

berbanding menghadiri Akademi Al-qur'an yang memperdengarkan ayat2 suci ALLAH..



vs


Lihatlah dua karakter berbeza antara barisan pelajar Akadami Al-qur'an
berbanding dengan pelajar Akademi Fantasia..attitude dan imej yang totally berbeza!



vs



Orang lebih gemar mengimarahkan konsert hiburan berbanding mengimarahkan
surau2 dan masjid.Tiket ke konsert sold out sedangkan saff di masjid hanya
suku saja..


GAMBAR2 sekadar perbandingan,tiada unsur provokasi dan konspirasi.Wahai pembaca renungkanlah.Kita ini negara ISLAM..dimana letaknya pengakuan itu???


*Orang x anggap pelik bila lihat muslimah x pakai tudung,baju ketat keluar
sana-sini berkepit dgn pakwe
tapi sgt pelik pabila lihat orang lengkap menutup aurat memakai tudung labuh siap berstokin kaki dan stokin tangan.


*Orang x anggap pelik lihat muslim memakai subang berseluar
pendek berambut perang
tapi sgt pelik bila lihat muslim memakai kopiah membela janggut ikut sunnah.
*Orang x anggap pelik kalau lihat org baca novel dan majalah di tempat awam
tapi sgt pelik bila lihat muslim o muslimah mmbaca Al-qur'an di dlm
bas atau tempat2 awam

*Bercouple org x anggap pelik..tapi bila seseorang x kapel dan hanya kata dia
cinta ALLAH..org itu dianggap pelik..

Orang beriman tahu SUNNAH berjuang,pasti akan ada banyak halangan dlm menempuh mereka yg tidak faham ISLAM dgn sepenuhnya.Namun jgn pernah rasa kecewa menjadi seorang yang ASING..kerana mereka yang ASING sprti yang disebut dlm hadith adalah org2 yang beruntung.Teruskan perjuangan menyebarkan kefahaman pada mereka,perjuangan menggapai cinta tertinggiNYA..

Pecutan terakhir RAMADHAN..pulun habis2..bnykkn beribadah dgn ikhlas dan diterima olehNYA..mga2 kesan Ramadhan kali ini memberi impak besar pada kehidupan kita sehingga bertemu Ramadhan 1432H..aminn
Read more...

Saturday, September 4, 2010

~Shh..sedekah diam-diam~


Nabi S.A.W bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Anas Bin Malik r.a yang bermaksud:"Tatkala ALLAH mencipta bumi,maka bumi pun bergetar.Maka ALLAH ciptakan gunung dgn kekuatan yang diberikan kepadanya,ternyata bumi pun diam.Para malaikat pun hairan akan penciptaan gunung tersebut.Kemudian mereka pun bertanya:"YA RABBI,adakah sesuatu yang ENGKAU ciptakan lebih hebat daripada gunung?"
ALLAH menjawab,"Ada iaitu besi."(kita maklum bahawa gunung batu pun boleh menjadi rata ketika dikorek dan diratakan oleh buldozer atau sejenisnya yang ternyata dibuat daripada besi)

Para malaikat pun kembali bertanya:"YA RABBI,adakah sesuatu dalam penciptaanMU yang lebih hebat daripada besi?"
ALLAH yang Maha Suci menjawab:"Ada iaitu api."(Besi boleh menjadi cair bahkan boleh mendidih setelah dibakar dgn api)

Malaikat kembali bertanya:"YA RABBI,adakah sesuatu dalam penciptaanMU yang lebih hebat daripada api?".
ALLAH yang Agung menjawab:"Ada iaitu air."(Api yang membara mana pun akan padam setelah disimbah air)

"YA RABBI,adakah sesuatu yang lebih hebat daripada air?"tanya malaikat lagi
ALLAH yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab:"Ada iaitu angin"(Air di samudera akan segera terangkat,bergulung-gulung dan berombak,menghempas pantai dan batu karang,menyebabkan kapal dan perahu terumbang-ambing kerana dahsyatnya kekuatan angin)

Akhirnya para malaikat bertanya lagi:"YA RABBI,adakah sesuatu dalam penciptaanMU yang lebih hebat daripada angin?"
ALLAH yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kekuatanNYA menjawab:"Ada iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahui"(Riwayat al-Tirmizi)

Subhanallah..hayya ma'iya..!shh sorokkan amalmu..
Read more...