Pages

Wednesday, December 31, 2014

QUDWAH : BAGAIMANA BAGINDA MENGHADAPI TEKANAN?

Bismillahi walhamdulillah
Sekian lama,tidak menulis lantaran kesibukan urusan dunia moga menjadi saham akhirat
Entry pertama untuk 2015

12 Rabi’ul awal (3 Januari) bakal menemui kita.Ia merupakan tarikh agung yang mesti diingati setiap umat Islam iaitu detik kelahiran Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam dan juga tarikh kewafatan baginda.

Qudwah sepanjang zaman,beruntung sesiapa yang memiliki mirip dan persis akhlak Nabi.Dia pasti seorang yang disegani..Mungkin tidak banyak yg saya akan kongsikan dalam penulisan ini,sekadar mengutip ibrah dan meneladani baginda dalam kehidupan seharian.Saya dihadiahkan seorang teman kitab Fiqh Harakah 3 Jilid karangan al-Fadhil Ustaz Haji Abdul Hadi Awang (Tokoh ulama’ dunia) yang berkaitan sirah baginda sallallahu alaihi wasallam

Sirah adalah satu inspirasi.Bila terasa ingin kekuatan,selain al-Quran maka kitab sirahlah yang perlu kita baca.




BAGAIMANA BAGINDA MENGHADAPI TEKANAN??

Stress perkara biasa.Kita stress orang lain pun stress.Uruskan tekanan dengan baik,jangan kerana kita sibuk melayan stress sehingga menyebabkan orang lain turut stress.

Jangan sampai orang kata “macam lah kau sorang je yang stress”
Di sini baginda telah menunjukkan kepada kita bagaimana cara terbaik menghadapi tekanan.

1)SABAR DAN SOLAT

Firman Allah swt

استعينوا بالصبر والصلاة
“Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat”

Simple kan?

2)BANGUN MALAM

Firman Allah swt

يأيها المزمل * قم اليل إلا قليلا * نصفه أو انقص منه قليلا * أو زد عليه ورتل القرءان ترتيلا * إنا سنلقي عليك قولا ثقيلا * إن ناشئة اليل هي أشد وطئا زأقوم قيلا * إن لك في النهار سبحا طويلا *

“Hai orang yang berselimut (Muhammad) bangunlah untuk sembahyang di malam hari,kecuali sedikit daripadanya,iaitu seperdua atau kurang dari seperdua itu sedikit,iaitu lebih dari seperdua itu,bacalah al-Quran itu dengan perlahan-lahan.Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyu’) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan.Sesungguhnya kamu pada siang hari mempunyai urusan yang panjang (banyak)”

Satu kelebihan di musim sejuk siangnya pendek malamnya panjang,berpuasalah di siang dan bangunlah diwaktu malam.Semoga di sana ada barakahnya

Bangun sebelum fajar adalah luar biasa,bangun ketika terbit fajar itu perkara biasa,namun bangun setelah terbit fajar (berkumandangnya azan) itu jangan dibiasakan.Pilihlah kategori mana..bersyukurlah setiap kali Allah mengejutkan kita sebelum waktu azan,itulah waktu emas..kerana boleh jadi kita tergolong dalam kalangan orang yang “mustaghfirin bil ashar” orang2 yang memohon keampunan pada waktu sahur yang disebut dalam al-Quran.

Jalan menuju hidayah itu antara adabnya adalah bangun sebelum subuh.Dan suka saya tambah janganlah pula tidur selepas subuh… (rejeki dipatuk ayam) bak kata bu eh mas azam. Kalau mengantuk sangat tunggu lah waktu qailulah (sejam sebelum zuhur atau selepas).Itulah yang lebih berkualiti.


BAGAIMANA BAGINDA BERSAMA MAD’U??
 
Kita hendak berdakwah,
tapi kita silap cara.
Kita hendak dakwah kita orang dengar,tapi kita tergesa-gesa.Melalui sirah,kita akan jumpa teknik dakwah baginda sallallahu alaihi  wasallam.

1)KENAL MAD’U SEDALAMNYA

Kisah pertemuan antara baginda dan ‘Adas (penjaga kebun Utbah dan Syaibah bin Rabi’ah).Tahun tersebut digelar sebagai tahun dukacita,selepas dakwah baginda ditolak di Taif,baginda dihujani batu oleh sekumpulan kanak-kanak sehingga berdarah kakinya.

Dalam perjalanan pulang,baginda yang ditemani oleh Zaid b Harithah berehat sebentar di kebun Utbah dan Syaibah.Melihatkan keadaan baginda yang sangat keletihan dalam keadaan berlumuran darah,mereka berasa kasihan lalu mengarahkan ‘Adas untuk menghantar makanan kepada baginda.

Ketika baginda ingin menyuapkan makanan,baginda menyebut “bismillah” dan perkara tersebut bukan satu adat orang arab ketika itu.Adas yang melihat perbuatan tersebut bertanya kepada Rasulullah

“Apa yang kau sebut tadi??”

Mendengar soalan Adas tadi maka berlakulah dialog antara baginda dan Adas.Subhanallah inilah dialog daie super kepada mad’unya.

Rasulullah bertanya namanya
Dia manjawab “Adas”

“Dari mana?”

Adas menjawab “Dari Mainawa ,di utara Iraq”

Rasulullah menjawab “Itu negeri orang yang baik,Yunus bin Matta”

Adas makin pelik kerana tiada orang arab yang tahu mengenai Mainawa ini,apatah lagi mengetahui itu adalah negeri Yunus bin Matta.

Adas bertanya baginda “Kamu ini siapa?sampai kenal Yunus bin Matta”

Baginda menjawab “Dia itu saudaraku.Dia itu seorang Nabi dan aku juga Nabi.”

Adas terkejut lalu dia menyedari bahawa dia berhadapan dengan seorang yang luar biasa lalu dikucupnya kepala baginda.Utbah dan Syaibah melihat dari jauh kehairanan .

Itulah perkataan seorang Nabi sebagai daie.Masuk,menusuk dan menembusi jiwa Adas.

Kita hari ini,sebagai daie nak taaruf pun segan-segan.Daie perlu pergi kepada mad’u.Kenali siapa dia dan keluarganya,kalau boleh hafal namanya dan seluruh ahli keluarganya,dan sampai satu tahap ukhuwah yang paling mantap kita mampu meneka hanya melalui suara.Dari jauh pun sudah boleh teka.Kita cepat mengenalpasti riak muka yang berubah kerana sedih,marah dan sbgnya.Semoga kita mencontohi baginda sallallahu alaihi wasallam.

Wallahu a’lam

Selamat study kepada sahabat2 yang akan menempuhi exam tidak lama lagi.Tenang2 sahaja,moga Allah cukupkan masa kita.Moga Allah berkatkan masa kita,sekali selak kitab boleh faham dan tamam…dua kali selak menjadi faqih..allahumma amin
Read more...