Pages

Tuesday, June 27, 2017

1.0 Siri ummahatul mukminin : Semulia Khadijah at-Tahirah



"Jam menunjukkan 2.30 petang
Ketika enak menghabiskan juz 21
Dia tertidur tanpa menanggalkan pakaian solatnya
Terlalu letih barangkali meratib satu persatu kalimah agung
Tekak kering,tidak boleh minum kerana sedang berpuasa Ramadhan

Dalam mimpinya dia bertemu seseorang
Seorang wanita berhijab hijau lembut lengkap,wangi menghampiri
Cantik subhanallah
Entah sama ada di kerusi di satu tempat,sukar dibayangkan semula
Wanita itu membawa senaskhah al-Quran
Siapakah kamu?
Khadijah..
jawabnya

Siapakah kamu?dia bertanya tidak percaya
Khadijah..jawabnya

Ma sha Allah!Air mata menitis dalam mimpi
Di pegang erat tangan
Diserahkan senaskhah alQuran sambil membuka selembar
Surah ahzab bermula ayat 28
Mereka bertadarus bersama sehingga satu muka atau lebih sehingga bertemu ayat 36

Berakhirnya mimpi itu dengan satu kalimah keramat darinya 
مع الذين أنعم الله عليهم من النبيين والصديقين والشهداء والصالحين وحسن أولئك رفيقا
Hati ingin sekali mengikutinya..
Menangislah seperti kebudakan sehinggalah dia terjaga dan tangisan itu berterusan dalam jaganya.."

#bercita-citalah menjadi saidatina khadijah akhir zaman


بسم الله الرحمن الرحيم
أحمد الله حمدا كثيرا على نعمائه وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له , رسم لنا طريقا لا يضل سالكه ويحفظ لنا المودة والقربى وأصلي وأسلم على سيدنا محمد عبده ورسوله إصطفاه وأعد لتحمل رسالته وتبليغها للناس فأدى الرسالة 
وحكم بين الناس بالحق والعدل وبعد :


MUKADDIMAH

Di kesempatan yang Allah beri ini,dapatlah penulis meninta sedikit tentang ummahatul mukminin mudah-mudahan secara bersiri.Selain sebagai wajibun dini (kewajipan) kepada kita untuk mengetahuinya,ia juga sebagai satu motivasi terbaik dalam kehidupan seorang siswi islam.Apakah yang dimaksudkan dengan ummahatul mukminin?

Ummahat bermaksud ibu-ibu (jamak bagi umm)
Mukminin bermaksud orang-orang beriman
Justeru ummahatul mukminin ialah ibu-ibu bagi orang yang beriman.

Istilah ini terdapat di dalam al-Quran di dalam surah al-Ahzab ayat 6

النَّبِيُّ أَوْلَى بِالْمُؤْمِنِينَ مِنْ أَنْفُسِهِمْ وَأَزْوَاجُهُ أُمَّهَاتُهُمْ وَأُولُو الْأَرْحَامِ بَعْضُهُمْ أَوْلَى بِبَعْضٍ فِي كِتَابِ اللَّهِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُهَاجِرِينَ إِلَّا أَنْ تَفْعَلُوا إِلَى أَوْلِيَائِكُمْ مَعْرُوفًا كَانَ ذَلِكَ فِي الْكِتَابِ مَسْطُورًا

Nabi itu (hendaknya) lebih utama bagi orang-orang mukmin dari diri mereka sendiri dan isteri-isterinya adalah ibu-ibu mereka. Dan orang-orang yang mempunyai hubungan darah satu sama lain lebih berhak (waris-mewarisi) di dalam Kitab Allah daripada orang-orang mukmin dan orang-orang Muhajirin, kecuali kalau kamu berbuat baik kepada saudara-saudaramu (seagama). Adalah yang demikian itu telah tertulis di dalam Kitab (Allah).

Istilah ummahatul mukminin dikhususkan kepada isteri Rasulullah sallallahu alaihi wasallam sahaja,namun ulama' berkhilaf mengenai bilangan mereka sama ada 11 atau 12 orang.Khilaf pada seorang wanita bernama Mariatul Qibitiah adakah beliau isteri baginda atau hanya milku yamin yang dimiliki tangan kanan mereka bererti perempuan-perempuan berstatus tawanan perang yang tidak ditebus dan berada dalam tahanan serta jatuh ke dalam kuasa orang-orang Islam, Istilah itu digunakan dalam Al-Quran sebagai pengganti sebutan ‘ibad dan ima (hamba lelaki dan hamba perempuan) untuk mengisyaratkan kepada pemilikan yang sah menurut hukum).

Siapakah 12 ummahatul mukminin itu?

6 orang dalam kalangan Qurasyiat (berketurunan Quraisy)
1)Saidatina Khadijah binti Khuwailid
2)Saidatina Saudah binti Zam'ah
3)Aisyah binti Abu Bakr as-Siddiq
4)Hafsah binti Umar al-Khattab
5)Ummu Salamah
6)Ummu Habibah binti Abu Sufyan

4 orang dalam kalangan bukan Quraisy
1)Zainab Binti Jahsyi
2)Juwairiah Binti al-Harith
3)Zainab Binti Khuzaimah
4)Maimunah Binti al-Harith

Seorang bukan dalam kalangan Arab (Bani Israel)
1) Safiyyah binti Huyai al-akhtab

Berbaki seorang lagi Mariatul Qibtiah dari Mesir 


1.0 BIOGRAFI RINGKAS SAIDATINA KHADIJAH

Nama : Khadijah Binti Khuwailid 
Nama bapa : Khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka'ab
Nama ibu : Fatimah binti Zaidah 

Dilahirkan di Mekah 15 tahun sebelum kelahiran baginda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam iaitu pada tahun 556 Masihi ,beliau wafat pada bulan Ramadhan selepas kewafatan bapa saudara baginda Abu Talib,ketika itu Saidatina Khadijah berusia 65 tahun.Kewafatan yang sangat menyedihkan baginda dan hampir menghilangkan semangat baginda kerana dua insan tersebut adalah pendukung utama dakwah baginda.

Beliau dikenali sebagai seorang wanita yang mempunyai perilaku yang baik sekalipun sebelum islam,justeru beliau dikenali sebagai at-Tohirah.

Para pengkaji sirah khilaf tentang perkahwinan beliau sebelum berkahwin dengan Rasulullah.
Saidatina Khadijah r.a. telah berkahwin sebanyak dua kali sebelum berkahwin dengan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.Perkahwinan pertamanya adalah dengan Abu Halah bin Zararah. Hasil perkahwinan itu  beliau telah mendapat seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Nama anak lelakinya ialah Hind dan anak perempuannya bernama Halah. Setelah kematian Abu Halah, Khadijah r.a. berkahwin dengan Atiq bin ‘Aid Makhzumi. Hasil perkahwinan itu dia mendapat seorang anak perempuan yang juga bernama Hind. 

Setelah diceraikan oleh Atiq,beliau berkahwin dengan Rasulullah dan mendapat 6 orang anak :

1)Zainab binti Muhammad
2)Ruqayyah binti Muhammad
3)Ummu kalthum binti Muhammad
4)Fatimah azzahra' binti Muhammad
5)Qasim bin Muhammad (meninggal ketika kecil)
6)Abdullah bin Muhammad yang juga dikenali sbg tayyib at-tohir (juga meninggal ketika kecil) 

2.0 SIFAT SAIDATINA KHADIJAH


1. Beliau adalah seorang hartawan yang dermawan,masyhur kisah mengenai perniagaan beliau yang berkembang maju sebelum pernikahannya bersama Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.Bererti beliau merupakan seorang wanita (bussinesswoman) yang berjaya.
Sesungguhnya Allah amat mencintai seseorang mukmin yang muhtarif (iaitu bekerja dengan hasil tangannya sendiri).Bahkan dalam seluruh kehidupannya hartanya disumbangkan kepada perjuangan Islam.

2.Tertawan dengan Rasulullah kerana akhlak dan budi baginda.Kisah cinta yang sangat baik untuk diikuti oleh para muslimah harini.Agama dan akhlak menjadi ukuran dalam pemilihan pasangan ,bukanlah paras rupa,harta,keturunan raja dan lain-lain.Memilih pasangan seumpama memilih jalan menuju akhirat,sama ada syurga atau neraka menjadi persinggahan akhir nanti

3.Pendukung dakwah yang setia.Saidatina Khadijah berkahwin dengan Rasulullah sebelum baginda diangkat menjadi seorang Nabi dan Rasul.Bahkan sehingga wahyu pertama diturunkan juga,Khadijahlah yang menenangkan suaminya ,beliau jugalah wanita pertama yang beriman dengan Allah dan RasulNYA.

4.Pendidik generasi dan ummah,hasil pernikahannya dengan Rasulullah dikurniakan enam cahaya mata,dan kesemuanya adalah generasi mukhtarah.Saidatina Fatimah merupakan penghulu wanita di syurga,tidak haidh sepanjang hidupnya kerana terlalu suci tubuhnya dari sebarang kotoran.Ummu kalthum dan Ruqayyah isteri kepada saidina Uthman Khalifah ke3.Ini bermakna,sebagai seorang wanita selain menjadi pendokong dakwah dan perjuangan,mereka adalah pendidik generasi dan pendidik ummah.Tugas yang menjadi kewajipan terpundak kepada setiap yang bergelar wanita

3.0 SAIDATINA KHADIJAH ROLE MODEL TERBAIK SELURUH WANITA MUSLIM

Sebagai penutup dan kesimpulan nota ringkas ini,penulis menyeru agar kita semua (khusus muslimat) untuk menyedari peranan yang besar untuk ummah ini.Kita lihat di luar sana,masih ramai yang belum faham islam sebaiknya meskipun namanya seorang islam.

Terlalu banyak tugas dan beban dakwah ini,namun untuk membarakan semangat ini,marilah kita mencontohi Saidatina Khadijah ummul mukminin.Tinggalkanlah sikap-sikap negatif dengan meletakkan ikon-ikon sebenar sahabiat sebagai role model dalam kehidupan kita.

Bercita-citalah untuk menjadi Saidatina Khadijah akhir zaman.
Meskipun ianya terlalu mustahil,namun sekiranya mereka ada pada harini mungkin itulah wasiatnya.

Punyai ilmu kongsikanlah
Punyai harta infakkanlah
Punyai tenaga wakafkan

.........................................................................................

Situasi di dalam kelas Dukturah Mekwok

Dukturah : "Kamu pilih mana?Nikah mis yar atau poligami?
Aku : Saya izinkan poligami tapi lepas saya mati,macam Nabi buat pada Saidatina Khadijah

Celah seorang classmate:
"Boleh ustazah,tapi kalau nk mcm tu ustazah kena jadi mcm khadijah dululah"

Sentapnya sehingga harini..benar katanya

Catatan : Itqan
3 syawal.


Read more...