Pages

Saturday, March 20, 2010

.:.AL-ILMU FIL KUTUB?AM FISSUDUR?.:.

PWTC kini mengadakan pesta buku bermula 19 mac-28 mac..ana dan sahabat2 samer dan kkb x melepaskan peluang pergi ke sana..antara buku yang ana beli..


sesampai shj kat sana..ana terus ke booth TELAGA BIRU..novel2 islami yang sgt best.1001 pengajaran dan i'brah terangkai kemas melalui bait2 seorg novelis berjiwa da'i.Sebenarnya nak cari solusi isu 5 sbb dah t'ilg..huhu tapi hnya jual isu 13 dan ke atas.Terasing dan tawajjuh cinta ni sdh sekian lama nak beli,tp xde masa yg m'izinkan ke kedai buku..so tyme pesta buku ni belila..Lagi yang ana beli


2 buku ini di booth al-hidayah.Tetiba teringat trademark 'membaca buku al-hidayah,anda selangkah mendekati ALLAH'..Memg rambang mata,tapi ana beli yang dirasakan penting dan perlu shj..



USTAZ HASRIZAL antara penulis yang paling ana hormati di samping FATIMAH SYARHAA..abu saif siapa yang x knl..skrg ana ada lebih kurg 4 bukunya..termasuk 'Rindu bau pohon tin' yang dihadiahkan sahabat ana Munirah=)..The last destination yang ana pergi semalan di booth galeri ilmu dan ana muslim..sempat ana berlari masuk balik semata-mata nak membeli MURABBI CINTA..takot terlepas peluang..lagi cpt beli,lg cpt baca,lg cpt baca..lg bnyak ilmu.

Tajuk post ana ni adalah berkait dgn ilmu..semakin banyak yang kita baca,sbnrnya semakin kita rasa jahil.'Ya ALLAH.bnyaknya yg aku x tahu..'detik hati kecil ana.Siapa yg pernah m'dgr nama MARYAM JAMEELAH..pasti thu tntg usaha dakwahnya.Nama itu prtama kali ana dgr krn ia bersempena dgn nama dorm surau asrama..rasa ingin thu terbit,jari ana terus ligat menaip nama atas papan kekunci untuk m'cari sedikit maklumat tntg beliau.Baru ana tahu rupanya MARYAM JAMEELAH merupakan aktivis dakwah yang memperjuangkan kalimah ALLAH melalui mata pena.

Memang x dinafikan,hati ana juga tertarik dgn dakwah melalui karya2 dan multimedia..Ana akan mencari penulis yang benar2 thiqah dalam penulisannya dan penerbitan yg benar2 memperjuangkan ISLAM.'Reader is leader..and leader is a reader' suatu kata keramat yang masih kemas tersimpan dlm kotak memori ana sewaktu kem better mukmin 09 anjuran PMI.'Bacalah..'merupakan wahyu pertama yg diturunkan oleh ALLAH kpd Rasulullah melalui ruhul qudus di jabal hira'..betapa pentingnya membaca dlm individu muslim.

Firman ALLAH dlm surah al-kahfi:"katakanlah(Muhammad),'seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat Tuhanku,maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai(penulisan)kalimat-kalimat Tuhanku,meskipun Kami datangkn tambahan sebanyak itu(pula)'"(18:109)

dan ayat seumpama ini diulang lagi dlm surah luqman

Firmannya:"Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan lautan(menjadi tinta),ditambahkan kepadanya tujuh lautan (lagi)setelah(keringnya),niscaya tidak akan habis-habisnya(dituliskan) kalimat-kalimat ALLAH.Sesungguhnya ALLAH Maha Perkasa,Maha Bijaksana"..(31:27)

subhanallah!betapa ilmu ALLAH (kalimat ALLAH) itu sgt luas..dan sepatutnya ilmu2 itu di dalam hati kita,bukan hanya terabadi dalam lembaran yg semakin hari menguning dan reput dimakan anai2.Ini antara koleksi buku2 yang dikumpul oleh ana dan ada juga yg dihadiahkan ukhti dan sahibah2 tersayang..



Dan ini buku yang paling banyak beri manfaat..ilmu dan mujadalah=)

Read more...

Friday, March 19, 2010

~ADRIEANA BATRISYA~..



Si manja ini sering saja mencuit hati sesiapa saja yang melihatnya..tahun ini,usianya sudah menginjak 2 tahun..namun bagi ana,Adrieana sgt unik..dalam usianya yang baru hendak membesar sudah bnyk perkara yg boleh dilakukannya..dan yang paling disukainya adalah menyanyi.

Bercakap dgn fasih juga dia sudah mampu.Bagi saja dia dgr lagu apa2,dlm masa yg sgt singkat dia boleh 'pick up' satu2 lirik lagu tersebut.Subhanallah..bijaknya.Inilah generasi yang akan menjadi aset negara dan sudah tentunya aset ISLAM.Mamanya adalah sepupu ana dan juga seorg guru,jadi bila mamanya nak pergi ke menunaikan amanahnya di sekolah..mamanya akan hantar Adriana ke rumah kami.Walaupun ana ni sebagai 'mak cu'..ana juga ada peranan dlm membentuk peribadi Adrieana di samping mama dan papanya..


'Mak cu!mak cu!ni Nana punye' katanya sambil menunjukkan barang kepunyaannya..


kadang2 ana saja mengusik..'eh,bukan Nana punye..ni mak cu punye la..'


Sampai merajuk dibuatnya..duduk menyorok bawah meja...sampai ada org kena pujuk..Si manja ni..Aduhai..permata ISLAM,masih bnyak lagi yang perlu digilap sebati dlm jiwanya.Fitrahnya masih fitrah suci..tarbiyah islamiah perlu diselitkan dlm jiwa si kecil ini..Bila masuk waktu solat,ana saja letak dia dlm bilik..biar dia lihat kami solat berjemaah.Yang lucunya dia duduk di atas sejadah sambil melihat kami..dan ada masanya meniru gaya kami solat.X mengapa begitu,asalkan dia diberi pendedahan awal.





Setiap sabtu mamanya akan membawa ke tadika ALIMKIDS selayang..bnyk perkara yg diajar..antaranya mengucap kalimah syahadah..melukis..mewarna dan sbgnya..



'Sayang mak cu ke..mak ngah ke..mak long?'kadg2 prnah ditanya kpdnya



'cayang mkngah'jawabnya jujur.



Ana dan kak long mencebir..memg Adrieana paling rapat dgn ukhti syue sbb kalo gn makngahnya asik tgok cd upin ipin.Dengan kak long ana,slalu sj dibuli dgn Adrieana..huhu kena buli sbb kak long ana ni lembut ckit orgnye..x reti nak marah.Ana pulak asyik sakat dia...sampai dia merajuk..ana jugalah yg kena pujuk.=p


Lagi terjelas kebijaksanaan si manja ini..sewaktu ana dan adik beradik sdg menggunakan laptop..entah mcm mana dia tahu tekan butang nak ON laptop..tekan 'ENTER'.Inilah kanak2 alam cyber..namun harus diawasi agar pendidikan bermanfaat harus diberikan pdnya.





Bila bukak klipvideo 'Adakah kau lupa'..dia menyorok sbb takut tgk..kami tergelak tgk keletahnya..semangat cintakan Islam akan kami pupuk sehabis baik sbgmana mama dan papanya mendidiknya.Bila habis saja cerita cucu betong mamanya akan suruh si kecil ini ikut zikir yg ending cerita tu..'laisa laha min dunillahi kasyifah'=)

YA ALLAH BERKATILAH ANAK INI..MOGA2 BAHAGIA BUATNYA DIDUNIA AKHIRAT..MOGA2 MENJADI ANAK YG SOLEHAH..CEMERLANG AKADEMIKNYA CEMERLANG SAHSIAHNYA..AMINN
Read more...

Sunday, March 14, 2010

~iKhLas Dlm pErSAHABATan~





KISAH KEIHKLASAN 3 ORG SAHABAT

#Rasulullah s.a.w mngkhabarkan kisah 3 org sahabat dari Bani Israel bermusafir bersama.Dalam perjalanan tersebut,tiba2 awan menjadi gelap seolah-olah hujan lebat akan menyimbah bumi.Kemudian mereka membuat keputusan untuk berteduh di dlm gua.

Tiba2 t'dpt sebiji batu yg sgt besar tergelincir dan menutup pintu gua.Kini mereka tiada pilihan lain melainkan meminta inayah drpd ALLAH s.w.t

"Apa kata kita guna amalan kita yg ikhlas untuk mmbebaskn diri drpd malapetaka ini,"cadang salah seorg drpd mereka.

Lelaki pertama berkata "Ya Tuhanku,Engkau tahu bahawa aku cukup tertarik dgn sepupuku.Pada suatu hari,aku melihat dia sendirian.Oleh itu,aku ingin melakukan perbuatan keji terhadapnya.Sepupu aku berkata 'Wahai sepupuku,takutlah akan ALLAH dn jgnlah mncemari kesucianku'.Mendengar sepupuku berkata demikian aku membatalkan keinginan jahatku itu.Ya Tuhanku,andai itu amalan yg benar2 ikhlas dan dilakukan semata-mata m'harapkan keredhaanMU,maka jauhilah kami dari kesusahan dan neraka jahannam"



Kemudian mereka menyaksikan batu yang menutup pintu gua tersebut beralih sedikit dan ada sedikit cahaya yg memancar masuk ke dlm gua.Lelaki kedua pula berkata "Oh Tuhanku!Engkau tahu bahawa aku mempunyai ayah dan ibu yg sudah t'lalu tua,hinggakn badan mereka bongkok akibat usia yg lanjut.Aku selalu menziarahi mereka.Pada suatu malam,aku bawakan mereka makanan.Sebaik memasuki bilik,aku dapati mrk sedang nyenyak tidur.Kerana aku tidak mahu mngganggu mereka,aku menghabiskan spnjg malam berdiri dekat mereka dan makanan tadi masih berada di tgnku.Ya Tuhanku,andai amalanku itu dilakukan semata-mata mngharapkn keredhaanMU,maka keluarkanlah kami dari sini"

Sekali lagi mereka menyaksikan batu itu teralih.




Manakala lelaki ketiga pula berkata,"Wahai Yang Maha Mengetahui.Kamu tahu bahawa ada seorg lelaki prnah bekerja dgnku dulu.Apabila tamat pekerjaannya,aku membayar gajinya,namun dia tidak berpuas hati dgn bayaran gaji yg aku berikan lalu berlalu pergi meninggalkan wang gajinya.Aku mengambil wang gajinya dan membeli seekor kambing.Aku memelihara kambing itu sehingga beranak pinak membentuk sekawan kambing.Selepas beberapa waktu,lelaki tersebut datang menuntut semula gajinya pdku lalu aku menunjukkan sekawan kambing miliknya.Dia mengambil kambing2 tersebut dan berlalu p'gi.Ya Tuhanku,andai itu amalanku yg paling ikhlas disisiMU,keluarkanlah kami dr kebingungan ini"

Kemudian batu tersebut beralih sepenuhnya dari pintu gua.Akhirnya ketiga-tiga sahabt itu dpt keluar dari gua tersebut.




Teringat kembali zaman persekolahan ana,semuanya indah belaka.Persengketaan dileraikan dgn perdamaian..ala bukannya apa,kdg2 gaduh sbb perkara remeh..tarbiyyah SAMER menguatkan hati2 kami.Bila bersedih,ada yg menghiburkan..masalah dikongsi bersama dan diselesaikn bersama..

KOD TARBIYYAH SAMER..bunyinya macam zalim ttp sungguh indah hidup dlm syariat.Ya!itulah yg mendidikku..krn ia berlandaskan al-qur'an assunnah.Menolak KTS bererti menolak hukum Allah..memperlekeh KTS,bererti memperlekeh hukum2 di dlm Al-qur'an Assunnah.Benteng SAMER kukuh dgn KTS..sahabat2ku faham erti sebenarnya.


Hatiku sedikit pun tidak hirau sindiran2 org trhadap KTS..'kasihan bdak2 ini'keluh hatiku..mereka jauh dari Allah sbb itu membenci apa jua peraturan yg berhubung kait dgn ISLAM.Aku cuma boleh mendoakn kefahaman agama yg kukuh dlm diri mrk..nak nasihat,bukan x boleh..ttp x sesuai..dakwah yg x berhikmah adalah dakwah yg diboycott org.Takut salah da'ie nya juga yg x kena cara.Ku brmonolog s'dirian "APABILA ORG JAHIL AGAMA BERCAKAP TENTANG AGAMA???"antum nilai sendiri..

p/s:Bersahabatlah kita semua dgn ikhlas..kelak akn diberi naungan olehNYA di akhirat kelak =) miss all my sahibah..uhibbukum fillah

Read more...

Saturday, March 13, 2010

KARNIVAL MARA PWTC


Tanggal 12 mac 2010..ana dan 3 org sahabat seperjuangan telah meredah kotaraya menaiki kemudahan awam untuk smpi ke Pusat Dagangan Dunia Putra atau lebih dikenali dgn PWTC.Kenapa agak2?hmm sebenarnya dkt sana ada Karnival Mara yg sdg berlangsung kira2 seminggu.Ana pergi pun sekadar menemani sahabat2 dan just tgk2 sekeliling..tgkap2 gambar dan menimba pengalaman.Bukan ana x berminat,cuma ada perancangan yg tersendiri.
Karnival tu mempromosikan kolej2 spt Kolej Insaniah,GMI,UNIKL,KLIUC,KUIS dan banyak lg.Kebanyakan kursus yg ditawarkan adalah untuk peringkat diploma dan satu2 yg ana tertarik kat sana ialah di booth IKIP..ana ada ambil pamplet tentang satu kursus yang baru dibuka di IKIP iaitu Ijazah Sarjana Muda Perbankan Islam.2 tahun belajar di IKIP,dan 2 tahun menyambung di Yarmouk Universiti,Jordan.Walaupun ana xde basic dlm accounting,tp bukanlah itu syarat utama untuk meneruskan dalam bidang ni.Ana x teragak-agak menulis borg yg dia bagi sbbnya biasiswa turut disediakan krn biasanya ipts memang meletakkan kos pengajian yang lebih tinggi daripada ipta.

Bila dgr perbankan islam..hati ana jd teruja.X tau knp..mungkin kerana bank2 yg ada di malaysia bukan 100% mengikut cara yg ditetapkan syara'.Ada yg mengamalkan riba dan sbgnya.Pada pandangan ana,perlunya dlm masy kita mengetahui tntg sistem kewangan islam.Walaupun ianya menjadi tuntutan fardu kifayah,masih ada lg masy muslim yg belum faham konsep riba dan sbgnya.Perkara ini bukan boleh dibuat main2..ianya berkaitan halal dan haram serta boleh mnjadi darah daging kita juga.

Jam 2 kami solat di surau PWTC..dan merawat lelah.Huh penat berjalan dgn meredah ratusan manusia.Perut pun sudah lapar minta diisi,kebetulan kami ada coupon percuma makanan di restoran BBQ Chicken.Itulah destinasi kami setelah itu..AU2 setiawangsa,Jaya Jusco.Jimat duit poket..hehe

Ini baru dessert cewah!x payah bayar pun sbb free dgn kupon.Bukan selalu dpt rasa makan kat tmpat2 macam ni.Rasanya setahun sekali kot..kewangan mak ayah stabil tp apa hak kita nk menyusahkan mrk..air kosong dgn roti canai sekeping pun dah memadai..Rasa mcm nk bw balik rumah je bg seluruh isi keluarga rasa,tp mana boleh bungkus..lapar punye pasal dgn lafaz bismillah kami bedal semua.

Tahniah buat sahabt2 yg cemerlang dlm SPM..(kwn2 kt SAMER,yg dah kua antaranya yg ana tahu yatt 11A,Ain ali 11A,syifaq 10A,Rai 10A,adeqku sumaiyah 6A,Azka,dalila yg sentiasa mmbawa nama samer)inilah balasan Allah bg mereka yg berusaha.Bagi yg kurg cemerlang,ini adalah wasilah untuk bermuhasabah..ttp ini juga merupakan ujian drNYA agar kita sentiasa bermujahadah dlm apa yg kita lakukan.Gagal sekali x bermakna untuk selamanya.Senyumlah krn perjuangan yg lebih besar sdg menanti kita!
Read more...