Pages

Monday, December 11, 2017

Terima kasih Allah

Dalam helaan nafas yang masih ada ini
Aku memuhasabah diri
Berapa banyakkah amalan yang aku persembahkan kepadamu

Kau adalah Raja segala Raja
Aku adalah hamba
Dalam sekalian hambaMU,aku yang di level mana ya Allah.
Berhakkah aku didalam senarai terbaik hambaMU?

Sesekali duduk termenung sendiri..
Menangis sendiri,tersedu-sedu
Aku datang dengan kehendakMU
Pasti aku akan pulang ke pangkuanMU
Namun ya Allah,izinkan aku pulang dalam keadaan aku benar-benar bersedia
Memberi persembahan yang baik.

Detik waktu terus berlalu
Nyawa demi nyawa telah kau jemput
Giliranku yang ke berapa

Ya Allah maafkan hambaMU yang lemah ini
Terkadang dunia memaut erat hatiku
Indah sekali duniaMu
Namun ku sedari ia sementara

Ya Allah maafkan hambaMU yang hina ini
Terkadang nafsu merantai erat jiwaku
Nafsu itu kuat sekali
Namun ku sedari ia tipudaya bagiku

Lalu aku melutut kembali kepadaMu

Aku benar-benar sedar
Hanya Engkau yang memerhatiku setiap masa
Hanya Engkau yang menjagaku di setiap ketika
Hanya Engkau memberi aku bahagia
Di saat aku merasa tiada siapa

Hanya Engkau yang memberi aku berjaya
Hanya Engkau membuatkan aku mulia di mata manusia
Hanya Engkau segala-galanya

Maafkan ketidaksempurnaanku mencintaiMu ya Allah
Akan ku sembahkan cinta ini hanya padaMu
Hanya padaMU
Hanya padaMU

-11 Disember 2017-
Teratak Itqan Zawwini

Jika aku pergi dahulu berbanding kamu
Doakan aku bertemu Cintaku (ALLAH) berjumpa NYA dalam keadaan yang benar suci lagi bersedia...
Biarlah di dunia aku tidak bertemu kekasih hati
Asalkan aku tahu disana ada kekasih abadi (ALLAH)

Read more...

Friday, July 28, 2017

SAIDATINA AISYAH PENDIDIK UMMAH

1.0 SAIDATINA AISYAH PENDIDIK UMMAH



Nabi saw ditanya mengenai orang yang paling dicintainya,lalu Baginda berkata : “Aisyah.” (Kemudian Baginda ditanya lagi ) (Siapa pula) dalam kalangan lelaku?Baginda menjawab : “Ayahnya (iaitu Saidina Abu Bakr as-Siddqi r.a ) -muttafaq alaih-

Saidatina Aisyah bukan sahaja mempunyai ilmu yang tinggi bahkan berperanan besar dalam mendidik ummah .Al-ahnaf menggambarkan ketinggian ilmunya serta kelancaran lidahnya dengan berkata

“Aku pernah mendengar ucapan daripada Abu Bakar dan Umar,daripada Uthman dan Ali serta para khulafa’ hingga ke hari ini,tetapi belum pernah mendengar ucapan yang lebih indah dan lebih menarik hati dari mulur seorang pun meainkan Aisyah RA.”
Manusia dari segenap pelusuk tanah Arab telah pergi menemui Aisyah untuk mempelajari ilmu yang dimilikinya.Rumah saidatina Aisyah dijadikan sekolah dan sebuah institusi pengajian

Kisah hidup beliau telah membuktikan bahawa wanita mampu menguasai bidang keilmuan standing kaum lelaki serta mampu menjadi pendidik kepada para ilmuan dan golongan pakar pelbagai bidang.
Kehidupan beliau juga menjadi bukti kemampuan wanita dalam mempengaruhi pandangan masyarakat,baik lelaki mahupun perempuan serta membekalkan sumber inspirasi dan kepimpinan yang mantap.
Wanita solehah seperti beliau berpekerti tinggi,bersopan,lemah lembut,telah membawa ketenangan dan kebahagiaan kepada suaminya.
Sifat ketaqwaan dan ketaatan Aisyah RA kepada Allah swt dapat dilihat dengan kehidupan yang sederhana dan zuhud hasil didikan Rasulullah saw yang menjadi prinsipnya sepanjang hayat.


2.0 SAIDATINA AISYAH TOKOH SIASAH (POLITIK)

Dalam lembaran sirah,saidatina Aisyah merupakan seorang pemimpin yang berwibawa yang amat disegani oleh kaum wanita mahupun lelaki.Pada masa yang sama,beliau juga merupakan tokoh ilmuan islam,fatwa-fatwa,sastera dan sejarah bangsanya.Ramai yang mengakui bahawa keilmuan Aisyah RA telah mencapai kemuncak kematangan serta menjadi rujukan sehingga kini.

Kisah beliau menemani Rasulullah saw dalam perang Bani Mustaliq sehingga terheret ke dalam fitnah al-ifki membuktikan bahawa saidatina Aisyah turut Bersama Rasulullah dalam membawa perjuangan

Kesimpulan :
1)Muhasabah ilmu para akhawat,setara mana kita menimba dan memperdalam ilmu agama seperti saidatina Aisyah.Beliau menjadi rujukan masyarakat baik lelaki mahupun wanita.Sebegitu juga kita mesti memperdalam ilmu untuk manfaat masyakarat umum.Tidak perlu segan dalam menyampaikan ilmu kerana ummahat telah membuktikan bahwa wanita mampu untuk menjadi standing dengan lelaki dari sudut ilmu
2)Muslimat dan perjuangan tidak boleh dipisahkan.Lihat bagaimana sokongan dan dokongan saidatina Aisyah terhadap baginda yang akhirnya menyumbang kepada kemenangan islam

Catatan : Itqan

Sumber : buku menjejaki Aisyah abad ke21 keluaran aisyah humaira publication
Read more...

Tuesday, June 27, 2017

1.0 Siri ummahatul mukminin : Semulia Khadijah at-Tahirah



"Jam menunjukkan 2.30 petang
Ketika enak menghabiskan juz 21
Dia tertidur tanpa menanggalkan pakaian solatnya
Terlalu letih barangkali meratib satu persatu kalimah agung
Tekak kering,tidak boleh minum kerana sedang berpuasa Ramadhan

Dalam mimpinya dia bertemu seseorang
Seorang wanita berhijab hijau lembut lengkap,wangi menghampiri
Cantik subhanallah
Entah sama ada di kerusi di satu tempat,sukar dibayangkan semula
Wanita itu membawa senaskhah al-Quran
Siapakah kamu?
Khadijah..
jawabnya

Siapakah kamu?dia bertanya tidak percaya
Khadijah..jawabnya

Ma sha Allah!Air mata menitis dalam mimpi
Di pegang erat tangan
Diserahkan senaskhah alQuran sambil membuka selembar
Surah ahzab bermula ayat 28
Mereka bertadarus bersama sehingga satu muka atau lebih sehingga bertemu ayat 36

Berakhirnya mimpi itu dengan satu kalimah keramat darinya 
مع الذين أنعم الله عليهم من النبيين والصديقين والشهداء والصالحين وحسن أولئك رفيقا
Hati ingin sekali mengikutinya..
Menangislah seperti kebudakan sehinggalah dia terjaga dan tangisan itu berterusan dalam jaganya.."

#bercita-citalah menjadi saidatina khadijah akhir zaman


بسم الله الرحمن الرحيم
أحمد الله حمدا كثيرا على نعمائه وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له , رسم لنا طريقا لا يضل سالكه ويحفظ لنا المودة والقربى وأصلي وأسلم على سيدنا محمد عبده ورسوله إصطفاه وأعد لتحمل رسالته وتبليغها للناس فأدى الرسالة 
وحكم بين الناس بالحق والعدل وبعد :


MUKADDIMAH

Di kesempatan yang Allah beri ini,dapatlah penulis meninta sedikit tentang ummahatul mukminin mudah-mudahan secara bersiri.Selain sebagai wajibun dini (kewajipan) kepada kita untuk mengetahuinya,ia juga sebagai satu motivasi terbaik dalam kehidupan seorang siswi islam.Apakah yang dimaksudkan dengan ummahatul mukminin?

Ummahat bermaksud ibu-ibu (jamak bagi umm)
Mukminin bermaksud orang-orang beriman
Justeru ummahatul mukminin ialah ibu-ibu bagi orang yang beriman.

Istilah ini terdapat di dalam al-Quran di dalam surah al-Ahzab ayat 6

النَّبِيُّ أَوْلَى بِالْمُؤْمِنِينَ مِنْ أَنْفُسِهِمْ وَأَزْوَاجُهُ أُمَّهَاتُهُمْ وَأُولُو الْأَرْحَامِ بَعْضُهُمْ أَوْلَى بِبَعْضٍ فِي كِتَابِ اللَّهِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُهَاجِرِينَ إِلَّا أَنْ تَفْعَلُوا إِلَى أَوْلِيَائِكُمْ مَعْرُوفًا كَانَ ذَلِكَ فِي الْكِتَابِ مَسْطُورًا

Nabi itu (hendaknya) lebih utama bagi orang-orang mukmin dari diri mereka sendiri dan isteri-isterinya adalah ibu-ibu mereka. Dan orang-orang yang mempunyai hubungan darah satu sama lain lebih berhak (waris-mewarisi) di dalam Kitab Allah daripada orang-orang mukmin dan orang-orang Muhajirin, kecuali kalau kamu berbuat baik kepada saudara-saudaramu (seagama). Adalah yang demikian itu telah tertulis di dalam Kitab (Allah).

Istilah ummahatul mukminin dikhususkan kepada isteri Rasulullah sallallahu alaihi wasallam sahaja,namun ulama' berkhilaf mengenai bilangan mereka sama ada 11 atau 12 orang.Khilaf pada seorang wanita bernama Mariatul Qibitiah adakah beliau isteri baginda atau hanya milku yamin yang dimiliki tangan kanan mereka bererti perempuan-perempuan berstatus tawanan perang yang tidak ditebus dan berada dalam tahanan serta jatuh ke dalam kuasa orang-orang Islam, Istilah itu digunakan dalam Al-Quran sebagai pengganti sebutan ‘ibad dan ima (hamba lelaki dan hamba perempuan) untuk mengisyaratkan kepada pemilikan yang sah menurut hukum).

Siapakah 12 ummahatul mukminin itu?

6 orang dalam kalangan Qurasyiat (berketurunan Quraisy)
1)Saidatina Khadijah binti Khuwailid
2)Saidatina Saudah binti Zam'ah
3)Aisyah binti Abu Bakr as-Siddiq
4)Hafsah binti Umar al-Khattab
5)Ummu Salamah
6)Ummu Habibah binti Abu Sufyan

4 orang dalam kalangan bukan Quraisy
1)Zainab Binti Jahsyi
2)Juwairiah Binti al-Harith
3)Zainab Binti Khuzaimah
4)Maimunah Binti al-Harith

Seorang bukan dalam kalangan Arab (Bani Israel)
1) Safiyyah binti Huyai al-akhtab

Berbaki seorang lagi Mariatul Qibtiah dari Mesir 


1.0 BIOGRAFI RINGKAS SAIDATINA KHADIJAH

Nama : Khadijah Binti Khuwailid 
Nama bapa : Khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka'ab
Nama ibu : Fatimah binti Zaidah 

Dilahirkan di Mekah 15 tahun sebelum kelahiran baginda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam iaitu pada tahun 556 Masihi ,beliau wafat pada bulan Ramadhan selepas kewafatan bapa saudara baginda Abu Talib,ketika itu Saidatina Khadijah berusia 65 tahun.Kewafatan yang sangat menyedihkan baginda dan hampir menghilangkan semangat baginda kerana dua insan tersebut adalah pendukung utama dakwah baginda.

Beliau dikenali sebagai seorang wanita yang mempunyai perilaku yang baik sekalipun sebelum islam,justeru beliau dikenali sebagai at-Tohirah.

Para pengkaji sirah khilaf tentang perkahwinan beliau sebelum berkahwin dengan Rasulullah.
Saidatina Khadijah r.a. telah berkahwin sebanyak dua kali sebelum berkahwin dengan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.Perkahwinan pertamanya adalah dengan Abu Halah bin Zararah. Hasil perkahwinan itu  beliau telah mendapat seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Nama anak lelakinya ialah Hind dan anak perempuannya bernama Halah. Setelah kematian Abu Halah, Khadijah r.a. berkahwin dengan Atiq bin ‘Aid Makhzumi. Hasil perkahwinan itu dia mendapat seorang anak perempuan yang juga bernama Hind. 

Setelah diceraikan oleh Atiq,beliau berkahwin dengan Rasulullah dan mendapat 6 orang anak :

1)Zainab binti Muhammad
2)Ruqayyah binti Muhammad
3)Ummu kalthum binti Muhammad
4)Fatimah azzahra' binti Muhammad
5)Qasim bin Muhammad (meninggal ketika kecil)
6)Abdullah bin Muhammad yang juga dikenali sbg tayyib at-tohir (juga meninggal ketika kecil) 

2.0 SIFAT SAIDATINA KHADIJAH


1. Beliau adalah seorang hartawan yang dermawan,masyhur kisah mengenai perniagaan beliau yang berkembang maju sebelum pernikahannya bersama Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.Bererti beliau merupakan seorang wanita (bussinesswoman) yang berjaya.
Sesungguhnya Allah amat mencintai seseorang mukmin yang muhtarif (iaitu bekerja dengan hasil tangannya sendiri).Bahkan dalam seluruh kehidupannya hartanya disumbangkan kepada perjuangan Islam.

2.Tertawan dengan Rasulullah kerana akhlak dan budi baginda.Kisah cinta yang sangat baik untuk diikuti oleh para muslimah harini.Agama dan akhlak menjadi ukuran dalam pemilihan pasangan ,bukanlah paras rupa,harta,keturunan raja dan lain-lain.Memilih pasangan seumpama memilih jalan menuju akhirat,sama ada syurga atau neraka menjadi persinggahan akhir nanti

3.Pendukung dakwah yang setia.Saidatina Khadijah berkahwin dengan Rasulullah sebelum baginda diangkat menjadi seorang Nabi dan Rasul.Bahkan sehingga wahyu pertama diturunkan juga,Khadijahlah yang menenangkan suaminya ,beliau jugalah wanita pertama yang beriman dengan Allah dan RasulNYA.

4.Pendidik generasi dan ummah,hasil pernikahannya dengan Rasulullah dikurniakan enam cahaya mata,dan kesemuanya adalah generasi mukhtarah.Saidatina Fatimah merupakan penghulu wanita di syurga,tidak haidh sepanjang hidupnya kerana terlalu suci tubuhnya dari sebarang kotoran.Ummu kalthum dan Ruqayyah isteri kepada saidina Uthman Khalifah ke3.Ini bermakna,sebagai seorang wanita selain menjadi pendokong dakwah dan perjuangan,mereka adalah pendidik generasi dan pendidik ummah.Tugas yang menjadi kewajipan terpundak kepada setiap yang bergelar wanita

3.0 SAIDATINA KHADIJAH ROLE MODEL TERBAIK SELURUH WANITA MUSLIM

Sebagai penutup dan kesimpulan nota ringkas ini,penulis menyeru agar kita semua (khusus muslimat) untuk menyedari peranan yang besar untuk ummah ini.Kita lihat di luar sana,masih ramai yang belum faham islam sebaiknya meskipun namanya seorang islam.

Terlalu banyak tugas dan beban dakwah ini,namun untuk membarakan semangat ini,marilah kita mencontohi Saidatina Khadijah ummul mukminin.Tinggalkanlah sikap-sikap negatif dengan meletakkan ikon-ikon sebenar sahabiat sebagai role model dalam kehidupan kita.

Bercita-citalah untuk menjadi Saidatina Khadijah akhir zaman.
Meskipun ianya terlalu mustahil,namun sekiranya mereka ada pada harini mungkin itulah wasiatnya.

Punyai ilmu kongsikanlah
Punyai harta infakkanlah
Punyai tenaga wakafkan

.........................................................................................

Situasi di dalam kelas Dukturah Mekwok

Dukturah : "Kamu pilih mana?Nikah mis yar atau poligami?
Aku : Saya izinkan poligami tapi lepas saya mati,macam Nabi buat pada Saidatina Khadijah

Celah seorang classmate:
"Boleh ustazah,tapi kalau nk mcm tu ustazah kena jadi mcm khadijah dululah"

Sentapnya sehingga harini..benar katanya

Catatan : Itqan
3 syawal.


Read more...

Tuesday, May 9, 2017

Senarai rujukan Kitab Fiqh yang Muktamad disisi mazhab 4

بسم الله الرحمن الرحيم 
  اللهم صل على سيدنا محمد
وعلى آله وصحبه ومن تبعه إلى يوم الدين
أما بعد

Berikut merupakan senarai rujukan kitab-kitab yang penting bagi mazhab yang empat .Penuntut ilmu Fiqh dan Usul Fiqh mesti mewajibkan diri bukan sekadar menghafaz nama kitab dan penulis,bahkan merujuk kpd kitab-kitab tersebut terutama dalam membuat (muqoronah) perbandingan dan mentarjih sesuatu pandangan .Berlaku adil dalam mengemukakan pandangan,dalil dan istidlal serta dalam mentarjih sesuatu masalah




كتب الفقه الحنفي


 البحر الرائق شرح كنز الدقائق لابن نجيم
 بدائع الصنائع في ترتيب الشرائع لعلاء الدين أبي بكر مسعود بن أحمد الكاساني
 تحفة الفقهاء لأبي بكر علاء الدين محمد بن أحمد السمرقندي
تكملة فتح القدير لشمس الدين أحمد المعروف بقاضي زاده أفندي
 حاشية ابن عابدين المسمى رد المحتار على الدر المختار شرح تنوير الأبصار لمحمد أمين بن عابدين
 شرح فتح القدير لكمال الدين محمد بن عبدالواحد السيواسي المعروف بابن الهمام
العناية شرح الهداية لمحمد محمود البابر
 غمز عيون البصائر شرح الأشباه والنظائر للحموي
 المبسوط لشمس الأئمة السرخسي
 الفتاوى الهندية لجماعة من العلماء
 مجمع الأنهر شرح ملتقى الأبحر لعبدالله بن الشيخ محمد بن سليمان المعروف بداماد أفندي
 الهداية شرح بداية المبتدي للمرغيناني
 تبيين الحقائق شرح كنز الدقائق لعثمان بن علي الزيلعي
 الأشباه والنظائر على مذهب أبي حنيفة لابن نجيم

كتب الفقه المالكي

بداية المجتهد ونهاية المقتصد لمحمد بن رشد الحفيد القرطبي
 حاشية الدسوقي على الشرح الكبير للدردير
 الفروق للقرافي
 المدونة للإمام مالك رواية سحنون
 مواهب الجليل شرح مختصر خليل للحطاب
 قوانين الأحكام الشرعية لمحمد بن جزي الكلبي
 البهجة في شرح التحفة لعلي بن عبدالسلام التسولي
 حاشية الرهوني على شرح الزرقاني على متن خليل
 شرح الخرشي على مختصر خليل لأبي عبدالله محمد الخرشي
 الشرح الكبير لمختصر خليل لأبي البركات أحمد الدردير
 الذخيرة للقرافي
 الرسالة لابن أبي زيد
النوادر والزيادات لابن أبي زيد

كتب الفقه الشافعي

الأم للشافعي
 إعانة الطالبين لأبي بكر السيد البكري
أسنى المطالب شرح روض الطالب لزكريا الأنصاري الشافعي
 نهاية المحتاج إلى شرح المنهاج لشهاب الدين أحمد الرملي
الوجيز في فقه الإمام الشافعي للغزالي
 قواعد الأحكام في مصالح الأنام للعز بن عبدالسلام
 تحفة المحتاج إلى أدلة المنهاج لابن الملقن
 الإقناع في حل ألفاظ أبي شجاع لمحمد الشربيني الخطيب
 مغني المحتاج إلى معرفة ألفاظ المنهاج لمحمد الشربيني الخطيب
 فتح العزيز شرح الوجيز للرافعي

كتب الفقه الحنبلي

 المغني لابن قدامة
 كشاف القناع من متن الإقناع لمنصور البهوتي
 الشرح الكبير على المقنع لأبي الفرج عبدالرحمن بن قدامة
 الكافي في فقه أحمد لابن قدامة
 الإنصاف في معرفة الراجح من الخلاف للمرداوي
 مطالب أولي النهى شرح غاية المنتهى لمصطفى السيوطي الرحيباني
 المقنع لابن قدامة
 قواعد ابن رجب
 المبدع في شرح المقنع
 الروض المربع للبهوتي


Read more...

Wednesday, February 15, 2017

لا تبك - حمزة نميرا



Turun naik hidup....
Kembali merangka masa 24jam dengan baik dalam fasa kehidupan baru .Priority belajar,GKI (grk kerja islam) dan juga kerjaya muallimah..walaupun terumbang ambing lagi

Bertemankan la tabki hamza namira ..nampaknya bakal mencelikkan mata lagi sehingga siap semua kerja2 ini
Minggu ke-2 kuliah dengan 3 assignment menimbun sekaligus (bukan satu kebiasaan di Mesir) allah yusahhil...,menanti defend title dengan penuh berdebar,adakah tajuk thesis diterima di department atau tidak..

Sepatutnya memang sudah di mind setkan
Sambung belajar
"Memenatkan jasad" dan "memenatkan otak "..senyum liana senyum (sekalipun kelat senyumnya)  :D

لاَ تَبْكّ فَاحَزانّ الصّغْرّ تَمْضِىّ كَالحَلمْ مَعْ الفَجّر
وقَريبّا تَكبّر يَا وَلدّىِ وتَريّدْ الدَمْع ّفلاّ يَجْرىّ
انْ سِهِرتّ امْطَارْ~ مَعنَا او غَطَىّ البَردّ شَوَارِعنَا
فالدفء يعمر اضلعنا ولهيب الارض بنا يسرى
وشموس رفاقك اتية وستشرق~ من غضب الفقر
لا تبك لا ~يا ولدى
لا تبك لا يا ولدى
قد ارمى خلف الجدران وتحن لحبى وحنانى
فانظر فى قلبك سترانى لن يقوى القيد على الفكر
واذا ما الدهر بنا دار ومضيت ~الى حيث اوارى
اكمل من بعدى المشوار لا تخلف ميعاد الفجر
لن يسقى دمع اشجارك لا تخشى النار من الجمر
لا تبك لا يا ولدى
لا تبك لا يا ولدى
سَاضُمَْكْ والصّدرْ جَريّحْ ْوسَاعْشّقْ والقَلبْ ذبيّح
مَهمّا عصّفَتْ ضِدىّ الرّيحْ لنْ احنّى فّى يُومٍ ظَهرىّ


Read more...

أي كلام

ياريت ما سالتو تانى نفس السؤال اياة
تنسوة انتو فى ثوانى وانا اعيش عزابى معاة
وارد باى كلام واقول واللة تمام
واسيبهم وامشى عشان ما سمعش سؤالهم تانى
ويادنيا جرالك اية بتعاندى معايا لية انا
بس غلط فى اية ولية قلبى بيعانى

جوانا هموم سنين ولا نبقى مبينين فى عنينا
الضحكة لكن من جوة مدمعين وتمر كتير ساعات
بنفكر فى اللى فات معقولة العمر عدى بينا كدة
من سكات ويادنيا رسينا مين جاى على مين فينا
قصرنا فى حاجة معاكى ولا عملنا اللى علينا
وارد باى كلام واقول واللة تمام
واسيبهم وامشى عشان ما سمعش سؤالهم تانى

وارجع احلم واعيش ليا بقى او مليش ولا
هاخد غير نصيبى فخلاص ميهمنيش اوعى
تحزن ياطير دة بعد الدمعة خير جايلك بس
فى اوانة اصبر ربك كبير
يادنيا رسينا مين جاى على مين فينا
قصرنا فى حاجة معاكى ولا عملنا اللى علينا
وارد باى كلام واقول واللة تمام
واسيبهم وامشى عشان ما سمعش سؤالهم تانى
Read more...

Tuesday, January 17, 2017

BEIJING GALLERY


MASJID NIUJIE 

Antara masjid yang tertua di Beijing
Niujie merupakan kawasan majoriti masy cina Islam tinggal
Banyak juga terdapat restoran yang menjual makanan halal.
Niu (Lembu) Jie (Jalan)













SILK MARKET

Tempat shopping bg pelancong yang datang ke beijing.




OLYMPIC CENTRE (BIRD NEST)

Ia dibina khusus sempena sukan olimpik yang diadakan di China suatu masa dahulu (x ingt tahun)
Suhu di beijing pada waktu malam akan drop sehingga negative 6 darjah celcius





TIAN AN MEN (Dataran kemerdekaan)





FORBIDDEN CITY,Gugong (Istana lama)

Gambar x berapa clear sbb matahari tegak .Untuk dapatkan view terbaik,perlu mendaki Jing Shan park,wangchun pavilion sampai ke puncak.





MASJID QIANMEN 

Hari kedua kami solat di masjid Qianmen,masjid yang terletak dalam kawasan perumahan 






QIANMEN STREET




WANG FU JING STREET

Lebih kurang pasar malam cina,masy cina menjual makanan-makanan yang exotic (cntoh kuda laut goreng,tapak sulaiman,ular,kala jengking dll) yang tidak boleh kita makan ..Boleh tengok2 saja




RESTORAN MAKANAN HALAL

In sha Allah banyak restoran yang menyediakan makanan halal,sebaiknya bertanya dengan kawan2 yg study sana.Setakat ini sarapan dan makan tghhari kami bawa bekal (masak sendiri) ,cuma perlu cari makan malam shj












The Great Wall (Tembok besar china)

Alhamdulillah rezeki hari ke-3 salji turun dengan lebatnya,dapatlah melihat view the great wall yang dipenuhi snow ..subhanallah






THE FROZEN WATERFALL (Airterjun beku)





The Summer Palace (Istana musim panas)

Sekali lagi salji turun dengan sangat lebat,suhu drop sehingga -4







Resolusi permusafiran

1)China merupakan kuasa besar dunia,tidak bergantung dengan barat dari aspek teknologi.Mereka tidak menggunakan google,facebook mahupun whtsapp (blocked) tetapi mereka menggunakan channel mereka sendiri.China menjadi saingan kepada amerika syaikat

2)Islam pernah tersebar di tanah ini,buktinya melalui masyarakatnya yang mengamalkan islam.Masjid yang terbina,Makam Saad bin Abi Waqqas terletak di GuangZhou,dan penduduk xinjiang juga merupakan majoriti muslim.Sama juga seperti malaysia,ada yang islam atas nama sahaja

Kebanyakan dari mereka tidak beragama,dan tidak mempercayai tuhan.Apabila kita solat di tempat awam atau berwudhu' di mana2 mallmmg diorang akan pelik..islamophobia pernah wujud di tanah ini.Maka tidak hairanlah,kalau kita tahan teksi mereka kdg2 tidak berhenti..

#catatanITQAN




Read more...