
Saturday, October 1, 2011
Arnab dan Kura-Kura

Wednesday, September 14, 2011
Remaja Terbilang..!
Alhamdulillah..wa syukurlillah :D
ya ALLAH,anta robbuna..wa nahnu 'abduka..(3x) T_T

Remaja - teenage - youth - syabab - fata - Anak muda - adolescent
~Istilah pelbagai tapi memberi makna yg satu..~
Adakah antum yg membaca ni seorg remaja..?? ya!? Tidak!?
majoriti yang guna blog2 ni masih berusia remaja atau awal dewasa..sohih??
jarang2 ana jumpa org berusia nak tulis2 blog ni..
Kalaupun antum sudah berumahtgga,antum pernah melalui usia remaja..mgkinkah 5 ke 10 tahun dulu.Pokok pangkalnya,kita semua melalui usia remaja.
Allah rakamkan perkataan 'fata' yakni pemuda/remaja di dlm Al-Qur'an..
“Kami ceritakan mereka kepada mu (Muhammad ) dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahkan kepada mereka petunjuk. Dan kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri lalu mereka berkata ‘Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi. Kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia. Sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran.”(Al-Kahfi 13-14)
Setiapkali disebut pemuda..@ remaja teringat ana pada hadis masyhur yg diriwayatkan Imam Abu daud dan Ibn Majah tentang 7 golongan yang mendapat naungan ALLAH di akhirat nanti.Jom kita check..pilih2..kita di golongan yang mana !! @_@

1.Pemimpin yang adil
2.Orang muda yang membesar dalam ketaatan pada ALLAH
3.Orang2 yang hatinya tertaut pada masjid
4.2 insan yang berkasih kerana ALLAH (bertemu berpisah demi redha ALLAH)
5.Lelaki yg dipujuk berzina oleh wanita rupawan kemudian dia menolak kerana takut pada ALLAH
6.Orang yang ikhlas bersedeqah
7.Org2 yang mengingati ALLAH,kemudian menitiskan air mata
Subhanallah..jadi memandangkan kita yang masih muda remaja ini,moleklah kita fokuskan point no 2 yang disebutkan dalam hadith.Orang muda yang masa remajanya,taat beriman kepada ALLAH..pelbagai ujian dan godaan ditempuhi.Beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi halangan2 tersebut dgn amal ibadat serta memberikan khidmat cemerlang kepada agama, masyarakat dan negara.Hayya nakunu hakaza!!in'ALLAH..
Masa imam muda2 final dulu,IM Hassan dapat hadith ini..beliau mensyarahkan pnjng lebar pada pemimpin yang adil,tetapi diselit pula oleh panel bahawasanya pemimpin yg adil saja x cukup untuk membangunkan sebuah negara islam kalau anak2 mudanya rosak akhlak..ana setuju sgt2.Pemimpin yg adil + rakyat dlm klngn anak remajanya beriman..in'ALLAH negara malaysia mampu membentuk sebuah baldatun toyyibatun wa robbun ghafur.

Remaja perlu menghayati 10 muwasofat tarbiyyah,bukan je hayati..tapi kenala amalkan :D ianya agak berat kalau nak terus lakukan,jadi lakukan sikit2,perlahan2..kerana perubahan itu memakan masa,biarlah sedikit tetapi istiqamah (berterusan).
10 Muwasofat Tarbiyyah
1.Aqidah yang sejahtera (Salimul aqidah)
2.Ibadah yang betul (Sohihul ibadah)
3.Kuat tubuh badan (Qowiyyul jism)
4.Akhlak yang mantap (Matinul khuluq)
5.Berpengetahuan luas (Mutsaqqafal Fikri)
6.Mampu berusaha (Qadiran 'ala kasbi)
7.Berusaha melawan nafsu (Mujahadah 'ala nafsi)
8.Memelihara waktunya (Haarithun 'ala waqtihi)
9.Tersusun dalam urusannya (Munazzomun fi syu'unihi)
10.Bermanfaat untuk org lain (Nafi'un lighoirihi)
Remaja hari ini yang tidak kuat asas agamanya,senang2 dipujuk dunia.Fesbuk yang ada seringkali diupdate dengan status2 mcm ni..
'aku rindu kat dia..buah hati aku...si...bla bla bla..'
'aku kecewa dgn tutt,apa kurangnya aku??mgkinkah ada ruang kemaafan dari tutt bla bla bla'
'wow,man utd menang lagi..bla bla bla..'
'aku geram betol dgn mamat ni...bla bla bla'
sampai bila??remaja muslim mukmin harus beginikah??Cinta dipuja,musuh dihina,hidup mengagungkan hiburan,bola dan sebagainya..come onlah remaja!!come onlah muslim youth..macam2 benda berfaedah kita boleh lakukan dengan fesbuk tu..fihi fawaid kabirah...hihihi. Sebenarnya entry ni ana nak cerita tentang abna' Afra'(anak2 afra')..remaja yg sangat ana kagumi,menjadikan rasulullah cinta mereka..
Ana tahu ramai yg dah tahu cerita ni..macam mana cintanya pada nabi sehinggakan sanggup mencabut tangan sendiri.kita sayang nabi x??ana pun sayang...tapi snggupkah cabut tgn sendiri??hee fikir 2/3 kali kot.Jadi adik beradik afra' dua org ni ada bran???! memang ada Bran!In'ALLAH akan ana ceritakan kisah mereka berdua...kerana merakalah contoh remaja terbilang!!
Saturday, September 10, 2011
pejuang agama by IM
Ana tukar lagu belog lagi... ^^
dye ada guna prkataan habibi
ana pun x sure kenapa habibi...sayangku??
Tapi lirik dia sgt2 menyuntik hati ana
dan ana sgt2 suka nasyid yang rancak @_@
paling2 suka...shoutul harakah punye lagu la..
Nasyid wacana dakwah zaman kini..
sukalah ia sekadarnya saja,selamat menghayati

Lirik
Setiap manusia pasti punya
Pemikiran yang saling berbeza
Tapi janganlah cuba untuk memaksa
Yang lain jika tidak sekata
Usah taksub tafsiran sendiri
Pandanglah dari sudut yang lain
Mungkin ada benarnya kata mereka
Andainya berfikiran terbuka
Renungkanlah bersama
Habibi janganlah membenci
Hentikan dari saling menyakiti
Habibi hanya jikalau bersatu
Umahmu akan lebih maju
Temanku bersalamlah selalu
Hormati mereka disekelilingmu
Temanku marilah kita bersama
Menjadi pejuang agama
Tak perlu meninggikan suara
Untuk meluah apa dirasa
Kerana lantang itu bukannya bermakna
Katamu menjadi lebih benar
Renungkanlah bersama
Musibah,sabar dan redha..
Ya ALLAH..bantulah tenangkan hatiku..
Friday, August 19, 2011
19th Ramadan..

Friday, June 24, 2011
Nisa' latest program!!!mai2!!

Assalamualaikum shbt2 blogger :) Lamanya blog ni x diupdate,tapi alhmdulillah ana update ngan berita yg gumbira,satu khabar baik !! wah..excited ckit dpt pot something kat laman ana yg dah bersawang sana sini.Hohoho kesibukan melanda...:p
In'ALLAH nisa' templer,sekali lagi mengadakan satu program,sempena hari BAPA!! Hmm bertemakan 'Sayang,menyemai kasih bersamamu...'.Meh check info2nya
Tarikh:25 Jun 2011 (sabtu a.k.a esok)
Masa:8.30pg-12.00tghhari
Tempat:Masjid al-muttaqin,selayang pandang
Panel:1.Ustaz PAHROL MOHD JUOI (hmm ana dah bold kan situ,panelis hebat lagi mantop)hee beliau kolumnis majalah solusi...penulis buku bestseller nota hati seorang lelaki dna bnyk lagi...
2.Ibu Lin (Azlin Hezri)..ibu kepada artis nasyid tanah air...hmm cube tekalah..
Cabutan bertuah disediakan..solat dhuha bersama.Program terbuka kpd muslimin muslimat..:) mailah...semua peringkat umur boleh datang..hm kesal ckit,sbb terlewat buat post pasal ni.Sesiapa yg terbaca lepas dari tarikh..ana asifah.In'allah next2 program..ana akan update dari masa ke semasa.
3 julai,Nisa' serdang ada buat talk juga...BMW..hehe..hmm mmg kena pergi jugak.In'ALLAH akan ana bgtaw maklumannya...
Bicara soal hari bapa..ana nk cite ckit,boleh kan???
Ana ada postkan program ini di satu group..ada sorg ni,berkata..silap2 dia type.
'kalau nk sambut hari bapa,xpayah nk tggu hari bapa,x perlu nk buat program2 khusus masa hari tertentu saja..'
syukran krn respons..tapi bagi ana,dalam kesibukan anak2 kini..tanpa hari yang khusus,alamatnya mereka xkan ingt lah pengorbanan bapa mereka...tapi ana bersetuju juga pada komen beliau...xperlu nk tggu hari khusus.Tapi itupun hanya individu tertentu saja yg punya kesedaran akan telefon bapa ucap terima kasih,minx maaf sebelum tidur,doakan bapa usai solat.Justeru Nisa' tampil untuk melakukan sesuatu demi maslahat masy in'ALLAH sama2 kita ra'ikan..k.jumpa di sana esok!!!biiznillah
allahua'alam
Wednesday, May 18, 2011
JOM KUTIP ILMU BERSAMA NISA'!!

Assalamualaikum,sahabat2 blogger yang berblogwalking ke cni,yang menekan link ini..sahbt2 yang jalan berziarah...yang singgah sekejap..yang singgah lama2 ke laman nahnu khalifatullah ni..hehe terima kasih yang x terkira banyaknye..Inilah kekuatan ukhuwah islamiyyah yang ana dpt rasa,kita saling bergerak dari satu laman ke laman dgn niat yang sarat untuk kutip ilmu..alhamdulillah3x.
Minta perhatian shbt2 5 minit pada entry ini...syukur lillah krn Nisa' kaw selayang dan dun taman templer melebarkan lagi jalur dakwah dgn mengadakan program coffeetalk bersama USTAZAH TEH IZANURI ni pic beliau..

Pernah nampak kat tv9 kan3..:D Begini..pada tarikh 21 mei 2011,bertempat di masjid at-taqwa,selayang baru,selangor.In'ALLAH akan diadakan sesi talk bersama beliau.Tajuk talk tu sgt2 la sesuai dgn remaja dan belia kita yang tgh keliru dlm mencari cinta iaitu 'SEPI TANPA CINTA'..Sasaran peserta berumur 12 tahun hingga 35 tahun..Untuk muslimah ye..yang muslimin boleh la bgthu kat adik2 perempuan..kakak..ibu2..jiran2..sedara mara dan rakan2..In'allah barakahnya kita kongsi bersama..
Tiada bayaran dikenakan ye..tapi sekiranya baru nak daftar sebagai ahli nisa' cuma rm5 seumur hidup.:D dialu-alukan untuk join nisa'.Ana (itqan) baru join nisa' sejak f5 kira2 masa 2009.Program2nye sgt2 best..sronok dan bnyk ibrah..yg penting muslimah harus aktif!!alhmdulillah skrg dlm nisa' ana bersama dgn mujahidah2 di kawasan dun taman templer.Hamdan2 lillah..jom join NISA'!!connecting youth..penguhubung generasi muda..See u soon!!
Tuesday, April 19, 2011
Am I Truly Muslimah ii
AM I TRULY MUSLIMAH yang kedua ini adalah rentetan dari AM I TRULY MUSLIMAH yang pertama pada tahun 2006.Susulan program2 lain di SAMER seperti 'TAUTAN UKHWAH' pada 2005,'BIAH IBADAH 1'pada 2006 dan 'BIAH IBADAH 2' pada 2007,dan 'TITIAN MAHABBAH' pada 2009 hanya menyasarkan pelajar f1,f2 dan f3 sahaja.Program seperti 'PESONA' pada tahun 2008 dan 2009 pula hanya mengambil masa 2 hari yang mungkin tidak cukup untuk memfokuskan objektif.Justeru program AM I TRULY MUSLIMAH yang kedua ini telah dirancang dgn sgt2 teliti melalui modul2nya,taujih yang akan disampaikan,serta games yang mempunyai ibrah yang besar pada adik2 SAMER ini.
Sebagai urusetia..ana(itqan),saidah husna,fatimah roslan dan sumaiyyah najihah bertungkus lumus menyiapkan bahan2 modul,bahan2 untuk games serta soalan2 yang berupa soalan berkaitan penghayatan islam dan isu semasa.Ana kehulu hilir dgn first aid kit,husna plak sbg camerawoman unggul hehe.Program santai2 sahaja..tapi kesibukan kami x kira masa.Kiranya setiap hari tidur pukul 2 pagi.Xpe..rindu di SAMER,ahli2nya,warden2nya punya pasal,x kisah la.=)
Banyak perubahan besar yg positif pada adik2 ni..pertamanya bila berjumpa pada hari pertama lagi..mereka pasti akan memberi salam atau pun mesti tegur dan senyum.X sempat ana nak mula..aish malu alah.Sampai la last program..even berselisih dua tiga kali,x penat2 beri salam.Perubahan yang dtg dari diri sendiri.Bagus2..ni ana pulak nak praktik kat luar in'ALLAH.Hari pertama lagi,ana cuba ingat kembali semua nama adik2 ni..134 orang..sebilangan besarnya memang ana kenal.Ada juga pelajar baru yang ambil kelas sains kat SAMER.Ukhuwah itu serumpun..baru atau lama..sayang krn ALLAH itu tetap utama.=)
Teruskan berjuang adik2 ku.Setkan matlamat itu yang utama.Muslimah harus aktif!!Mujahidah yang concern dgn isu semasa...mujahidah yang alert dengan masalah ummat..mujahidah yang tunduk di hadapan ALLAH..Mujahidah yang malamnya tidak lekang dengan qiam..siangnya pula berbakti di jalan ALLAH..cakapnya diiring dgn mengingati ALLAH..diamnya juga mengingati ALLAH..tingkahlaku dan jalannya penuh penghambaan..memang sukar untuk menjadi sempurna..kita cuba pelan2..sama2 ye :) wallahua'lam
p/s:gambar program terlalu besar untuk diupload..
Monday, February 14, 2011
Teristimewa Buatmu...

Firman ALLAH:"Sesungguhnya Allah S.W.T. dan para Malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Maka, wahai mereka yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya dengan sebaik selawat dan salam." (Surah Al-Ahzab:56)
Nampak x??arahan dari ALLAH..fi'lu amar..tuntutan kita memberi penghormatan pada Nabi.Apa lagi yg dituggu..melainkan kita laksanakannya =) hayya ma'aya.
Dalam satu hadith nabi...tentang kelebihan berselawat.
"Sabda Nabi S.A.W. "Barang siapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat." (Hadis Riwayat At-Tabrani)
Jadi selawat yg paling biasa dan lazim..ialah:

Insya'ALLAH..sama2 kita ringankan bibir kita..basahkan lidah kita dgn selawat pada baginda selepas zikrullah.X rugi pun..malah kita akan dpt bnyk keuntungan.
Masa usrah dulu..ada naqibah ni bg analogi pada ana tntg kita dan nabi.Ibaratnye gini..cuba kita bayangkan..yg masing2 punyai peminat.Secret admire gitu..pastu tiap hari mesti ada org kirim salam..contoh mcm kat skola ada adik tu minat kt kite..kih3..tiap hari dye suruh org lain kirim salam pada kita.Siap bagi hadiah atau coklat letak bawah meja..hmm agak2 la kan.Kita akan ingt x pada org yg suke kirim slm n bagi hadiah pada kita tu??msti la ingt btol x...ye la tiap hari kirim slm.org yg sama je..begitulah jugak kita,kalau setiap hari berselwat pada nabi..amalkn sunnah nabi..tentu nabi akan ingat kita di akhirat.Syafaat mnjadi keutamaan pada org yg bnyk ingat nabi.=) bestkan...?ana x lupe analogy ni..smpi bile2.
Sewaktu ana menulis entry ni..ana berada di melaka.Semalam makan ikan bakar di pengkalan balak..amboi meriahnye..karaoke gitu.Sebak dada...sdgkn kita patut berselawat untk m'ingati nabi..sekurg2nya pasang la lagu2 yg mngingatkn kita pada baginda..kalo x nak pun..x payah la psg lagu.Sgt2 mencalar hati..valentine yg mrk ingat..usaha baginda menyebarkn islam ni x mau ingt pun.Allah..ampunkan saudara2 ku..berilah mereka petunjuk..kembalikan mereka pada fitrah ISLAM.
YA NABI...KAMI RINDU PADAMU...SYAFAATKANLAH KAMI YG MERINDUIMU..YG BNYK BERSELAWAT DAN MENGINGATIMU..;(
Saturday, January 1, 2011
~Da'ie di malam tahun baru~
Aina nadia,anak buah kesayangan maksu..all dbest in form 4.SMA mumtaz na..?hehe sykran atas entry pasal akk tu..baca sini..x sgka awk pun ada blog.maju ye.. Ok tutup cerita tu..
Kali ni ana nk kongsi satu lagi pngalam ana brsama akak2 NISA' selayang dan NGO2 yang brgabung dlm satu XPDC DAKWAH (KEMPEN ANTI ZINA) yang diadakan pada malam tahun baru.Huhu terlewat update pasal ni.xpelah kn...Semua skali yg mnjadi sukarelawan lebih kurg 200 org atau lebih.Antara NGO yang mnyertai xpdc ini..semestinya Unit AMAL,Unit Nisa',PKPIM(ABIM),PEPIAS,JAM'IYYAH,PPIM dan bnyk lagi.Turut serta penguatkuasa agama dan wakil masjid amaniah,Gombak.Kitorg ditaklimatkn di ruang solat utama msjid amaniah pada pukul 11 malam..misi bermula pada 11.30p.m-2.30a.m.(sbnrnye habis kol 3.30pagi)=)
Ana join xpdc ni buat kali pertama sbnrnye,jadi perasaan srba srbi gentar terbit bila mana ana kena berdepan dgn masy secara spontan.Bila tgok anak2 muda luar sana..yg umurnya mgkin belasan tahun,atau sebaya dgn ana ataupun lebih senior lagi dari ana dok lepak2,peluk2 laki pompuan..smoke x yah ckp la..pmpuan pun sama aje..rambut kale2,fesyen macam2,sluar koyaklah,baju sndatlah..singkat smpai nmpak segala-galanya astaghfirullahaladzim je yang mampu diulang-ulang.Tertanya-tnya dlm hati..'mak ayah diorg kasi ke kua ngan laki2 ni??mak ayah diorg thu x??',sdgkan ana yg nak keluar g xpdc ni pun ayah kalau boleh x bagi..cuma ayah mak tahu ini perjuangan anaknya.Terima kasih mak ayah..
Namun dikuatkan hati..inilah saudara2ku.Bila mereka hanyut,kita yg sayang kn mereka krn ALLAH prlu lakukan sesuatu.Hadith ke-34 dlm susunan Imam Nawawi ada mnyebut
عن أبي سعيد الخدري – رضي الله عنه – قال : قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول - من رأى منكم منكرا فليغيره بيده ، فإن لم يستطع فبلسانه ، فإن لم يستطع فبقلبه و ذلك أضعف الإيمان - رواه مسلم
Dari Abu Sa'id Al Khudri radhiyallahu anhu, ia berkata : Aku mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda : “Barang siapa di antaramu melihat kemungkaran, hendaklah ia merubahnya (mencegahnya) dengan tangannya (kekuasaannya) ; jika ia tak sanggup, maka dengan lidahnya (menasihatinya) ; dan jika tak sanggup juga, maka dengan hatinya (merasa tidak senang dan tidak setuju) , dan demikian itu adalah selemah-lemah iman”.
[Muslim no. 49]
Gambar muslimin swktu taklimat
Kami dibahagikan kpd 6 kumpulan...setiap kumpulan ada lebih kurg 40 org sukarelawan.Ana di kumpulan ke-4 yg diketuai En zaidi ,Ketua pemuda Pas selayang.Kump 4 dikhndaki brdakwah di 4 tmpat (uptown sri gombak,Karak,Ukay perdana..bkt antarabgsa dan kawasan org asli).Ana naik kereta brsama ustz zakariya brsama isteri dan anaknya..mereka wakil JAM'IYYAH dan brsama kami jga ukhti jamilah dari NISA'..samalah ngan ana.Gmbar2 yang diambil sumenye sblum xpdc..huhu masa xpdc tiada gmbar..yelah tgh brjihad tyme tu..=)x nyempat amik gambo moga ALLAH redha.
ukhti jamilah..ukhti fazilah
pamplet2..n risalah yang kami edarkan..
Sebenarnya banyak lagi..antara yang kami edarkan..termasuklah paper selangorkini.Ana x mahu cerita panjang..cuma sdikit perkongsian sewaktu ana adakan ckit talk dgn satu family ni.Tyme tu dekat restoran brdekatan ngan kawasan org asli.Kat situ ada bnyk restoran.ana,ukhti sarah n ukhti jamilah pegilah masuk satu restoran ni...Masing2 (ukhti jamilah n sarah) sdg edar2kan risalah..tapi mata ana cuma tertumpu pada 1 keluarga ni..ada mak,ayah,n sorg anak perempuan.Dari jauh nmpk mcm chinese..sbb mak n anak pmpuan nye free hair pas2 dress up branded punye.Jadi ana pun dekati diorg,'nk bagi salam ke???mcm china...xpelah senyum sje'...detik hati ana
ana pun ckp "selamat tahun baru auntie..."..smbil2 ana bagi risalah tntg jauhi maksiat,arak,pamplet kerajaan negeri selangor..dan paper selangorkini...
"apa ni??"pakcik tnye smbil baca..hoho melayu rupanya..hmm rugi x ckp salam tadi..
"oh..ini usaha kami dlm membanteras gjala sosial yg melampau skrg pakcik.."hehe gugup2.
"kamu dari mana??dhsyt ye,malam2 gini pun smngt lagi.."
ana trsengih"saya ni mwakili NGO NISA'..mnyokong usaha kerajaan negeri selangor..dakwah tggungjawab bersama.."harap2 ana x salah ckp..buknnye praktis pun..spontan je.
"oh..kamu ni org kerajaan negeri s'gor??"
"iyela..pakcik??pak cik kerajaan negeri mana??"alih2 kami sume tergelak..iyelah dah dorg pun dok slangor..hihi..pakcik2..anak prmpuannya ana bgi pamplet tntg mnutup aurat..pastu ukhti sarah n jamilah dtg dkt ana..tnye dah ke blum.Nk ke ukay prdana pulak lepas ni..sblum pergi ana salam dulu dgn makcik tu n anak prmpuannya..pastu bagi salam sbb dah yakin dorg itu ISLAM..boleh plak brsembang.ana doa dlm hati mga2 dgn sdikit usaha yg mmpunyai niat dan matlamat yg besar tu..smpi pada masyarakat islam kita hari ini.Kalo x silap tyme tu dah nk dekat 2.30 pagi...aiyaa ramai pulak org mkn pagi2 buta gini.
Jadi itulah sikit..usaha para da'ie pada malam tahun baru..X lupa juga..tahniah pada GAMIS ,SMM yang brjaya mmbuat aktiviti yg sama di KLCC..pasti lebih bnyk remaja lepak2 kat situ..NISA' selayang ttp akan terus mnyokong usaha dakwah...usaha mengislahkan masy.=) ~ISLAM 4 ALL~
Tuesday, December 21, 2010
JNS~10

Tak seperti bintang di langit
Tak seperti indah pelangi
Karena diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya
Dan wajahku memang begini
Sikapku jelas tak sempurna
Ku akui ku bukanlah mereka
Ku apa adanya
Menjadi diriku
Dengan segala kekurangan
Menjadi diriku
Atas kelebihanku.......
Terimalah aku
Seperti apa adanya
Aku hanya insan biasa
Ku pun tak sempurna
Tetap ku bangga
Atas apa yang ku punya
Setiap waktu ku nikmati
Anugerah hidup yang ku miliki
Subhanallah...indah lagu ni..indah juga liriknya..seindah kemnya.Ya!!inilah lagu tema kami..
Ini penyertaan ke-2 ana di JNS a.k.a Jambori nisa' selangor yang julung2 kalinya dibuat setiap tahun brmula 2010.Oklah tu..umur ana untuk thun ni pun cukup2 je untuk had umur kem ni.Thun dpn dah x boleh join JNS lagi..dah lebih had umur.Alhamdulillah...ALLAH pilih ana untuk menyertai mereka yg seramai 350 org.Blum campur fasilitator..urusetia dari semua nisa' kawasan.Ya ALLAH..meriah saaaangt.
Paling x disangka..shbt ana yg satu group thun lepas...yg mandi sma2 (kantoi) xde lah..mkn sama2..share sume prkara sama2..thun ni beliau jadi fasi untuk team A.maju!!!sorg lagi shbt satu skola..lama jugak x jumpa dgn dye sbb cuti lepas stam..tup2 masa pndftaran,dye dtg peluk ana...allah..rindu terlerai..beliau juga pakai jaket fasi.Rupanya perkenalan kami agenda ALLAH.Waktu stam..ana x thu pun dye join nisa'.Ana masih di tempt peserta team B..tapi sungguh2 ilmu yang terlampau baaaanyk yg dpt ana kutip.Mabruk sume fesi n sume yg terlibat.Of cozla..kpd pengarah jambori nisa',penasihat2 terunggul(ukhti ashidah johari)..ketua nisa' Selangor(Kak masyitah)..tentu brganda ganda pahala buat mereka.Siang malam memikirkn masalah ummat shingga tercetuslah jambori ini sbg penyelesaiannya.In'ALLAH
Bertemakn 'I'M PROUD TO BE MUSLIM'..ana rasa 99.9% aktiviti..LDKnya yg mnjurus kpd tema ini.Terutamanya slot brsama Imam Muda,slot muhasabah brsama Kak Anis (uiam) dan yg mengujakan ana..majlis penutup yg sgt menginsafkn.Dr Rosni Adam ketua nisa' Malaysia mmbuatkn ana rasa penutup itulah penutup majlis yang TERRRbaik spnjang semua program yg prh ana lalui.Apa lagi kalau bukan majlis yang penuh redha illah..muhasabah agar kmbali pada ALLAH.Bukan majlis yg penuh sorakan dgn tepukn dan jeritan mahupun belon2 yg memenuhi segenap ruang dewan.Hari terakhir itu..penuh dgn keinsafan..tangisan cinta pada ALLAH bergema di seluruh pelosok hati2 peserta In'ALLAH.Ana bg A+ untuk semua aktiviti JNS.

Kalau nak cerita tntg isi program..smpi esok pun x habs menaip n antum antunna x habis2 baca.Bnyk sangat inputnye.Sedikit perkongsian yg ana xkan lupa shingga hari ini..kata2 seorg fasi team B..kak fairus a.k.a kak yus."kalau nak masuk syurga..kita x boleh jadi org yg biasa2..kerana syurga hanya menerima org yang luar biasa"..terngiang-ngiang smpi harini.SO!!ana nk jadi an extraordinary mu'minah ..huhu btol ke??in'ALLAH.Sematkn azam dalam hati sejak dgr ayat itu.Syukran ukhti yus.
Di JNS..ramai pulak yg ana jumpa...
3 org fasi adalah kenalan ana...
kak syaheera(yarmouk jordan)-kitorg sama2 fasi di kkb bulan 10 lalu..untk prgram adik2 di SMKKKB
ukhti fatin(apiumnp)-sama2 peserta JNS09,satu group...adik kak syida rupanya
ukhti farahin (stam)-satu kelas..satu skola..satu matlamat!!agogo mesir!!hhe
peserta JNS 09 mjoriti jumpa balik thun ni
Adik2 samer pun ada (anisatul,anis izreen,aimi n fadhilah khaleel)
Urusetia(Nisa' Hulu s'gor)
kak safa-ana masa duk kkb join nisa' Hulu selngor
kak mariam-ingt tyme taa'ruf..akak paling semangat
kak nadia-lawyer to be in'ALLAH..
Dan yang teristimewa...ana jumpa dgn kak nadirah(upm).Beliau kakak naqibah ana masa tamrin nuqaba' di SAMER..indah sangt pertemuan tu.Skrg kak nadirah busy..siapkan thesis beliau..mabruk ya ukhti.Masa salam2 kat atas pentas tu..ana ingt bisikan kata2 beliau di telinga ini..ana akan simpan smpi bila2..dan ana akan tunaikan hajat itu.Shbt2 beliau juga ana ingt..kak izzah,kak fizah.Ukhti nadirah antara org hebat yg ana jumpa..ana kenal..ana bermuraja'ah..berusrah..bersms..apa lagi lah ye..oh berprogram.Ttkala lihat mukanya ana rasa tenang saja...bila brcakap dgnnya rasa terpujuk aje..bila peluk rasa nk nangis.Aura apakah itu???
Rentetan JNS.'I'm proud to be a muslim'..because i was one of 'MUSLIMAT POWER!!'
entry seterusnya..ana akan ceritakan semua ilmu yg ana dpt di sana!!in'ALLAH..
(AL-HUJURAT:10)
Friday, October 1, 2010
PeCuTaN sAaT GeNtInG!


Wednesday, September 29, 2010
Jihad Tuntut Ilmu

Assalamualaikum pejuang2 islam sekalian.. Bagaimana iman kita di saat ini? Sbntr tadi? Keimanan sebagai paksi.. Jgn lupa utk recheck iman kita stp masa ye^_~ Begitu juga amal kita..
Klu tgk gambar di atas,n baca hadis tersebut,blh agak x apa yg ana nak kongsikan hari ni..? Ermm..nak cerita,ada satu masa tu,ana terfikir..
"Kenapa ye time kuliah math aku asyik ngantuk je??"...
Berfikir2 mencari jawapan.. Muhasabah kondisi diri..
Tiba2,hatiku tersentak,mindaku terbuka..
Teringat ana akan kisah Imam Syafi'e mengadu kepada gurunya..tapi,ana x ingat sgt kisahnya jadi,ana bertanya kpd sahabat baik ana.
Balasnya..
Tentang imam syafi'e tu..gini kisahnya..satu hari imam syafi'e terasa susah sgt nak lekat ilmu yg dia pelajari..dia jumpa dgn gurunya yg bernama Imam Waqi'..cerita ni ada lagunya..
Lagu ni adalah rintihan imam syafi'e dan cerita tatkala dia berjumpa gurunya
"syakautu ila waqi' su' ahifzhi...
fa'arsyadani ila tarkil ma'asi..
fa'akhbarani biannal ilma nur...
wanurullahi la yuhda lil'asi.."
maksudnye..
"aku mengadu kepada waqi'(gurunya)ttg buruknya hafalanku(x lekat di kepala)
maka dia(Imam Waqi')membimbingku utk meninggalkan perkara maksiat
maka dia(Imam Waqi')mengkhabarkan padaku sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya
dan cahaya ALLAH(ilmu)tidak memberi petunjuk pd org yg lakukan maksiat"
Bila Imam Syafi'e teringat balik..apakah maksiat itu..
Sewaktu ketika ada seorang perempuan ingin naik atas kenderaan(x ingat sama ada kuda o unta),tersingkap kainnya lalu terserlah betis perempuan itu.. Imam Syafi'e ternampak..segera ditundukkan pandangan..
Ibrahnya byk sgt..kita kena ghaddul basar(tundukkan pandangan) pada benda2 yg lagha..sekalipun secara x sengaja..
Kisah ini..membuatkan ana terfikir..bahawa antara faktor ana x dpt hadam apa yg dipelajari(klu time bljr ngantuk,maknanya kita x dpt la ilmu yg diajar tu kan?) adalah kondisi hati ana sendiri..diselaputi titik2 hitam yg terbit drpd dosa2..ALLAH..mcm mana la ilmu tu nak masuk ke dlm hati jika keadaan hati itu kotor?
Setiap anak Adam itu berdosa tetapi,sebaik2 org yg berdosa adalah org yg bertaubat.. Mudah2an,mujahadah kita dikira oleh ALLAH.. Allah lihat pada usaha,bukan hasilnya.. Sama2 lah kita berusaha utk memperbaiki diri..buat yg terbaik krn ALLAH..menjadi hambaNYA yg bertaqwa,mukmin yg bertaqwa.. Amin..
Sahabat2 ana sekalian,moga ukhwah kita diberkati dan dirahmati ALLAH,seterusnya berkekalan hingga ke syurga.. Amin Ya Rabbal Alamin.. Bimbinglah diri ini dan sahabat2 lain dlm menCINTAI ALLAH dan RASULNYA melebihi cinta kpd yg lain.. Di mana cinta,kasih dan rindu kita letakkan klu bukan pada ALLAH,Tuhan yg menciptakannya(cipta rasa cinta itu).. pemilik segala apa yg ada di bumi dan di langit..
Singkirkan rasa memiliki dlm diri..kerana hakikatnya hanya ALLAH pemilik segala hal,apa yg ada di bumi dan di langit..Pencipta kita..Tuhan Sekalian Alam..hati kita milik ALLAH,kejayaan kita milik ALLAH,potensi kita milik ALLAH,hembusan nafas kita milik ALLAH,segala apa yg kita ada n apa yg kita dpt adlh milik ALLAH..maka.. bersyukurlah kita di atas nikmatNYA..
"Apa yg Allah beri lebih banyak drpd apa yg kita pinta" dan "Hitunglah kesyukuranmu bukan kesukaranmu". Renungilah firman ALLAH yg bermaksud:"Dan jika kamu menghitung nikmat ALLAH,nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya"(surah Ibrahim:34) Dan kerana ALLAH adalah pemiliknya maka,bila2 saja ALLAH boleh ambilnya semula.. Hargailah nikmat iman dan islam,dan bersyukurlah di atas kurniaanNYA dgn mentaati perintahNYA dan meninggalkan laranganNYA,mengikut cara Nabi Muhammad SAW..
Jazakumullah a'la kulli hal wa afwan a'la kulli syarri..Teruskan menuntut ilmu,lebih2 lagi ilmu agama..dan diniatkan krn ALLAH semata2,insyaALLAH..
Friday, September 10, 2010
~puasa enam~
Ana sekeluarga x kemana.Cuma tunggu maksu yang nak dtg petang ni dan akan bermalam di rumah selayang.Esok abang Hafiz dan isteri dah plan nak pergi ulu yam..mandi mande smbil wat BBQ..kire mcm family day la kot.Huhu ana x merancang nk mandi..maybe bawak homework g sne..Yelah exam dah dekat,oh ye jgn lupe bdak2 stam,ust fatimah nak wat ujian saringan hadith..so,kena hafal satu buku 33 hadith skali dgn mustolahnya..
Raya pertama semalam semua orang berkumpul kat rumah maksu sbb tok ada kat sana..meriah sgt2.Hari raya pertama,mak ayah berbaju purple..kitorg 3 beradik brbaju serba oren..Bersalaman lah sesama sedara(yg pompuan)hehe..x smpi petang lagi duit raya sudah mencecah rm90.Wah masyuk!walaupun bukan itu bukan sebenarnya yang kita rai di bulan syawal ini,kalau dah ada org bagi..amik je la..
alhamdulillah
Harapnya kita semua dpt mera'ikan dgn besederhana.Biarlah kesan Ramadhan terhadap diri kita ini,berterusan sehingga Ramadhan akan dtg.Makan jgn berlebihan dan hari ni dah boleh mula untuk puasa enam..
"Abu ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulullah s.a.w
di dlm menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya:"sesiapa yang puasa Ramadhan,kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun" (Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya,juga dikeluarkan oleh sekelian ramai ulama' hadith seperti Imam Tirmizi,An-nasa'ie dan Ibn Majah).Imam Syafie' menjelaskan hadith ini adalah hadith sahih.
Pendapat Imam Syafi'e..untuk melakukan puasa enam ini,sejurus selepas hari raya pertama dan dilakukan secara berturut-turut.Tetapi bukanlah bermakna puasa yang dilakukan scr terputus(awal,tgh dan akhir) tidak mendapat pahala,ia juga dikira sbg ibadah.
Jadi apa lagi..hayya2!fastabiqul khairat..berlumba-lumba kita ke arah kebaikan.
Wednesday, September 8, 2010
Ust Rizal b. Mokhter AL-hafiz




