Pages

Wednesday, September 29, 2010

Jihad Tuntut Ilmu


Assalamualaikum pejuang2 islam sekalian.. Bagaimana iman kita di saat ini? Sbntr tadi? Keimanan sebagai paksi.. Jgn lupa utk recheck iman kita stp masa ye^_~ Begitu juga amal kita..

Klu tgk gambar di atas,n baca hadis tersebut,blh agak x apa yg ana nak kongsikan hari ni..? Ermm..nak cerita,ada satu masa tu,ana terfikir..

"Kenapa ye time kuliah math aku asyik ngantuk je??"...
Berfikir2 mencari jawapan.. Muhasabah kondisi diri..
Tiba2,hatiku tersentak,mindaku terbuka..

Teringat ana akan kisah Imam Syafi'e mengadu kepada gurunya..tapi,ana x ingat sgt kisahnya jadi,ana bertanya kpd sahabat baik ana.

Balasnya..
Tentang imam syafi'e tu..gini kisahnya..satu hari imam syafi'e terasa susah sgt nak lekat ilmu yg dia pelajari..dia jumpa dgn gurunya yg bernama Imam Waqi'..cerita ni ada lagunya..

Lagu ni adalah rintihan imam syafi'e dan cerita tatkala dia berjumpa gurunya
"syakautu ila waqi' su' ahifzhi...
fa'arsyadani ila tarkil ma'asi..
fa'akhbarani biannal ilma nur...
wanurullahi la yuhda lil'asi.."

maksudnye..
"aku mengadu kepada waqi'(gurunya)ttg buruknya hafalanku(x lekat di kepala)
maka dia(Imam Waqi')membimbingku utk meninggalkan perkara maksiat
maka dia(Imam Waqi')mengkhabarkan padaku sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya
dan cahaya ALLAH(ilmu)tidak memberi petunjuk pd org yg lakukan maksiat"

Bila Imam Syafi'e teringat balik..apakah maksiat itu..
Sewaktu ketika ada seorang perempuan ingin naik atas kenderaan(x ingat sama ada kuda o unta),tersingkap kainnya lalu terserlah betis perempuan itu.. Imam Syafi'e ternampak..segera ditundukkan pandangan..

Ibrahnya byk sgt..kita kena ghaddul basar(tundukkan pandangan) pada benda2 yg lagha..sekalipun secara x sengaja..

Kisah ini..membuatkan ana terfikir..bahawa antara faktor ana x dpt hadam apa yg dipelajari(klu time bljr ngantuk,maknanya kita x dpt la ilmu yg diajar tu kan?) adalah kondisi hati ana sendiri..diselaputi titik2 hitam yg terbit drpd dosa2..ALLAH..mcm mana la ilmu tu nak masuk ke dlm hati jika keadaan hati itu kotor?

Setiap anak Adam itu berdosa tetapi,sebaik2 org yg berdosa adalah org yg bertaubat.. Mudah2an,mujahadah kita dikira oleh ALLAH.. Allah lihat pada usaha,bukan hasilnya.. Sama2 lah kita berusaha utk memperbaiki diri..buat yg terbaik krn ALLAH..menjadi hambaNYA yg bertaqwa,mukmin yg bertaqwa.. Amin..

Sahabat2 ana sekalian,moga ukhwah kita diberkati dan dirahmati ALLAH,seterusnya berkekalan hingga ke syurga.. Amin Ya Rabbal Alamin.. Bimbinglah diri ini dan sahabat2 lain dlm menCINTAI ALLAH dan RASULNYA melebihi cinta kpd yg lain.. Di mana cinta,kasih dan rindu kita letakkan klu bukan pada ALLAH,Tuhan yg menciptakannya(cipta rasa cinta itu).. pemilik segala apa yg ada di bumi dan di langit..

Singkirkan rasa memiliki dlm diri..kerana hakikatnya hanya ALLAH pemilik segala hal,apa yg ada di bumi dan di langit..Pencipta kita..Tuhan Sekalian Alam..hati kita milik ALLAH,kejayaan kita milik ALLAH,potensi kita milik ALLAH,hembusan nafas kita milik ALLAH,segala apa yg kita ada n apa yg kita dpt adlh milik ALLAH..maka.. bersyukurlah kita di atas nikmatNYA..

"Apa yg Allah beri lebih banyak drpd apa yg kita pinta" dan "Hitunglah kesyukuranmu bukan kesukaranmu". Renungilah firman ALLAH yg bermaksud:"Dan jika kamu menghitung nikmat ALLAH,nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya"(surah Ibrahim:34) Dan kerana ALLAH adalah pemiliknya maka,bila2 saja ALLAH boleh ambilnya semula.. Hargailah nikmat iman dan islam,dan bersyukurlah di atas kurniaanNYA dgn mentaati perintahNYA dan meninggalkan laranganNYA,mengikut cara Nabi Muhammad SAW..

Jazakumullah a'la kulli hal wa afwan a'la kulli syarri..Teruskan menuntut ilmu,lebih2 lagi ilmu agama..dan diniatkan krn ALLAH semata2,insyaALLAH..

"Kelemahanmu sbg manusia adlh ruang utk Allah berbelas ampun t'hadapmu, bukan peluang engkau mengulang dosa terhadapNYA.. Demikian juga kelemahanmu sbg manusia adlh ruang org lain memaafkanmu,bukan peluang utk engkau bersalah laku tanpa malu!"

2 comments :

Ruziah Ismail said...

Assalamualaikum w.b.t,
terima kasi krn tinggalkan jejak.

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (sebagai memuliakan dan menghormati) penuntut ilmu agama, kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan.
>>"Abu ad-Darda' r.a

sekadar perkongsian
Wallhu A'lam

MUJTAHIDAH SOLEHAH said...

>nunaa
Waalaikumussalam w.b.t. ^_^

Alhamdulillah atas perkongsiannya,
sangat2 hargainya ukhti nunaa! ^^,
1st time saya dgr hadis itu,
Subhanallah..

Terima kasih atas perkongsian dan tinggalan jejak ini.
moga ALLAH kasih dan redha,amin..(",)