Nabi S.A.W bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Anas Bin Malik r.a yang bermaksud:"Tatkala ALLAH mencipta bumi,maka bumi pun bergetar.Maka ALLAH ciptakan gunung dgn kekuatan yang diberikan kepadanya,ternyata bumi pun diam.Para malaikat pun hairan akan penciptaan gunung tersebut.Kemudian mereka pun bertanya:"YA RABBI,adakah sesuatu yang ENGKAU ciptakan lebih hebat daripada gunung?"
ALLAH menjawab,"Ada iaitu besi."(kita maklum bahawa gunung batu pun boleh menjadi rata ketika dikorek dan diratakan oleh buldozer atau sejenisnya yang ternyata dibuat daripada besi)
Para malaikat pun kembali bertanya:"YA RABBI,adakah sesuatu dalam penciptaanMU yang lebih hebat daripada besi?"
ALLAH yang Maha Suci menjawab:"Ada iaitu api."(Besi boleh menjadi cair bahkan boleh mendidih setelah dibakar dgn api)
Malaikat kembali bertanya:"YA RABBI,adakah sesuatu dalam penciptaanMU yang lebih hebat daripada api?".
ALLAH yang Agung menjawab:"Ada iaitu air."(Api yang membara mana pun akan padam setelah disimbah air)
"YA RABBI,adakah sesuatu yang lebih hebat daripada air?"tanya malaikat lagi
ALLAH yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab:"Ada iaitu angin"(Air di samudera akan segera terangkat,bergulung-gulung dan berombak,menghempas pantai dan batu karang,menyebabkan kapal dan perahu terumbang-ambing kerana dahsyatnya kekuatan angin)
Akhirnya para malaikat bertanya lagi:"YA RABBI,adakah sesuatu dalam penciptaanMU yang lebih hebat daripada angin?"
ALLAH yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kekuatanNYA menjawab:"Ada iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahui"(Riwayat al-Tirmizi)
Subhanallah..hayya ma'iya..!shh sorokkan amalmu..
0 comments :
Post a Comment