Pages

Friday, August 26, 2011

Ramadhanku,kami dan MUSYRIF

... بسم اللّه الرحمن الرحيم


Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah3..syukur pada ALLAH krn memberi nikmat hidup ini pd kita,lebih2 lagi beruntungnya kita yg masih dpt hidup dgn sihat dalam bulan ramadhan ini.Harini 27 Ramadhan,bermakna ada baki 3 hari lagi.Hati jadi pilu bila mengenangkan kembali kakak saudara ana..dalam usia yg muda beliau dijemput berjumpa ALLAH baru2 ini.Khabar yg mengejutkan ana pada jam 4 pagi semasa ana berkursus di ILDAS.Termenung panjang ana..beliau pergi dlm bulan yang mulia ini..x sempat pun mghabiskan hari2 yang berbaki hingga ke syawal.Kita pula masih dikurniakan nyawa ,kdg2 leka dalam beramal.Mudah2an masih sempat kita islah diri dalm bulan yg sgt2 penuh dgn fadhilat ni..aminnn.Fastabiqul Khairat (2:148)


Syukur pada ALLAH,atas aturannya ana telah slmt berkursus di ILDAS,Sabak Bernam bersama 113 org lagi sahabat2 termasuk yusra(author2 blog ini) atas dasar memantapkan bhs arab sbg persediaan untk ke timur tgh.Dah lama sgt x menulis kt cni..(isk2,admin ni malas ckit).Last entry dari ana pun 7 julai yang lalu,syukran sgt2 pada sahabat fillah ana ukhti Nurul Munirah Munir kerana bnyk mengisi post dgn inzar,khibrah dan ilmu yg sgt2 bermanfaat selama ana berkursus.Sedangkan beliau tgh bermujahadah dgn tutornya,assgnmentnya dlm kos sains hayat di UM..ma sya ALLAH mabruk ya ukhti,robbuna ma'aki.Dakwah full time,no excuse bak kata sorg shbt ana ni.Ok..Nak kongsi sedikit spnjang sebulan ana berkursus.




Kursus daurah arabiyah 18julai-13ogos



(Sabak bernam) destinasi yg dituju.3jam perjalanan dari rumah ana.Seawal lepas subuh kira2

6.45 a.m dah bertolak bersama mak ayah dan kak long.Topik paling hangat spnjang perjalanan ialah mentarang hehe..apakah itu??ana pun xtahu lah,mcm adik beradik kepah agaknya,bnyk dijual sepanjang jalan menuju ke sabak bernam.Tenang je lalu kawasan kampung..ayah cerita zaman kanak2 yang hidupnya susah xde lampu,jalan kaki 4km ke sekolah,main tali air dan mcm2 lagilah.Ana setia mendengar.Mak dgn kak long x hbis2 cerita pasal mentarang.Sampai di sg besar,kami sarapan dulu.Itulah yg paling ana ingat.Saat bersama keluarga adalah saat yg paling mesra.Bila dah smpi ILDAS,sedih mengalahkan org lain.Isk2 belum lagi hantar kat airport.Ya ALLAH KAU lah saksi kebaikan ibu ayah serta ukhti2ku,maka rahmatilah mereka,masukkan kami dlm syurgaMU bersama-sama.


Sepanjang daurah ini,kami di WAJIB kan bertutur dalam bahasa arab dari bangun tidur hingga masuk tidur balik..dahsyat X??hehe kalau boleh mimpi pun dalam bhs arab jugak.Mula2 mmg x biasa,pening kepala smpi berdenyut-denyut(cewah,padahal x pun).Ana curi2 jugak ckp b.m tapi sgt2 menyiksakan sbb terpaksa berbisik.Kantoi.Hukuman bg sesiapa yg ckp selain b.a adalah akan masuk mahkamah!!Mahkamah dia sgt2 mengerikan..eh,xlah saja je.hihi.Lepas maghrib nama2 yang terkantoi akan disebut di depan musolla,lepastu kena jumpa musyrif.Tyme tu mcm kena soal siasat polis tp dlm bhs arab la.Nama2 yg terkantoi ni sbnrnye diambil oleh JASUS.Jasus ada kat merata-rata tempat.Jasus tu apa??pergi bukak kamus.Lastu cambag ea...=p Disebabkan kena ckp arab,ana dpt rasa ana smkin kurang berckap kt sana..kalau nk ckp arab kena buat ayat dlm kepala dulu,baru boleh sebut.Masa tu fikir takut salah,malu kena gelak.


Tapi motivasi demi motivasi,nasihat dan bimbingan membuatkan kami rasa langsung x malu ckp arab.Salah punyalah bnyk,tapi buat selambe je..asalkan org faham apa kita nak cakap.aAda 9 orang insan yang sgt2 berjasa dalam hidup ana dan shbt2 yang lain.Kami bercakap arab hari2,dimana-mana saja tntg apa jua perkara,walaupun dalam tandas,di dewan makan,di bilik kuliah,di bilik tidur.Terasa hidup mcm kat mesir..heh.In'ALLAH kata musyrif..kalau mcm tu keadaannya,kami akan lebih cepat mahir.Siapakah insan2 yang berjasa itu..jom usha gambar mereka.






Dari kiri:



#Ustaz Fejri Gasman-beliau ini sedang belajar di IIUM,Gombak.Suara beliau perghh..merdu dan syahdu.Banyak lagu arab yg diajarkan kat kami,sehingga boleh menitis air mata..hehe,slalunya kitorg nyanyi dgn gembira tapi masa last day sbelum berpisah..nyanyian itulah yg paling sedih.Ustaz musyrif pada majmu'ah imam razi.



#Ustaz Syahruddin Moralist-beliau punya gaya yang tersendiri.Ingt lagi kata2 beliau 'lughoh jawawiyah haram!!'.Beliau menetap di jakarta dan juga sedang melanjutkan pelajaran di IIUM,Gombak.Ana berpeluang mnduduki exam syafawi dan beliau sbg musyrifnya..sgt2 memberi inspirasi sbb beliau sentiasa selitkan dgn nasihat.



#Ustaz Ali Ma'sum-Antara ust yg paling ramai peminat..^^ sohih.Beliau pun dari jakarta.Menuntut di IIUM post graduate(master).Sentiasa kemas dan ilmunya sgt tinggi.Beliau yg mensyarahkan kitorg panjang lebar tntang ilmu sorf.Lepas daurah,ana ada terserempak sekali dgn beliau di mahattah(stesen) terminal putra.Cuma angkat tgn dari jauh,sbb masing2 nak cepat ada urusan lain.



#Ustaz Zain al-fatthani-Luaran macam garang,tapi hakikatnye x.Orgnya kelakar,dan pakar nahu.Bayangkan nota setebal-tebalnya boleh diringkaskan beliau menjadi sehelai kertas.Ma sya ALLAH..hebat n superb.Beliau sudah punyai zaujah dan bintun solehah in'ALLAH.Sahabt ana mula2 cuak nak test syafawi dgn beliau sbb ingtkan garang,bila dah habis exam senyum lebar sbb katanya ustaz kelakar n sporting..^^



#Ustaz Fajri Ishaq-Kecil2 orangya tapi sgt tinggi ilmunya.Bnyk kali beliau masuk kelas ana mensyarahkan subjek muthola'ah.Kdg2 cuak juga,ana ni dahla duduk depan..sudah pasti kena baca petikan x berbaris,xpun kena syarahkan apa yg kita faham.Mula la ana buat cite sendiri..hehe.Beliau juga mahasiswa di IIUM.Anak kelahiran sarawak tapi kini menetap di indonesia.6 tahun berpengalaman mngajar di Ma'had GONTOR,subhanallah hebat2.



#Ustaz Imanuddin Abil Fida-Pun kecil2 orangnya tapi sgt2 mantap ilmu dan pnguasaan bhs arab.Beliau antara yg senior dalam sume musyrif yang ada.Masa daurah,ustaz iman lah yg paling busy skali.Mnurut cerita musyrif2 yang lain,ust imanuddin adalah exco waktu zaman sekolah di Ma'had GONTOR dulu.Wah,tob'an garang dan berdisiplin.Sekolah hebat pulak tu.Ana sgt2 terkesan dgn kata2 beliau,'nahnu lam nasy'ur ta'ban walau marrah' kami x pernah rasa penat walau sekali pun.Hebat mereka semua.Mengajar dgn ikhlas..sehingga 113 org anak2 malaysia muslim ini,mampu bertutur dlm bhs arab hnya dalam masa 3 minggu..=)



#Ustaz Akbar sarif-beliau ini guru kelas ana.Orgnya tinggi dan tawadhu'.Umurnya 26 tahun,sebaya dgn kakak sulong ana.Belajar di APIUM,sdh buat master.Sangat merdu suaranya terutama bila berqasidah.Kitorg kalau ngantok dlm kelas,ubat yg paling mujarab ialah qasidah ustaz.100% kata2nya dalam bhs arab,tapi kalau nmpk muka kitorg mcm blur..beliau akan ex-change bhs..kdg2 terkeluar juga loghat indonesianya.Ustaz sabar je terangkan satu2 apa yg kitorg x faham.Kelas pattnya habis pukul 6.30 tapi ustz korbankan masanya smpi 7 malam.Ada satu tahap..beliau panggil kitorang adik2.Rasa macam aqrab sgt,mcm satu keluarga.=( Kalau rasa rindu suasana dlm kelas,ana akan selak balik kurrosah(buku tulis) ana,ada juga 2 m/s kalam hammasah(semangt) dari ustz.Syukran jiddan ya ustaz.Tazkirah ustz tntg imam syafie,masih segar dlm ingatan ana dan ahli kump ana yaitu imam juwayni.Soalan3 ustz tntg sirah islam..bnyk yg kami x dpt nk jawab.Sejak itu,masing2 mula tanam azam nak mndlami sejarah hidup 4 imam.



#Ustaz In'amul wafi-tinggi lampai orgnya.Mahasiswa IIUM.Sahabat karib ust fejri gasman (agak2) sbb dorg slalu sama2.Hatta solat tarawih kat luar pun sama2.Ana suka kalau beliau masuk kelas ana tyme muthola'ah,sbb beliau cerita dgn bersemangat siap buat gaya lagi.Kalau tikus tgh gigit,ustaz pun buat gaya mcm tikus..hehe.Tapi dgn cara itu sbnrnya lagi cepat faham.mabruk ya ustaz .Ups lupa nk khabor,ustaz ini sudah jadi tunangan org..hehe.Mudah2an cepat2 walimahnya.Aminn






Sebelum ana terlupa,ada lagi seorang musyrif.Ustaz Mu'allimin.Beliau seorang yg tenang je.Kitorg suka2 je pnggil dye abi.Pengalaman belajarnya ma sya ALLAH..sgt2 mgkagumkan.Beliau pnh menuntut ilmu di madinah,mekah,yaman dan mesir.Beliau salah seorg tenaga pengajar di MITS,Banting.Sekolah tahfiz sains bawah jais.Pernah sekali ana ke sana masa KAMIL,prgkat negeri thun 2010.Pelajar2nya f3 lagi sudah hafaz 21 juzu'..kalau pelajarnya sudah hebat..tentulah murobbinya lebih2 lagi.


Antara aktiviti kami sepanjang daurah:


-Pembelajaran x formal (6.30a.m-7.30a.m)

#Menerima uslub dan mufradat baru

#Bermuhadathah sesama ahli kump dan kump lain

-Kelas(8.30a.m-1.00p.m)

#Nahu & sorf

#Durus arabiyah

#Muthola'ah

#Imla'

#Insya'

-Menonton filem kartun arab (lepas asar)

-Sesi tazkirah dlm bhs arab (antara maghrib isya')

-Ghina' dan qasidah

-Fawazir(kuis) lawan antara majmu'ah

-Munazhoroh (debat) lawan wakil banin dgn banat\

-Tamthil masrah (lakonan pentas) lawan antara group

-Lu'bah Arabiyah (mcm explorace tp dlm bhs arab)

-Khutbah minbariyah (khutbah) lawan antara majmu'ah

-JIMBAS...(menari ikut muzik arab)



Sahabat2 blogger yang terbaca post ini,mohon doakan kami 53 calon muslimin dan 60 calon muslimat yg akan berangkat ke mesir sama ada 19sept atau 21sept,agar dipermudahkan urusan oleh ALLAH.Sebahagian besar akan mnduduki imtihan qabul pada 1 oktober nnt sebelum betul2 dpt kelayakan ke tahun1 univ al-azhar.Bertebaranlah kami di seluruh mesir kerana ada yg akan ditempatkan di qaherah,mansoura,dumyat,shoubra dan sbgnya.Niatnya x lain x bukan,untuk menuntut ilmu addin dari ulama'2 secara berdepan.Mempersiapkan diri mnjadi da'i yang serba boleh dan berjiwa besar.Ana difahamkan mesir ini situasinya lain,dugaannya besar,cabarannya tinggi,mehnah dan tribulasi sering mengejar.Jadi kena bnyk bersangka baik dgn ALLAH..disamping x boleh pentingkan diri sendiri.Sahabt2 kita adalah keluarga kita,senior2 di sana adalah abanglong dan kaklong kita.Utamakan redha ALLAH,ibu dan ayah..in'ALLAH.




Dalam masa kursus sebulan setengah ni,dpt kenal dgn ramai shbt2 baru.Ada yang duduk dekat selayang dan rawang,alahai dekat sgt rumah.Wakil2 dari samtkkb ada seramai 12 org ana,izzati,zahra,ain,syairah,atikah,ikin,timah,adha,mukhzin,jurjani,usamah.Shbt2 muslimat yg malih2 semuanya hehe..termasuklah insan2 yang ana kenal sblum daurah yusra,hanis madihah,wardah syifa' dan asmaizatul (sama2 wakil zon).Kenalan dari NGO NISA'..dan ada juga senior dq ke jordan yg menjadi naqib masa ana di rumah sewa kkb dulu iaitu kak abidah Ali dan akh humaidi yg mnjadi ketua naqib pada nuqaba' junior SAMER.Barakallahulana wayusahhil umurana..aminnn.



p/s:Kitabati billughoh malayuwiyah,akhof lau inni min maqbudhah biljasus..~_~



Ana sematkan pengalaman ini dalam blog,supaya kalau lepas 10 tahun,,masih wujud entry ni,bolehla baca balik untuk hilangkan kerinduan.Kepada Mun,kemi,rumaiso',fiza nooh,hana..alhmdulillah..saya sudah update blog =P tapi untuk jangka sebulan lagi baru ada post baru..hehe.Haza minni wasyukran 'ala ihtimamikum jami'an ^^ salam pecutan terakhir di ramadhan..jom memaksimakan amalan

Read more...

Friday, August 19, 2011

19th Ramadan..



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh =)

Entri ini, adalah sambungan untuk entri sebelum ini, 15th Ramadan (",) Macam diari pula, ehee~

Bulan Pengampunan

Sebenarnya, ana lebih kepada, hendak berkongsi apa yang ana dapat daripada ceramah yang ana hadiri. Ana kongsikan sebuah hadis di sini..

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan atas dasar iman dan mengharap reda Allah, maka dosa-dosa yang telah berlalu akan diampunkan. Sesiapa yang melaksanakan qiyam Ramadan atas dasar iman dan mengharap reda Allah, maka dosa-dosanya yang telah berlalu akan diampunkan. Sesiapa yang melakukan qiyam Lailatulqadar atas dasar iman dan mengharap reda Allah, maka dosa-dosanya yang telah berlalu akan diampunkan." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ana nak highlight,
1) مَنْ صَامَ رَمَضَان- Sesiapa yang berpuasa Ramadan;
2) مَنْ قَامَ رَمَضَان - Sesiapa yang melaksanakan qiyam Ramadan;
3) مَنْ قَامَ لَيْلَةَ القَدْرِ - Sesiapa yang melakukan qiyam Lailatulqadar.

Ana belajar, waktu untuk qiamullail bermula selepas Isyak. Dan waktu untuk qiyam Ramadan? Bermula sejak solat terawih.. Maksudnya, nak menghidupkan malam-malam Ramadan, bukan terhad pada amalan-amalan qiamullail seperti solat tahajud, dan lain-lain, tetapi solat terawih juga dikira sebagai qiyam Ramadan! Apa lagi, ayuh kita rajin-rajinkan diri untuk solat sunat terawih! InsyaALLAH ^^, (solat Isyak dan Subuh jangan diabaikan dek kerana mengejar yang sunat, seimbangkan..)


Selain itu, komentar ana untuk solat sunat terawih (ini alasan ana pada diri ana supaya mujahadah diri untuk solat sunat terawih), solat terawih cuma di bulan Ramadan..means, kita cuma solat terawih untuk sebulan sahaja, jika nak dibandingkan dengan 11 bulan lain. Juga, ana terfikir.. jika ana tidak solat sunat terawih selepas solat Isyak, agak-agaknya ana isi masa ana dengan perkara apa selepas Isyak? Adakah perkara yang bermanfaat atau tidak? Jadi, insyaALLAH dengan kita solat terawih bersama imam, masa kita terisi dengan perkara yang berfaedah..dengan beribadah kepada-NYA.. Subhanallah.. =)

Apabila berlabuhnya siang hari pada 19.8.2011, kita akan memasuki 10 hari terakhir Ramadan.. Ada apa ye pada 10 malam terakhir Ramadan..?? Ya, na'am..malam yang sangat istimewa..eksklusif pada malam Ramadan je..iaitu?? Lailatulqadar.. atau malam al-Qadr. Allah berfirman mengenai lailatulqadar di dalam Al-Quran. Subhanallah..^^,

Maka, bermulalah sebuah pencarian..pencarian lailah Al-Qadr..mendirikan qiyam Lailatulqadar.. (",)

Tadarus atau Tilawah?


Baiklah, apa beza tadarus dan tilawah? Tilawah Al-Quran- Membaca Al-Quran secara bersendirian. Tadarus Al-Quran- Membaca Al-Quran bersama 2 orang atau lebih (untuk disemak bacaan itu oleh orang lain). Dan di dalam bulan Ramadan ini, kita sangat-sangat digalakkan untuk bertadarus, selain tilawah. Rasulullah sendiri bertadarus bersama malaikat Jibrail pada bulan Ramadan =)

"Nabi s.a.w. menceritakan bahawa Jibrail a.s. membacakan kepadanya al-Quran setiap tahun sekali pada bulan Ramadan, dan pada tahun kewafatan Baginda sebanyak dua kali." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Wallahua'lam. Mudah-mudahan kita masih boleh mengekalkan momentum yang ada, dan istiqamah insyaALLAH! ^_^ Amin.. Ingin sekali kembali kepada-NYA dengan jiwa yang bersih suci dan tenang.. (",)
Read more...

Monday, August 15, 2011

15th Ramadhan


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh =)

Ana terkesan dengan kata-kata seorang senior ana.. "Alhamdulillah, bersyukurlah kita kerana TERPILIH menjadi ahli kepada madrasah (sekolah) Ramadhan untuk tahun ini.."

Ya..di kalangan umat manusia yang kematian adalah satu kepastian, kita masih dibenarkan bernafas oleh ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang untuk menjalani kehidupan ini..kembara hidup sebagai hamba-NYA.. (",)

Dan sekarang, Ramadhan telah sampai ke pertengahannya.. Adakah amalan kita di kala ini sehebat amalan kita sewaktu awal Ramadhan dahulu? Adakah kita berusaha untuk istiqamah sehingga ke hari ini? Ayuh, marilah kita memanfaatkan setiap detik waktu kita dengan amalan-amalan yang disukai-NYA! ^^, Mudah-mudahan kita semakin dekat dan mesra dengan-NYA..

Subhanallah..kita juga bakal memasuki fasa 10 terakhir Ramadhan.. Di mana mengikut jumhur ulama', salah satu malamnya adalah lailah Al-Qadr.. Lailah Al-Qadr adalah lebih baik daripada 1000 bulan! (1000 bulan = 83 tahun 4 bulan).


Bismillah

A001
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, (Al-Qadr 97:1)


A002
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? (Al-Qadr 97:2)


A003
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. (Al-Qadr 97:3)


A004
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); (Al-Qadr 97:4)


A005
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (Al-Qadr 97:5)

Wallahua'lam. InsyaALLAH, hajat di hati, ana ingin menyambung entri ini lagi.. (",)
Read more...

Islam tercinta..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

jadi pada bulan yg mulia ini...buat pertama kalinya dlm bulan yg penuh barakah ini..InsyaAllah ana akan menulis tentang kisah yg ana dengar di radio ikim pagi tadi..
kisah nabi Muhammad s.a.w..

suatu ketika...tika mana..Rasullullah.s.a.w..duduk di hadapan para sahabat..
tibe2..Rasullullah..terangguk-angguk kepalanya..kemudian baginda menangis teresak-esak..

para sahabat...pelik melihat perbuatan baginda..kemudian,,para sahabat juga mengikut perbuatan baginda s.a.w tanpa mengetahui mengapa baginda berbuat demikian sehinggalah saidina Umar bertanya kepada baginda...

maka jawab baginda mafhumnya...
~BAGINDA S.A.W..sgt rindu dan ingin menziarahi kubur ibunya..siti aminah..
Allah.s.b.t..membenarkan baginda menziarahi kubur ibunya..akan tetapi Allah melarang baginda berdoa untuk ibunya kerana ibunya meninggal dalam keadaan jahil..kerana itu..baginda .s.a.w..sgt2 sedih..~

ape yg hendak ditekankan di sini...
nabi kita NABI MUHAMMAD S.A.W...tidak boleh berdoa untuk ibunya sendiri...setelah ibunya meninggal dlm keadaan jahil....

namun kini...realiti kini...umat islam kini cukup mudah terpesong akidahnya....
sebahgian mereka..tidak risau kerana..katanya.."xpe nnti ade org yg akn doakan untuk aku bile aku mati"

tidak wahai sahabat2 sekalian....
sedih sebenarnya..melihat saudara2 seislam kite...yg mungkin sebaya dgn kita..tetapi berlainan fahaman kerana ceteknya ilmu pengetahuan...terutamanya dlm bidang agama...

"AGAMA TIDAK PERNAH MENGECEWAKAN KITA TETAPI KITE SERINGKALI MENGECEWAKAN AGAMA"

ana juga masih kurang ilmu pengetahuan..kerana itu..kite semua kene berusaha untuk tambah ilmu pengetahuan..dr semasa ke semasa..

اطلب اعلم فريضه على كل مسلم

اطلب العلم من المهد الى اللحد

tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad...

apeapepun..mari sama2 kita meletakkan agenda dlm diri kita..
"agenda" atau matlamat atau tujuan atau cita dan seangkatan dengannya...

jika kite diberi peluang bagaimana kite hendak membantu dlm menyebarkan ajaran islam kepada sudara2 kita di luar sana..???
mari kita sama2 muhasabah..
HAKIKAT yg sudah kita ketahui....
ISLAM AGAMA YANG AGUNG..!!!!!
ISLAM AGAMA YG MULIA...CUKUP HEBAT AGAMA ALLAH INI..!!!

namun...
ape peranan kita..?? ape yg dh kita sumbangkan untuk ISLAM tercinta..???

mari kita lihat...apabila kota konstinopel berjaya dibuka...
Sheikh Muhammad Al-Fatih ingin memilih imam untuk solat jumaat....kemudian di tanya kepada angkatan tenteranya.....
siapa yg pernah melakukan solat bejemaah secara sendiri..sila duduk..
semua tenteranya berdiri...
ternyata kesemua angkatan tenteranya solat fardhu secara berjemaah...

soalan kedua..sesiapa yg pernah meninggalkan solat sunat rawatib..sila duduk..
separuh anggota tenteranya duduk dan separuh lagi anggota tenteranya masih berdiri...

dan soalan ketiga..sesiapa yg tidak pernah meninggalkan solat malam sila berdiri dan yg pernah meninggalkan solat sunat malam..(tahajud) sila berdiri..

kali ini..hanya tinggal seorang shj yg berdiri iaitu..beliau sendiri..maka beliau telah mngimamkan solat jumaat pada hari itu...

ape yg dpt kita simpulkan..betapa hebatnya TAQWA mereka kpd ALLAH s.b.t..

kejayaan membuka kota tersebut bukan oleh Sheikh Muhammad Al-Fatih sahaja...
tetapi..dibuka oleh generasi Sheikh Muhammad Al-Fatih..

GENERASI..!!! ye..pentingnya..pemimpin yg bertaqwa..pemimpin yg berilmu..bukan sahaja syaria'tullah..tetapi cukup pakar dalam sunnatullah juga...

Ingatlah wahai shbat..pemimpin shj xcukup..tetapi pentingnya..kite berdiri di belakang pemimpin tersebut sbg generasi yg akan menyumbangkan sesuatau untuk menegakkan ISLAM di ats muka bumi kite..

QUM DAULATAL ISLAM FI QULUBUKUM,TAQUM FI ARDIKUM
-hasan hudaibi-

tegakkan islam dlm diri kamu..maka akan tertegaklah ISLAM di negara kamu...InsyaAllah..

sama2 kite usaha..sama2 kite menyumbang untuk menjadi generasi yg akan menegakkan agama ISLAM di Malaysia tercinta ini..khususnya..InsyaAllah..

ALLAHU A'LAM...
akhir kalam..
mohon maaf ats salah silap..
salah tulis..atau sbgainya..
maaf zahir dan batin...
SELAMAT MENGEJAR LAILATUL QODAR....
sama2 kite tingkatkan amalan...!!InsyaAllah..






Read more...

Saturday, August 13, 2011

Mari makan! ^_~



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh =)

Kenapa ye tajuk entri kali ini tentang makanan? Hurm, ana sebenarnya nak kongsikan sepotong ayat Al-Quran..


A168

Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. (Al-Baqarah 2:168)

Sahabat-sahabat pernah tonton rancangan "Adik & Al-Quran" di tv9? Ana suka lihat rancangan tersebut..tapi sekarang, dah tak disiarkan lagi..agak sedih.. =(

Dari semasa ke semasa, berusahalah kita untuk memahami maksud kalamullah..dan tak lupa hadis, sebagai sumber teratas perundangan islam sekaligus merangkap panduan hidup umat Islam ^^, Semestinya belajar daripada ahli-ahli tafsir Al-Quran dan hadis. Sebagai contoh, kita boleh dengar rancangan TAFSIR AL-QURAN di radio IKIM.FM, Isnin - Jumaat pada 6.30 am, atau baca MAJALAH SOLUSI terbitan Telaga Biru Sdn Bhd, di kolum TAFSIR dan HADIS.

Ana sempat mendengar tafsir ayat Al-Quran di atas, oleh ustaz Zamri Zainuldin, yang mengacarakan rancangan Adik & Al-Quran. Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik.. membawa maksud, kita hendaklah makan makanan yang HALAL (dari sudut Islam) dan makan makanan yang BAIK.

Ana tertarik dengan huraian "makanan yang baik". Apakah yang dimaksudkan dengan makanan yang baik? Makanan yang baik adalah makanan yang menyihatkan tubuh badan, yang tidak memudaratkan kesihatan kita, yakni BERKHASIAT, bergizi.. insyaALLAH ^^,

Jagalah pengambilan makanan kita, sama ada dari sudut halal atau haram, berkhasiat atau kurang berkhasiat, kuantiti makanan yang diambil (jangan makan lebih-lebih), dan lain-lain.

Dan, setahu ana, makanan yang kita ambil/makan bisa mempengaruhi kebersihan hati kita (",)

Wallahua'lam. Mudah-mudahan perkongsian yang sedikit ini ada manfaatnya,amin.
Akhir kalam, misi memburu cinta dan redha ALLAH! ^_^
Read more...

Sunday, August 7, 2011

Bercinta hingga ke syurga,amin!


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh (",)

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.. kita diberi kesempatan oleh-NYA untuk berada di dalam bulan Ramadan tahun ini.. Sejauh manakah kita memanfaatkan setiap waktu pada Ramadan kali ini? Muhasabah untuk diri ana dan sahabat-sahabat.. Redha ALLAH matlamat kita, amin.

Kali ini, ana ingin bercerita tentang sahabat baik ana merangkap admin blog ini.. Itqan atau Khalifatullah atau nama sebenarnya Siti Nurliana Zainudin. Sebenarnya, sahabat-sahabat di sekeliling ana juga merupakan sahabat baik ana..yang sering menyokong dan membimbing diri ini dalam lebih mendekati-NYA (",)

Ana terkenang saat-saat ana mengenali liana.. Kami satu sekolah sejak di tingkatan 1 hinggalah tingkatan 5.. Ana mengenalinya, begitu-begitu sahaja, tidak rapat pun dengannya sebenarnya.. Jarang bersembang mesra dengannya.. Tidak pernah berkongsi kisah suka duka pun dahulu..

Tetapi, ceritanya bermula apabila kami di tingkatan 3.. ALLAH takdirkan kami tinggal bersama-sama di satu dorm, dorm 15. Dan kenangan di dorm 15 adalah kenangan yang best!! ^^

Apabila dah satu dorm, ana mula mengenali liana.. Akhlaknya, budi pekertinya, cerianya, agamanya.. ALLAH.. Sangat-sangat beruntung ana mengenali liana ketika itu! Ana merasakan nikmat yang tiada tara..kerna berpeluang memiliki sahabat yang solehah! =) Seolah-olah dipinjamkan nikmat syurga.. ALLAH..

Alhamdulillah, ukhwah kuat bertaut sehinggalah kami di tingkatan 5.. Masing-masing tergalas di bahu tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul. Oleh itu, ana dan liana jarang dapat berkumpul bersama-sama.. namun begitu, walau jasad tidak bertemu, tetapi tautan roh dan hatilah yang menghubungkan kami insyaALLAH! ^_^

Sama juga situasi tersebut dengan situasi sekarang..setelah setahun lebih tidak bertemu, hanya bertemu di alam maya, atau sms, namun ALLAH tetap pelihara tautan ukhwah ini..yang tidak lain tidak bukan hanyalah mengharapkan redha dan rahmat ilahi! Amin..

Uhibbuki fillah..wa uhibbukum fillah kaman..

Sahabat-sahabat, mari kita berukhwah kerana ALLAH! Dan mari kita JADI sahabat yang soleh atau solehah.. Hendak mendapat sahabat yang soleh atau solehah, mulakanlah dari diri kita dulu insyaALLAH.. (",)

Ana minta maaf atas segala hal.. Mudah-mudahan perkongsian ini memberi ana peringatan, tazkirah, di samping menyampaikan kepada orang lain..

Wallahua'lam. Redha ALLAH matlamat kita! ^_^
Read more...