Malam ni di Nilam Puri,hujan.. Alhamdulillah,segala puji bagi ALLAH Tuhan Sekalian Alam. Ditemani dgn cahaya lampu dan seorang teman yg masih gigih menelaah,daku berfikir-fikir..
Sebenarnya hatiku tatkala ini tidak tenang..diriku tidak ceria.. Teringat daku akan salah satu punca tidak ceria oleh Dr. Fadzilah Kamsah di dlm mjlh Solusi yg ana x ingat terbitan ke berapa..antara puncanya ialah tidak istiqamah dlm amalan kita..
Ayah ana sering mengingatkan,jaga iman,jaga amal.. Satu pesanan yg ringkas tp mendalam maksudnya,mencabar utk merealisasikannya..betul x? Spt mana yg kita ketahui,iman manusia ini turun dan naik..
Tepuk dada,tanya iman. Kita hendak menjadi mukmin yg bertakwa maka,ayuhlah wahai pejuang2 islam.. Jadilah org yg hebat kerana syurga hanya menerima keahlian yg hebat2 sebagaimana Abu Bakar As-Siddiq,Saidatina Aisyah r.ha dan lain2nya..
Jagailah amal soleh kita,dgn sifat istiqamah.. Peringatan ini buat diri ana khususnya,yg sering alpa dan lalai akan nikmatNYA.. InsyaALLAH,jika kita adalah seorang hamba yg bersyukur,pastinya kita xkan lupa akan nikmatNYA yg tidak terkira..kita akan berusaha utk berlumba2 membuat kebaikan bg menyatakan kesyukuran kita di atas kurniaanNYA..
ربنا لا تزغ قلوبنا بعد اذ هديتنا وهب لنا من لدنك رحمة انّك أنت الوهّاب
(al-Imran:ayat 8)
Maksudnya:"Ya Tuhan kami,janganlah Engkau condongkan hati kami kepada
kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami,dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu,sesungguhnya Engkau Maha Pemberi."
Manfaatkan hari-hari di bulan Syawal ini dgn puasa enam..rugi tau klu kita melepaskannya..atau terlepas..fastabiqul khairat^_^(2:148)
0 comments :
Post a Comment