Rasanya tidak lengkap dlm kamus seorang da'ie tanpa mengetahui akan hadith ini..Sewaktu ana memegang tampuk pimpinan badar dan asrama,paling ana tidak lupa untuk ingatkan shbt2 dan adik2 tntg hadith ini..tatkala hati dirundung kecewa dan masalah..melihat keadaan muslim di luar yang tidak faham perjuangan kami menegakkan kalimahNYA.Pabila dijamin oleh Rasulullah dan ALLAH..sgt beruntung org2 yang gharib..(asing) maka hati yang kecewa semakin bersemangat meneruskan kerja2 dakwah sama ada dakwah fardiyyah atau jama'ie..
klik video untuk dgr lagu ghurabaa'(asing)
Abu Hurairah r.a meriwayatkan,Rasulullah s.a.w bersabda:"ISLAM bermula sbg sesuatu yang ASING,dan akan kembali seperti permulaannya iaitu ASING,maka beruntunglah orang2 yang ASING" ~Hadith Muslim no 145~
ISLAM itu asalnya dagang(asing).Lihatlah bgmana RASULULLAH memperjuangkan seruan ISLAM,pada permulaannya hanya segelintir yang benar2 komited dgn dakwah RASULULLAH..masy arab jahiliah di ketika itu memandang serong terhadap RASULULLAH,ISLAM dan MUSLIM dipulaukan.Pengikut yang hanya sedikit..Setelah itu,mukjizat demi mukjizat dan bantuan dari ALLAH,dakwah dan perundangan ISLAM semakin diterima oleh org ramai.
Di zaman kita kini pula muslim nya ramai..namun,mereka hanya muslim pada nama.Sebab itulah ISLAM sekali lagi dianggap ASING..org yang mengamalkan ISLAM adalah pelik,ganjil bahkan dicerca dan dihina..walaupun mereka berada dlm negara ISLAM..
VS
Orang lebih gemar ke konsert Akademi Fantasia..meghabiskan kredit demi artis..
berbanding menghadiri Akademi Al-qur'an yang memperdengarkan ayat2 suci ALLAH..
vs
Lihatlah dua karakter berbeza antara barisan pelajar Akadami Al-qur'an
berbanding dengan pelajar Akademi Fantasia..attitude dan imej yang totally berbeza!
vs
Orang lebih gemar mengimarahkan konsert hiburan berbanding mengimarahkan
surau2 dan masjid.Tiket ke konsert sold out sedangkan saff di masjid hanya
suku saja..
GAMBAR2 sekadar perbandingan,tiada unsur provokasi dan konspirasi.Wahai pembaca renungkanlah.Kita ini negara ISLAM..dimana letaknya pengakuan itu???
*Orang x anggap pelik bila lihat muslimah x pakai tudung,baju ketat keluar
sana-sini berkepit dgn pakwe
tapi sgt pelik pabila lihat orang lengkap menutup aurat memakai tudung labuh siap berstokin kaki dan stokin tangan.
*Orang x anggap pelik lihat muslim memakai subang berseluar
pendek berambut perang
tapi sgt pelik bila lihat muslim memakai kopiah membela janggut ikut sunnah.
*Orang x anggap pelik kalau lihat org baca novel dan majalah di tempat awam
*Orang x anggap pelik kalau lihat org baca novel dan majalah di tempat awam
tapi sgt pelik bila lihat muslim o muslimah mmbaca Al-qur'an di dlm
bas atau tempat2 awam
*Bercouple org x anggap pelik..tapi bila seseorang x kapel dan hanya kata dia
*Bercouple org x anggap pelik..tapi bila seseorang x kapel dan hanya kata dia
cinta ALLAH..org itu dianggap pelik..
Orang beriman tahu SUNNAH berjuang,pasti akan ada banyak halangan dlm menempuh mereka yg tidak faham ISLAM dgn sepenuhnya.Namun jgn pernah rasa kecewa menjadi seorang yang ASING..kerana mereka yang ASING sprti yang disebut dlm hadith adalah org2 yang beruntung.Teruskan perjuangan menyebarkan kefahaman pada mereka,perjuangan menggapai cinta tertinggiNYA..
Pecutan terakhir RAMADHAN..pulun habis2..bnykkn beribadah dgn ikhlas dan diterima olehNYA..mga2 kesan Ramadhan kali ini memberi impak besar pada kehidupan kita sehingga bertemu Ramadhan 1432H..aminn
0 comments :
Post a Comment