Pages

Saturday, March 26, 2011

Peringatan Buat Diri

Salam 'alaikum buat saudara2 seislamku sekalian.

Coretan ini lebih ditujukan buat ana sendiri sebenarnye,
nak mengingatkan diri agar tidak terus terlalai dek buaian dunia yg memperdaya..

Memang x salah utk kita mencari harta dunia,
tapi sejauh mana kita mengambil harta dunia itu mengikut keperluan kita.

(Ana)
Wahai diri, ingatkah dikau pabila kau tgh khusyuk menonton cerita yg melalaikan,
Dtg ayahmu..
Membawa sedikit peringatan yg menggetarkan jiwa!

(Ayah)
"Anakku, di akhirat kelak, ada 4 perkara yg akan ALLAH tanya..
Pertama, ttg bagaimana kau habiskan usiamu?
Kedua, bagaimana kau gunakan masa mudamu?
Ketiga, dari mana sumber hartamu dan di mana kau belanjakannya?
Keempat, adakah kamu beramal dgn ilmu yg telah kau pelajari? " -mafhum hadis Nabi.

Allah juga berfirman dlm al-Quran:
"Adakah kamu perintah orang-orang berbuat kebaikan tetapi kamu lupa dirimu sendiri walaupun kamu membaca kitab? Tidakkah kamu fahami". (Surah al-Baqarah: ayat 44)

...Allah dah tanya bagaimana kita habiskan umur kita, tapi ada soalan special lagi tu yakni dlm usia kehidupan kita, Allah tanya lagi bagaimana kita habiskan masa muda kita! Allahu Akbar!...

Ya Allah, moga penulisanku ini menjadi salah satu ibadahku kepada-MU..
begitu juga saudara2 seislamku yg lain Ya Allah..
moga kami sama2 dapat masuk ke syurga-MU Ya Allah, Al-Khaliq..

Ada satu analogi..ttg pencarian harta dunia dan akhirat,
ana dgr dari ceramah yg disampaikan oleh ustaz Azhar Idrus,
Ada sebuah kisah antara anak n ayah, di dalam sebuah rumah..
Si ayah masuk bilik,keluar bilik, masuk dapur,keluar dapur, masuk ruang tamu,keluar ruang tamu,
Si anak pun pelik lalu bertanya,
"Ayah, ayah cari apa?"
Si ayah menjawab, "Ayah cari rumah.."
X ke pelik?
Si ayah dah ada dlm rumah, tapi masih mencari rumah..
Baik si ayah mencari kereta ke, isterinya ke yg ada kat luar rumah..

Begitulah juga kita..
Kita dah ada dlm dunia ni, tapi xkan kita nak cari harta dunia je?
Kita kena la cari harta di LUAR DUNIA jugak..iaitu?
harta AKHIRAT..

Wallahua'lam, ana juga perlu diberi peringatan, bukan setakat memberi peringatan..
Read more...

Sunday, March 20, 2011

~Jaulah kami di Sg Kedondong~

Alhamdulillah3x.Syukur atas nikmat ukhuwah dan mahabbah fillah.Sedikit coretan yang sgt membuatkn ana cukup rindu untuk ulang kembali jaulah ni..Sabtu 19 Mac 2011..tarikh yang dipilih oleh sahabat2 muslimin.Sungai kedondong menjadi destinasi.Even memang x pernah dengar pun nama sungai tu.Namun kerinduan untuk brtemu dgn ustz ustzh mengatasi segala...kawan2 yang memg dah hmpir 4 bulan x jumpa,rasa memg 'kena' pergi nih

Awalnya nak bawa kereta..then ayah ckp..

'Tahu ke tempatnye kat mana?'...

'x'....hehehe..dahle baru dpt lesen 10feb lepas.

Dengan taatnye xperlulah nk bawak kereta..'awk tu dahla xde pengalaman lagi'..btul ckp ayah.Kalau apa2 jadi di tgh jalan,diri sndiri la kena salahkan.

Ni gambar dari google..baru la ana perasan.Sepanjang kami kat sana,muslimat x pergi tgok sungai pun.Dengar bunyi sungai tapi x pulak nak mencari.


Mesti cantik sungainye...xpe2 next tyme boleh dtg lagi.Nak mandi sungai...mcm budak2 pulak.




Berkumpul di KTM rawang,alah mcm biasa kalau nk pergi mana2..msti situ jugak tmpat berkumpul.8 orang bergerak serentak..ana dan sahibah2 tersayang.Masing2 bertukar cerita,pengalaman..macam dah bertahun x jumpe.Touch n go di tempat tiket,but touch n hold bersama sahibah2 sepanjang perjalanan.Sempat tnye ustz najih,dtg atau x.Ustaz cuma boleh smpikan salam saja.

Sampai stesen btgkali,mula buntu.Nak pergi mcm mana???nmpak sorang uncle india,menunggu customer kereta sapunya.Tambang dari KTM ke destinasi rm 20.4 orang ulang alik.Dari jauh nmpak kereta unser milik muslimin.Ingtkn nak suruh uncle ikut je diorg dari belkang.Punyelah pantas,lesap je kereta tu.Haish,x jadilah.Alhamdulillah,ALLAH telah memudahkan,sahabat ana sakinah dah tempahkan van untuk 12 orang.Rm 20 share2 8 orang.Murahkan??

Dah naik van.selesa sangt2.Abng yang bawak tu cool aje.Macam tahu2 je mana kitorg nak pergi.Sempat pula singgah di sebuah rumah..katanya nak ambil barang


kemi:'na..siapa yang bawk kita ni?'

ana:'ntah.'


mmg x tahu pun.Iyalah sume musykil,kenapa dia singgah rumahnya..amik pisau banyak2 pulak tu.Sume cuak..hehee..Husnuzhon..ye la,sakinah shbt kami yg tempahkan,kami thiqah kt dye.Xkanlah dye nk suruh org x ketahuan yg amik.Dahla sorg pun xpnh dgr nama tmpat tu,apatah lagi jejak kaw tu.Di pertengahan jalan,ada roadblock jpj.Van kami ditahan.Cewah,mcm mndebarkan plak.


p.cik jpj:'van permit ke ni?'sambil mundar-mandir tgok atas bawah van tu.


abang van:'van persendirian'


p.cik jpj:'cat warna ni van permit.mana boleh warna ni kalau van sendiri'kami menyaksikan live,pakcik jpj tu tanya mcm2.Kami sume dah merungut dlm tu..pakcik tnye lagi 'ramai2 perempuan ni nak pergi mana'sume stand by i/c.


abg van:dye toleh blkng..dye tnye'korng pergi camping ke?'...ana jawabla reunion dekat sg kedondong.10 minit ditahan,dye amik no plat van..barulah dilepaskan.Jam dah pukul 11 lebih.Insya'ALLAH ada hikmahnya tu.Dalam van,proses merapatkn ukhuwah berjalan.Bila dah xde topik,masing2 tadabbur alam..tgok pemndangan sekeliling.Cantik,subhanallah


Sampai ke destinasi,dari jauh dah nampak sekumpulan muslimin sedang bakar ayam + kambing.Asap berkepul-kepul.Wah,meriah nampak.Abang van berhenti btul2 dpan pondok tempat kami brkumpul.Sempat kami tanya

'bang,berapa nak bayar?'nak kan kepastian...sbnrnye mmg dah kumpul duit dalm prjlnn tadi.

'sakinah ada ckp apa2?'abang tu tnya balik..aik??sakinah..dye knal ke?hehe


Ya ALLAH!!abang sakinah ke..haru je.Ingtkn siapa la tadi.Rumah yang dye singgah tu,rumah sakinah.Dye amik pisau sbb sakinah yg pesan..nak potong sayur xde pisau yang cukup..hehehe..ok..setelah itu,bermulalah cerita di sg kedondong..sgt2 best.Nak cerita panjang sgt..jadi cerita di perjalanan je lah..


Terima kasih kerana membaca!!hehe..ana coretkan disini..supaya bila ana rindu suasana itu...ia masih tersemat kemas dlm blog ini.Thumbsup pada muslimin...ukhuwah dorg mmg mantop.sume dtg..kami yang muslimat ni rmi yang ada hal family,di kampung,jaga nenek,ada majlis dan sbgnya.

Muslimat yg hadir

-Atikah kasim

-Fatimah idris

-Ashikin syukor

-Sakinah md noor

-Liana zainudin a.k.a itqan (iaitu ana la)

-Munirah munir(mujtahidah dlm blog ini)

-Syahira Amirludin a.k.a syiro

-Syazana boimen

-Naisya Zakaria

-Shafiqah Amalina

-Hafizah Nooh

-Khairul Kamila (myla mel)

Shbt2 yang x dpt hadir..x apa.nnti kita wat lagi yea..ain rahmat jgn sedih2 lagi ye.Amalina munirah juga berada di perak,x dpt dtg..baru terbaca post kamu pasal ana n munirah munir...hehe..klik sini untk baca.syukran ala kulli hal.terharu la pulak..ingt dulu kini dan slamenye..'kita memasakkan ukhuwah untuk cari redha ALLAH..'.Siiru ala barakatillah.Sahabat yg lain..kite jmpa nnti yea..

sgt2 rindu kamu semua credit to:

shbt2 di oversea(hani sofea,hani zainal abidin,hazirah n azri azi),

una,wani,hana,rumaiso', tikazman,

momo,imamah,dayah hazram,

farahin,nadia,zaty dalian,zyra,aty jailan,

liyana sahar,balkis yusof,syeri,zahra nisa',

mardh,maya,zati halim,zulaikha zarith, imamah,

hakimah,mai,fadilla,tipah,nabila sulaiman,hajar kecik.

hopefully sume nama dah ada...=)

Read more...

Saturday, March 19, 2011

Rantai-Rantai Perjuangan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh (",)

Salam mahabbah buat kalian semua.

K..post kali ini, ana khususkan buat adik2 lepasan SPM..or yg berada di sekolah menengah..
Adik2 ada cita2 nak masuk universiti x?
Haa.. sebelum tu, ana bahasakan diri ana 'akak' ye?

Bg adik2 yg minat or nak ambil course agama, akak ada cdgn..
atau nak ambil course agama+sains, seperti akak sekarang..
result spm pun nak keluar dah kan, dan adik2 ada isi borang upu?

Akak nak perkenalkan serba sedikit ttg tempat akak belajar ni,
Berikut butiran-butirannya:

NAMA : AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA NILAM PURI (APIUMNP)

LOKASI: NILAM PURI, KELANTAN.

PROGRAM YG DITAWARKAN:
1) ASASI PENDIDIKAN ISLAM
2) ASASI SYARIAH
3) ASASI USULUDDIN
4) ASASI PENGAJIAN ISLAM DENGAN SAINS

IPT : UNIVERSITI MALAYA

Setakat ni, tempoh pengajiannya(asasi) selama 2 tahun = 4 semester.
Ada kelainan sedikit antara course agama n sains..
Bagi course asasi pend. islam, syariah n usuluddin, mereka belajar di Nilam Puri selama 2 tahun, pastu sambung degree kat UM KL;
manakala bagi APIDS (Asasi Peng. Islam Dgn Sains) pula, 1 tahun belajar di Nilam Puri - utk belajar subjek agama, dan 1 tahun lagi di UM KL - utk belajar subjek sains. Dan degree juga di UM KL.

Bagi yg cintakan Bahasa Arab, akademi ini ada menyediakan subjek Bahasa Arab dlm pengajiannye..

Best tau belajar di sini! n_n

Adik2 tau mcm mana nak check syarat kelayakan masuk ke mana2 ipta yg adik ingini?
Akak x pasti jika link ni betul..tp adik2 boleh try,
sebab masa zaman akak, nak check tu caranye lain sikit.
http://imascu.upu.mohe.gov.my/


Maklumat2 di atas ni berdasarkan sesi akak, sesi 2010/2011..
Jadi, klu ada2 perubahan, minta maaf ye.

InsyaALLAH, hujung bulan 5 ni, akak n kwn2 seperjuangan nak masuk UM KL dah, utk sambung semester 3 n 4.
Doakan kami ye, mana2 sahabat akak yg bukan tinggal di KL, marilah kita sama2 berhijrah utk mencari redha Allah..


Sekilas di APIUMNP..



pintu masuk ke APIUMNP-pondok pengawal




maktabah(perpustakaan)





Dewan Johor(bhgn bawah) dan maktabah(bhgn atas bangunan)





Bilik Kuliah (Blok A)

~Kak Munirah, ex-samerian f5 2009~
Read more...

Saturday, March 12, 2011

Sejenak merentasi fikiran anak muda

Assalamualaikum dan salam ukhuwah.salam mahabbah fillah buat pembaca blog ini.

Pertamanya dan utamanya tentulah syukur pada ALLAH yg masih memberi nyawa pada diri ini..kudrat yg masih bersisa ini ana salurkan untuk mengingatkn shbt2 diluar sana hanya melalui penulisan.Siapa pun kita...tugas dan amanah sbg hamba,khalifah ALLAH tidak pernah expired sampai bila2..

Sedikit perkongsian..semalam,ana,ukhti ana dan shbt2nya telah pergi ke kongres mahasiswa nasional yg ke 2 bertempat di KUIS,Bangi.Anjuran bersama GAMIS,SMM,PRO MAHASISWA NASIONAL,PKPIM & KARISMA.Program berlangsung pada 8 pagi hingga 11 malam,tetapi disebbkn jadual yg agak padat pd waktu siang,kami pergi pada sebelah malam.Acara yg memg kami nantikan...pidato dari Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Dr Halimah Ali.Wakil kerajaan sorg pun xada..huhu..mmg dah agak,dorg x dtg pnye.Takut brgkali..tetapi alasan mereka dlm media sudah pastilah 'buang masa'.






'Berikan aku 1000 org tua,nescaya akanku rentap pohon semalu hingga ke akarnya,dan berikan juga aku 10 org anak muda,nescaya akan ku goncangkan dunia!!'

~presiden indonesia,SOEKARNO~

Lihat!!betapa anak muda ini kekuatannya luar biasa.Generasi muda ini ada 2 golongan.

1)yang inginkan perubahan 2)yang mencipta perubahan.

Ya!!kita mahu jadi yang mana...???hanya ingin berubah tetapi tidak ada strategikah??semangat sudah ada tapi x tahu nk salur kemanakah??..


Dalam al-qur'an..pd surah ar-ra'du ayat 11..rasa pembaca blog ni sumenye dah mafhum ayat ni.. "ALLAH x akan mengubah nasib sesuatu kaum,melainkan mereka yang mengubah nasib mereka sendiri"..

-Kadang2 sesetengah anak2 muda ni x berubah krn mereka x tahu mengapa perlunya berubah??-Dr Halimah

Anak2 muda harus bersuara..!Mana yg salah harus diperbetulkan.Kita bukan budak kecik..makan suap lagi.Independen..kaji sejarah negara..sejarah islam.Barat(yahudi dan sekutu) sentiasa mencari peluang untuk menukar sejarah kita!!..Teori x akan sama dgn praktikal..bila sudah kaji..kita keluar..dgn melihat!!Ye..actions speak louder.Ini fikiran saya....bagaimana kamu!!

~Sejahat-jahat hosni mubarak,dia x pernah mngaibkan org lain..,institusi negara kita kini dicemari dgn saling mengaibkan....menyengajakan perkara yg x perlu,kes anwar yg sengaja x prnah diselesaikn..malah bnyk perkara yg sngaja ditimbulkn demi untuk MENGAIBKAN.peliknya ada satu kes yg lagi besar..senyap ditutup xde berita....pelik kn??!!!~momentum suara anak muda

Read more...

Sunday, March 6, 2011

Amar ma'ruf Nahi mungkar...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

syukur dgn nikmat2MU ya Allah...
ALHAMDULILLAH...

jd post ana kali lbh ingin berbincang..sbb..semua org berhak menyuarakan pendapat masing2..
ana mohon maaf jika ada tersalah..mntk ditegur..krn manusia sememangnya xpernah lari drpd melakukan kesilapan....dan kite sama2 belajar dr kesalahan....
dn sesiapa yg ada pendapat masing2 dialu-alukan..beri pendapat..suarakan pendapat anda walaupun sedikit...InsyaAllah..
ni muzakarah ilmu..kite sama2 kongsi....InsyaAllaha..semuanya lillahitaa'la....

soalan yg ana rs semua tahu jawapannya....
ape hukum amar makruf nahi mungkar...???
WAJIB..!!!

" hendaklah kamu adlh ummat yg terbaik yg dilahirkan untuk manusia , menyuruh kpd yg ma'ruf (baik) dan mencagah kpd yg mungkar (salah) " ( surah Al-Imran : 110)

terang..jelas lagi nyata...dlm Quran..hadis2 nabi s.a.w...bnyk lagi ayat2..yg menyuruh kite beramar makruf nahi mungkar.......
menyuruh kpd kebaikan dan melarang dr yg mungkar...

sehinggakan ada satu kisah...bila mana Allah memerintahkan turunkan azab di sebuah kampung yg penuh dgn maksiat....lalu malaikat bertanya..di kampung tersebut ada seorg hamba ALLAH yg sangat mentaati perintah ALLAH...namun azab tetap diturunkan...kenapa.??
krn hamba ALLAH tersebut tidak mencegah maksiat disekelilingnya..dan tidak mengajak org2 disekelilingnya ke arah kebaikan......

krn itu..kite sbnrnye WAJIB amar makruf nahi mungkar...
ajak sahabat2 ke arah kebaikan...dan cegah..apabila nmpak maksiat di hadapan mata kite....

**************************************************************************

" mengapa kamu menyuruh org lain dgn mengerjakan kebaikan sedangkan kamu lupakan dirimu sendiri" ( surah al-baqarah: 44)

" berdosa besar bagi ALLAH , iaitu sekiranya kamu menyatakan tentang apa yg kamu tidak mengerjakan " ( surah Ash-Shaaf : 3 )

ayat2 ini pula menunjukkan murkanya ALLAH... marahnya ALLAH apabila kita xbuat apa yg kita katakan...

dgn ayat ini...ramai shbt2..yg jadikan alasan untuk mengelak drpd amar makruf nahi mungkar dgn alasan.. " aku xlayak.." " akhlak aku belum sempurna lagi.." " aku xcukup baik lagi"

jika semua org berfikir seperti ini..maka tiada org yg akan jalankan amar makruf nahi mungkar...
hakikatnya tiada org yg sempurna atas muka bumi ini.....

sedangkan... hadis nabi s.a.w...

" barangsiapa di antara kamu telah melihat kemungkaran, maka HENDAKLAH diubah..(dicegah ) dgn tangan , jika tidak mampu , maka dgn lisan, jika tidak mampui maka dgn hati. Dan itulah selemah-lemah iman. "

HENDAKLAH disini..pendapat..drpd imam Al-Ghazali menyatakan WAJIB....hendaklah membawa makna WAJIB...

kalau berkemampuan untuk kite tegur dgn lisan...nmpk kemungkaran ( sekecil-kecil perkara..mcm mengumpat ke..aurat yg terdedah.. salah bicara.. hinggalah sebesar-besar kemungkaran sprti shbt2 yg couple dan sbgainya..) .teruslah cegah....jika tidak mampu...CEGAHLAH dgn HATI...dan itulah selemah-lemah iman....

*********************************************************

buku yg skrng ana tgh bace..buku bertajuk amar makruf nahi mungkar karangan IMAM AL-GHAZALI....sgt2 menekankan...perlunya seseorg itu memperbetulkan dirinya dahulu sblm dye memperbetulkan org lain....

salah satu drpd hadis nabi s.a.w...( dr buku ni)

sabda nabi s.a.w..." aku berjalan pd malam aku diisrakkan, bhw ada satu kaum , bibir mereka dipotong-potong dgn alat pemotong dr api. aku bertanya . "siapakah kamu? "
kemudian kaum itu menjawab : " kami adalah org yg menyuruh berbuat baik , tapi diri kami tidak mengerjakannya dan kami cegah berbuat jahat , sedangkan kami sendiri mengerjakannya"

pendapat ana..
memang ana takut sbnrnye....takut apa yg kite ckp kite xbuat...apa yg ana tulis ana xbuat..
astagfirullahala'zim...

tp sebenarnya..manusia ni sememangnya pelupa..
dan krn itu kite kene ingat-mengingati antara satu sama lain....
dan ana jdkan amar makruf nahi mungkar..ajak org kpd kebaikan...tu salah satu wasilah...penghubung...jalan untuk ana ingatkan diri ana sendiri....
sbb bile ana ckp sbnrnye...telinga yg paling dekat mendengar adlh telinga ana sendiri..InsyaAllah...
semoga apa yg ana ckp..apa yg ana tulis masuk dlm hati ana dulu......InsyaAllah..

selebihnya..wallhua'lam.....
ana mohon maaf jika ada tersalah....mntk ditegur....
dan ada antara antum yg punya pendapat sendiri..kongsi-kongsikan la....
bnyk manfaat yg dpt kite peroleh bersama..InsyaAllah..
segala yg baik drpd ALLAH dan yg buruk drpd diri ana sendiri....
assalamualaikum...w.b.t..
Read more...