Pages

Wednesday, September 14, 2011

Remaja Terbilang..!

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah..wa syukurlillah :D
ya ALLAH,anta robbuna..wa nahnu 'abduka..(3x) T_T


Remaja - teenage - youth - syabab - fata - Anak muda - adolescent

~Istilah pelbagai tapi memberi makna yg satu..~

Adakah antum yg membaca ni seorg remaja..?? ya!? Tidak!?
majoriti yang guna blog2 ni masih berusia remaja atau awal dewasa..sohih??
jarang2 ana jumpa org berusia nak tulis2 blog ni..
Kalaupun antum sudah berumahtgga,antum pernah melalui usia remaja..mgkinkah 5 ke 10 tahun dulu.Pokok pangkalnya,kita semua melalui usia remaja.

Allah rakamkan perkataan 'fata' yakni pemuda/remaja di dlm Al-Qur'an..

“Kami ceritakan mereka kepada mu (Muhammad ) dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahkan kepada mereka petunjuk. Dan kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri lalu mereka berkata ‘Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi. Kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia. Sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran.”(Al-Kahfi 13-14)

Setiapkali disebut pemuda..@ remaja teringat ana pada hadis masyhur yg diriwayatkan Imam Abu daud dan Ibn Majah tentang 7 golongan yang mendapat naungan ALLAH di akhirat nanti.Jom kita check..pilih2..kita di golongan yang mana !! @_@




1.Pemimpin yang adil
2.Orang muda yang membesar dalam ketaatan pada ALLAH
3.Orang2 yang hatinya tertaut pada masjid
4.2 insan yang berkasih kerana ALLAH (bertemu berpisah demi redha ALLAH)
5.Lelaki yg dipujuk berzina oleh wanita rupawan kemudian dia menolak kerana takut pada ALLAH
6.Orang yang ikhlas bersedeqah
7.Org2 yang mengingati ALLAH,kemudian menitiskan air mata

Subhanallah..jadi memandangkan kita yang masih muda remaja ini,moleklah kita fokuskan point no 2 yang disebutkan dalam hadith.Orang muda yang masa remajanya,taat beriman kepada ALLAH..pelbagai ujian dan godaan ditempuhi.Beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi halangan2 tersebut dgn amal ibadat serta memberikan khidmat cemerlang kepada agama, masyarakat dan negara.Hayya nakunu hakaza!!in'ALLAH..

Masa imam muda2 final dulu,IM Hassan dapat hadith ini..beliau mensyarahkan pnjng lebar pada pemimpin yang adil,tetapi diselit pula oleh panel bahawasanya pemimpin yg adil saja x cukup untuk membangunkan sebuah negara islam kalau anak2 mudanya rosak akhlak..ana setuju sgt2.Pemimpin yg adil + rakyat dlm klngn anak remajanya beriman..in'ALLAH negara malaysia mampu membentuk sebuah baldatun toyyibatun wa robbun ghafur.




Remaja perlu menghayati 10 muwasofat tarbiyyah,bukan je hayati..tapi kenala amalkan :D ianya agak berat kalau nak terus lakukan,jadi lakukan sikit2,perlahan2..kerana perubahan itu memakan masa,biarlah sedikit tetapi istiqamah (berterusan).

10 Muwasofat Tarbiyyah

1.Aqidah yang sejahtera (Salimul aqidah)
2.Ibadah yang betul (Sohihul ibadah)
3.Kuat tubuh badan (Qowiyyul jism)
4.Akhlak yang mantap (Matinul khuluq)
5.Berpengetahuan luas (Mutsaqqafal Fikri)
6.Mampu berusaha (Qadiran 'ala kasbi)
7.Berusaha melawan nafsu (Mujahadah 'ala nafsi)
8.Memelihara waktunya (Haarithun 'ala waqtihi)
9.Tersusun dalam urusannya (Munazzomun fi syu'unihi)
10.Bermanfaat untuk org lain (Nafi'un lighoirihi)

Remaja hari ini yang tidak kuat asas agamanya,senang2 dipujuk dunia.Fesbuk yang ada seringkali diupdate dengan status2 mcm ni..

'aku rindu kat dia..buah hati aku...si...bla bla bla..'

'aku kecewa dgn tutt,apa kurangnya aku??mgkinkah ada ruang kemaafan dari tutt bla bla bla'

'wow,man utd menang lagi..bla bla bla..'

'aku geram betol dgn mamat ni...bla bla bla'

sampai bila??remaja muslim mukmin harus beginikah??Cinta dipuja,musuh dihina,hidup mengagungkan hiburan,bola dan sebagainya..come onlah remaja!!come onlah muslim youth..macam2 benda berfaedah kita boleh lakukan dengan fesbuk tu..fihi fawaid kabirah...hihihi. Sebenarnya entry ni ana nak cerita tentang abna' Afra'(anak2 afra')..remaja yg sangat ana kagumi,menjadikan rasulullah cinta mereka..

Ana tahu ramai yg dah tahu cerita ni..macam mana cintanya pada nabi sehinggakan sanggup mencabut tangan sendiri.kita sayang nabi x??ana pun sayang...tapi snggupkah cabut tgn sendiri??hee fikir 2/3 kali kot.Jadi adik beradik afra' dua org ni ada bran???! memang ada Bran!In'ALLAH akan ana ceritakan kisah mereka berdua...kerana merakalah contoh remaja terbilang!!

2 comments :

Qalbun Jadid said...

salam 'alaik.. tak sabar nak tunggu post enti yg seterusnya.. :)

MUMTAZAH said...

ana juga..:)