Pages

Saturday, February 4, 2012

Kitalah sebenarnya yang terlupa....



Mentari di ufuk timur mula menjengah..
Pada hari yang bersinar indah
Menanti kelahiran seseorang yang tersangat istimewa
Seluruh alam buana meraikannya...

Dan setelah abad berlalu
Mentari yang sama terbit..
Tetapi dengan perasaan yang kecewa...sedih
Kerana dunia tidak lagi berseri tanpa cahaya MUHAMMAD S.A.W
malah tida lagi wakil-wakil yang seperti sahabat2...tabi'in dan tabi'in
yang menegakkan syiar ISLAM secara hakiki

11 Rabi'ul awwal 1433H..
4 Januari 2012

Pagi tadi di bkan selangor,kami baru selesai mengkhatamkan kitab 'syamail muhammadiah' penulisan Ibn Taimiyyah.Alhamdulillah,peluang yang sgt besar..tetapi diri ini yang kadang-kadang sukar membahagikan masa dengan baik.Hanya dapat mengikuti 3 hari saja...ALLAH
kena muhasabah balik ni..

Sekitar maulidurrasul ini...suka ana untuk mengingatkan sahabat2 semua tentang perjuangan baginda S.A.W

Mungkin sedikit cerita yang boleh ana kongsikan bersama sahabat2


Perang Uhud melakarkan sejarah yang cukup pahit dalam episod kehidupan Rasulullah S.A.W..tetapi ana nak bawa sahabat2 semua untuk tidak memandang bahawa tewasnya tentera Islam di perang UHUD sbg satu KEKALAHAN..tapi ianya satu teguran..

Angin sahara bertiup kencang...pepasir dan debu berterbangan.Tentera musyrikin lari bertempiaran kerana tentera ISLAM sudah menguasai medan,dan sebahagiannya mula mengutip harta perang.Pasukan memanah menyangka peperangan sudah selesai..Masing2 ikut turun dari bukit untuk turut mengutip.

Abdullah B.Jubair (ketua pemanah) menahan mereka
"Muhammad arahkan kita jangan bergerak dari sini!!"

jawab salah seorang "Itu ketika peperangan berlangsung,sekarang peperangan sudah selesai dan tentera bukan Islam sudah lari"

Pesanan Rasulullah diabaikan....

Sementara pasukan musyrikin yang diketuai Khalid al-walid yang ebagai pasukan memerhati,melihat medan sudah mulai berterabur,dia pun mengambil ruang untuk menyerang semula tentera muslimin..dan mereka pula yang berjaya menguasai bukit Rummah.Abdullah dan sahabat2 yang berbaki di atas bukit syahid dibunuh Khalid.

Apabila Muhammad melihat keadaan ini,baginda memanggil tentera Islam berkumpul dekat-dekat dgnnya.
"Ke sini semua wahai hamba-hamba ALLAH.Ke sini semua wahai hamba-hamba ALLAH.Sesungguhnya aku pesuruh ALLAH"

Baginda mengorbankan diri baginda di saat2 yang cemas ini,hal ini menyebabkan tentera musyrik tahu di mana kedudukan baginda.Memang itu yang ditunggu-tunggu kerana mereka ingin membunuh insan mulia itu.Berpusu-pusu mereka mengejar Muhammad...baginda terundur ke belakang,sehingga terjatuh ke dalam lubang yg sengaja digali oleh Amir(org yg benci nabi).

Beberapa org shbt berkumpul mempertahankan nabi antaranya Abu Bakr,Abu Dujanah,Talhah b. Ubaidillah dan 7 pahlawan ansar.Namun kerana ramainya bilangan mereka yg berasa di situ,ada juga yg berjaya sampai kpd Muhammad.Mereka menetak bahu Muhammad..walaupun baginda memakai baju besi,hentakan itu terlalu kuat dan menyebabkan baginda yang sudah keluar dari lubang terjatuh semula ke dalam lubang tersebut.

Mereka menetak pula kepala baginda,dan serpihan topi besinya terkena pada kepala baginda S.A.W..Muhammad masih dpt bertahan.Namun jumlah mereka yang ramai,mereka menyerang Nabi bertubi-tubi dari semua penjuru,kali ini mereka berjaya memukul muka baginda lalu giginya patah dan berdarah di kepala dan mukanya...demi umatnya untuk hidup sesenang hari ini



Saat diri ini tidak lagi gagah...bila mengenangkan kembali sirah Baginda Rasulullah S.A.W..disakiti kerana menegakkan ISLAM..kita ini yang sudah hidup senang lenang dgn nikmat ISLAM..terlupa akan hal ini.Sesekali kita perlu menoleh...melihat lakaran sirah..semoga cinta kita kepada baginda semakin mekar....allahuma solli 'ala saidina Muhammad..

Sebenarnya kita yang terlupa......

2 comments :

MUJTAHIDAH SOLEHAH said...

Assalamualaikum ukhti habibati ^^

Alhamdulillah,segala puji bagi ALLAH;
Masa kta belajar sirah di um nilam puri,ustaz yg ajar kta sirah ckp,boleh dikatakan pada perang uhud tentera islam tidak kalah,kerana objektif utama tentera musyrik dlm peperangan adlh utk membunuh Nabi Muhammad,tetapi mereka tidak berjaya.

Wallahua'lam,rindu awak keranaNYA insyaALLAH ^^
uhibbuki fillah~ (",)

:::KHALIFATULLAH::: said...

na'am3..kita setuju.Islam tidak kalah tetapi ALLAH cuma mahu menegur sahaja,lebih2 lagi sebelum tu bendera dan panji tentera musyrikin telah pun rebah sebanyak 9 kali.. :)
uhibbuki fillah aidhon...