Ujian
Tanda
ALLAH kasih pada hambaNYA
Bukan
sengaja DIA membuatmu menderita
Namun
DIA merindukan syahdunya luahan hatimu
Tulusnya
doamu
Ikhlasnya
linangan air matamu
Ujian
Tidak
mampu bergerak tangkas
Disekat
Bebas
Tertangguh
beban tugas
Saat kau
merindu dahi mencecah ke sejadah,
DIA memberimu rukhsah
Saat kau
merindu hadiri liqo’ dan usrah seperti orang biasa,
DIA
memberimu istimewa
Saat kau
merindu ke kelas ilmiah,DIA memberimu ibrah dan hikmah
Saat kau
merindu menghirup nyamannya udara luar,
DIA
memberimu kasih ziarah dan doa manusia
Saat kau
merindu dirimu yang biasanya bergerak pantas,
DIA
memberi ketenangan bersunyian
Saat kau
tidak bisa berwudhu’ melainkan tayammum pelengkapnya,
DIA
memberimu ruang ilmu untuk praktikal
Bukan
DIA sengaja merencana itu semua
Kerana
DIA ingin meninggikan darjatmu
Kerana
DIA ingin memupuk kesabaranmu
Kerana
DIA ingin menilai ketaqwaanmu
Berbahagialah
mereka yang diuji
Dan
bersabar dengan ujian itu
ITQAN,Cairo
110314
2106
------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah
ala kulli hal
Segala pujian-pujian
dirafa’kan buat ALLAH penyelia seluruh alam,selawat serta salam buat junjungan
mulia Rasullullah SAW ,keluarga baginda,seluruh para sahabat,tabi’in,tabi’ut
tabi’in dan orang-orang yang saleh lagi muslih serta sidang pembaca yang saya
kasihi kerana ALLAH.
Penulis di
sini ingin mengajak kita semua untuk sentiasa mensyukuri nikmatNYA yang tidak
terhingga.Nikmat yang tidak mampu dibilang dengan apa jua pembilang yang ada di
atas muka bumi ini dek kerana terlalu banyaknya.Tiada rasa duka apabila ditarik
salah satu nikmatnya kerana sebenarnya DIA telah memberi segalanya.
Semoga kita
digolongkan dalam kalangan hamba-hambaNYA yang bersyukur.
Entri kali
ini adalah mengenai sedikit khulasah yang saya ingin kongsikan mengenai bab
pertama di dalam kitab “Falnabda’ Bianfusina” (Maka mulakanlah dengan diri
kita).
Sebuah
karya agung penulisan Dr Majdi al-Hilali.Terkandung di dalamnya 6 fasal yang
dibahagikan dengan cermat.Sejujurnya apabila kita membaca kitab ini,ibarat satu
tembakan tepat mengenai kepala.Kitab haraki yang bagi saya tidak terlalu ringan
dan tidak terlalu berat (sederhana) dari segi gaya bahasa dan secara umumnya
sesuai kepada semua sasaran pembaca.
Bab pertama
menceritakan tentang syarat kemenangan.
Firman
ALLAH swt di dalam surah Muhammad ayat ke 7
إن تنصروا الله ينصركم ويثبت أقدامكم
“Wahai
orang-orang yang beriman,Jika kamu menolong (agama) ALLAH ,niscaya Dia akan
menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.”
Dr Majdi
al-Hilali menjadikan ayat ini sebagai kayu ukur syarat kemenangan yang telah
ALLAH sebutkan di dalam al-Quran dengan uslub yang sangat cantik iaitu adat
syarat pada perkataan إن yang membawa maksud
sekiranya.
Mudah saja formulanya
Kita bantu agama ALLAH = ALLAH bantu kita semula.
Di dalam bab pertama ini 3 aspek penting yang ditekankan sebagai syarat
untuk umat Islam menang dalam meniti arus globalisasi iaitu:
1)HATI
2)NAFSU
3)HAWA
Saat saya membaca kitab ini,terpegun sebentar bagaimana seorang tokoh
gerakan ini meletakkan penyucian hati dan jiwa sebagai syarat untuk
menang.Bukan kekuatan fizikal,senjata mahupun ekonomi nombor satu tetapi
kekuatan ruhaniah.Inilah tokoh sufi haraki
HATI
Firman ALLAH swt di dalam surah ar-Ra’d ayat 28
ألا بذكر الله تطمئن
القلوب
“Hanya dengan mengingati
ALLAH hati akan menjadi tenang”
Banyak lagi ayat al-Quran berkisar tentang hati yang disebut di dalam
kitab ini namun yang akan saya senaraikan hanya beberapa sahaja
Surah az-Zumar ayat 45
Surah al-Hadid ayat 27
Surah ali-Imran ayat 156
Surah at-Taubah ayat 15
Surah al-Hajj ayat 35
Surah al-Ahzab ayat 26
Hadis yang kita semua maklum mengenai hati yang diriwayatkan oleh
Muttafaq ‘alaih daripada hadis Nu’man bin Basyar sabda Rasulullah SAW:
ألا وإن في الجسد
مضغة إذا صلحت صلح الجسد كله ألا وهي القلب….
“Ketahuilah di dalam jasad manusia ini ada seketul daging yang apabila
baik daging itu maka baiklah seluruh tubuh badan iaitulah HATI”
Hati yang tidak membenci seseorang melainkan kerana
ALLAH telah membencinya
Hati yang tidak sedih melainkan kerana ia jauh dari
ALLAH
Hati yang tidak mengharap selain kepada ALLAH
Hati yang tidak takut selain kepada ALLAH
Hati yang tidak khusyu’ melainkan untuk ALLAH
Hati yang bertawakkal hanya kepada ALLAH
Sesempurna manusia dari segi ubudiahnya adalah apabila seluruh perasaan dan jiwanya kulluha lillah
(semua untuk ALLAH)
Subhanallah,cantik susunan bahasa Dr Majdi ini.
Hati yang buta akan menatijahkan kemaksiatan berterusan..Wana’uzubillah
min dzalik
2)NAFSU
Allah telah menciptakan nafsu dalam diri setiap
manusia namun untuk apakah ia diciptakan??Untuk menguji sejauh mana bukti
kebenaran ubudiah kita kepada rabbul izzati.
Nafsu ‘ammarah bissu’ akan cenderung kepada
kejahatan,ia tidak suka masyaqqah (benda yang susah) dan ia amat benci kepada
taklif (satu tanggungjawab)
Contoh sikap yang lahir dari nafsu ini ialah
-Zalim
-Jahil
-Kedekut/bakhil
Dalam sebuah hadith diriwayatkan oleh Imam Muslim dan
Imam Ahmad dari Jabir Bin Abdillah,bahawa Rasulullah mengingatkan kita supaya
berhati-hati terhadap kezaliman kerana kezaliman adalah salah satu kegelapan
pada hari kiamat,dan takutlah kita semua akan penyakit bakhil kerana ianya
telah memusnahkan manusia sebelum zaman ini,kerana sifat itu juga mereka saling
menumpahkan darah dan menghalalkan apa yang haram.
3)HAWA
Pernah terfikir atau tidak,apakah beza hawa dan
nafsu.?Itulah juga apa yang terlintas dalam fikiran saya.Hawa dan nafsu
sebenarnya hampir sama.Hawa akan mendorong nafsu ke mana nafsu itu akan pergi
Ok.Mungkin sukar difahami.Contoh:
Hawa memujuk nafsu agar bermalasan.Maka natijah
nafsu yang lahir darinya adalah malas
*Hawa berbentuk hissiah (tersurat)
-Suka makan dan minum
-Suka kerehatan dan syahwat
-Suka mengumpul harta
*Hawa berbentuk maknawi (tersirat)
-Suka kan kedudukan dan pangkat
-Suka apabila manusia melihat kelebihannya
-Tidak suka apabila manusia melihat keburukannya
Bilangan perkataan sudah menunjukkan 824
perkataan,dan saya juga sudah semakin perlahan menaip.Namun ada perkara lagi
yang ingin disampaikan oleh Dr Majdi al-Hilali yang akan saya kongsikan di
dalam entri seterusnya.InsyaALLAH mudah-mudahan
Terima
kasih lah kepada siapa yang membaca sehingga penghujungnya(kalau ada)..hehe
mungkin hanya seorang dua kerana panjang sangat entri kali ini.. dan kerana
saya juga mengambil masa yang lama untuk menaip entri ini.Maafkan kedhaifan
diri ini dalam menyampaikan.Semoga kita mendapat manfaat dari kitab
ini.Hanyalah khulasah ringkas dari diri yg serba kekurangan.Semoga kita diberi
kekuatan untuk beramal dengannya.
Doakan diri
ini,insyaALLAH menghitung hari untuk membuka balutan simen di kaki yang diusung
ke sana kemari dengan tongkat yang setia menanti.Tidak sabar untuk aktif
semula.ALLAH..terima kasih untuk pengalaman berharga ini.Dalam sedar tidak
sedar sudah 8 hari disimen dan tidak keluar rumah.Berbondong-bondong orang
menziarahi,macam-macam jenis buah-buahan diberikan.Segan pun ada.
Kata ahli
bet “Orang sakit ni murah rezeki..”Alhamdulillah.Terima kasih kepada semua yang
mendoakan,yang membantu memudahkan urusan,yang membantu saya mengambil wudhu’
dan mengutip debu tayammum (bersih dah balkoni rumah..hehe),yang mengambil
giliran memasak.
Bila semua
orang x ada di rumah,misi bersiar-siar dengan tongkat..turun dur bawah,naik dur
atas,membasuh baju,menyeterika (walaupun dilarang),kerana
hakikatnya siapalah yang boleh tahan terperap dalam bilik menghadap laptop
selang seli buka buku.Sebab itulah digelar degil..hehe ok kerana saya tahu
tiada yang membaca sampai habis..Jadi saya sudah mula menulis yang bukan2 di
hujung entri ini.ala kulli hal..puas dapat menulis.
J
Sehingga
bertemu lagi..insyaALLAH
Jazakumullah
khair jaza’
-ITQAN-
0 comments :
Post a Comment