Pages

Wednesday, December 1, 2010

KEPANDAIAN BERBEZA..


Satu hari seorang profesor bijak pandai sedang menyeberang sebatang sungai yang luas dengan sebuah sampan yang didayung oleh seorang pakcik pendayung.

Di tengah perjalanan, berlaku sebuah dialog antara mereka berdua.

Profesor : Kamu pandai menulis dan membaca ??

Pendayung sampan : Tidak tuan, saya buta huruf.

Profesor : Oh, kamu sudah kehilangan separuh daripada kehidupan kamu. Orang buta huruf telah hilang separuh keupayaan untuk hidup dengan berjaya.

Sampan terus bergerak meredah sungai yang luas itu. Sejurus kemudian,

Profesor : Kamu ada buat simpanan wang untuk masa depan ??

Pendayung sampan : Tiada tuan, pendapatan saya cukup-cukup makan.

Profesor : Kalau begitu, kamu hilang lagi separuh daripada kehidupan kamu. Mana mungkin orang tidak menyimpan wang boleh hidup dengan selesa pada masa tua nanti.

Sampan terus bergerak. Tiba-tiba, sampan itu terlanggar bucu sebuah batu dan bocor. Air mula memasuki sampan.

Mereka berdua bergegas mengambil apa jua bekas untuk mencedok air keluar dari sampan. Namun usaha mereka tidak berhasil kerana air begitu deras masuk. Tenyata sampan itu akan tenggelam !!

Dalam keadaan cemas itu, si pendayung bertanya.

Pendayung sampan : Tuan! tuan pandai berenang ??

Profesor : Er, er, saya tidak tahu berenang. (panik)

Pendayung sampan : Kalau begitu, tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!!.

-Tamat-

Pengajaran :

Allah tidak jadikan manusia ini bodoh, tetapi Dia jadikan setiap orang mempunyai kepandaian yang berlainan. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Jadi, tiada manusia yang bodoh, yang ada hanya kepandaian yang berbeza.

*dipetik dari Majalah Solusi.

pandai itu bukan ukuran , tp sejauh mana aplikasi dlm kehidupan , itu nilainya...
ALLAH itu MAHA ADIL..
setiap org ALLAH kurniakan kelebihan dan kekurangn msing2...
BERSYUKURlah dgn ape yg telah dikurniakan..dan dianugerahkan oleh ALLAH..

JGN SESEKALI MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI..
krn hakikatnya...kita memerlukan antara satu sama lain...
~takmil wastikmal..~lengkap-melengkapi....insyaALLAH..

semoga blh diambil ikibar..insyaALLAH...
akhir kalam..

"sesungguhnya dalam kehidupan ini ada manusia yang mati sebelum datang ajalnya,
kerana masa yang ada dalam kehidupannya itu sama sekali tidak memberikan manfaat dan faedah samada bagi dirinya ataupun orang lain,

sementara itu ada manusia-manusia yang terus hidup meskipun ajalnya telah sampai menjemput, kerana masa yang ada dalam hidupnya berjaya digunakan untuk melakukan perkara-perkara yang berfaedah sama ada untuk dirinya atau masyarakat ramai berupa warisan ilmu pengetahuan, anak-anak soleh atau para murid yang bertaburan di pelbagai tempat untuk melanjutkan misi perjuangan atas dunia ini.

Perjuangan yang berlanjutan itu menjadikan seolah-olah ia masih hidup dan bergerak dibuka bumi, meskipun jasadnya sudah lama dikandung tanah”.


jadi...marilah kita sama2 berusaha..untuk menjadi org yg sentiasa memberi manafaat kpd org lain...sbg contoh terdekat..ringan2kan lah tulang membantu mak dan ayah..(lagi2 cuti sklh ni)atau tika bersama sahabat2,TAKMIL WASTIKMAL..(lengkap-melengkapi)..krn setiap insan punya kelebihan dn kekurangn msg2...disamping..sama2 ingat-mengingati..nasihat-menasihati untuk ISTIQAMAH dgn setiap amalan kita..insyaALLAH..

namun begitu...BETULKAN NIAT setiap amalan anda...setiap perbuatan yg dilakukan..

setiap manfaat yg kita cuba sumbangkan..

segalanya hanya untuk mencari redha ALLAH...bukan untuk mencari pandangan manusia...


DAN INGATLAH....
jgn sesekali putus asa dari rahmat ALLAH tika mana kite diuji dgn KESUSAHAN...
dan jgn sesekali LUPA DIRI tika mana kita diuji dgn KESENANGAN...
KRN...
Hidup kita ini ibarat putaran roda...
kadang2 kita diatas kadang2 kita dibawah...

wallhua'lam...

0 comments :