Pages

Thursday, December 2, 2010

~Syadid sangat ke??~



Alhamdulillah..Ya ALLAH,diri ini masih diberi peluang bernafas di hari2 yang sukar apatah lagi sbg seorg yg daya 'curiosity'nya memg nak tahu mcm2.Sebulan genap ana bercuti duduk di rumah...dgn 1001 perancangan yg ntah boleh disettlekn or tidak.Hehe bercmpur baur bahasa..maaf ye.Masih menunggu lesen L disiapkn baru lah boleh start blaja memandu scr sah brsama cikgu..Entah esok atau lusa blaja menjahit plak dgn kwn mak..bukan x reti jahit,cuma stakat jahit koyak sume org reti,tapi nk cuba blaja buat baju kurung.In'allah..

Tajuk kali ni..agak lain bunyinya.Istilah syadid ni slalu dilontrkn kpd sesiapa yg berubah baik secara mendadak..x pun fikirannya..dan cara cakpnya berubah mnjadi ber'falsafah'.Terus terang ana katakn ana sgt suka mmbaca buku berfakta..Sekarang ana sedaya upaya m'habiskn buku 'Ancaman Bahaya Sekularisme' waktu siang dan malamnya pula berganti buku 'Respons Intelektual Muslim dan Isu2 Semasa'.Ada org tgok ana pegang buku tu..spontan dia ckp 'syadidnye..' x kisahlah asalkan rasa curiosity ana terubat bila dh tahu sume2 tu.Selalu dgr prkataan sekularisme..tapi x prnh nk tnye org apakebendenye tu.Sekarang biar ana tahu melalui pmbacaan dan apa yg ana faham..akan ana kongsi sedikit disini.So..syadid sangat ke mcm tu??





Semalam dgr ikim..slot duniaku buku yg mana tetamu jemputannya adalah Dr Ridhuan Tee yg merupakan pengarah kanan UPNM.Beliau menulis buku yg bertajuk 'Nasib Melayu di Bumi Melayu'..Kalau ikutkn manusia yg x suka baca..x suka kaji tentu akan kata 'syadidnye..'.Pendapat beliau mmbuatkn ana terfikir..merenung panjang smpi tertidur..lupa nk turn off radio.Hehe..smpat ana catat nota,Melayu mundur dari segi Ekonomi..buktinya antara org2 yg terkaya di Malaysia..majoriti bukan melayu..melayu hanya sedikit shj..itupun x thulah kekayaannya mmbntu nasib melayu atau tidak.Ke-2 Melayu mundur dari segi politik.Melayu mundur dari segi sosial tetapi sgt aktif dlm gejala sosial dgn buang anaknya..dadahnya..rogolnya dn mcm2.Ana pun melayu..ana lngsung x sensitif dgr itu.Bagi ana mmg betul skali pndpt beliau.



100% org melayu adalah muslim,jadi setiap tindak tanduk org melayu sama ada boleh mencemarkn imej Islam atau boleh menaikkan Islam pd pandangan org lain.Itu shj..mmg adat melayu perlu diperthankan tapi Islam perlu ditonjolkn.Jgn hanya Islam pada nama tapi seluruh aspek kehidupan menolak cara hidup Islam..bercakap mengalahkan org putih..cara pemikiran mengalahkan barat sdgkn ISLAM lebih hebat dari BARAT.cuma kita x nampak itu kerana Muslim sendiri mengagungkan barat..Muslim sndiri tidak menunjukkn kehebatan ISLAM itu.Di kubur esok..kita x ditanya apa bangsa kamu...tetapi yg ditanya adalah agama kamu.

Diri kita adalah apa yg ada didasarnya.Kalau dasar dan asas diri kita..bukan kembali pada ISLAM..maka seluruhnya tidak akan menonjolkan sifat2 muslim.Akar adalah elemen terpenting.Serupa jugak dlm negara kita,ia mggunakan dasar sekularisme..jadi seluruh perlembagaan negara turut ikut sekularisme.Sayangnya kita x nampak islam sbg agama rasmi..kerana seolah-olah 'Islam yang diperintah' bukan 'Islam yang memerintah'.Sepatutnya kalo kata islam sbg agama rasmi..kita perlu ikut 'divine sovereignty' iaitu kedaulatan rabbani bukanlah 'people sovereignty' iaitu kedaulatan rakyat.Masalah ni xkan pernah selesai melainkan kembali pada AL-QUR'AN dan ASSUNNAH.Masalah murtad akan tiada..sekolah harapan untuk anak2 mengandung x dibina,malah akan hidup aman seperti di madinah al-munawwarah.Kegemilangan ISLAM..sirna ISLAM terpancar krn AL-QUR'AN dan ASSUNNAH.

Sekali lagi..alhamdulillah dgn adanya buku2 berfakta itulah..ana boleh bukak fikiran ini.Ana boleh memberitahu apa2 yg org belum tahu..ana boleh fikir demi ummah dgn lebih mndlam.Apa pula nasib kita melayu islam ini di mahkamah mahsyar nanti.Janganlah di dunia miskin..di akhirat sana jadi papa kedana..na'uzubillah min zalik.Syadid sangt ke post kali ni??hehe x kisahla..satu hari nnt berharap nk jadik seorg philosophist.Wallahua'lam...mga tiada yg salah dlm pemikiran ini.

3 comments :

Novelgurl said...

betul3 !

mumtazah said...

"Sesungguhnya aku amat merindui seorang pemuda/i yang tidak tidur lena kerana memikirkan masalah ummah."
~Al-Imam Hassan Al-Banna~

:::KHALIFATULLAH::: said...

to NOvelgurl:sama2 ye kita menaikkan nama ISLAM..masing2 cuba sumbgkn sesuatu demi manfaat ISLAM..syukran atas sokongan=) uhibbuki fillah

to mumtazah:masya'ALLAH syukran atas ingatan drpd kata2 seorg tokoh berpengaruh besar dlm dakwah kita semua =).Entry yg anti dah buat,bnr2 bagus..keep it up..ana sokong 100%