Pages

Sunday, December 26, 2010

Khusyuk Solat

Bismillahirrahmanirrahim.
Salam 'alaikum saudara2 seislamku sekalian,
Antum lah permata2 islam..maka bangkitlah kita demi-NYA!

Sebelum ana menyentuh tajuk Khusyuk Solat ini, ana nak kupas secara ringkas ttg perintah menunaikan solat.. Emm,bagaimana kita nak membicarakan ttg khusyuk dalam solat jika kita mengabaikan perintah ALLAH (solat) yang satu ini,setuju?


PERINTAH MENUNAIKAN SOLAT


Allah S.W.T telah mensyariatkan ibadah solat dan ia wajib dikerjakan oleh setiap muslim. Justeru itu, tiada perintah ALLAH S.W.T yang paling mulia melainkan solat fardhu.

"Dan dirikanlah solat, tunaikan zakat dan ruku'lah beserta orang-orang yang ruku' " (Surah Al-Baqarah ,ayat 43)

"Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula solat) subuh. Sesungguhnya solat subuh itu disaksikan (oleh malaikat)." (Surah Al-Isra' ,ayat 78)

  • Surah Ibrahim ,ayat 31
  • Surah Al-An'am ,ayat 72
  • Surah Al-A'raf ,ayat 29
  • Surah Al-Anbiya' ,ayat 73
  • Surah Ar-Rum ,ayat 31

  • Rasulullah S.A.W bersabda :

اِنّ أوّل ما يحاسب به العبْد يوم القيامة منْ عمله : صلاته

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi S.A.W bersabda : "Sesungguhnya amalan yang pertama seseorang hamba yang dihisab oleh ALLAH pada hari kiamat ialah solatnya."

(Riwayat Abu Daud & At-Tirmizi)


TAKRIF SOLAT


Dari segi bahasa, solat bermaksud 'doa untuk kebaikan' sebagaimana firman ALLAH S.W.T dalam surah At-Taubah ,ayat 103 :

"Dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka".

Maksud solat mengikut istilah syara' ialah :

أقوال وأفعال مفتتحة بالتّكبير ومختتمة بالتّسليم بشرائط -ini bukan dalil/nas,tp bahasa arab

"Beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulakan dengan takbiratul ihram dan disudahi dengan salam berdasarkan syarat-syarat yang tertentu".

Rujukan : Menuju Kearah Kemantapan Solat oleh Ustaz Amran Yusoff.


KHUSYUK

Erti khusyuk ialah menghadirkan hati dan ingatan di dalam melaksanakan perintah ALLAH.


Dalil Al-Quran dan Hadis :

"Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman iaitu orang yang khusyuk dalam solat mereka". (Surah Al-Mukminun ,ayat 1-2)

"Sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan mungkar". (Surah Al-Ankabut ,ayat 45)

عن عمر رضى الله قال...قال فاخْبرني. عن الاٍحسان - قال أنْ تعْبد الله كأنّك تراه, فاٍنْ لمْ تكنْ تراه فاٍنّه يراك...الحديث

Ertinya : Dari Umar RA berkata malaikat Jibrail : Beritahu kepada aku tentang ihsan. Nabi Muhammad S.A.W menerangkan : Ihsan ini ialah engkau mengerjakan ibadah kepada ALLAH seolah-olah engkau melihat-NYA, sekiranya engkau tidak melihat-NYA maka ingatlah bahawa ALLAH tetap memerhatikan keadaanmu.

Ciri-Ciri Khusyuk

    1. Bersungguh-sungguh dalam melakukan ibadah kepada ALLAH.
    2. Menumpukan perhatian dalam mengerjakan ibadah.
    3. Menetapkan hati.
    4. Menenangkan jiwa.
    5. Berasa diperhati oleh ALLAH.

    Rujukan : Buku Teks Pelajaran Asas Akhlak Islami Darjah 5, Sekolah Rendah Agama Islam Selangor, cetakan keempat tahun 2001 (buku teks time ana darjah 5, thn 2003)

    p/s : Dalil hadis untuk khusyuk di atas, bukan bermakna kita memikirkan ttg zat ALLAH, tetapi kita merasakan diri kita ini diperhati oleh ALLAH.. Ana x mengetahui utk menerangkan ia secara ilmiah atau terperinci, sesiapa yang lebih mengetahui atau ahluz zikr bolehlah menitipkan dan berkongsi ilmunya di sini.. syukran kathir, hanya ALLAH yg bisa membalasnya.

    Bersambung... insyaALLAH.

    Wallahua'alam.

    0 comments :