Assalamualaikum w.b.t.
Sekadar ingin mencoretkan pengalaman yang kita boleh ambil ibrahnya,insyaALLAH.
Bermula tarikh 26 dis 2010 sehingga 1 jan 2011, ana dan sahabat2 di APIUMNP balik ke rumah
sempena cuti pertengahan semester. Klu kat kelantan kan, start belajar dan bekerja pada hari Ahad, jadi ana beli tiket pulang (naik bas) pada hari jumaat,malamnya.. iaitu malam 31 dis 2010.
Nak dikisahkan (takdir Ilahi), bas ana sepatutnya pada pukul 9.30 malam tetapi telah bertukar pada pukul 10.00 malam. Ana beserta mak & ayah menunggu di stesen bas, sambil2 menjenguk bas yang bakal dinaiki (kami tengok bas berpandukan no. trip bas yg ditulis di dalam tiket ana).
Beberapa minit sebelum 9.30 malam, ayah ana bertanya di kaunter, "Bila bas nak sampai?" Katanya, perjalanan bas tunda ke pukul 10 malam.
Pada pukul 10 malam, kami still x nampak bas yg tertulis no. trip ana. Ayah ana bertanya lagi di kaunter, "Bas ni dah sampai ke belum?" Dan jawapannya..bas dtg lambat sikit.
Kami tunggu lagi..melihat2 bas yg sama dgn no. trip bas ana..
Tp..jam dah menghampiri 10.20 malam
Kami pun pelik juga "Bas ni x sampai2 lagi ke?"
Dan ayah ana bertanya lagi di kaunter..
dan jawapan yg kami dapat?? Bas dah terlepas!!
Memang kami sangat terkejut.. rasanya kami x nampak pun bas yg sepatutnya ana naiki..
Rupa2nya.. bas yg sepatutnya ana naiki bergabung dgn bas lain.. jadi yg terpapar di tingkap bas adalah no. trip bas yg satu lagi, bukan no. trip bas ana
Mungkin cara ana bercerita ini agak x boleh difahami, tp yg pentingnya, ana terlepas bas..
wlupun kami dah usaha dan merancang sebaiknya, tapi sebaik-baik perancangan adalah dari ALLAH SWT..
inilah antara ibrah yg ingin ana sampaikan kepada diri ana dan sahabat2..
bukan nak memburukkan mana2 pihak yg terbabit, tp ibrah yg ingin kita ambil dari kisah ana ini..
"Dan jangan sekali-kali engkau mengatakan terhadap sesuatu, 'Aku pasti melakukan itu esok pagi,' kecuali (dengan mengatakan), 'InsyaALLAH'. Dan ingatlah kepada Tuhanmu apabila engkau lupa dan katakanlah, 'Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepadaku agar aku yang lebih dekat (kebenarannya) daripada ini.' " (Surah Al-Kahf, ayat 23-24)
Apabila melakukan sesuatu,ucapkanlah insyaALLAH..
insyaALLAH bermaksud 90% jadi, bukan 90% x jadi ye..
insyaALLAH itu sendiri bermaksud 'jika ALLAH menghendaki' atau 'dengan izin ALLAH'..
tidakkah kita memperhatikan?
setiap perkara pasti ada hikmahnya..
ujian itu tarbiyah daripada ALLAH..
menanam dan mengukuhkan sifat baik sangka kepada ALLAH..
"Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi ALLAH. Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-NYA kepadamu. Dan ALLAH tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri" (Surah Al-Hadid, ayat 22-23)
Sama2lah kita saling ingat-mengingati kerana-NYA..
Antum antunna boleh ingatkan ana, dan ana tetaplah memberi peringatan..
"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin" (Surah Az-Zariyat, ayat 55)
Wallahua'lam. Ambillah apa yg baik dan tinggalkan yg buruk dari sudut nilaian ALLAH SWT..
0 comments :
Post a Comment