Hari ini raya kedua..
Ana sekeluarga x kemana.Cuma tunggu maksu yang nak dtg petang ni dan akan bermalam di rumah selayang.Esok abang Hafiz dan isteri dah plan nak pergi ulu yam..mandi mande smbil wat BBQ..kire mcm family day la kot.Huhu ana x merancang nk mandi..maybe bawak homework g sne..Yelah exam dah dekat,oh ye jgn lupe bdak2 stam,ust fatimah nak wat ujian saringan hadith..so,kena hafal satu buku 33 hadith skali dgn mustolahnya..
Raya pertama semalam semua orang berkumpul kat rumah maksu sbb tok ada kat sana..meriah sgt2.Hari raya pertama,mak ayah berbaju purple..kitorg 3 beradik brbaju serba oren..Bersalaman lah sesama sedara(yg pompuan)hehe..x smpi petang lagi duit raya sudah mencecah rm90.Wah masyuk!walaupun bukan itu bukan sebenarnya yang kita rai di bulan syawal ini,kalau dah ada org bagi..amik je la..
alhamdulillah
Harapnya kita semua dpt mera'ikan dgn besederhana.Biarlah kesan Ramadhan terhadap diri kita ini,berterusan sehingga Ramadhan akan dtg.Makan jgn berlebihan dan hari ni dah boleh mula untuk puasa enam..
"Abu ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulullah s.a.w
di dlm menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya:"sesiapa yang puasa Ramadhan,kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun" (Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya,juga dikeluarkan oleh sekelian ramai ulama' hadith seperti Imam Tirmizi,An-nasa'ie dan Ibn Majah).Imam Syafie' menjelaskan hadith ini adalah hadith sahih.
Pendapat Imam Syafi'e..untuk melakukan puasa enam ini,sejurus selepas hari raya pertama dan dilakukan secara berturut-turut.Tetapi bukanlah bermakna puasa yang dilakukan scr terputus(awal,tgh dan akhir) tidak mendapat pahala,ia juga dikira sbg ibadah.
Jadi apa lagi..hayya2!fastabiqul khairat..berlumba-lumba kita ke arah kebaikan.
2 comments :
salam.. syukran kerana sudi menjemput ke ruang blog anti.. ana mmg gila membaca,suka bca blog,lg2 blog yg berfaedah dan berilmu.. =) alhamdulillah hari ni da mula puasa 6. heh.. moga dpt habiskan insyaallah.. ok,teruskan berkarya,semoga berjaya dunia akhirat
sama2..moga kita dpt mnjadikan penulisan sbg satu wacana dakwah..bagus kalau enti suka membaca..sbb ana ingt lagi kata2 seorg akhawat "reader is a leader..leader is a reader" =)
syukran atas motivasi yea..
Post a Comment