Kali ni,ana nak bercerita satu kisah..
Suatu hari,kami ada kelas bahasa Arab. Seperti biasa,tanpa jemunya ustaz Nor Hazrul mengajar kami bahasa Arab.. Panggilan ustaz dan ustazah adalah sinonim bagi gelaran profesor di APIUMNP,Klntn,mahupun profesor madya(^_^). Bagi pelajar2 yg ingin mendapatkan khidmat nasihat,ustaz Hazrul lah antara pilihan pelajar.. Selain belajar bahasa Arab,ustaz sering menyelitkan kisah2,motivasi di dalam pembelajaran beliau..inilah antara aset yg disenangi pelajar..
Satu perkongsian yg menarik,ustaz Hazrul menyentuh ttg bangun dari tidur.. fokus pada bgn waktu malam..sbb tu tajuk saya 'Bangun Malam'..Nak tau ceritanya? Alkisahnya begini..
"Kita tidur di malam hari,dan kemudian,kita bangun..biasanya kita akan rasa ngantuk lagi..kan? Lagi2 klu kita bgn dlm 3 atau 4 pagi.. dan biasanya,kita ni akan sambung tidur,disebabkan rasa mengantuk tu.. TAPI sebenarnya,kita ni dah ditipu!"
"Ha??",terkejut kami mendengarnya.. Apa maksud ustaz dgn kita ni ditipu?? Adakah sbb kita x bgn tidur,n qiam..??
"Ustaz kata gitu,sbb..ye la,kita kan DAH tidur..kenapa ada rasa mengantuk lagi?? Secara logiknya,kata la kita dah buat sesuatu perkara,cth,kita dah siapkan tugasan kerja kita,xkan la tugasan kerja kita tu x siap lagi..kan2? Begitu juga tidur,klu kita dah tidur,patutnya xda dah rasa ngantuk tu.."
"Hermm..",udah faham..memikir2 akan kebenaran kata2 ustaz..
"Jadi,org yg sambung tidur tu,seolah2 dia menipu dirinya sendiri,x gitu? Sbb dia ditipu dgn rasa ngantuk tu.."
"Betul tu..ada benarnya kata2 ustaz..",monolog hatiku.
Ana paparkan kisah ni sbg motivasi utk kita..sama2 mujahadah nafs dalam bangun malam..dan pastinya,bgn malam ini utk tujuan yg baik la,spt qiam.. dan tujuan2 baik yg lain..
Selain ibadah fardhu,ibadah secara UMUMnya terbahagi kpd 4 jenis(yg kita blh buat tiap2 hari) iaitu:
- Sembahyang sunat
- Membaca Al-Quran
- Doa
- Zikir
Jadi,bagi yg ma'zurah,tiada halangan baginya utk qiam dan beribadah..iaitu dgn berdoa dan berzikir.. Keempat2 perkara tersebut blh kita lakukan tiap2 hari,n x perlukan wang pun..betul x? Banyak lagi ibadah2 lain spt sedekah,puasa n lain2..tp keempat2 perkara ini adalah yg umum..yg semua org blh buat..katalah klu sedekah,org miskin x blh nak bersedekah..kan?
Setelah kita dpt bgn malam,n qiam..jgn pula terlepas solat subuh! Ye la,kdg2 tu dah habis qiam,kata la ada masa lagi,kita mungkin tertidur..atau tidur sebentar.. Pastikanlah kita bukan setakat dpt buat yg sunat,malah yg fardhu tetap terjaga! Maksudnya,qiam pun kita dpt buat..solat subuh pun kita dpt laksanakan di awal waktu..klu dpt berjemaah,laaagi bagus..bg muslimin,mereka hendaklah melaksanakan solat di tempat azan diazankan,iaitu berjemaah sama ada di surau mahupun masjid..
Satu lagi perkongsian dari ustaz..sbnrnya banyak yg ustaz dah kongsikan tp,ini antara yg ana ingat.. Amalan sunat yg Nabi hampir2 tak tinggalkan adalah solat sunat witir dan solat sunat sblm subuh!
Ana petik tulisan ustaz Amaluddin Mohd Napiah,di dalam mjlh Anis keluaran jun 2010...
...Daripada (Ummul Mukminin) Aisyah r.ha.,beliau berkata:"...Sesungguhnya Nabi SAW tidak pernah meninggalkan empat rakaat sebelum Zuhur dan dua rakaat sebelum Subuh." (Riwayat al-Bukhari)
Apakah maksud Nabi SAW 'tidak pernah meninggalkan'? Ia membawa pengertian yg solat sunat Subuh telah menjadi kebiasaan baginda SAW,bahkan sentiasa dilakukan oleh baginda dan (hampir) tidak pernah ditinggalkan......
Sabda Nabi,"Dua rakaat Fajar lebih baik daripada dunia dan segala apa yang ada di dalamnya." Dalam riwayat lain:"Lebih aku suka daripada dunia seisinya." (Riwayat Imam Muslim daripada Aisyah r.ha.)
Di sini,ana tidaklah menekankan hanya kpd solat sunat qabliyyah Subuh.. Seorang Muslim itu dianjurkan supaya mengerjakan solat-solat sunat,dan di antara solat-solat yg disunatkan ke atas umat islam ialah solat sunat Rawatib. Ana cuma hendak menyampaikan fadhilat(kelebihan) dan keutamaan solat sunat Fajar ini sehingga dihukumkan Muakad yakni 'sangat dituntut'.
Wahai hati2 yang lunak,dalamilah mutiara kata ini sbg penutup kalamku..,
"Jika ALLAH bersamamu di hatimu,tiada siapa dan apa2 yang patut kau gusarkan. Sesungguhnya segala sesuatu yang menimpamu tatkala berjuang di jalanNYA penebus dosa2mu. Bergembiralah kerana kini dirimu terpilih untukNYA. Ikhlaskan jiwamu.. Selagi hayat dikandung badan,selagi sihat seluruh jasad,selagi ajal belum mengundang,wakafkanlah dirimu,jiwamu serta hayatmu FI SABILILLAH.. Sungguh hidupmu & nyawamu hanya sekali cuma. Jadikan ia ladang pelaburan terbaik buat membeli al-Jannah....(^_^)"
4 comments :
allahuakbar..best sgt posting anti kali ni..alhamdulillah.. betul tu,kte slalu sgt ditipu oleh diri sendiri..nk lawan nafsu ni perlukan mujahadah yg tggi..kena sgguh2..insyaallah..moga kte semua dpt jadikan ini sbg amalan yg tk akn kte tggal lg smpi akhir hayat..insyaallah..amin.
salam..perkongsian yg baik, trskan beribadah dan berdakwah ke jalan-NYA..munirah munir writernye kan? ..hanun
amin..sama2 kita saling ingat-mengingati,(51:55). Ana cuma menyampaikan apa yg ana dpt dr murabbi2 ana..moga kita sama2 mendapat manfaatnya,amin..
itulah manusia..sering tertindas dek nafsu.teringat pula kisah bgmana mula2 ALLAH mencipta nafsu dlm diri manusia...mmg nafsu ini sedegil-degil makhluk pada permulaan penciptaan.kita x boleh tunduk pada nafsu..kita ada IMAN yg perlu kawal nafsu dgn sebaik mungkin.Jadi sebelum kita mampu menundukkan nafsu,,kukuhkan pertahann IMAN kita =) perkongsian yg baik munirah..
Post a Comment