Pages

Tuesday, September 13, 2016

SIRI 5 : MUNAFIQIN - Gunting Dalam Lipatan

Sambungan dari siri sebelumnya...

Bismillahirahmanirrahim



Assyahr ath-thani menyebut di dalam kitabnya ‘al-milal wan nihal’ bahawa perkara yang berlaku di zaman dahulu ,berlaku juga di akhir zaman ini.Puncanya sama sahaja iaitu adanya golongan munafiqin yang menjadi duri dalam daging dan gunting dalam lipatan umat islam .Mereka mengambil setiap peluang dan ruang untuk meniupkan perkara-perkara yang memesongkan umat islam dari agama mereka,sehingga berlakunya pertarungan hebat di antara penyeleweng dengan golongan yang terus menerus berpegang dan yang mempertahankan ajaran islam yang sebenarnya.

Seorang ulama’ yang terkenal asy-syahr ath-thani mengarang sebuah kitab yang berkait dengan agama-agama dan fahaman-fahaman ,kitab yang bernama ‘al-milal wan nihal’ .Pengarang menyebut di dalam kitab ini bahawa pertarungan di antara islam dan bukan islam akan berpanjangan sehingga akhir zaman .Bukan sahaja dengan al-milal (agama-agama)bahkan termasuk juga an-nihal (fahaman-fahaman) yang dizahirkan dalam masyarakat islam,terutamanya oleh golongan munafiqin iaitu golongan yang berpura-pura dengan agama islam.

Disebut di dalam al-quran dengan sifat-sifatnya yang panjang,bahkan  lebih panjang dari ayat kepada orang mukmin dan orang kafir.Pada awal surah al-Baqarah ini diceritakan tentang orang munafiq

ومن الناس من يقول ءامنا بالله واليوم الأخر وما هم بمؤمنين
يخادعون الله والذين ءامنوا وما يخدعون إلا أنفسهم وما يشعرون

“Dan di antara manusia ada yang berkata ‘Kami beriman kepada Allah dan hari akhirat ‘ padahal sesungguhnya mereka itu bukanlah orang-orang beriman.Mereka menipu Allah dan orang-orang yang beriman,padahal mereka hanyalah menipu  diri sendiri tanpa mereka sedari” (al-Baqarah : 8&9)

Mereka lupa bahawa Allah swt mengetahui apa yang tersembunyi di dalam hati mereka .Golongan inilah yang memainkan peranan merosakkan umat islam,mereka mewujudkan berbagai-bagai fahaman atas nama islam juga,tetapi tujuannya untuk menyelewengkan orang islam daripada agama islam dengan nama-nama yang menarik .Pengarang mengatakan bahawa Allah swt akan tetap mempertahankan agama islam ini,dan akan ada golongan-golongan yang terus berperang  dengan al-Quran dan hadis Nabi saw.

Walaupun para sahabat radhiallahu anhum berselisih pendapat dan bertelingkah sesama mereka dalam perkara yang sangat besar  namun kesemua mereka tetap berpegang teguh dengan kitab Allah dan sunnah Rasulullah saw.Mereka tetap melaksanakan dengan taatnya  akan firman Allah swt

فإن تنازعتم في شيئ فردوه إلى الله والرسول إن كنتم تؤمنون بالله واليوم الأخر ذلك خير وأحسن تأويلا
Surah an-Nisa’ ayat 59

Ertinya : “Maka jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu perkara ,maka kembalikanlah ia kepada Allah (yakni kepada al-Quran) dan Rasul (yakni kepada sunnahnya) jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat ,yang demikian itu lebih utama bagimu dan lebih baik akibatnya

Allah taala menjelaskan bahawa sekiranya orang-orang yang beriman itu bertelingkah ,mereka boleh menyelesaikan pertelingkahan mereka, iaitulah dengan al-Quran dan hadis Nabi saw.Orang yang benar beriman kepada Allah dan hari akhirat akan berbincang menurut al-Quran dan hadis Nabi saw .

Dalam perkara al-Quran dan Hadis ini ada nusus qat’iyah yang disebut dengan thawabit iaitulah dengan nas-nas yang tetap (yang tidak berubah dan tidak berganjak),perkara yang berkait dengan iman ,hukum syariat yang asas misalnya solat 5 waktu dan puasa yang diwajibkan ,haji yang diwajibkan,halal dan haram (haramnya arak dan judi),hukum yang telah ditegaskan seperti hudud,qisas,haramnya riba dan berbagai perkara lagi.Dalam hal ini para ulama’ tidak berkhilaf dan tidak bertelingkah  sama sekali

Disana juga ada nas yang umum yang boleh ditafsir berbagai-bagai ,maka berlakulah khilaf dan pertelingkahan dalam perkara ini .Yang melahirkan mazhab-mazhab (Hanafi,Maliki,Syafie dan Hanbali,Ibnu Taimiyyah,Ibnu Qayyim ,Imam laith bin sa’d,Imam sufyan ath-thauri ) dimana dalam perkara ini diizinkan oleh Allah swt dan dinyatakan oleh Rasulullah saw  :

من اجتهد فأصاب فله أجران,ومن اجتهد فأخطأ فله أجر واحد

“Sesiapa yang berijtihad (yang bersungguh mengkaji hukum yang berkait dengan cabang ) lalu ia betul,maka ia memperolehi dua pahala.Dan barangsiapa yang berijtihad kemudian ia salah ,maka baginya satu pahala”

Di dalam perkara furu’,yang benar dapat dua pahala,yang salah dapat satu pahala.Adapun dalam perkara yang thawabit ataupun qat’iyyah tidak boleh ada khilaf sekali-kali.Hukum hudud,hukum qisas yang diwajibkan di dalam al-Quran,hukum haramnya riba ,haramnya riba,haramnya judi  sama ada menerima hukum itu atau menolak hukum itu.

Jika menolak hukum itu samaada menjadi kafir,zalim,atau fasiq..ia tidak lari 3 perkara ini .Ini lain daripada masalah ijtihadiah yang kita kena faham .Orang islam tidak boleh bertelingkah sekali-kali dalam perkara qat’iyah dalam perkara thawabit dimana golongan yang menyeleweng  daripada al-Quran dan Hadis  kita dapat lihat dengan terang dan jelas .Apabila mereka melawan al-Quran dan Hadis,ataupun tidak mahu berbalik kepada al-Quran dan Hadis ,itu sesat.Jika ikut golongan ini ,maka sesatlah kita

Firman Allah swt :
وإن طائفتان من المؤمنين اقتتلوا فأصلحوا بينهما فإن بغت إحداهما على الأخرى فقاتلوا التي تبغي حتى تفيئ إلى أمر الله فإن فائت فأصلحوا بينهما بالعدل وأقسطوا إن الله يحب المقسطين
إنما المؤمنون إخوة فأصلحوا بين أخويكم واتقوا الله لعلكم ترحمون

“Dan apabila ada dua golongan orang mukmin berperang,maka damaikanlah antara keduanya.Jika salah satu dari keduanya  berbuat zalim terhadap golongan  yang lain,maka perangilah golongan yang berbuat zalim itu,sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah.Jika golongan itu telah kembali (kepada perintah Allah) ,maka damaikanlah antara keduanya dengan adil,dan berlakulah adil.Sungguh Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil.

Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara,maka damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertaqwalah  kepada Allah agar kamu mendapat rahmat “(Al-Hujurat 9&10)

Walaupun dua golongan di antara orang islam berperang di antara satu sama lain hendaklah didamaikan dengan hukum Allah  (berbalik kpd hukum Allah),sekiranya salah satu golongan melampaui batas ,degil juga,maka perangi golongan yang degil itu supaya mereka berbalik kpd hukum Allah .Selamatkannya di dunia dan akhirat.

Dibolehkan untuk berlawan dengan golongan ini sehingga berlaku perang ,diizinkan di dalam al-Quran supaya mereka boleh berbalik kpd hukum Allah swt.Itu sekiranya golongan tersebut mengangkat senjata ,maka perlu lawan dengan senjata .Perkara ini mestilah dimulakan dengan hujah dahulu ,atau berdialog dan berbincang dengan kitabNYA dan sunnah Nabi saw .

Jika mereka berdegil tidak mahu berlawan dengan hujah  dan mereka mengangkat senjata,maka hendaklah kita berperang dengan mereka.Inilah yang menyebabkan saidina Ali karramallahu wajhah memerangi Muawiyah ,dan memerangi golongan Khawarij yang menentang Saidina Ali .

Walaupun demikian,berperang dengan orang Islam ini ada adabnya ..Saidina Ali menyebut
اقتلوتهم مقبلين واتركوهم مدبرين

Perangilah mereka apabila mereka berhadapan dengan kita (berlawan dengan senjata) ,dan tinggalkan mereka (jangan kejar) apabila mereka berundur.

Adapun musuh yang lain hendaklah dikejar habis-habisan .Inilah beza apabila berlaku pertelingkahan antara dua kumpulan islam.Yang menjadi masalah adalah apabila kita mesti menghadapi golongan yang menyeleweng daripada al-Quran  dan Hadis Nabi saw .

Betapa kuatnya umat islam di zaman Rasulullah saw dan para sahabat radhiallahu anhum berpegang kepada ajaran islam dan eratnya ukhuwah islamiah sehingga pertelingkahan mereka tidaklah menyebabkan mereka memandang ringan terhadap agama dan boleh dicelah oleh golongan munafiqin .Walaupun golongan munafiqin bekerja dan berusaha bersungguh-sungguh untuk merosak dari dalam sehingga menyebabkan mereka berpecah dalam perkara yang melibatkan aqidah.

Walaupun orang islam bertelingkah dalam berbagai mazhab perkara cabang ,namun orang islam tidak berpecah ,mereka bersatu menghadapi musuh islam .Mereka sama-sama menyebarkan agama islam  sehingga agama islam berkembang  di seluruh pelusuk dunia .Walaupun orang-orang munafiq cuba hendak masuk ke dalam celah-celah pertelingkahan ini ,mereka gagal dan tidak berjaya kerana orang islam tetap disatukan dengan al-Quran dan Hadis Nabi saw dalam perkara cabang.

Sehingga Imam Syafie menuntut ilmu dengan Imam Hassan asy-Syaibani seorang ulama’ besar di dalam mazhab Hanafi (murid Imam Abu Hanifah) ,begitu juga Imam Syafie menuntut ilmu dari Imam Malik bin Anas (Imam Mazhab Maliki).Walaupun mempunyai pandangan yang berbeza ,dan Imam Ahmad Bin Hambal menuntut ilmu dengan Imam Syafie ,walaupun beliau mempunyai mazhabnya yang sendiri yang berbeza dengan Imam Syafie .

Sebagai contoh dalam perkara bacaan al-Fatihah, mazhab Syafie baca bismillah,mazhab Hambali tidak perlu baca bismillah namun mereka tidak berbalah dan diriwayatkan bahawa Imam Syafie solat subuh di Iraq tidak baca qunut walaupun pandangannya adalah perlu baca qunut .Apabila ditanya mengapa tidak baca qunut dan tidak sujud sahwi ?Imam Syafie berkata bahawasanya dia menghormati Imam Abu Hanifah

Namun yang menjadi masalah pada harini asy-syafi’iyyah (penyokong dan anak2 murid Imam syafie) yang bertelingkah pada permasalahan fiqh bermati-matian .Namun ulama’-ulama’ besar walaupun berbeza pandangan dalam permasalahan furu’ tetapi mereka tidak berpecah .

Apabila ditimbulkan kepada Imam Malik

“Wahai Imam Malik bin Anas,syafie anak muridmu itu telah derhaka .Lain daripada pandanganmu padahal dia mengaji denganmu”

Sebagai contoh ketika solat,mazhab Maliki tidak perlu letak tangan atas dada ,Imam syafie sunat letak atas dada.

Banyak lagi masalah yang lain,apabila orang timbulkan kepada Imam Malik.Jawab Imam Malik ‘Semua kata-kata manusia boleh diterima dan ditolak melainkan orang yang duduk di dalam kubur ini ‘sambil beliau menunjuk kearah kubur Nabi saw

Kata imam syafie ‘Sesuatu yang menepati hadis sohih,maka itu pendapatku’ begitu juga kata-kata imam Ahmad.Walaupun mereka khilaf dalam pekara furu’,tetapi apabila melawan musuh islam mereka bersatu dan sama-sama mendirikan pemerintahan islam ,mendaulatkan syariat Allah .

Yang menjadi masalah apabila mengaku islam tetapi tidak mahu tegakkan islam,inilah orang munafiq .Kita mesti bezakan betul-betul di antara islam yang benar dan islam yang munafiq.Mereka ini solat sahaja ,pergi masjid bersama Nabi tetapi tolak hukum yang dibawa Nabi .Inilah golongan munafiq,bukan islam yang sebenar.

Di Madinah pada zaman Nabi terdapat orang munafiq ,mustahillah di zaman ini kita lebih baik dari zaman tersebut ,dan perkara ini perlu kita jaga-jaga sebelum kita mati meninggalkan dunia.Begitu juga pada awal zaman Khulafa’ ar-Rasyidin ,pegangan mereka terhadap al-Quran dan as-Sunnah tetap teguh ,tiada menyanggah dan tiada berfalsafah .Mereka melihat dan meyakini bahawa al-Quran itu memenuhi semua keperluan manusia,untuk kepentingan agama dan dunia .As-sunnah pula adalah huraian yang tepat dan benar ,tetapi terdapat perubahan sikap dan fahaman hasil pergaulan dengan saudara-saudara baru yang masih mempunyai saki baki ajaran lama .

Misalnya di Iraq,terdapat orang-orang Nasrani ,Yahudi dan Manu iaitulah agama di Parsi .Di Yaman pula terdapat orang-orang Nasrani dan Yahudi ,begitu juga di Syria yang akhirnya menyebabkan perpecahan sama ada menghadapi orang-orang yang telah memeluk islam atau yang belum 

.Ditambah pula oleh kekhilafan dalam khilafah yang dihidupkan semula yang mempengaruhi perkembangan umat islam kerana ada pula orang-orang yang mengemukakan nas untuk menegakkan puak-puaknya sama ada secara jujur  dan tidak jujur ,atau secara jujur tetapi jahil .

Disana zaman para sahabat radhiallahu anhum ,apabila disebut al-Quran dan Hadis,mereka akan terima dengan ikhlas .Mereka tidak berfalsafah dan menipu sama sekali .Namun pada harini ada pula tempelan islam hadhari,islam liberal..mereka menipu tapi menunjukkan nakkan islam juga .Ini yang menjadi masalah pada harini ,apabila diajak untuk membuka al-Quran dan hadis mereka tidak mahu dan menolak .Lalu mereka membuat berbagai-bagai falsafah dan huraian menggunakan akal fikiran sehingga menolak hukum Allah,menolak nahi mungkar ,menolak syariat Allah yang thabit dengan nas yang nyata.Walaupun menghadapi masalah-masalah yang besar,tetapi mereka degil,tidak mahu ikut juga ikut syariat Allah swt

Ini berbeza dengan zaman para sahabat,mereka berpegang dengan syariat Allah dan hadis Nabi saw walaupun berlakunya perselisihan pendapat

Di zaman mutakhir selepas agama islam berkembang ,maka ramai saudara-saudara baru memeluk islam .Di Iran orang-orang Majusi masuk islam,pengikut agama zararash peluk islam,agama manui masuk islam,ini adalah agama-agama di Parsi,mereka memeluk islam ,dan mereka juga mempunyai pandangan-pandagan falsafah

Di Yaman,kristian dan Yahudi peluk islam,di Syria (syam) kristian dan Yahudi peluk islam,di Mesir orang qibti yang juga memelihara adat-adat Mesir masuk islam.Apabila mereka masuk islam,mereka membawa pengaruh-pengaruh lama ke dalam islam,masih ada saki baki.

Jika di Mesir zaman Saidina Umar ,Amru bin al-As ditugaskan menjadi gabenor Mesir masih lagi ada amalan orang Mesir iaitu memilih anak dara untuk dikorbankan bagi sungai Nil .Bagi mereka, jika tidak dikorbankan kepada sg Nil,maka sg Nil akan surut.Ini kepercayaan mereka..Mereka sudah islam tapi masih hendak menggunakan kepercayaan yang karut ini

Maka Amru bin al-As menulis surat ,bila dia melarang maka sg Nil betul2 menjadi surut ..ini adalah ujian dari Allah taala.Lantas amirul mukimin saidina Umar al-Khattab menulis satu surat kepada sg Nil dan diperintahkan agar suratnya itu dicampak ke dalam sg Nil

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,Wahai sg Nil,pasanglah”

Apabila dicampakkan surat itu ke dalam sg Nil,maka air sg Nil mula pasang.Ini adalah karramah saidina Umar al-Khattab radhiallahu anhu,dan adat yang karut ditinggalkan .

Di negeri kita juga terdapat ajaran yang karut,sudah bernikah ikut gaya islam,kemudian bersanding dilihat oleh ramai-ramai orang pula.Ini adalah adat hindu .Ini adalah permasalahan dalam perkara amalan.Dan ada juga permasalahan dari sudut pemikiran sehingga menolak syariat Allah swt

Namun ada dalam masyarakat islam ini yang menghidupkan budaya jahiliah .Mereka mengaku islam tetapi menghidupkan budaya jahiliah,sama ada dia islam tetapi jahil.Asalkan punyai latar belakang islamik,diangkat menjadi ikon sedangkan dia tidak ada pengetahuan islam yang luas.Dan ada juga di antara mereka yang tidak jujur,iaitu munafiq yang cuba merosakkan islam .Mereka cuba membawa fahaman-fahaman yang termasuk dalam agenda globalisasi Amerika  untuk menentang semula kebangkitan islam .

Mereka cuba memburukkan kalimah jihad dan menakut-nakutkan dengan perkataan jihad sehingga orang meninggalkan jihad.Sedangkan Nabi berjuang,para sahabat syahid mempertahankan islam,dan ada ayat al-quran tentang jihad,dan siapa yang berjihad masuk ke dalam syurga namun ayat ini tidak dibaca dan tidak difahami


Janganlah kita ikut benda yang menyeleweng daripada cara islam yang diajarkan Nabi saw ,berlakunya peristiwa yang menyayat hati dalam islam.wallahu a’lam

0 comments :