Pages

Sunday, September 18, 2016

DARI PENA ASY-SYAHID MUSTAFA MASYHUR

Malam ini misi membelek tulisan-tulisan tangan almarhum asy-syahid,tinggi sekali nilainya..karangan beliau pada tahun 1997.Sehingga ke hari ini Intifadhah masih berterusan.Tidak ada seminit pun waktu dilengahkan untuk berpangku tangan dalam permasalah Palestin sehingga ke hari ini.

*****************************************************************


Sesungguhnya penentangan menentang musuh zionis ini telah mewajibkan sikap secara berterus terang meskipun tidak disenangi oleh sebahagian orang, bahkan menjadi WAJIB kerana untuk merealisasikannya demi kebaikan serta kepentingan kita semua.

Sesungguhnya musuh mengetahui apa yang ia kehendaki serta mengetahui bagaimana merealisasikan apa yang dikehendakinya.

Adapun kita  kadangkala  kita merasa keliru, sebahagian mereka melihat kepada permasalahan Palestin seolah-olah merupakan permasalahan tanah yang dirampas oleh musuh daripada orang-orang Palestin lalu ia khusus untuk bangsa Palestin sahaja,

Oleh itu sebahagian merasakan ianya boleh membantu menyelesaikan perkara ini dengan menjauhkan musuh secara mengutuk, pengisytiharan serta meminta Majlis Keamanan, atau PBB untuk memberi tekanan kepada musuh supaya berhenti daripada berterusan menceroboh. Malah fahamilah, sesungguhnya kita telah mendapati terdapatnya kefahaman ini pada sebelum ini bahawa ada daripada mereka yang berkata "selagimana PLO bersetuju bermuafakat dengan musuh maka tidak ada tentangan daripada pihak kami (negara Arab dan Muslimin) kerana ia adalah bumi mereka".

Sedangkan hakikat yang sebenarnya bukanlah demikian. Urusan ini merupakan kepentingan Muslimin seluruhnya. Masjid al Aqsa dan tanah-tanah disekitarnya yang diberkati Allah adalah qiblat yang pertama dan al-Haram yang Ketiga. Maka inilah perkara yang mewajibkan ummat Islam seluruhnya untuk bergerak mempertahankannya serta membebaskannya daripada tangan musuh perampas dan bukan semata-mata berpada dengan pemulauan. 

Mengiktiraf kewujudan zionis perampas dan mengadakan perjanjian-perjanjian dan hubungan dengannya merupakan sesuatu yang ditolak dan merupakan maksiat terhadap Allah dan Rasulnya,serta ia adalah serupa bentuk bantuan untuk memperkukuhkan kedudukannya bahkan untuk memperluaskan lagi kawasan tanahnya. Setiap daripada kita mengetahui matlamatnya iaitu "Israel Kubra" (The Greater Israel) dan mereka masih tegar dengan pendirian terhadap matlamat tersebut.

Pemuda-pemuda yang mempertahankan tanahairnya yang dijajah telah disifatkan sebagai terrorism,  melaksanakan penangkapan, penyiksaan serta hukuman ke atas pemuda atau rakyat Palestin yang bangkit menentang musuh,Ini  merupakan satu pengkhianatan  serta bertentangan dengan asas yang ditegakkan oleh PLO sendiri.

Sesungguhnya musuh terlalu ingin mempunyai hubungan dengan negara-negara Arab dan Islam khusunya negara disekeliling secara hubungan individu. Bahkan ia takut terhadap hubungan secara kesatuan (organisasi) dengan negara-negara Arab dan Islam kerana hubungan secara kesatuan dengan negara-negara ini merupakan satu yang merbahaya kepadanya.

Sesungguhnya Amerika "Penjaga keamanan" telah membantunya untuk mewujudkan perpecahan dan perselisihan di anatara negara-negara Arab dengan mencetuskan peperangan Iran dan Iraq kemudian peperangan Iraq dan Kuwait. Kemudian Amerika mendokong musuh dan menggunakan kuasa veto di Majlis keamanan lebih daripada sekali dalam keadaan tenang dan bahagia kerana dengan tidurnya Alam Islami dan tenggelam mereka di dalam kelemahan dan perselisihan yang telah dimulakan di antara negara-negaranya. Yang mana sesetengah negara kita pula telah mempertahankan untuk melangsungkan hubungan permuafakatan-permuafakatan dan membenarkan tentera-tenteranya berada di atas buminya daripada negara-negara Arab sendiri seperti Iraq.

Sangatlah mendukacitakan kerana negara Arab dan Islam telah membiarkan Musuh melakukan apa yang mereka suka di atas bumi Palestin samada pembunuhan, penghalauan dan pembinaan penempatan untuk orang-orang Yahudi serta memperluaskan kekuatannya dan menyekat Intidadhah, membina terowong sebagai persiapan untuk memusnahkannya serta pengepungan orang-orang Palestin yang berada di Dufah dan Ghaza dalam keadaan mereka tidak bersenjata sementara negara-negara kita masih selesa di takuk yang lama hanya dengan kutukan.




Peringkat Yang Baru

 Allah menghendaki untuk mengubah kerajaan musuh lalu datanglah Netanyahu yang dengan kesombongannya serta angkuhnya menyingkap niat-niat yang keji yang sebenar zionis dan memutuskan perjanjian-perjanjian yang telah lalu. Dia mahu pertukaran tanpa syarat-syarat yang terdahulu kemudian dia menetapkan untuk penempatan baru terutamanya di al Quds yang sentiasa disebut olehnya sebagai ibu negara Israel yang abadi.

 Dia memulakan dengan segenap keangkuhan dengan pembinaan penempatan Jabal Abu Ghanim meskipun mendapat bantahan antarabangsa yang didokong oleh Amerika dengan kuasa veto. Begitulah Yaser Arafat melihat kembali tindakannya serta negara-negara Arab dan Islam terutamanya rakyat-rakyat mula bangkit daripada kelekaannya.

Keimanan umat islam mula terusik dan demonstrasi tunjuk perasaan diadakan untuk mengisytiharkan strategi-strategi musuh dan meminta kerajaan Arab dan Islam untuk mengambil sikap yang lebih proaktif dan bukan memadai dengan kutukan semata-mata. pemuda-pemuda juga telah menyatakan kesediaan untuk berjihad pada Jalan Allah untuk membebaskan al Quds dan Masjidil Aqsa.

 Bermulalah persidangan-persidangan di Islamabad, Rabat dan di universiti universiti negara Arab serta menjadikan permasalahan Palestin sebagai tajuk utama persidangan dan meluluskan resolusi untuk memutuskan hubungan apa sahaja dengan zionis. Adapun resolusi yang kami tekankan adalah untuk menyempurnakan kajian yang mendalam dan serius untuk menyingkap niat-niat musuh dan mengetahui langkah-langkahnya yang akan datang lalu meletakkan perancangan untuk penyelesaian tanpa melaksanakannya lagi dan untuk menjelaskan kepada kita strategi strategi tipu dayanya dan janji-janjinya yang memperdaya.

 Sesungguhnya telah menjadi kebiasaan apabila diangkat kutukan atau penentangan dia (musuh) berundur sekejap sehingga keadaan tenang kemudian ia meneruskan kembali perjalanan dan perancangan utamanya. Telah datang perwakilan Amerika untuk cuba melunakkan ketegangan yang memuncak dengan mengadakan pertemuan dengan Yaser Arafat di Maghribi lalu berjumpa dengan Netanyahu supaya terbina permuafakatan untuk memberhentikan kerja-kerja penempatan baru dengan alasan terdapatnya kubur-kubur di tempat tersebut. Kemudian selepas beberapa waktu mereka (musuh) mula mengambil ringan permuafakatan ini dan meneruskan kerja penempatan tersebut selepas usul menentang mereka menjadi tenang.

 Langkah-Langkah Serius Di Atas Jalan Ini

 Sesungguhnya bangsa-bangsa Arab dan Islam merasa marah dan sempit dada dengan tindakan musuh zionis maka tidak dapat tidak hendaklah mewujudkan gerakan secara nasional (besar-besaran) dan menyuburkan perasaan ini serta melengkapkan gerakan untuk menentang musuh. Sehubungan dengan itu,melalui persidangan persidangan secara nasional berhubung permasalahan Palestin bahawa  mesti ada kerjasama parti-parti serta kekuatan nasional di dalam gaarkan ini dan penyediaan pemuda-pemuda untuk menghadapi musuh dengan segenap yang mungkin dengan jiwa dan harta.

 Kerajaan Arab dan Islam hendaklah mengetahui bahawa sekiranya musuh zionis memiliki senjata nuklear kita pula memiliki senjata-senjata ekonomi dan juga senjata sosial serta politik.

 Mengapakah orang Arab dan Islam tidak mengisytiharkan kewajiban pemulauan kewujudan zionis. Kenapakah Bank-bank, dan syarikat-syarikat tidak memutuskan hubungan dengan musuh. Kenapakah kita tidak menyekat petrol dan gas daripada negara kita kepada musuh.??

Bahkan kenapakah kita tidak menyekat sebarang hubungan dagangan dan pelancongan dengannya sebagaimana kita menyekat pertukaran lawatan untuk rakyat-rakyat negara dengan rakyat zionis. Kenapakah kita tidak memanggil diplomat-diplomat kita yang berada di tempat musuh dan menghalau diplomat diplomatnya daripada negara kita.?

Kenapakah Yaser Arafat tidak mengisytiharkan secara rasmi bahawa Palestin itu sebagai sebuah negara Palestin dan ibu negaranya al Quds lalu diiktiraf oleh setiap negara Arab dan Islam.?

 Kenapakah tidak dihentikan kebersamaan dengan musuh dan kita seru rakyat Arab dan Islam untuk memberhentikan menggunakan barang Amerika dan Zionis.?

 Saya berpendapat kalaulah terlaksana tindakan seumpama ini dalam bentuk berkumpulan nescaya ianya akan menakutkan musuh lalu memaksa mereka untuk berundur. Sesungguhnya musuh mendidik bangsa Yahudi bahawasanya bumi Palestin adalah hak mereka dan wajiblah ke atas mereka untuk tidak membiarkan walaupun satu jengkal daripadanya sehingga mereka membina negara mereka di atas bumi tersebut, sepertimana Mesir membina di atas buminya dan Amerika membina di atas buminya. 

Keangkuhan musuh berterusan sehinggalah ia memberi amaran terhadap Yaser Arafat sekiranya dibiarkan Intifadhah berterusan dia akan bersemuka dengan kekuatan. Sesungguhnya Menteri Keadilan mereka telah berkata bahawa mereka akan mengusir Yaser Arafat daripada Palestin sekiranya Intifadhah masih berterusan. Sesungguhnya kekuatan mereka dan kereta-kereta kebal mereka telah meliputi sekitar bandar Palestin dan bersiap sedia untuk menghancurkan dengan kekuatan.

 Dan Janganlah Kamu Berasa Hina dan Sedih Kerana Kamulah Yang Mulia

 Kita hendaklah berterus terang bahawa Asasnya permasalahan ini adalah sebagai satu permasalahan Rabbani bagi menentang musuh Allah. Dan musuh-musuh ini bukanlah semata-mata tentang perampasan tanah. Allah telah berfirman kepada kita bahawasanya

"Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedang Allah mengetahui..." (al Anfal: 60).

Hendaklah kita mengetahui bahawa kekuatan yang pertama dan terpenting adalah kekuatan Iman yang melayakkan kita untuk mendapat pertolongan Allah, yang mana dalam firmannya lagi: "...demikianlah menjadi kewajiban atas Kami menyelamatkan orang-orang yang beriman" (Yunus: 103)

 Maka janganlah kekuatan musuh dan orang yang membantunya menggerunkan kita kerana Allahlah yang lebih berkuasa lagi mulia. Bagi Allahlah tentera-tentera di langit dan di bumi, dan DIAlah yang menetapkan orang-orang yang beriman serta melemparkan perasaan gerun ke dalam hati-hati orang-orang kafir. "Hai orang-orang beriman, jika menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Muhammad: 7)

 Dan barangsiapa yang berpegang kepada Allah nescaya Allah tidak akan mensia-siakannya selama-lamanya, dan barangsiapa yang mengharapkan pertolongan selain daripada Allah, Allah akan menghinakannya.

 Maka ke atas orang-orang Arab dan Muslim ia perlulah menghayati permasalahan ini, sebagai peperangan untuk Allah dan untuk memenangkan agama Allah di atas musuh Allah, serta membebaskan tanah tanah suci Islam daripada tangan musuh. Dengan niat ini maka akan dituliskan syahid bagi setiap orang yang menemui Allah di dalam pertarungan ini, maka alangkah besar darjatnya. 

Inilah dia jalan yang benar untuk menguasai pertarungan ganas ini, maka kerajaan-kerajaan Arab dan Islam hendaklah menyediakan persiapan Rabbani di negaranya serta mempersiapkan rakyatnya untuk kewajiban mereka. Ia hendaklah memberikan kepada mereka kebebasan, mengangkat kezaliman daripada mereka dan menghentikan setiap cara yang menjejaskan aqidah Islam ataupun menyebabkan kelalaian pemuda. Maka media massa hendaklah diperbaiki supaya ia menjadi satu alat yang berkesan ke arah pembinaan (Rabbani) ini.

 Begitu juga kaedah-kaedah pendidikan yang bermanfaat lagi membina untuk mendidik generasi-generasi, kerana tiada nilai pun untuk sebarang negara walaubagaimana kuat sekalipun keadaan material mereka, sekiranya rakyatnya lalai dan berpeluk tubuh (leka).

 Mungkin bermanfaat untuk kami menutup tulisan ini dengan ayat-ayat yang mulia yang telah diturunkan oleh Allah untuk meningkatkan semangat juang Muslimin selepas kekalahan di dalam peperangan Uhud, yang mana di dalam firmannya:

"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. Jika kamu mendapat luka, maka sesungguhnya kaum kafir itupun mendapat luka yang serupa. Dan masa (kejadian dan kehancuran) itu. Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran); dan supaya Allah membedakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir) dan supaya sebahagian kamu dijadikanNya (gugur sebagai) syuhada. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim, dan agar Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir. Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang orang yang berjihad di antaramu, dan belum nyata orang-orang yang sabar" (Ali Imran: 139 - 142).


 "Dan aku bermohon kepada Allah untuk mengambil tangan-tangan kita supaya kita menjadi orang-orang yang layak untuk mendapat pertolongan dan dokongannya, ya Allah perkenankanlah!. Tidakkah aku telah sampaikan ya Allah, maka saksikanlah". 

0 comments :