Pages

Wednesday, September 21, 2016

Bicara hati : Tazkiyatunnafs


Syeikh Sa’id Hawwa selain daripada beliau merupakan seorang murabbi tokoh gerakan,beliau juga merupakan seorang ahli Sufi.Banyak dari susuk tubuh tokoh-tokoh gerakan yang hebat,bukanlah hanya pandai membaca strategi  politik,berbahas secara ilmiah dengan pihak musuh bahkan mereka juga seorang yang mementingkan aspek ruhani dalam kehidupan.

Bukan beliau sahaja bahkan ,tokoh2 gerakan islam tanahair kita juga adalah mereka-mereka yang alim  murabbi kepada ummah misalnya TGNA,TGHH,TGHD ,Tn Guru Harun Taib dan ramai lagi.Mereka mempunyai akhlak yang menawan mad’u , lembut sesama mukmin,tegas bicara terhadap musuh-musuh,punya hubungan yang sangat erat dengan Allah swt.

Lalu aku berfikir,dimanakah datangnya kekuatan luar biasa dalam diri seseorang yang diuji penuh mehnah dan cubaan dalam melaksanakan dakwah dan amal islami?

Sudah tentu jawapannya adalah datang dari JIWA yang bersih..

JIWA yang bersih melahirkan juga peribadi yang bersih,kerana jiwalah yang memandu sesuatu perbuatan yang baik mahupun buruk.

Aku berwasiatkan diriku dan dirimu untuk kita sama-sama memperbaiki hati yang rosak,supaya kita hidup dalam cahaya yang terang..Merasa ALLAH sangat dekat dengan kita,manis dan lazatnya ibadah,membuang riya’ ujub yang membarah dalam diri,membuang sifat malas dari bekerja untuk islam.


Bagaimana melahirkan jiwa yang bersih?

Masih tidak terlambat lagi untuk kita perbaiki apa yang kurang dalam diri…

Bacalah kitab tazkiyatunnafs karangan Imam al-Ghazali,sehingga kau mampu menangis menyesali betapa banyaknya waktu yang telah di buang dari menjadi hambaNYA yang soleh dan musleh..

Aku hanya merindu seorang pemuda islam..
Dia berjuang untuk agamanya
Dia abid tegar di malam hari ,menangis kerana beratnya beban dunia..minta dibantu
Dia singa di siang hari bekerja setekunnya
Laksana sahabat radhiallahu anhum
Semoga lahir lagi pemuda itu di abad ini

Mencetak generasi tidak semudah disangka di zaman ini,hidup dalam kekelaman maksiat manusia
Hidup dalam kezaliman dan kefanaan dunia,membutuhkan jiwa yang padu dengan RABBNYA..
Mengambil dunia secara sederhana,mencintai mati dan akhirat lebih dari segalanya

Jadikan kami generasi yang BERSIH JIWANYA,JERNIH FIKRAHNYA,SEMANGAT JUANGNYA MEMBARA supaya kami mencetak juga GENERASI yang sama buat ummah masa depan.allahumma amin

0 comments :