Pages

Friday, May 27, 2011

Tuntutan Berdakwah



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, sahabat-sahabat yang dikasihi kerana ALLAH Taala..

Berkata seorang ulama' (ana tak ingat namanya), apabila/bermulanya kita mengucap 2 kalimah syahadah, maka kita adalah pendakwah! Justeru itu, kita sebagai anak adalah pendakwah.. kita sebagai ibu/bapa adalah pendakwah.. kita sebagai sahabat adalah pendakwah.. kita sebagai blogger adalah pendakwah.. kita sebagai pengguna fb adalah
pendakwah.. dan lain-lain..

Alhamdulillah, rancangan Muqaddimah tv9 pada 24.5.2011 menampilkan Ustaz Zahazan Mohamed bagi mengupas tajuk 'Tuntutan Berdakwah'. Mari kita susuri pengisiannya...

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalan-NYA dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk." (An-Nahl 16: ayat 125)

Ustaz menerangkan, yang dimaksudkan dengan 'hikmah' adalah kebijaksanaan.
Dan مَوْعِظَة (pengajaran yang baik) ialah terjemah dengan peribadi yang unggul.

دَعَى يَدْعُو دَعْوَةْ -dari segi bahasanya bermaksud menyeru,memohon;
Melalui buku(ana tidak ingat tajuk buku tersebut) oleh Syeikh Ali Mahfuz, dakwah ada 3 bahagian iaitu:

1) Umum, orang Islam kepada orang bukan Islam.
~cara~step by step.
2) Orang Islam kepada orang Islam.
~macam mana ini boleh terjadi? Beragama Islam tetapi tidak mengamalkan cara hidup Islam..
"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu." (Al-Baqarah 2: ayat 208)
3) Kita kepada orang lain/sesama kita.
~contoh: ayah kepada anak-anak, suami kepada isteri, ayah kepada menantu, dan lain-lain.

Ustaz timbulkan persoalan, bagaimana yang lahir sebagai bukan Islam? Kenapa perlu berdakwah?
Manusia walaupun ada akal untuk berfikir tetapi jangan dinafikan, masih ada perkara yang tidak dapat dijangkakan oleh pemikiran dan tidak dapat ditafsirkan oleh manusia. Sebagai contoh, kehidupan selepas mati. Oleh itu, diutuskan Nabi membawa kebenaran. Banyak perkara yang tidak dapat dirumus oleh akal jadi, perlu ada panduan. Dan bila manusia tidak dipandu dengan panduan yang sohih dan benar dari ALLAH, manusia akan menjadikan pokok, berhala dan lain-lain sebagai sembahan. Padahal,kita tidak boleh mensyirikkan dan menyekutukan ALLAH! Na'uzubillahi min zalik. (istighfar di dalam hati..)

Sahabat-sahabat pernah jumpa dalam Al-Quran perkataan 'alaqah(bahasa Arab)? ALLAH sebutkan di dalam Al-Quran, antara tahap penciptaan manusia adalah 'alaqah. 'Alaqah bermaksud tergantung. Dan kajian sains menunjukkan bahawa foetus, adalah satu organ yang tergantung di dalam rahim. Subhanallah! Maha Suci ALLAH..

Apakah perkara-perkara yang perlu ada pada pendakwah@dai'e?
1) Hikmah yakni kebijaksanaan. Jadi, kita kena KUASAI ILMU.
~Hadis sohih riwayat Bukhari dan Muslim, mafhumnya, ada seorang Bani Israel yang dah bunuh 99 orang, lalu dia berjumpa dengan seorang ustaz. Ustaz tersebut berkata, bahawa tiada pintu taubat untuknya. Lelaki tersebut pun membunuh ustaz tersebut genap 100.
Apa pengajaran yang kita boleh dapat daripada hadis ini? Kebijaksanaan dalam psikologi..
2) Dakwah bil hal.
~lihat Nabi sebagai contoh, yang menterjemah dengan peribadi yang unggul
"إِنَّمَا بُعِثْتُ بِكَرَامِ الأَخْلاَق"
3) Ada hubungan dengan ALLAH.
~hubungan yang baik dan kuat dengan ALLAH..

Peringatan agar diri tidak terus alpa

Anda berasa berat apabila menyentuh tajuk ini? Ana pun begitu..
Banyak sebenarnya amanah dan tanggungjawab kita. Tanggungjawab sebagai hamba ALLAH, khalifatullah, dai'e, anak, ibu/bapa, suami/isteri, pelajar, kakak/abang/adik, dan tugasan-tugasan lain yang kita pikul.. Jika amanah-amanah ini terpundak di atas bahu kita untuk dilaksanakan sebaik mungkin, tiada istilah bosan, tak tahu nak buat apa, saja-saja dalam hidup kita.. Allah..

Peringatan ini untuk diri ana khususnya, dan buat saudara-saudara fil islam yang dikasihi ALLAH.. Wallahua'lam.
wabillahi taufiq wal hidayah, moga ALLAH redha (",)



6 comments :

helang timur said...

terima kasih untuk peringatan ini :)

salam ziarah juga.

:: Zahratu Billaurah :: said...

Sama2 ye kita ^_^
Seru, seru dan terus menyeru..
ajak, ajak dan terus mengajak..
putus asa bukan penyelesaian..
itu sebahagian drpd ujian..
jika tiada yg mahu mnyahut seruan..
tidak berhak kita untuk menghukum..
mungkin kembali mencermin diri..
di mana silapnya hingga terhijab..

MUJTAHIDAH SOLEHAH said...

>Najihah.Faizah.Azaman
alhamdulillah,sama-sama :)
terima kasih juga untuk peringatan2 di blog ukhti ^_^

menyambut salam ziarahnya dgn senang hati.. (",)

>Zahratu Billaurah
na'am,insyaALLAH bersama-sama..^_^
Ya ALLAH,Kau tetapkanlah hati-hati kami dlm perjuangan Rasulullah ini.

Alhamdulillah,suka kata2 ukhti..
trm ksh kerana kongsikannya! ^_^
terus2kanlah kongsikan pada bila-bila masa..(",)
agar diri tidak terus alpa!
insyaALLAH..^^,

helang timur said...

wassalam wbt. takpe. :)
saya faham, insha Allah. setakat ni takdek timbul kekeliruan yang serius =p

inshaAllah, sama2 bagi peringatan, walaupun blog saya banyak karut. save link blog ni eh ^^,

Aliff said...

nice..like3

MUJTAHIDAH SOLEHAH said...

>Najihah.Faizah.Azaman
terima kasih! ^_^
blog ukhti ada pengisiannya kerana ALLAH,untuk islam,xde lah karutnya..^^,
insyaALLAH,saya save link blog ukhti dalam fikiran saya,hehe..^_~

>Aliff
Alhamdulillah,segala puji bagi ALLAH.
Jaza' ALLAH,terima kasih di atas komentarnya.
melawat blog akh kembali;
saya menyokong penulisan kerana ALLAH,teruskan.

Wallahua'lam.