Pages

Monday, May 23, 2011

Nostalgia..kenanganku..

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ^_^

Izinkan ana kali ini untuk bercerita..serba sedikit pengalaman dan kenangan yang ditimba sepanjang hidup sebagai hamba ALLAH di muka bumi ini.. Ana lebih memfokuskan cerita pada kali ini kepada zaman persekolahan menengah ana, bertepatanlah dengan tajuk di atas, nostalgia..

Entah kenapa, ana seakan diheret untuk mengimbau kenangan lama.. kenangan ana ketika di Sekolah Agama Menengah Rawang atau singkatannya SAMER. Bermukim di Batu 16, sekolah ini mudah dilihat oleh pengguna jalan raya kerana kedudukannya di atas bukit. Boleh nampak pencawang dan tangki air SAMER dari jalan raya..hehe..

Alhamdulillah, masing-masing mendapat pengalaman yang berharga di sekolah masing-masing kan? Dan pastinya ada yang berbangga dengan sekolahnya.. begitu juga ana. Cerita ini adalah coretan ana , tidak ditujukan pada mana-mana pihak, kerna masing-masing ada pendapatnya yang tersendiri, asalkan pendapat tersebut tidak menyalahi syariat ALLAH dan sunnah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam ^_^

Alhamdulillah, di sini pertama kali ana mendengar tentang tarbiyah, pertama kali juga ana mengenali tudung bulat@labuh, pertama kali tinggal di asrama(^_~); belajar mematuhi peraturan asrama dan sekolah, mendidik diri agar menjadi mukmin mukminah yang berdisiplin, pertama kali tahu ada t-shirt labuh dan sarung lengan<---credit to sahabati mahbubati,itqan. Mula menyedari bahawa memakai stokin itu juga adalah salah satu daripada menutup aurat, belajar pentingnya mengaplikasikan apa yang dipelajari bukan sahaja ketika di sekolah bahkan ketika berada di rumah dan di mana-mana, kerana ALLAH itu Yang Maha Melihat dan Yang Maha Mengetahui dan last but not least, islam itu SYUMUL! Merangkumi setiap kehidupan kita..amal perbuatan kita..niat kita..percakapan kita..pergerakan kita..diam kita..berfikir kita..dan banyak lagi..

Ya..ana berbicara ini bukanlah kerana ana sudah begitu baik, ini kerana ana mahu sekali pesanan buat kalian dan tika lain kalian mengingatkan ana seribu kali apa yang ana katakan pada kalian.. *selingan, sahabat baru ana.

Ana teringat, kelas 2 Hanafi adalah kelas yang paling senyap ana rasai..sepanjang 5 tahun ana di SAMER. Pelajar perempuannya ada lah juga bising-bisingnya tetapi, pelajar lelakinya sangatlah pendiam.. Hehe..bukan apa,bila teringat semula,rasa macam lucu pula..baguslah pelajar lelakinya senyap,tak marah pun mereka diam.

Pada pendapat ana, masa ana tingkatan 4 lah kenangan yang paling manis.. Kelas 4 Hanafi.. Beberapa hari sebelum nak puasa di bulan Ramadhan, kami ada pergi lawatan kelas..di mana? Destinasi pertama adalah Zoo Negara(macam budak-budak kecik tak? hehe..),alhamdulillah memang best.. dan destinasi kedua adalah di Aquaria KLCC. Masa ni adalah hari Jumaat dan hari balik rumah. Lepas pergi Aquaria, masing-masing pulang ke rumah.. Ada 1 peristiwa..peristiwa sedih..kan hari Jumaat, jadi yang muslimin akan pergi solat Jumaat lah kan? Namun begitu..ada sebahagian remaja lelaki yang masih lepak-lepak..walaupun azan dah berkumandang dan tak jauh pun masjid dari tempat mereka berada..Allahuakbar..siapa lagi yang perlu membimbing mereka selain dari kita! Ayuh bangunlah sahabat-sahabatku, pemuda-pemudi Islam, bangkitlah kita dari kelalaian menuju agama Islam yang benar, cara hidup islam yang syumul!

Ya,kita perlu bersangka baik..namun begitu, jika jelas maksiat atau perkara mungkar itu, kita hendaklah mengingatkan saudara seislam kita dengan cara yang berhikmah.. Kita umat Islam adalah umat yang terbaik kerana kita mengajak kepada kebaikan(amar makruf), mencegah dari kemungkaran(nahi mungkar) dan beriman kepada ALLAH..

Dari Abu Said Al-Khudri ra. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Barangsiapa di antara kalian melihat suatu kemungkaran hendaklah ia mengubah dengan tangannya; jika tidak mampu maka dengan lisannya; dan jika ia masih tidak mampu maka dengan hatinya dan itulah selemah-lemah iman." (HR Muslim) <---hadis ke-34 daripada hadis 40 susunan Imam Nawawi.

"Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah orang-orang fasik." (Ali Imran: ayat 110)

Merujuk hadis di atas, yang ana belajar dahulu, mengubah dengan tangan bermaksud mengubah dengan kuasa(jika kita ada kuasa), mengubah dengan lisan adalah dengan nasihat dan teguran yang berhikmah, dan mengubah dengan hati pula adalah dengan membenci perbuatan mungkar itu dan tidak akan melakukannya(perbuatan mungkar). Wallahua'lam.


Teringat kumpulan nasyid SAMER~Al-Wahdah~

Wallahua'lam,ambillah iktibar pada bingkisan kali ini. Mudah-mudahan menjadi amal soleh dan bekalan di akhirat kelak,amin.
Jangan lupa misi kita semua dalam menggapai redha-NYA! ^_^
Asifah 'ala kulli hal (saya minta maaf atas segala hal),
Wabillahi taufiq wal hidayah, ~CINTA ALLAH & RASUL-NYA~

4 comments :

:: Zahratu Billaurah :: said...

Assalamualaikum Irah....^_^
terasa sayu entri Irah ni, nostalgia =)
mengingatkan Zahra pada zaman sekolah dahulu, penuh kenangan
di sekolah dahululah, Zahra pun macam Irah juga, mula kenal apa itu tarbiyah. apa itu sarung lengan, tudung labuh, usrah...
dan Insya-Allah, bila keluar ni, istiqamah..

dulu2, tingkatan 4 Zahra pun sedap. ha'ah, ada buat lawatan juga ^_^ (mmg tingkatan 4 buat lawatan ea? sbb tingkatan 5 dah nak SPM ^_^ ) xtaulah mana yg sedap, mungkin tingkatan 5 sedikit. masing2 setiap tingkatan ada pengalaman manis, mungkin juga pahit dahulunya tetapi kini semua memori indah, sungguh!

sentiasa akan merindukan zaman persekolahan...menjadi semangat buat hari2 mendatang...

=') alahai terharunya Irah quote kata2 tu....syukran Irah.."sentiasalah mengingatkan diri ini"...hehe

syg sgt Irah lillahi ta'ala, Zahra mohon maaf ada salah silap ye *peluk*

MUJTAHIDAH SOLEHAH said...

>zahratu billaurah
waalaikumussalam zahra ^_^
alhamdulillah kita dapat mengenali dan merasai nikmat tarbiyah itu di alam persekolahan kan?
insyaALLAH,tanggungjawab kita pula utk menyebarkannya..agar yg lain dpt merasainya juga ^_^

ehee,setiap form ada kenangannya, irah anggap ia sbg didikan dari ALLAH dlm belajar erti hidup..

quote kata2 itu pun irah dpt dari zahra,jazakallahu khairal jaza'! kata2 yg memberi makna dan kesedaran kpd diri..(suka2) ^^,

syg sgt zahra lillahi ta'ala, irah lebih2 lagi meminta maaf dari zahra *peluk kembali*

:::KHALIFATULLAH::: said...

to zahra:hehe sgt setuju mksud anti..f4 slalu wat lawatan besar-besaran sbb f5 nak pekse dah..:D

to mujthidah uhtifillah:

Alhamdulillah..ALLAH menemukan kita di SAMER..Alhamdulillah sgt3.Melalui awak,kita lagi tahu bnyk perkara..yang 6 sifat sahabat tu..smpi sekarang kita ingat.

Syukur lillah..kini awak dah masuk pasum,kl.lebih dekat kalau nak jumpa..brbanding apiumnp,kelate nun..hehe.In'ALLAH perjuangan kita mencari cinta ALLAH xkan pernah berhenti..bila lemah,awak jualah mengingatkan kita hakikat ujian ALLAH itu sbnrnya indah..syukran ukhti..

Ukhuwah ini lebih dalam dari dasar laut,lebih utuh dari jabal2,lebih indah bersinar dari purnama..kerana ukhuwah kita terpateri dgn aqidah dan redha ALLAH..syg awk hanya dan hanya kerana ALLAH :D thabat di pasum..slmt berorientasi

MUJTAHIDAH SOLEHAH said...

>Khalifatullah
Ya sohabati mahbubati..^_^
La syukra 'ala wajib;
syukran ila anti kaman,alhamdulillah..

na'am,ukhwah fillah,terpatri atas aqidah kpd ALLAH dan redha ALLAH..suka2^_~ insyaALLAH,moga kita thabat di pasum dan di mana jua kita semua berada,untuk islam pastinya. Alhamdulillah,kita dah habis orientasi..yg baik kita ambil,yg buruk kita jadikan sempadan..bukan shj dlm hal ini bahkan dlm setiap perkara yg berlaku dlm hidup kita..=)

doa yg sama buat anti,moga thabat dalam jln dakwah ini(",)
uhibbuki fillah..^_^