Pages

Sunday, May 15, 2011

Guruku...

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah. Sehingga saat ini,kita semua masih dapat menjalani kehidupan yang sementara ini,masih diberi helaan nafas yang tiada henti oleh Yang Maha Berkuasa atas segala-galanya yakni ALLAH Subhanahu wa Taala. Tidak cukup hanya dengan puji dan puja bahkan,kita hendaklah mengabdikan diri kita hanya kepada-NYA sebagai tanda syukur kita ke hadrat Ilahi. { إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ } "Hanya kepada Engkau(ALLAH)lah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan."-surah Al-Fatihah,ayat 5. Perkataan "عبد"-mengabdikan diri kepada ALLAH Subhanahu wa Taala. =)

Pada entry kali ini,ana tergerak untuk mencoretkan tentang murobbi-murobbi ana,lebih tepat lagi,mutiara-mutiara ilmu yang ana dapat daripada mereka. Mungkin tidak semua murobbi yang akan ana nukilkan,tetapi jasa mereka dan setiap titik peluh mereka dicatat oleh ALLAH Subhanahu wa Taala,mudah-mudahan amal soleh mereka ini diberkati,diredhai dan memberatkan lagi timbangan pahala mereka di akhirat kelak,Amin. ^_^

Dahulu,ana sangat lemah dalam pelajaran Matematik. Semasa darjah 4,keputusan Matematik selalu dapat B (maksudnya tak pernah capai A). Namun alhamdulillah,semasa ana darjah 5, asbab cara cikgu Syarifah mengajar,ana mula minat Matematik dan selalu dapat A sehinggalah di alam sekolah menengah. Bayangkan,dengan anak murid yang bercambah minatnya dalam sesuatu pelajaran,dan anak murid tersebut mengamalkan ajaran cikgu itu dalam hidupnya, berapa banyakkah pahala si guru itu bakal terima? Subhanallah..

Di alam sekolah menengah pula,ana menyambung pelajaran di Sekolah Agama Menengah Rawang(SAMER),sama sekolah dengan admin blog ini,iaitu itqan. Alhamdulillah,penerapan tarbiyyah agama seiring dengan akademik melahirkan remaja-remaja harapan islam,permata-permata islam,tinggal individu itu MAHU ATAU TIDAK untuk ditarbiyyah..

Alhamdulillah,melalui ustaz Azri,ana meminati subjek Sejarah. Melalui Ustaz Haider,ana merasai pentingnya mempelajari ilmu fiqah,memperdalam ilmu tauhid,aqidah kita,juga penguasaan Bahasa Arab,dan keseimbangan hidup antara dunia dan akhirat.. Terngiang-ngiang di fikiran ana akan salah satu daripada isi ceramahnya suatu waktu dulu,
"Kita,bila nak makan,jangan makan kerana lapar,tapi kita nak makan kerana itu adalah fitrah kita sebagai manusia.."-nak makan pun ada kaitan dengan tauhid tau! ^_^
Dan,ana teringat juga akan nasihat ayah ana,
"Bila kita rasa lapar atau haus,jangan terus ingat makanan atau minuman tapi,ingatlah ALLAH.. kerana hakikatnya ALLAH yang beri kita kenyang,bukan makanan atau minuman itu yang bagi kenyang. Namun janganlah kerana itu,kita tidak berusaha untuk mencari makanan dan minuman,kena ada usaha juga! ^^, "

Ustazah Noraini pula,selalu berpesan, "Jadikanlah ALLAH dan malaikat itu sebagai pengawas kita,pentingnya taqwa..". Sebenarnya,ramai lagi murobbi ana..sejak dari tadika,sekolah rendah,sekolah menengah hinggalah menempuh alam pra-universiti cuma,ana yang tidak dapat ungkapkan tetapi,malaikat ALLAH pastinya mencatit amal soleh mereka ini dan bakal diadili oleh ALLAH dengan sebaik-baik pembalasan. ^_^-sayang ALLAH dan Rasul-NYA..

"Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya." (Az-Zalzalah 99:ayat 7-8)

Sahabat-sahabat tahu tentang zarah kan? Kecil,halus..tengoklah,betapa telitinya ALLAH,walau sekecil-kecil amalan kita,yang baik mahupun yang jahat,ALLAH akan hisab..dan kita akan terima balasannya..walau sekecil-kecil perkara.. Bicara tentang sekecil-kecil amal,ana teringat akan nasihat ustazah Mustazzila, "Buang sampah di dalam tong sampah pun dikira amal soleh tau." Benda baik kan..dan tak menyusahkan orang lain juga..kebersihan pun terjaga,maka bersihlah alam kita ini..dapat hirup udara yang segar^^,

Ana sempat belajar STAM di SAMT KKB bersama itqan,tetapi ana tidak teruskan..kerana ana memilih untuk sambung pelajaran di APIUM Nilam Puri,Kelantan dalam bidang Asasi Pengajian Islam Dengan Sains. Murobbi-murobbi ketika ana belajar STAM,sahabat-sahabat boleh rujuk entry yang dicoret oleh itqan, http://syumuldeen.blogspot.com/2010/11/pengorbanan.html

Apabila ana mengorak langkah di APIUM Nilam Puri pula,Subhanallah.. Murobbi-murobbinya bukan sahaja punya ilmu yang tinggi bahkan menterjemahkannya(ilmu) dalam kehidupan mereka..sama seperti murobbi-murobbi ana di alam persekolahan. Bertuah kami pelajar asasi kerana kebanyakan profesor yang mengajar kami adalah berpangkat 'Prof Madya' atau 'PhD'.
Bukanlah status itu yang perlu dibanggakan tetapi ilmu di dada dan di dalam amalan kita lah yang menentukan keimanan dan ketaqwaan kita kepada ALLAH Subhanahu wa Taala.

Ana mendapati,murobbi-murobbi yang tulus ikhlas ini masing-masing mempunyai ujian dan dugaan hidup yang hebat. Ustaz Nawi yang mengajar ana subjek Aqidah di semester 1,gagah melangkah menuju ke bilik-bilik kuliah walaupun bertongkat,kerana kecacatan kaki sedari beliau kecil. Ustaz Syed,tetap mencurahkan ilmunya walaupun mengalami masalah suara. Tidaklah ana mencoretkan kisah ini untuk saja-saja tetapi untuk diambil iktibarnya. Maafkan ku murobbi-murobbi,ana hanya hendak mengambil iktibar daripada ketabahan dan pengorbanan kalian.. Hanya ALLAH yang bisa membalas jasamu itu,amin.. (",)

Terkesan dengan pesanan ustaz Mahyudin, "Ingatlah,apa-apa pun,di mana pun kita berada,segala yang kita lakukan di muka bumi ini akan dipersembahkan dan dipertanggungjawabkan di hadapan ALLAH kelak..Ingatlah,kita ini hamba-NYA..". Ustazah Seripah Zin yang mengajar ana Ulum Quran sering mengingatkan, "Dekatlah dengan Al-Quran,hayati makna-maknanya dan bumikan ia di dalam kehidupan kita.." ^^,

Suara hatiku, "Murobbi,ku dambakan redha dan doa kalian atas anak muridmu ini.. Mudah-mudahan ilmu yang kalian sebarkan dapat diserap oleh hati ini,difahami,dikuasai dan diamalkan serta disampaikan kepada orang lain,amin.." InsyaALLAH,moga ALLAH permudahkan..jangan lupa untuk niat hanya kerana-NYA,berazam,berusaha bersungguh-sungguh,berdoa,dan bertawakkal pada-NYA.. Hanya kepada ALLAH kita bergantung dan mengabdikan diri.. ALLAHUAKBAR! ^_^

Dengarkan lantunan ayat-ayat suci Al-Quran oleh salah seorang murobbi ana di APIUM NP. Ustaz Mahyudin bin Daud mengajar ana subjek Kemahiran Quran sewaktu semester 2. Ustaz kata,waktu ini ustaz sakit tekak tapi sahabat-sahabat ustaz nak juga dengar suara ustaz ^_^ Sahabat-sahabat boleh pause sebentar lagu di blog ini yang terletak di penjuru kanan bawah blog^^,


Jazakumullah. Ana minta maaf atas segala hal,jika ada salah dan silap,silalah memperingatkan diri ini..^_^

Yang menulis entry ini,
MUJTAHIDAH SOLEHAH.

p/s: Sesiapa yang meminati novel thriller tulisan Ramlee Awang Murshid,ana menyatakan bahawa novel Takdir:Cahaya Yang Tidak Terpadam tulisan Hilal Asyraf setara dengan novel trilogi Bagaikan Puteri serta Cinta Sufi oleh Ramlee Awang Murshid (pandangan ana) ^_^

4 comments :

~ said...

assalamualaikum w.b.t
perkongsian yang menarik~
teruskan penulisan ya ukht...

MUJTAHIDAH SOLEHAH said...

waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh =)
alhamdulillah,segala puji bagi ALLAH.
insyaALLAH,terima kasih atas komentarnya,saudari/a seperti memberi saya sokongan dan semangat untuk menulis kerana ALLAH.
moga ALLAH redha akan kita semua ^_^

anitaare said...

assalammualaikum dik,

adik dikalangan orang2 yang cukup bertuah kerana mendapat didikan dari guru2 yang memberi ilmu hanya kerana Allah.

MUJTAHIDAH SOLEHAH said...

>kak anitaare
waalaikumussalam wbt kak ^_^

benar kata2 akak itu..membuatkan saya tersedar yang saya sepatutnya lebih menghargai nikmat ALLAH ini,dengan menggunakan peluang menuntut ilmu dengan mereka sebaiknya dan menjadi tanggungjawab saya utk mengamalkan ilmu2 itu dan disampaikan kpd org lain..

ALLAH..alhamdulillah atas tulus bicara akak itu,bicara dari hati insyaALLAH akan jatuh jua ke hati org lain.

Jazakumullahu khairan kathira(",)
moga kita bersama-sama berpimpinan tgn ke syurga Ilahi,redha-NYA menjadi matlamat utama kita,amin..
salam sayang dari saya ^^,