Pages

Tuesday, November 16, 2010

~Pengorbanan~

Alhamdulillah segala pujian buat Zat Yang Maha Agung Lagi Maha Perkasa atas segala nikmat yang diberi kepada kita.Selawat dan salam atas junjungan yang tercinta,murabbi teragung Rasulullah S.A.W,moga2 syafaat baginda cenderung pada diri ini di mahsyar kelak.aminn

Sebut tentang Raya Haji,dlm fikiran kita berlegar-legar musim orang pergi haji,sembelih kambing lembu xpun....suasana mcm hari raya tu.Hmm tapi jgn kita lupa sirahnya..satu perkataan saja boleh menggambarkan tentang Raya Haji iaitu PENGORBANAN..

Semua pun sudah 'arif tntg kisah antara Siti Hajar,Nabi Ismail dan Nabi Ismail.Pengorbanan perasaan seorg isteri tatkala ditinggalkan suami sendiri lebih2 lagi bersama anak kecil...Tatkala berada di padang pasir yang gersang dan kering kontang,Siti Hajar reda ditinggalkan setelah Nabi Ibrahim menjelaskan bahawa itu adalah perintah ALLAH.Betapa hebat imannya pada ALLAH..ketabahan wanita inilah yang patut kita contohi di zaman yg serba moden.Jangan pula suami ingin keluar berdakwah tetapi tidak diizinkan isteri,malah isteri patut menjdi sayap kiri pada dakwah dan perjuangan suami.

Nabi ismail juga berkorban nyawa..sanggup disembelih oleh ayah sendiri demi perintah ALLAH.Sangat jauh berbeza dgn anak2 muda zaman sekarang,apa yg mak ayah suruh semua x nak buat..sdgkn bukannya nak disembelih..isk3.Doa2 supaya kita bukanlah anak yg suka membantah cakap mak ayah.

Sebut tentang pengorbanan,teringat pula pada novel sinergi.Huhu admire sungguh pada penulisan ber'sinergi' Hilal Asyraf.

'Cinta perlukan pengorbanan' benarkah???

Hmm.ana sendiri pun x terfikir itu..sehinggalah ana terbaca ini setelah novel sinergi http://ms.langitilahi.com/perkongsian-tiada-cinta-sebelum-nikah/.
Ya!bukan mudah hanya mengatakan cinta kalau tidak berkorban apa2.Cewah..mcm ada pengalaman pula.Cinta kepada ALLAH lebih2 lagi..berkorban segala-galanya.Waktu kita..masa kita..tenaga kita.Semata-mata redhaNYA..CintaNYA yang tiada had mahupun batasan.

Baru2 ini ana dijemput untuk menjadi fasilitator sebuah program di SMKKB iaitu program 'pemantapan ibadah dan fardhu 'ain '.Kebetulan pada hari yang sama,telah diadakan jamuan kelas.Jadi,tahun ni pun x dpt nk join jamuan tamhidi 1 n 2.Sudah 2 tahun berturut-turut ana menghadapi situasi yang sama.Tahun lepas 2009,shbt2 ana yg sama kelas science stream bersusah-susah buat jamuan di midvalley,namun ana dan beberapa yg lain merasakan lebih perlu kami attend program 'leading a better mukmin'.ALHAMDULILLAH kesannya kuat sehingga hari ini.

Tahun ni pun sama..ana memilih untuk jadi fasi berbanding dtg jamuan.Berkorban untuk sesuatu yg baik,adik2 di SMKKKB tentunya mahukan pengisian yg terbaik..rohani perlu dicuci..Tidak kisahlah perut ana walaupun x dpt makan sedap2.Apa2 pun kenangan brsama-sama shbt2 dan guru2 STAM adalah antara yg teristimewa buat diri ini..Mereka ni adalah antara guru2 yang bnyk berkorban dlm perjuangan STAM ana.

-Ustazah Rokiah (yg bnyk bg motivasi pd diri..n juga guru yg latih ana dlm prtandingan tafsir)
-Ustazah Najah Raihan (slalu hntr makanan kat rumah sewa+klaka)
-Ustaz Najah Sallam (the best ustz insya',pemurah sgt 100x n baik dgn anak2 murid)
-Ustaz Harnain (tinggi thaqafah,buat anak2 murid cukup segan dgn peribadi beliau)
-Ustazah Rosnaini (berkorban bnyk prkara demi kejayaan kitorg,the bst ustzh arudh qafiah)
-Ustazah Fatimah (the best ustzh hadith+garang..hmm yeke??sbenanya sgt sporting..+klaka+comel!)
-Ustazah Khadijah (sgt ambil berat dgn anak2 murid )
-Ustazah Noorlelawati (rapat dgn anak murid+tinggi ilmu beliau+tabah)
-Ustazah Rozana (sgt bnyk pnglaman n suka share dgn anak2 murid)
-Ustazah Sharmila (lantang ketika mengajar dn seorg yg tabah)
-Ustaz Yusof (terer bhs arab+pandai masak+sgt2 pemurah)
-Ustaz Mohammad (imam besar masjid+klaka+baik)
-Ustaz Khairuddin (sgt penyabar)

Gmbar sewaktu program

1 comments :

munirah munir said...

Assalamualaikum liana,bagusnya.. Teruskan membberi pengisian yg berguna dan berbakti pada Islam,doakan agar kita pun blh menyumbang utk islam dlm pelbagai aspek,insyaALLAH.