Pages

Friday, November 12, 2010

Pandulah Hidup Kita


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,ku mulakan curahan ini demi mendapat redhaNYA semata-mata,amin ^_^

Pandulah hidup kita. Ayat ni mcm nak pandu kereta je? Hee..nampak sempoi tetapi mengandungi maksud yg mendalam..klu xde org yg nak pandu kereta,x bergeraklah kereta tu kan? Begitu jugalah hidup kita.. InsyaALLAH,ana nak kongsikan apa yg ana tahu,untuk diamalkan oleh diri ini dan buat teman2 sekalian..

Prinsip hidup ana buat masa ini adalah BERPANDUKAN ALQURAN DAN ASSUNNAH. Masing2 ada prinsip hidupnya,jgn risau.. Klu antum antunna nak tau,ana dulu x pernah tentukan prinsip hidup ana.. Tp,sejak ble ye ana tentukan prinsip hidup ana ni? Alkisahnya begini..

Kisahnye bermula tahun ini(maksudnye ana baru je tentukan prinsip hidup! ish3x) Awal thn 2010 lepas,ana daftar masuk ke samtkkb utk belajar STAM..tp awal bulan Mei,ana x teruskan stam dah.. Semasa satu sesi pelajaran Tauhid Mantiq,ustazah Noorlelawati yg mengajar subjek ini meminta pelajar2nye utk mengeluarkan sekeping kertas..dan apa jadi seterusnye? Teruskan membaca.. hehe.. ^_~

Ustazah tersebut meminta pelajar2nye agar menulis nama,tempat tinggal,prinsip hidup dan cita2..ni yg ana ingat la,ana ada lupa2 sikit. Masa tu,kelam-kabut ana dibuatnye,ye lah,ana mana pernah tentukn prinsip hidup ana.. Dlm berfikir2 tu,ana tulis je apa yg terlintas di hati ana,apa yg ana rasa diri ana sentiasa berpegang teguh dgnnya.. Dan jwpnnye? Anda sendiri sudah tahu akan jwpnnye..

Apa yg ana nak maksudkan drpd prinsip hidup ana ini adalah,stp apa yg kita buat dlm hidup kita,stp aspek dlm kehidupan kita,hendaklah berdasarkan atau berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah.. Inilah panduan hidup kita iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Dengan itu,kita jelas dgn apa yg kita buat,apa yg kita amal dalam meningkatkan amal soleh dan amal ibadah kita kpd ALLAH.. Prinsip hidup ana dan cerita di atas ini hanyalah sbg sampingan utk menjelaskan tajuk post kali ini..

Namun begitu,jika kita ada mengamalkan apa2 amal soleh,amal yg baik,yg diganjari pahala,tetapi kita tidak tahu dalil atau hujah berkaitan amalan kita,jgn la sampai kita meninggalkan amalan itu..dgn alasan kita xde hujah,or apa2 alasan yg seangkatan dgnnya..

Ana pernah mendengar sebuah hadis yg mafhumnya,jika kita tidak mendengar ayat al-Quran atau Hadis selama 3 hari,akan tumbuh di hati kita satu titik hitam.. bahaya tu.. jika ada titik hitam bertapak di hati kita wlupun setitik! Titik-titik hitam ini bisa menggelapkan hati kita dan ble ia dibiarkan merebak,bisa mengeraskan hati kita,dan bilamana hati kita sudah keras maka,susahlah utk cahaya ilmu dan hidayah itu utk memasuki,menembusi hati kita! Serius2x..(geleng kepala).

Pernah dgr x,kita bukan setakat membaca al-Quran,mentadabbur(menghayati) maksudnye,bahkan menjadi satu tuntutan ke atas kita utk mengamalkan apa yg diperintahkan Allah dalam al-Quran.. dan hadis berperanan sbg sumber kedua perundangan Islam..dan hubungan hadis dgn al-Quran adalah spt berikut: مضيف,مؤكد,مفسر,مخصص و مقيد

  • Muakkad(penegas)-Terdapat byk ayat al-Quran ttg perintah solat fardhu yg lima,dan hadis datang bg menegaskan lagi akan perintah solat tersebut.


  • Mufassir(penafsir)-iaitu yg menjelaskan apa yg disebut dlm al-Quran. Terdapatnya perintah solat di dalam ayat2 al-Quran tanpa menerangkan cara2 mengerjakan solat,dtgnye hadis menerangkan cara2 menunaikan solat.


  • Mukhassis(pengkhusus)-pd kebiasaanya,al-Quran menyebut dgn kaedah yg umum,maka dtgnya hadis dan mengkhususkannya. Sbg contoh,Allah berfirman dalam surah Al-Maidah,ayat 3,diharamkan ke atas kita bangkai dan darah. Sabda Nabi mafhumnya,dihalalkan ke atas kita 2 jenis bangkai iaitu ikan dan belalang. Maksudnye..diharamkan ke atas kita utk makan semua jenis bangkai kecuali ikan dan belalang(blh makan).


  • Muqayyid(pengikat kpd syarat2 tertentu)-yakni hadis menyebut syarat2 kpd sesuatu hukum syara' yg tidak disebut di dlm al-Quran. Allah berfirman dlm surah Al-Maidah,ayat 38,pencuri lelaki dan prmpn hendaklah dipotong tgnnya-tetapi ayat ini tidak menyebut apakah dia syarat2 yg wajib ada sehingga dihukumkan utk memotong tgn. Sabda Nabi,dipotong tgn jika mencuri 1/4 dinar dan ke atas. (Ni bukan modal tuk kita mencuri ye! Pandai utk membezakan mana yg baik dan buruk).


  • Mudhif-kdg2 dtgnya hadis dgn hukum2 baru yg tiada di dlm al-Quran sama sekali,antara cthnya adalah hukuman rejam bg penzina yg dah berkahwin.
Inilah serba sedikit yg dapat ana kongsikan,utk kebaikan diri ana khususnya dan diri antum antunna yg dirahmati ALLAH sekalian.. Wallahua'lam. Sebarang pembaikan bolehlah disalurkan. Cinta ALLAH dan RasulNYA..

0 comments :