p/s: Siri ke4 audio TGHH masih belum habis dengar,jadi masih belum boleh publish.Kuliah TGHH memerlukan fokus tahap tinggi..apabila selalu dengar sambil melakukan kerja2 lain,maka tidak mampu dicerna akal dgn baik :) insyaAllah gai.
Dibawah ini adalah petikan penulisan IMAM HASSAN AL-BANNA .Semoga dapat kita hayati
Artikel yang memang bersarang lama di dalam dokumen laptop ini..
-ITQAN-
Wahai angkatan pemuda!
Sudut yang paling merbahaya sekali dalam
sesuatu umat yang sedang membangun-terutama di ketika masih dalam peringkat
permulaan kebangkitan ialah lahirnya berbagai corak fikrah dan pegangan,
pelbagai seruan, bermacam-macam program, pelbagai langkah dan cara yang
bersimpang siur di samping lahirnya begitu banyak orang-orang yang berlagak
penganjur dan pemimpin. Semua itu hanya memecah belahkan tenaga serta mencerai
beraikan kekuatan yang sedia ada lalu mengendalakan tercapainya segala matlamat
yang dituju.
Menyedari hal inilah maka suatu kajian
terhadap segala fikrah tadi serta suatu analisa perbandingan di antaranya
merupakan suatu persoalan yang asasi yang mesti dilakukan oleh setiap orang
yang benar-benar inginkan reformasi.
Memandang semua inilah saya berasa
berkewajipan menerangkan dengan jelasnya kepada anda sekalian dari hal hakikat
dan program dakwah Islam untuk kurun yang ke-14 hijrah ini.
Dakwah Islam Dalam Kurun Yang Keempat Belas Hijrah
Wahai angkatan pemuda !
Sebenarnya kita telah pun beriman tanpa
sebarang keraguan atau prasangkaan malah kita sudah pun yakin dengan sepenuhnya
sekira-kiranya keyakinan kita ini lebih kukuh dan tegap dari gunung-ganang yang
memasak bumi, lebih dari segala lubuk hati sanubari bahawa tidak terdapat
sebarang apa pun jua fikrah perjuangan melainkan hanya satu sahaja fikrah
yang benar-benar mampu menyelamatkan dunia yang sedang terseksa, yang
benar-benar mempunyai daya upaya membimbing kemanusiaan yang sedang berada di
dalam keadaan tercengang-bangang, dan yang benar-benar sanggup memimpin umat
manusia ke arah jalan yang sewajarnya.
Fikrah atau ideologi perjuangan yang seperti
itu mustahak diberi segala pengorbanan demi meninggikan kedudukannya, demi
memperkenalkannya serta mendorong umat manusia supaya menghayati dengan segala
jiwa raga serta memberikan dari sekecil-kecil pengorbanan hinggalah
semahal-mahalnya.
Fikrah yang tunggal ini tidak lain dan tidak
bukan ialah “Islam yang maha suci” yang sekali-kali tidak terdapat di dalamnya
sebarang apa pun jua penyelewengan, keburukan dan kesesatan yang akan menimpa
sesiapa yang mengikutnya.
Allah berfirman(Al-Imran:18-19):
شَهِدَ
اللَّهُ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ وَالْمَلَائِكَةُ وَأُوْلُوا الْعِلْمِ
قَائِمًا بِالْقِسْطِ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ إِنَّ
الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ
Allah menjadi saksi, dan para malaikat
dan ahli cerdik pandai bahawa tidak ada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang berlaku
adil terhadap makhluknya, tidak ada Tuhan melainkan Dia Maha Gagah lagi Maha
Bijaksana. Sesungguhnya ugama yang di sisi Allah itu ialah Islam.
Suatu lagi firman Allah (Al-Maidah:3):
الْيَوْمَ
أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمْ
الْإِسْلَامَ دِينًا
Hari ini Aku sempurnakan bagi kamu
akan ugama kamu, dan Aku penuhkan kepada kamu nikmatKu, dan redhalah Aku Islam
itu sebagai ugama bagi kamu.
Jelas bahawa fikrah perjuangan kita hendaklah
fikrah yang bersifat Islam dengan setulin-tulinnya. Di atas dasar Islamlah
fikrah kita berpijak, daripada sumbernyalah kita mendapat petunjuk. Kerana
Islam maka kita ini berjuang dan demi kerana meninggikan kalimahnya maka kita
bekerja serta bertindak. Fikrah kita tidak sekali dapat menyamakan sebarang
sistem dengan sistem Islam, tidak sekali-kali redha mengikut sebarang pimpinan
yang lain malah fikrah kita sekali-kali tidak akan patuh kepada apa jua hukum
melainkan Islam.
Allah berfirman (Al-Imran : 85):
وَمَنْ
يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ
Dan barangsiapa mencari ugama selain
dari Islam maka usahanya itu tidak sekali - kali akan di terima.
Islam serta penganut-penganutnya pernah mengalami
suatu zaman cubaan di mana mereka ditimpa dengan pelbagai kemalangan dan
dikelubungi oleh bencana yang bertubi-tubi. Pada ketika itulah musuh-musuh
Islam telah bekerja untuk memadamkan sinarannya, cuba untuk menyembunyikan
keindahannya bahkan untuk menyesatkan para pemeluknya, membantutkan pelaksanaan
hukum hududnya serta melemahkan bala tenteranya di samping memutar ajaran serta
hukum-hukumnya. Kadang-kadang mereka lakukan dengan cara mengurangkannya dan
terkadang pula dengan jalan menambah-nambahkannya dan selain dari itu, dengan
mentafsirkan hakikatnya dengan cara yang tidak sewajarnya.
Dalam usaha yang jahat itu mereka
mendapat peluang yang baik bila berlaku kehilangan kuasa politik dari
umat Islam dan kehancuran pemerintahan sejagat mereka di samping kemerosotan
semangat Muhammadiyah di kalangan bala tenteranya. Akhirnya jatuhlah seluruh
umat Islam itu ke dalam genggaman umat kufur sebagai mangsa penghinaan dan
penjajahan.
Oleh itu tugas utama lagi pertama bagi
kita
angkatan pemuda Islam ialah memberi penjelasan kepada orang ramai akan hakikat
segala batas agama Islam, menjelaskan kepada mereka itu dengan seberapa terang,
sempurna dan jelas tanpa sebarang tambah dan tokok atau kekurangan atau
sebarang kesamaran. Tugas seperti ini merupakan sudut teori bagi hakikat fikrah
kita.
Di samping itu kita
mestilah mengajak mereka melaksanakan fikrah kita itu serta mendorong mereka
demi menyelamatkannya serta membimbing mereka ke arah beramal dengan ajarannya.
Sudut ini di namakan sudut amali bagi fikrah perjuangan kita.
Pegangan kita dalam semunya itu ialah kitab
Allah yang tidak pernah diresapi oleh kepalsuan sejak dulu hingga sekarang, dan
keduanya ialah sunnah yang benar serta nyata datangnya dari Rasulullah s.a.w
dan juga sejarah perjalanan bersih dari angkatan salaf umat Islam ini.
Kita tidaklah menghendaki di sebalik usaha
itu sebarang apa pun jua melainkan keredhaan Tuhan, menunaikan kewajipan dan
memimpin umat manusia serta menunjuk jalan kepada orang ramai.
Kita akan terus berjihad demi untuk
menjayakan fikrah kita itu, dan kita akan berusaha sedaya upaya demi untuk
menegakkan supaya dengan itu dapatlah kita sekalian hidup mulia atau sebaliknya
biarlah kita mati secara yang mulia. Cogan kata kita ialah :
Allah matlamat kami ;
Rasul itu ikutan kami ;
Al-Quran itu perlembagaan kami ;
Jihad jalan kami; dan
Mati pada jalan Allah ialah
setinggi-tinggi cita-cita kami.
0 comments :
Post a Comment