Berikut
merupakan audio ceramah TGHH berkenaan pengenalan kemunculan mazhab Aqidah,audio
siri 1 ini selama 20 minit yang saya taip semula..secara keseluruhannya audio
ini mempunyai 69 siri.Kuliah TGHH pada setiap hari Jumaat di Rusila,semoga
mendapat manfaat bersama..siiru ala barakatillah
perhatian : artikel ini panjang,sila istiqamah baca :)
-Itqan
zawwini-
Lahirnya
beberapa firqah dalam kalangan umat islam,firqah ialah beberapa kumpulan ataupun golongan-golongan .Untuk
menyempurnakan dan mengukuhkan pengajian dalam ilmu aqidah,perlu diketahui juga berkenaan dgn firqah atau golongan yang
lahir dalam masyarakat islam,krn berlaku di dlmnya perbincangan-perbincangan
hangat berkenaan aqidah dan menyentuh perkara yg berhubung dengannya
Perkara ini
berlaku oleh gangguan-gangguan yang
lahir dari dari dalam,di samping berlakunya gangguan luar yang menggugat iman
yg sbnrnya,menunjukkan bahawa di kalangan umat islam berlakunya masalah dalaman
dan berlakunya gangguan yang dibuat oleh musuh-musuh islam dari luar ,perkara
ini menyebabkan terjejasnya aqidah (I’tiqod umat islam) dan berlakunya
kumpulan-kumpulan yang banyak.
Ada di
kalangan kumpulan-kumpulan itu yang betul,ada yang salah (salah dari segi
cabangnya) dan ia dianggap sebagai orang islam dan ada di antara mereka yang
salah sehingga rosak aqidah dan membatalkan iman.
Berhubung
dengan gangguan yang lahir dari dalam disebut dalam hadis rasulullah saw :
عن عوف ابن مالك رضي الله عنه قال
: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :" افترقت اليهود على إحدى وسبعين فرقة ,
فواحدة في الجنة وسبعون في النار , وافترقت النصارى على ثنتين وسبعين فرقة,فإحدى
وسبعون في النار , وواحدة في الجنة ,
والذي نفس محمد بيده , لفترقن أمتي إلى ثلاث وسبعون فرقة , واحدة في الجنة
,واثنتان وسبعون في النار ." قيل :
يا رسول الله ! من هم قال : الجماعة
Ertinya : Dari Auf bin Malik r.a berkata : Rasulullah saw bersabda : “Orang-orang
Yahudi berpecah kepada 71 puak ,maka satu puak masuk ke dalam syurga dan 70
puak ke neraka,orang-orang Nasrani (Kristian) berpecah kepada 72 puak,71 puak
ke neraka dan satu puak ke syurga,demi Tuhan
yang diri Muhammad berada di dalam tanganNya,demi sesungguhnya umatku berpecah
kepada 73 puak,satu puak ke syurga dan 72 puak ke neraka.”lalu ditanya : “Ya
Rasulullah,siapakah mereka itu?”Sabda baginda saw : “Mereka ialah yang berada
di dalam jamaah yakni yang berada dalam kumpulan islam.”
Hadis ini menunjukkan berlakunya perpecahan setelah wafatnya nabi-nabi
ataupun diangkatnya Nabi Isa alaihissalam.Selepas wafatnya Nabi Musa,orang
Yahudi berpecah kepada 71 puak ,satu sahaja yang selamat iaitulah mereka yang
terus mengikut ajaran Nabi Musa alaihissalam,yang berpegang dengan Islam.Semua
Nabi menganut Islam,tidak ada Nabi yang menganut agama Yahudi.70 puak berbaki
lagi ke neraka,mereka sesat dan menyeleweng daripada Islam yang dibawa oleh
Nabi Musa alaihissalam kerana mereka mempersendakan hukum Allah swt.
Begitu juga kaum nasrani iaitu orang Kristian,yang mengaku pengikut Nabi
Isa alaihissalam.Selepas diangkat Nabi Isa alaihissalam mereka berpecah kepada
72 puak,satu sahaja yang selamat,dan 71 lagi sesat dimasukkan ke dalam
neraka.Puak yang satu itulah yang berpegang dengan ajaran Nabi Isa alaihissalam
yang dikenali dengan Hawariyyun,merekalah yang setia dengan Nabi Isa
alaihissalam.
Di sebut di dalam al-Quran :
يا أيها الذين
ءامنوا كونوا أنصار الله كما قال عيسى ابن مريم للحواريين من أنصاري إلى الله .
قال الحواريون نحن أنصار الله
Wahai orang-orang beriman ! Jadilah kamu penolong-penolong agama Allah
sebagaimana Isa putera Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia : “Siapakah yang akan menjadi
penolong-penolongku (untuk menegakkan
agama) Allah ?.Pengikut-pengikutnya yang setia itu menjawab .” Kamilah penolong-penolong agama Allah .”
(surah as-Soff : 14)
Hawariyyun ini diriwayatkan seramai 12 orang ,ada di antara mereka yang
ditangkap,dibelah dengan gergaji ,dibakar,merekalah yang menunggu kedatangan
Nabi Muhammad saw.Adapun 71 lagi puak sesat,menyeleweng sehingga muncul
bermacam-macam mazhab.Pada harini ia dikenali sebagai
Katholik,Protestan,Otrtodoks dan banyak lagi mazhab yang lain dalam agama
Kristian.Kesemuanya sesat kecuali mereka yang beriman kepada Allah dan rasulNYA
nabi Isa alaihissalam,yang menunggu kedatangan Nabi Muhammad saw.
Umat Nabi Muhammad pula berpecah selepasnya wafat Nabi saw kpd 73
puak,kesemuanya masuk neraka melainkan satu puak sahaja iaitulah mereka yang
mengikut Jemaah.Jamaah ialah mereka yang berpegang dengan al-Quran dan berpegang dengan hadis Nabi saw.
Kita tidak boleh masuk mazhab-mazhab yang khilaf dalam perkara
cabang,mereka adalah Jemaah Islam walaupun mereka khilaf dalam perkara
cabang,di antaranya ialah mazhab yang empat Hanafi,Maliki,Syafie dan Hambali
,dan ada juga mazhab-mazhab yang lain seperti mazhab Zohiriah Ibn Hazmin,mazhab
al-Laith ibn Sa’d,mazhab Hassan Basri,mazhab Sa’id Ibn Musayyib,mazhab Sufyan
ath-Thauri,mazhab ibn thur dan banyak lagi mazhab-mazhab yang wujud dalam islam.
Di sana juga terdapat dua mazhab dalam Syi’ah iaitulah Imamiah dan
Zaidiah.
**Syi’ah Imamiah mempunyai pengikutnya di Iran,Iraq dan selatan Lubnan
serta beberapa wilayah.Mereka juga adalah daripada ahli Islam,
**Ada juga golongan ibadhiah yang bermazhab khawarij,iaitulah mereka
penduduk Muscat,Oman.Mereka juga termasuk dalam kalangan ahli Islam
Mereka mengucap dua kalimah syahadah,mempercayai hari akhirat ,tetapi
mereka bertelingkah di dalam perkara cabang yang bukan perkara berkait dengan
asas syariat.Adapun mazhab-mazhab yang lain seperti mazhab batiniah (yang mempercayai
kuasa batin) itu sesat dan kafir termasuklah yang menganut ideologi-ideologi komunis,sosialis,kapitalis..mereka
ini diluar dari kerangka islam kerana mereka menolak al-Quran dan Hadis Nabi
saw.Mereka inilah puak-puak yang terpecah namun hanya ada satu sahaja yang
selamat,iaitu yang berpegang dengan al-Quran dan Hadis Nabi saw.
Imam Ahmad bin Hambal rahimahullah berkata :
عن عبدالله ابن مسعود رضي الله
عنه قال : خط رسول الله صلى الله عليه وسلم خطا بيده ثم قال : "هذا سبيل الله
مسقيما " وخط عن يمينه وشماله , ثم
قال : "هذه السبل ليس منها سبيل إلا عليه شيطان يدعوا إليه " ثم قرأ ((
وأن هذا صراطي مسقيما فاتبعوه ولا
تتبعوا السبل فتفرق بكم عن سبيله )) رواه أحمد
والحاكم والنسائي
Ertinya :Dari Abdullah bin Mas’ud r.a
berkata : “Rasulllah saw telah menggariskan
dengan tangannya satu garisan kemudian baginda bersabda : ‘Inilah jalan Allah
jalan yang benar’ dan baginda menggariskan lagi di kanan dan kirinya lalu
bersabda : ‘Jalan-jalan ini tiada satu pun daripadanya melainkan ada syaitan
yang mengajak ke arahnya ‘ kemudian Rasulullah saw menyebut firmanNYA yang
bermaksud : “Dan sesungguhnya inilah jalanKu yang lurus,maka ikutilah ia;dan
janganlah kamu mengikuti jalan-jalan
(yang lain),kerana jalan-jalan itu
mencerai-beraikan kamu dari jalanNya.” (surah al-an’am: 153).
Hadis ini menunjukkan bagaimana Nabi saw mengingatkan sahabat dan
mengingatkan umatnya,realiti kehidupan ini mempunyai jalan yang banyak.Namun
yang benar hanyalah satu iaitu صراطا مستقيما yang selalu kita sebut di
dalam bacaan al-Fatihah اهدنا الصراط المستقيم tunjukkan kami jalan yang
lurus
صراط الذين أنعمت
عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau beri nikmat kepada mereka,iaitu
jalan nabi-nabi,jalan orang siddiqin,jalan syuhada’,jalan para solihin..inilah
sahaja jalan yang betul,bukannya jalan-jalan yang lain غير المغضوب عليهم bukan jalan yang Allah murka ke atas mereka
iaitulah jalan golongan ahli Kitab ,mereka tahu isi kitab tetapi
mengingkarinya.Mereka ini termasuklah ulama’ su’ yang akan zohir dalam kalangan umat islam
,yang menyelewengkan agama Allah swt.Mereka ini golongan yang mengelirukan,menerangkan
perkara agama tidak secara keseluruhan seperti ulama’ Bani Israel.
ولا الضالين Dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat.
الضالينbermaksud orang jahil yang tidak tahu tentang agama tetapi mengajak
orang lain ke jalan yang sesat.
Inilah di antara 72 puak yang terpecah dalam kalangan umat Nabi Muhammad
saw,dan kerana itulah kita seringkali mengulang ayat اهدنا الصراط المستقيم dalam setiap
rakaat,kerana setiap kali habis solat kita pasti akan menghadapi
syaitan-syaitan yang berada di setiap jalan.
Siapakah syaitan ?
الذي يوسوس في صدور
الناس من الجنة والناس
Iaitu yang menimbulkan kekeliruan dalam hati manusia dalam kalangan JIN
yang tidak kita lihat dan dalam kalangan MANUSIA yang kita lihat.Menggunakan
kata-kata yang indah dan menarik,kata-kata yang bijak tapi menyeleweng
,menggunakan duit,pangkat,hawa nafsu ,kemewahan
untuk menyesatkan manusia dari jalan Allah swt seperti mana Nabi Adam ditipu
oleh iblis ,digoda supaya makan buah kayu..
شجرة الخلد والملك
لا يبلى
Buah yang apabila dimakan akan kekal hidup selama-lamanya dalam syurga
dan mendapat pemerintahan yang kekal yang tidak akan jatuh.Inilah cara syaitan
menipu dengan kesenangan,dan kemewahan.
Perkara ini diingatkan oleh Nabi saw.Perkara yang diberi amaran oleh
Nabi benar-benar berlaku apabila orang Islam dan dia mengaku islam memandang
ringan terhadap islam sehingga mereka tidak bersungguh-sungguh berpegang dan
menyelesaikan masalah dengan islam.Lalu mereka mudah terpengaruh dengan
kefahaman-kefahaman yang dicipta dari kejahilan atau mempunyai niat-niat jahat
terhadap islam oleh musuh yang berpura-pura,sehingga kefahaman-kefahaman ini
dipertahankan sehingga sanggup
mengorbankan apa sahaja.
Golongan ini bekerja kuat,bersungguh-sungguh mengorbankan wang dan
tenaga untuk menyesatkan manusia dari Islam dengan berpura-pura islam.Menyuruh
perkara yang baik tetapi tidak cegah perkara mungkar
*****************************************************************************
Bersambung audio siri ke-2 berkenaan punca perpecahan yang berlaku ini
dari sudut dalaman dan luaran. .insyaAllah panjang umur dan masa kesempatan
esok akan dipostkan
fastaqim
0 comments :
Post a Comment