Pages

Sunday, February 16, 2014

Power Of Thiqah

Bismillahi walhamdulillah

Ruang yang hanya sedikit terluang ini digunakan sebaiknya untuk mencoretkan sesuatu di laman yang sudah sebulan tidak dijengah.Bumi Nil bakal menyaksikan perubahan musim sejuk kepada musim bunga,makin ramai sahabat2 ku yang diuji ALLAH dengan kesakitan.

Kadang kala sehingga terduduk menangis akibat sakit yang memberi kesan pada gerak kerja amal islami,sungguh aku benar-benar kagum dengan kekuatan mereka.Kuatlah dan janganlah menyerah,kerana yakini ada sahabat2 yang akan mendokongi dari kiri,kanan,depan dan belakang.Faidza maridhtu fahua (ALLAH) yasyfin.Doa yang dirahsiakan daripada sahabat2 adalah doa yang tiada hijab antara makhluk dan khaliq.Untaian nama mereka dalam doa pasti akan didengarNYA.


Alhamdulillah Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-38 BKASM telah berjalan dengan baik semalam walaupun mengalami sedikit masalah teknikal pada sesi pagi.Terharu dengan pengorbanan adhoc pelaksana yang banyak membantu melicinkan majlis.Kalam2 penasihat,adik beradik AJKT & pemantau sangat menyuntik semangat diri.Niat mesti ikhlas,terjemahannya adalah pada amal gerak kerja yang dipersembahkan.

 Kepimpinan yang baru naik hampir semua berwajah baru kecuali beberapa orang bagi meneruskan legasi sebelum ini.Bagaimana kita meletakkan thiqah (kepercayaan) kepada mereka??
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
THIQAH IAITU PERCAYA

Imam asy-Syahid Hassan al-Banna ada menyebutkan di dalam kitab Risalah Ta'lim :

AL-IMAM ASY-SYAHID BERKATA:
“YANG SAYA MAKSUDKAN DENGAN THIQAH IALAH IALAH KEYAKINAN SEORANG JUNDI (PENDAKWAH) TERHADAP QIADAH (PEMIMPIN) PADA KEMAMPUAN DAN KEIKHLASANNYA, DENGAN KEYAKINAN YANG MENDALAM SEHINGGA AKAN MELAHIRKAN PERASAAN KASIH, PENGHARGAAN, PENGHORMATAN DAN KETAATAN.
Di dalam rukun bai'ah, thiqah berada di tangga ke sepuluh,mana mungkin kita sampai di tangga kesepuluh jika tidak melalui tangga yang pertama iaitu al-Fahmu.Sejujurnya pemahaman yang ada pada diri seorang muslim perlu diupgrade dari masa ke semasa. 

Pembacaan sahaja tidak akan mencukupi melainkan kita sendiri terjun lalu melibatkan diri bersama-sama gerakan.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Cerita mengenai thiqah,pengalaman peribadi diri yang serba dhaif ini bagaimana apabila kakak ana sendiri meletakkan kepercayaan yang tinggi sedangkan dia tahu adiknya ini pernah melakukan kesilapan dalam perkara tersebut.

Selepas habis STAM dapat lesen kereta walaupun gagal pada ujian memandu kali pertama (kira ok la kan).Punyalah gembira nak bawa kereta,semua kereta di rumah manual belaka.Nak x nak memang kena praktik yang mana ada.Bawalah seorang teman ke perpustakaan Daerah Gombak menaiki saga lama (secondhand) yang memang mak ayah beli dari jiran untuk  kami  senang bergerak kalau nak ke program sendiri.Jarak dari rumah ke tempat tersebut lebih kurang 15 minit,memang kena lalu jalan utama.

Gambar kereta terbabit saga kelabu

Hari pertama bawa kereta dua musibah menimpa:

1)Disaman pihak penguasa sebab parking kereta di tempat yang tidak dibenarkan,sehelai kertas denda bertulis rm100 diselitkan di wiper hadapan cermin.Istighfar panjang.

2)On the way pulang ke rumah,sambil dalam hati macam mana nak cakap dengan mak ayah dah kena saman ni,terlanggar pula kereta BMW uncle cina.Almaklumla BMW lawan saga memang saga yang kemek.Memang cari nahas,mujurla uncle tu x sampai hati.Allah jua membantu saat itu.

First time buat salah,pucat lesilah muka.Bagaimana nak hadap mak dan ayah ni.Sejak kes haritu dan sampai ke hari ini tiada keberanian membawa kereta.Mak ayah pun x galakkan.

4 tahun berlalu,pulanglah anak-anak Selangor hasil evakuasi ke Malaysia.
Satu malam,seusai program Bakal Mahasiswa Kota Seribu Menara di Bukit Jelutong Shah Alam,kakak ana offer.Lebih kurang macam ini lah perbualannya

"Nak try bawa kereta x?"tanya kakak

" X nak lah.Fobia.Dahla time malam,kereta manual pulak,lepastu pakai kereta ayah pulak tu.Jangan cari pasal"ana menolak keras.Teringat kes lama.Terperuk keberanian.

"Kalau macam tu,sampai bila2 xkan berani bawa."Diberinya kunci lalu dia masuk dan duduk di seat hadapan belah kiri.Adik beradik ajkt yang lain dah ambil tempat di seat belakang,destinasi pulang ke rumah kami di Selayang.Masing2 memberi sokongan lagi-lagi uda aisyah,acik hanis dan andak syakirah.

Lutut dah bergegar,bismillah memacu langkah.Kereta hyundai ayah membelah jalan di waktu malam dengan kadar 80-90 km/h (memang slow la kan).Hanya ALLAH saja yang tahu bila nampak lori dari cermin sisi.

"Bawa je pelan-pelan asalkan semua selamat sampai"pesan kakak di sebelah sambil rancak berborak dengan yang lain sedangkan ana tengah cuak-cuak.

Kuasa ALLAH dan juga kuasa kepercayaan mereka yang menyebabkan kami semua selamat sampai (tapi bukan sampai rumah,tapi kedai makan sekitar selayang sebab ada yang lapar).Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 45 minit menjadi sejam  kerana ketembelanku memandu.Alhamdulillah lega,sampai.Cuba bayangkan jika kepercayaan itu disiakan,lantas ana tersilap dalam pemanduan,nyawa boleh melayang.Kerana kuasa kepercayaan itu sangat tinggi.

Sehingga ke hari ini besar sungguh hikmah yang diperoleh.Keyakinan datang tanpa dipaksa.Thiqah!Ya perkataan simple membawa maksud besar.Apatah lagi dalam aspek kepimpinan,amat perlu kita meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada pimpinan hasil syura.Baru atau lama bukan isu,bagaimana kita membantu mereka melunaskan gerak kerja dalam melayari bahtera jemaah ini.

Allahua'lam

Itqan,Cairo






3 comments :

MUJTAHIDAH SOLEHAH said...

na'am, have faith..
have faith in Allah, and have faith because Allah.
betulkan kalau salah ^_^

:::KHALIFATULLAH::: said...
This comment has been removed by the author.
:::KHALIFATULLAH::: said...

InsyaALLAH benar sahabat :)
saling mendoakan ye..percaya atas landasan islam